Hai bloggers and readers, terima kasih kerana sudi membaca blog keladi ni.
Apa pulak kaitannya blogger dengan MIHAS 2016.
Tak payah nak pelik, sebabnya keladi nak berkongsi cerita seorang blogger ke acara MIHAS 2016.
Sebab apa ya, takkan ler si blogger picisan ni sudah kemaruk untuk dapatkan berita-berita bernilai di acara tersebut kot.
Keladi terus ke pada point jelah, sebenarnya bukan sebab berita ataupun apa-apa idea penulisan yang keladi cari di acara ini, tetapi ini adalah keluar daripada hati keladi sendiri sebabnya:-
- Peluang untuk keladi melihat pelbagai produk halal antarabangsa
- Peluang untuk keladi kenali tentang produk halal antarabangsa
- Peluang untuk keladi mempelajari teknik dan cara perniagaan dipasarkan untuk produk halal
Tapi yang paling peting dalam acara tersebut untuk keladi adalah :-
- Idea yang baru
- Kreativiti yang ditunjukkan
- Peluang yang diberikan
- Pengalaman baru yang diterima
- Potensi yang harus direbutkan
#keladi tak nak berkongsi panjang lebar tentang acara ni, sebabnya keladi belum pergi lagi ketika entri ini ditulis, dan akan pergi selepas entri ini di tulis,
Alamak banyak pulak cerita aku ni, okey tak payah nak ribut-ribut, jom kita serbu acara ini, tapi korang perlu daftar dulu kat websitenya tu, tak pun boleh je daftar kat kaunter.
Kiranya hari ni adalah hari ke -2, keladi pilih hari ini untuk serbu kerana nak mengelakkan diri daripada berebut-rebut dengan orang ramai bila time hujung minggu ni.
No comments:
Post a Comment