Kaedah terbaik dalam mencari pendapatan sampingan

Hai korang yang baca artikel ini, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi, bukan nak cerita tentang Gerhana Matahari yang telah berlaku pagi tadi, maklumlah rata-rata blog sekarang ni tengah hot dan meletop bercerita tentang Gerhana Matahari, kiranya nak dapat page rank yang tinggi lah tu daripada kejadian alam yang berlaku ni, hahahahhah,  tak payah nak cakap orang lain, keladi pun ada buat satu entri tentang gerhana matahari juga, korang boleh baca ( disini ) , okey kita sambung semula tentang topik yang keladi nak korang juga akan dapat manfaatnya bersama, Kaedah terbaik dalam mencari pendapatan sampingan.

Sejujurnya keladi mengatakan sekarang ni gaji RM3000 pun belum tentu boleh servive dalam kehidupan yang dikatakan menghimpit dalam masa inflasi meningkat ni, jika dulu mereka yang pakar menyalahkan kita yang muda-mudi ni tak pandai nak berjimat, selalu enjoy je, tak ingat untuk menyimpan, asik nak komen je tentang duit tak cukup tapi sekarang ni, gaji bulanan yang kita terima tu pun belum tentu boleh menyimpan, bukan masalah tentang tak tahu nak simpan, tapi masalahnya memang tak cukup dan barang semakin mahal, tak payah nak menjentik pengalaman orang lain, keladi ambil contoh kehidupan dan pengalaman sendiri, korang rasa keladi ni seorang yang terlalu boros  ke?, dan korang rasa keladi ini memang seorang yang tak pandai berjimat ke? sejujurnya memang keladi seorang yang berjimat, dan bukan seperti seorang pemuda yang boros, sebabnya keladi perlu berjimat untuk hidup dibandar ni, gaji keladi kiranya belum boleh memberi keselesaan pada kehidupan, ramai je orang bertanya kenapa keladi tak berkahwin lagi, sedangkan usia sudah 29 tahun, hemmmmmm, dan kenapa keladi masih menaiki motosikal, kemudian balik kampung pula naik bas sebab tak mampu beli kereta lagi ke, semua tu keladi sudah lali dengan pertanyaan rakan-rakan dan selalu juga diperli oleh rakan-rakan yang suka menghentam, hemmm sabar je lah, korang keladi highlight semula ya, kenapa keladi tak boleh hidup terlalu enjoy seperti rakan-rakan keladi yang lain, jawapannya korang tengok perbelanjaan wajib yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan bagi keladi seperti dibawah :

Panduan Buat Duit Blog
  1. Elaun bulanan Emak  = RM 300
  2. Hutang PTPTN = RM 170
  3. Hutang Peribadi + Duit Kutu = RM 300
  4. Insuran Prudential BSN = RM 150
  5. Sewa Rumah = RM 450
  6. Bil Astro = RM 70
  7. Bil Astro dikampung = RM 70
  8. Bil api rumah + dikampung = RM 80
  9. Duit Simpanan (ASB)  = RM 80
  10. Top Up = RM 30
TOTAL = RM 1700 * nak simpan berapa banyak.

Jadi korang rasa perbelanjaan keladi pun sudah hampir 80% daripada pendapatan, bagaimana untuk enjoy dan bergembira seperti yang selalu orang kata orang muda ni tak pandai nak menyimpan, suka membazir dan tak tahu nak rasa kesusahan, hemm entah lah keladi malas nak cerita nanti takut orang akan blame dan bising pulak, selalu orang nak bising kat menteri-menteri tu sebab menyusahkan rakyat, tapi lagi kita cakap lagi lah diorang buat tak tau je, kiranya itu memang salah kita sendiri, dan itu juga disebabkan oleh kemalasan kita sendiri kot, tapi tak juga, entah lah susah nak kata , kejap saya nak menjerit jap....Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!, okey baru rasa puas, hihihihi dan sekarang ni jom kita cari kaedah terbaik untuk mencari pendapatan sampingan, yalah kalo nak merungut je tak berguna juga, jadi jom kita sama-sama memeriahkan perniagaan di Malaysia ini, kiranya jadi usahawan separuh masa lah ya, kita cuba perniagaan online yang hot dan meletop trend sekarang ni. Cop cop cop, sebelum kita start bisnes online ni, melalui hasil pembacaan dan pembelajaran keladi dalam kelas Irfan Khairi  memang nampak mudah, tapi nak buat tu memang agak mencabar lah ya, jadi keladi cuma nak nasihatkan korang supaya mengubah mind set korang supaya tak terlalu mengharap keuntungan yang berganda dalam masa yang singkat apabila kita join sebagai peniaga online secara separuh masa.

