Kedaionline, Wajarkah dibina ketika ekonomi merundum?

Hai Bloggers and Readers, terima kasih kerana sudi baca artikel saya, entri kali ini keladi nak bagi tahu kat korang tentang cara asas untuk bina kedai online, perkataan "kedaionline" tu seakan-akan sama pulak dengan "Keladionline", ( hahahahhah) tak payah nak berseloroh keladi!!' ingat perenggan yang pertama mesti ada perkataan boleh dikira sebagai key word, jadi tak payah nak bercerita panjang lebar, entri ini sememangnya untuk tip dan cara untuk kita bina kedai online, Tapi, Wajarkah kita bina ketika ekonomi sedang merundum ?

Kedai Online ?

Kenapa Kedai Online?

Sebab ia Murah, tak perlu modal yang banyak untuk membukanya, lepas tu kedai online ini akan buka sepanjang masa 24 hours, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tau. Semua orang sudah tau lah keladi!'. upsss, sorry sengaja nak mengulang semula, sebab keladi ini baru je nak mula buka kedai online, memang dulu ada niat nak buat bisnes, tapi tulah diri sendiri tak yakin pada kemampuan #takut rugi, jadi keladi lupakan dulu. Dan kini tiba-tiba je semangat untuk berniaga datang selepas disuntik oleh Irfan Khairi, jika korang nak turut serta pun boleh, sebab beliau akan ajar cara-cara dan teknik mencari duit secara online, terutamanya peluang dan platform media sosial dapat digunakan sepenuhnya, jadi jom klik disini Akedemi Irfan Khairi, sebabnya bagi mereka yang luar daripada Lembah klang dah tak risau untuk turut serta, sebabnya ia dilakukan secara online dan rakaman, jangan lepaskan peluang ini ya.

Okay, kembali semua pada topik kita, memanglah jika lihat potensi kedai online ini luas dan besar tapi korang pun perlu ingat, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang dan bukan mudah juga jika kita ini tak berapa mahir dalam bidang IT, dan mugkin idea serta projek kita itu nanti akan menjadi "hangat-hangat tahi ayam je". Sebab itulah kena mencari ilmu sebanyak yang mugkin keladi, oooii!!, bagi keladi kan korang, ilmu tu memang sangat mudah untuk kita dapat, contohnya lah, cara untuk buka perniagaan online ni, jika korang search di enjin carian google tu, confirm berlambak-lambak, rakan blogger yang  lain pun banyak menulis dan berkongsi tentang topik ini, macam juga keladi yang sedang tulis entri ini, selain keladi berkongsi sesuatu yang berfaedah untuk korang, keladi juga mempraktikannya, tapi itulah yang keladi katakan, ilmu memang mudah untuk kita perolehi, yang jadi masalahnya adalah cara dan tindakan untuk kita melakukan kesemua ilmu yang dipelajari tu, tak payah nak cakap orang lain lah, keladi ni yang banyak kali mengutip ilmu berbisnes pun sama saja, bermula dengan zaman Dr Azizan Osman dan kini Irfan Khairi pula tetap je masih takut-takut untuk berbisnes secara online. Tapi tak mengapa, mentor saya En Irfan Khairi ini ada pesan, dalam berbisnes online ini, jangan fikir bila kita buka kedai online hari ini dan esok kita dapat untung beribu-riban, sebabnya bisnes online nampak mudah tapi jika tidak ada startegi dan teknik yang betul, sudah tentu kita semua yang baru nak mula ni akan sesat di tengah jalan. Tambahan pula, zaman ekonomi yang agak merundum ni, tentu ramai yang sedang mencari peluang untuk mula berbisnes secara online, maka persaingan akan semakin sengit dalam perniagaan ini dan mugkin juga ada mereka yang cuba untuk mengaut keuntungan daripada senario yang berlaku ini secara menipu, perlu berhati-hati ya korang, dan persoalannya wajarkah kita bina kedai online ketika ekonomi sedang merudum?

