Hai bloggers, salam kepada kaum muslim yang membaca entri ini, dan salam sejahtera juga untuk semua tak mengira bangsa.... kita kan satu Malaysia.....
Selamat malam semua, sebab keladi tulis entri ini sebelum tidur jadi saja nak ucap selamat malam untuk korang semua.
Rasa terpanggil pula keladi untuk menulis tentang hidup hanya sementara yang kekal hanyalah amal ibadah, bukan untuk membuka aib sendiri tapi ia sebagai perkongsian, maklumlah sehebat mana pun kita didunia ini tak mugkin akan memberi sebarang ganjaran apabila kita meninggalkan dunia ini tanpa amal ibadah yang dibawa.
hanya perlu diingati yang kekal hanyalah amal ibadat.
Alhamdulilah dan bersyukur keladi kerana takdir hidup keladi bersama golongan yang mengingati agama, sejak kecil keladi sudah didedahkan dengan corak dan gaya hidup yang mengutamakan agama, kiranya agama adalah perkara utama dan seterusnya barulah perkara yang selainnya, dan yang lagi bestkan korang subjek agamalah yang menjadi kesukaan keladi, sebab ustaz mengajar tu tidak terlalu tertekan dan berpandukan hanya pada buku teks saja tetapi ustaz yang mengajar keladi itu adalah seorang yang sangat kreatif dan lebih santai dalam sesi pembelajaran kami sehingga kami benar-benar meminati subjek pendidikan islam. Cara dan panduan yang diberikan sangat jelas dan mudah difahami, Sungguhpun subjek ini mugkin kurang dipandang dan dianggap sebagai subjek yang low class, tetapi kami dapat menerima dengan gerak hati yang ikhlas, terima kasih keladi ucapkan kepada guru-guru yang banyak menyuluh kami, terutama kepada ilmu akhirat yang menjadi bekalan untuk kami selama-lamanya...
Menyingkap kisah ketika belajar dulu, biasalah keladi ni dilahirkan di kampung, kiranya anak jati kampung sejatilah ya, sekolah pula di bandar, untuk pendekkan cerita, dulu-dulu pelajar ni memang rajin-rajin belaka, terutama membawa buku, yang lebih kelakar beg tu biarkan kosong tapi lebih rela memeluk buku-buku teks, kiranya nak menunjukkan gayalah ya, nak la nampak seperti pelajar rajin @ ulat buku, balik dan pergi sekolah naik bas jadi ramai yang memerhati nanti, gaya pelajar pandai mesti ada bro.....tapi keladi bukan nak cerita tentang gaya dan gelagat tu, cuma nak relate pada senario yang berlaku terhadap subjek yang bukan sahaja kita perolehinya didunia tetapi mugkin ia akan membawa kita ke arah lebih baik untuk kehidupan di akhirat kelak,
Ilmu agama @ pendidikan Islam
Okay,
Jom kita imbas semula zaman kita sekolah dulu, buku yang kita kendong tu buku subjek apa ?....
Korang ada jawapannya, tentu buku tersebut adalah subjek yang dianggap extrim dan popular kiranya budak-budak cerdik je yang belajarnya seperti fizik, kimia, biologi, dan yang lagi eklusifnya mestilah subjek add math, yang buku-buku bukan daripada subjek yang tak dianggap glamour ni, letak kat dalam bag jelah, dan lagi malas, simpan je bawah meja, itu semua senario yang berlaku ketika zaman keladi sekolah dulu, tak mugkin kita sanggup mengendong buku pendidikan islam ataupun mudah kata kita tak sanggup dilihat mengendong al-quran, perasaan hati, malu kot dengan kawan-kawan nanti, tak pun kalo orang yang kita minat tu terlihat kita sedang mengendong kitab agama, confirm lari cepat-cepat sebelum terlihat kita.
Itu realiti yang berlaku ketika dulu, senario dan gelagat itu hanya tinggal kenangan di dalam memori kehidupan kita tetapi kini adakah kita bersedia untuk mengendong kebaikan yang kita lakukan ketika kita menunju ke alam akhirat yang kekal selama-lamanya nanti dan adakah kita malu dilihat mengendong kebaikan-kebaikan yang kita lakukan.....hanya iman di dada yang boleh menjawabnya....hidup hanya sementara yang kekal hanyalah amal ibadah.
Semoga ilmu yang baik kita perolehi diamalkan dan menjadi penolong ketika kita menghadap ilahi.....Insyallah...
No comments:
Post a Comment