Linda Onn terdesak cari pekerja

Hai bloggers and Readers, korang jangan pulak sentap dengan tajuk entri keladi tu, sepatutnya keladi tulis ayat nya begini " Linda Onn Tawar Pekerjaan untuk gelandangan / penggangur", tajuk tu baru lah betul, hihihihi saja bikin gempak keladi tulis tajuk untuk entri ini "Linda Onn terdesak cari pekerja"

Okey, korang keladi tak nak lah bercerita sangat tentang Kak Linda Onn ni, sebab keladi tau semua orang sudah kenal siapa itu Linda Onn, dia lah seorang DJ Radio yang popular, dia juga seorang Usahawan wanita yang boleh dikira berjaya di Malaysia, Jadi kiranya figura ini sepatutnya boleh dijadikan contoh dan inspirasi untuk kita semua. Keladi bukan nak cerita sentuh juga tentang kejayaan beliau dan kerjayaanya sebab korang pun sudah tau rasanya, macam sia-sia je kan, jika cerita pun benda yang samalah jawab nya, sebab keladi ini bukan seorang reporter blog yang terhebat, hemmmm tapi cuma keladi berada pada sudut seorang peminat dan suara ramai yang suka  tengok  dan melihat cara pemikiran beliau dalam menguruskan bisnes restorannya tu, biasalah kebanyakkan pengusahan restoran ini banyak menghadapi masalah dalam mencari pekerja dan mengekalkan pekerja untuk terus bekerja direstorannya, kiranya macam-macam ragamlah ya, itulah cabarannya yang perlu dihadapi, dan sekarang ni pula lambakan pekerja asing yang menjadi isu hangat di perkatakan, dan tindakan Linda Onn yang telah menjemput dan mengajak bagi mereka warga tempatan yang tiada pekerjaan dan status gelandangan untuk sama-sama menyertai rangkaian restorannya harus kita puji, hal ini kerana peluang tersebut harus diberikan kepada warga tempatan dahulu, dan tidak ada alasan yang mengatakan tiada warga tempatan yang berminat untuk bekerja dalam pekerjaan tersebut.

Sikap murni beliau itu sepatutnya dapat dijadikan contoh untuk kita semua, biasalahkan nanti ada mulut-mulut sumbang yang mengatakan, ala dia tu orang popular, mudahlah nak membantu, publish je apa-apa yang berkaitan untuk mempromosi tentu menjadi perhatian, kiranya ada udang disebalik mee kari!!! hemmm bagi keladi memang pada mulanya perasaan cemburu terhadap mereka yang bergelar artis ni memang ada, yalah mana tak nya, mudah bagi mereka untuk mendapat publisiti tentang apa yang dilakukan, sudah tentu menjadi buruan dan tumpuan oleh semua orang, macam mudah dapat publisiti dan promosi percuma untuk perniagaan mereka tapi itulah orang kata, rezeki masing-masing dan rezeki ini sentiasa ada tak kiralah kita tu artis ke, rakyat atasan, rakyat bawahan dan apa saja class rakyat,  yang pasti rezeki itu ditentukan oleh yang Maha Pemberi, jadi pemikiran positif kita sepatutnya melihat daripada sudut kebaikan yang dilakukan memberi faedah untuk yang memerlukan dan kita sebagai rakyat yang serba kekurangan ni boleh mencontohi sikap murni beliau dengan cara kita sendiri. 

Ringkasnya untuk entri ini jika korang ada kenal kepada rakan-rakan yang menggangur dan tiada arah tuju tu boleh lah korang minta mereka pergi interview ke Kak Linda kita tu ya.

Linda Onn terdesak cari pekerja
Keratan daripada status di Facebook, pemilik acc. Linda Onn

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com