Jika nak kira tunggu dan terus menungu sampai bila nak bertindak, tak kan nak tunggu durian jatuh ke riba baru nak bertindak dan takan nak tunggu orang bagi kat kita duit beribu-ribu baru nak mula bro...


Kedaionline, Wajarkah dibina ketika ekonomi merundum?
Contoh kedai online yang wajib dikunjungi, tapi boleh ke kita mewujudkannya



Kedaionline, Wajarkah dibina ketika ekonomi merundum?
Jika tidak pandai buat kedai online sendiri, tak perlu risau,
sebab kita juga boleh menjualnya di Mudah.my ataupun lelong.my


Bagi keladi jika kita tidak mula bertindak tulah yang patut kita kesali daripada mengingati kerugian yang akan berlaku dalam berbisnes secara online. Korang setuju ke!, wajar ataupun tidak kita mulakan ketika ekonomi merundum tak perlu dipersoalkan lagi, tetapi tindakan dan strategi tulah yang harus kita fikirkan, maka keladi nak simpulkan disini teknik dan cara asas untuk bina kedai online, ilmu yang keladi kongsi ini adalah hasil pembacaan dan ada yang keladi ambil daripada mengikuti krusus perniagaan online,

Cara asas bina kedai online
  1. Produk : untuk produk pilihan, kita mesti membuat keputusan yang tepat berikutan ini adalah aspek terpenting, mana taknya, jika tak ada produk bagaimana nak menjualkan, dalam bisnes offline pun mesti ada produk barulah urusan perniagaan boleh dijalankan. Pemilihan untuk produk ni korang boleh buat samaada produk tersebut berbentuk produk fizikal ataupun digital seperti e-book, tapi setiap produk mugkin ada cara yang berlainan dalam memasarkannya, contohnya jika menjual e-book, kita tak boleh hanya meletakkan gambar saja tanpa memberitahu isi dan maklumat yang terkandung didalam buku tersebut, berbeza dengan produk fizikal, pelanggan biasa lebih suka kepada gambar yang menarik dan testimonial pengguna produk tersebut.
  2. Perancangan Perniagaan : Rancang perniagaan jangan dilupakan, ya bukan saja bisnes offline saja yang memerlukannya tetapi bisnes online pun perlu RP ni, kirannya ia berguna untuk kita melihat lebih jelas matlamat dan perancangan yang akan dilakukan, selain itu kita melihat modal, pebelanjaan semasa, serta kos-kos yang akan dikeluarkan bagi menjayakan projek kita nanti. Rasanya korang dah tak perlu risau untuk merangka rancang perniagaan ni, sebabnya keladi hanya klik di search enjin tu, cari contoh rancang perniagaan, dan cuma relatekan je pada idea bisens online kita tu, Mudah bukan!.
  3. Laman Web : Platform yang menjadi tulang belakang kepada bisnes kita nanti, atau lebih tepat projek kedai online. Reka bentuk platform ini perlu memudahkan pengunjung untuk menyemak, melihat stok, variasi produk dan pamerkan apa sahaja kelebihan yang korang ada. widget kita nanti pastikan tidak terlalu menyusahkan pelanggan untuk membuat klik, sebabnya jika banyak benda yang perlu di klik memang menyusahkan, keladi pun tension jika kita ber window shoping di website yang susah macam tu.
  4. Bayaran : Kaedah yang biasa digunakan ialah menggunakan akaun, disini kelebihan pendaftaran syarikat, setiap urusan transaksi diatas nama syarikat anda, tetapi perlu peka dengan akaun bank yang digunakan oleh majoriti pengguna di Malaysia, khususnya. Untuk kaedah pembayaran ini, maklumat yang keladi dapat daripada sifu yang mengajar tentang kaedah ini ialah, cuba ambil kad kredit dan cuba pelajari cara penggunaannya, dan cuba juga aktif untuk akuan Paypal, sebab semua tu ada related pada bisnes online kita nanti. tapi keladi tak pun menyuruh dan mengatakan penting kad kredit tu untuk bisnes online.