Dalam entri ini keladi cuma nak mantion tentang kaedah terbaik dalam mencari pendapatan sampingan, dan kaedah bisnes online telah dipilih, kenapa pilih bisnes online, sebab ia fleksibel pada masa kita, contohnya waktu kerja keladi 0830 sehingga 1730, kemudian bekerja untuk 5 hari seminggu, sabtu dan ahad keladi boleh fokus untuk bisnes online, contohnya, cari stok, servey harga dan sewaktu dengannya, kemudian keladi tak perlu risau kerana customer keladi nanti cuma perlu hantar tempahan melalui email dan keladi tak payah sibuk-sibuk nak melayan customer secara verbal, penghantaran barang pulak keladi boleh buat ketika ke tempat kerja atau pulang daripada bekerja sebab keladi selalu je ambil barang yang dibeli secara online dekat poslaju tu pukal 8 malam, kiranya memang effective cara ini. tapi tulah masalah yang dihadapi keladi dalam buat bisnes online ini adalah masalah mencari prospek dan seterusnya prospek tersebut menjadi pembeli, betul secara realiti keladi tak berapa pandai sangat dalam promosi melalui online, tapi malang juga untuk keladi bisnes offline pun tak pandai nak berjumpa orang ini kan pula nak buat promosi melalui online. Cari punya cari, keladi berjumpa dengan Dr Azizan Osman, mugkin korang selalu dengar tentang Dr Azizan, keladi join seminar beliau awal tahun ni, tapi bila dengar teknik yang diberi tu memang terkesan dan bersemangat, kalo semangat je ada tapi tindakan tak dilakukan memang tak menjadi, ini pun sudah masuk bulan Mac, tapi keladi baru nak memulakan langkah untuk mencari pendapatan sampingan, korang tengok je lah kelemahan yang kita sendiri hadapi selalunya suka menunggu dan terus menunggu, sehingga sudah ramai yang berjaya baru kita nak bertindak, itu pengalaman sendiri yang keladi lalui sekarang ni. Hemmm ilmu yang keladi dengar dalam seminar Dr Azizan tu rasanya memang masih tak mencukupi, secara jujur keladi tak tau nak mula dengan apa untuk bisnes online ni, nasib baik ada Tuan Irfan Khairi , banyak juga tip dan kaedah yang beliau tunjukkan bagaimana untuk memulakan bisnes online dengan modal yang kurang, memang keladi ikut langkah demi langkah seperti apa yang tuan Irfan Khairi tunjukkan, kiranya tak cukup dengan Off line yang keladi ikuti, keladi tambah pun dengan mengikuti kelas beliau secara online, dan yang best Tuan Irfan Khairi ada buat live di Facebook nya setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Jom kita online bersama beliau, hhihihihi rugi tau tak join macam-macam boleh tanya tentang tip dan langkah-langkah yang kita kurang faham tentang bisnes online, okey kita berbalik semula tentang kaedah terbaik mencari pendapatan sampingan dan keladi telah memilih secara online, tapi jika nak disenaraikan jenis-jenis mencari pendapatan sampingan secara online ataupun off line ni memang tak termampu untuk entri ini, sebab banyak tu bagi keladi,  mugkin akan keladi sambung pada entri akan datang tapi cuma yang keladi nak tekankan pada entri ini adalah kaedah terbaik dalam mencari pendapatan sampingan adalh secara online kerana ia sangat effective.

Kaedah terbaik dalam mencari pendapatan sampingan
Salah satu cara untuk menambah pendapatan adalah dengan berniaga, tapi mugkin masa kita menjadi penghalang bagi kita dalam berniaga secara offline, rasanya zaman sekarang ni sudah tidak perlu risau, sebab banyak je perniagaan yang berjaya menggunakan kaedah online, dan yang lagi best menggunakan media sosial facebook sebagai lubuk wang, malangnya tak semua yang berjaya sebabnya mereka tak mengetahui teknik dan ilmu dalam berbisnes secara online, nasib baiklah bagi saya Irfan Khairi telah memudahkan saya dan korang semua yang tidak berkesempatan masa untuk mencari ilmu tersebut dengan menghadari kelas secara bersemuka, mereka yang jauh daripada lembah klang pun boleh sertai tau, jom klik disini 

Korang pernah dengar tak tentang Facebook Master Class Irfan Khairi, dalam class ini keladi cuma nak mengajak korang semua untuk turut serta memang tak rugi sebab En Irfan Khairi menunjukkan teknik dan cara yang berkesan dalam memulakan perniagaan secara online, tambahan yang macam kita ni, memang kurang arif dalam bisnes online untuk menambah pendapatan secara sampingan, jadi keladi baru je join class online ni, hihihihihi ya, class online jika korang ada di luar lembah klang pun sudah tak risau lagi bagaimana untuk mencari kaedah yang terbaik dalam mencari pendapatan sampingan dengan berniaga dan menggunakan platform Facebook. Okey baiklah tak payah cerita panjang lebar korang tengok sendiri di sini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Facebook Master Class tu, moga-moga kita akan dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan ini, dan jangan terus mengeluh ya.

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com