Hak Jiran

Alhamdulilah selesai sudah solat jumaat secara berjemaah, cepat-cepat log in blog supaya tak lupa apa yang diterima ilmu ketika mendengar Khutbah tadi, maaf ya, bukan tujuan nak riak, tetapi ini sebagai perkongsian ilmu bersama semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan ada point yang ditulis telah diolah untuk mengukuhkan lagi maklumat.

Tajuk khutbah pada hari ini adalah berkaitan hak jiran,

Dalam pada mengantuk mendengar katib tadi, adalah point yang boleh dikembangkan iaitu jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita, mugkin ia hanya memisahkan diantara kita dengan dinding saja, jadi tidak perlulah kita terus nak berlagak dan menyombong diri dengan tidak bertegur sapa dengan jiran kita tu. Korang ada persoalan ni,  rasanya lah bagaimana pula jika jiran kita yang berlagak sombong dan tak nak bertegur sapa dulu, jadi perlu ke kita terhegeh-hegeh nak tegur mereka pula, balik jer kerja berselisih tarik muka, jadi jika kita ditakdirkan dengan jiran seperti itu boleh ke terima, jangan nak berlagak poyo, tak pe tegur je, asalkan kita tidak menganggu ketenteraman orang, yalah cuma tegur je, jika tak nak bersuara pun tak apa, senyum itu kan sedekah, tak kiralah orang cina ke, orang india ke, yang pasti jangan nak menyombong ya.

Engkau ini jangan nak mengajar oranglah, tunjuk pandai pulak keladi ni!!

Maaf ya keladi perlu katakan, memang tajuk khutbah yang saya dengar tadi berkaitan hak jiran tetangga, dan ilmu yang saya tulis dalam entri ini tidak sepenuhnya apa yang didengar tadi, kebiasaannya bila dengar khutabah rasanya ada ke kaum-kaum adam boleh mengingati 100% yang yang di sampaikan oleh katib, pemikiran macam-macam ada, mengantuk la, fikiran melayang la, dan macam-macam lagi la, hilang fokus kot hihihihihi, batang hidung yang sedang menulis ni pun sama je, jadi kalo ada...yang memang boleh mengulang isi maklumat tu.....ko memang terbaik bro!!!, maka keladi nak tulis juga tentang topik ini, nak ke tidak, keladi perlu search dan baca semula topik tentang jiran dan ulas semula di blog ini, terima kasih ya kepada blog tersebut, jom kita bicang serba sikit tentang hak jiran.

TIGA JENIS JIRAN

Jiran tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Di Dalam islam, jiran terbahagi kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan jiran satu hak. Nabi s.a.w telah menyatakan dalam hadisnya bahawa Jiran tetangga itu ada tiga jenis:
  • Tetangga muslim yang ada hubungan keluarga baginya, maka dia mendapat hak sebagai tetangga, hak sebagai orang muslim dan sebagai keluarga (kerabat)
  • Tetangga muslim, baginya mendapat hak sebagai tetangga, dan hak sebagai seorang Islam
  • Tetangga kafir, maka baginya mendapat hak sebagai tetangga.
Dalam sejarah dicatatkan bahawa Khalifah umar al-khattab mempunyai seorang tetangga Yahudi yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Apabila beliau menyembelih kambing beliau sering memberikan sedikit daging kambing tersebut kepada jiran yahudi tersebut.

HAK-HAK JIRAN

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya :


 " Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?'

  1. Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya,
  2. Jika ia minta pinjam, engkau akan memberi pinjam kepadanya
  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engaku akan memberikannya.
  4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya
  6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya
  7. Jika ia meninggal dunia, engaku turut menghantar jenazahnya
  8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menghalang angin masuk ke rumah jiranmu, kecuali dengan izinnya
  9. Jangan menggangu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau memberi sedikit dari makanan itu.
  10. Jika engaku beli buah-buahan berikan sedikit kepadanya.

11.  Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

HORMATI JIRAN

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim nabi bersabda:

"Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Nabi lalu ditanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah? Nabi menjawab: "Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya".

Sabdanya lagi: "Tidaklah akan memasuki Syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya"

 ( Hadis riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat ( Akhiratt) maka janganlah menyakiti jirannya" 

(Hadis riwayat Bukhari)
SABAR  KERENAH JIRAN
Seseorang itu hendaklah sentisa sabar dengan karenah atau gangguan jiran, kerana ia termasuk dalam golongan orang berbuat baik kepadanya. Dalam sejarah dimana telah datang seorang laki-laki kepada nabi s.a.w menyatakan:
 " Ya rasulullah, tunjukan aku pada amal yang jika akau mengejakan akan dapat memasukan aku ke dalam syurga". Nabi menjawab:" Jadilah kamu sebagai orang yang baik". Orang itu bertanya:" Ya Rasulullah, bagimana aku mengetahui bahawa aku ini seorang yang baik?. Maka nabi menjawab:"Tanyakanlah pada tetanggamu, maka jika mereka mengatakan enkau baik maka engkau sebenarnya adalah baik, maka jika mereka mengatakan engkau jahat, maka engkau adalah jahat". ( hadis riwayat al-Baihaqi)
Jiran adalah yang paling dekat dengan kita, jika kita sakit, siapa yang akan tolong lebih dahulu, 

Sumber rujukan keladi ambil di website www.jais.gov.my, semoga kita dapat manfaat daripada perkongsian ini.



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com