  5. Media Sosial : Meskipun jika korang lebih selesa membuka "Kedai" utama masing-masing di facebook atau pun di Mudah.my, ia sebenarnya kurang selamat. nak kata sebab apa, rasanya korang mesti fikir sendiri kenapa?,  Dan seharusnya kita mesti memiliki tapak hosting laman web yang mengendalikann seratus peratus urusan kedai dalam talian kita dan  kita juga mesti mempunyai domain sendiri bagi kedai online tu. Bagi media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain yang sewaktu dengannya, ia boleh dijadikan ejen pemasaran untuk kedai online kita tu dan mugkin ia adalah salah satu tarikan pelanggan untuk terus ke keadi online kita. Cantik promosi kita nanti barulah nampak gahnya.
  6. Iklan : Iklan mesti ada barulah pengguna internet perasan kewujudan kedai kita, sungguhpun tidak membelinya, tapi sekurang-kurangnya mereka akan selalu singgah berwindow shopping di kedai online kita tu, ala macam kedai offline juga, tak semestinya yang ke kedai kita tu akan membeli, ada je yang hanya tengok-tengok je. Jadi perlu sentiasa beriklan tak kiralah nak berbayar atau free, tapi jangan pula korang buat spamming nanti jatuh kreadibiliti kita sebagai usahawan internet.
  7. Kad Kredit : Yang ini sudah keladi kata di point 4, penggunaan kad kredit, itu sebabnya kita perlu mempelajari cara penggunaannya, sebab mugkin ada diantara pelanggan kita nanti yang perlu menggunakan kad kredit dalam urusan pembayaran, jadi taklah menyusahkan kita nanti. Tapi ada kaedah yang perlu kita pelajari dalam urusan pembayaran selaian penggunaan kad kredit iaitu penggunaan Paypal. sebenarnya saya juga masih baru dalam Paypal, masih terkial-kial lagi, tapi tak mengapa ilmu tu penting. 
  8. Lesen perniagaan : Yang ini sangat penting dan jangan dilupakan, korang mesti daftar perniagaan dulu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ala mudah je, korang pergi je ke kaunter kat SSM tu dan tanya diorang nak daftar pernigaan online, nanti jika ada masa keladi akan kongsi untuk korang ya tentang cara pendaftaran perniagaan tersebut.
Cara asas bina kedai online yang keladi kongsikan kepada korang ini sebenarnya hanya sebahagian saja, tapi mugkin korang boleh belajar lagi asas membina kedai online dengan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Irfan Khairi  dan bagi korang yang memang  sudah ada produk atau sudah lama berniaga secara offline dan sekarang ini ingin cuba untuk berurusniaga  secara online pula, ada cara yang mudah, iaitu korang minta kedaionlinez.com binakan kedai untuk korang harganya pun berpatutan.

Jika ada yang berminat untuk membina kedai online dengan mudah boleh klik disini

Jadi, Wajarkah kedaionline dibina ketika ekonomi merundum?
        
Jawapannya hanya terletak kepada keinginan dan kemahuan masing-masing, jika tindakkan dan cara yang betul tak mugkin kita akan gagal dan mengalami kerugian lagi. korang juga boleh baca pengalaman keladi bersama Niagaafiliate.com, kiranya zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu dan menanguk di air yang keruh, maklumlah kita ni dikira baru dalam mencari duit tambahan menggunakan medium online, lepas tu ada je iklan yang menjanjikan pendapatan sampingan yang beribu-ribu jadi teruja pula dengan iklan-iklan tersebut, kemudian sanggup pula untuk membayarnya, lastnya suruh minta beli e-book, sekarang keladi sudah tak nak tertipu lagi dan , malas nak cerita panjang lebar, bagi korang yang memang benar-benar nak buka kedai online tetapi tidak tahu untuk membukanya,

jom korang klik di sini
Kedaionlinez.



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com