Hai bloggers and readers, terima kasih sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel ini, sejak kebelakangan ni entah kenapa keladi suka berkongsi topik tentang keusahawanan, tapi yang gilanya semua topik yang di kongsi tu nampak hancur la, keladi pun tak tau apa silapnya, rasanya pada gaya penulisan keladi kot yang masih tak cukup umpsssss nya, macam tak ada power lagi kot.
Artikel yang harus di baca :
- www.niagaaffiliate.biz menipu?
- Kedaionline, wajarkah dibina ketika ekonomi merundum
- 5 Strategi pemasaran untuk bisnes online
- 5 Strategi pemasaran Dato Vida yang mesti dilakukan oleh usahawan baru
- Dato Vida tidak berani buat ke?
Okey, korang boleh menilai sendirilah penulisan keladi yang agak membosankan tu, tapi yang pasti keladi tetap seronok menulis dan terus menulis tentang apa yang dirasakan sesuai untuk dikongsi, tapi entri kali ini keladi tak nak share tentang keusahawanan dan perniagaan, sebabnya keladi nak cerita tentang realiti dan senario dunia blogger iaitu segmen dan giveaway menjadi pilihan blogger.
Kenapa blog kita tak ada orang lawat ?
J : sebab kita Malas
Kenapa blog kita ni kurang menarik?
J : sebab kita Malas
Kenapa blog kita ni caca-merba ?
J : sebab kita Malas
Kenapa blog kita ni membosankan?
J : sebab kita Malas
Kenapa blog kita ni tak ada follower?
J : sebab kita Malas nak join segmen dan Giveaway
Keladionline.com :Segmen dan Giveaway menjadi pilihan blogger
Korang rasakan jika keladi tak join segmen dan giveaway yang dianjurkan rakan-rakan blogger yang lain, ada ke yang nak jadi follower blog keladi ni, jawapan yang bernas, memang confirm tak de langsung la orang nak follow.
Sebabnya keladi ni bukannya orang yang popular, dan bukannya ahli politik yang penuh dengan kontroversi, tak pun keladi ni jugak bukannya ada pakar dalam bidang tertentu jadi memang tak akan ada orang lawat blog keladi ni, maka kesimpulannya, keladi perlu menjadi peserta yang wajib join segmen dan giveaway blogger.
Segmen dan Giveaway menjadi pilihan blogger
Dunia blogger ni memang ramai persaingannya, dan sekarang ni rasanya rata-rata diantara kita yang muda dan belia ni mempunyai blog, yup sebabnya otai kewangan ada kata nak cari duit sampingan dengan blog, nak buat bisnes online dengan blog dan nak popular pun dengan blog, buktinya sudah ada yang berjaya gara-gara menjadi blogger yang ramai pengaruhnya dan siap sudah jadi blogger sebagai kerjaya sepenuh masa pun!". (untung badankan)
Jadi, kalo sudah ramai menjadi blogger, siapa je yang sudi membaca hasil penulisan kita ni, nak-nak, blog kita ni bukannya ada niche yang unik dan tersendiri pun, paling koman pun, tentu je kita caca merba kan blog kita ni dengan bercerita pelbagai perkara dengan harapan blog kita ni akan mendapat tempat dihati dikalangan netizen. tapi itu memang tak akan berlakulah, ada ke orang excited nak baca kisah peribadi kita jika kita ni bukan popular sangat pun!'
Kesimpulannya.....A.K.U. J.O.I.N segmen dan giveaway untuk mendapatkan jumlah follower yang ramai, tapi kadang-kala tak ramai pun yang rajin berblogwalking, sebabnya, masing-masing kan ada blog, siapa ko nak minta aku follow blog ko tu, blog aku ni lagi menarik tolong sikit ya, tak ada masa aku nak tolong promote blog ko tu!!'
So,
Keladi ulang je point tu lagi memang kita buat artikel ni jarang ada yang sudi membacanya, dan jarang ada yang cuba tolong kongsi ke mana-mana media sosial, kecuali kita ni memang betul-betul popular dan satu lagi artikel kita ni membawa satu kesan yang besar ke pada orang ramai, korang faham-faham je lah!"
10 perkara kenapa blogger lebih mengemari segmen dan giveaway daripada membaca artikel kita
- Dapatkan follower
- Menempatkan blog kita dalam senarai bloglist
- Dapatkan pelawat untuk singgah ke blog kita
- Dapat hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur
- Bila join segmen ni tak lah membosankan
- Sebab Malas nak tulis entri, jadi bila join kita copy n paste je,
- Menunjukkan kita aktif berblog
- Blogger-blogger yang lain sedar tentang kehadiran blog kita
- Ikut trend semasa
- Tak ada idea nak menulis artikel.
Jadi, bagaimana mana dengan artikel kita tu, siapa sebenarnya yang sudi nak baca?
Keladi dah kata jika kita ni bukan seorang yang popular ataupun artis yang tengah hot jangan harap lah ada yang sudi nak baca kisah hidup yang kita tuliskan tu, kecuali lah apa yang kita tulis tu mempunyai keunikan yang tersendiri.
Jadi, Adakah blogger perlu pentingkan jumlah follower daripada mementingkan kualiti penulisan di blog tu?
JAWAPAN KELADI : itu semua terletak pada pandangan dan pendapat masing-masing, sebabnya buka blog ni ada banyak tujuan, jika nak dilistkan sebab kenapa kita buka blog memang banyak lah point yang mesti diletakkan, tapi nak buat macam mana, persaing sudah semakin ramai, nak diikutkan kenapa blogger-blogger yang ramai tu mempunyai follower yang ramai, sebabnya, mereka tu bijak merebut peluang, dan menjadi kumpulan terawal sebagai blogger yang betul-betul menulis, jadi tentulah rezeki mereka lebih murah. Tapi rasanya itu bukan alasan untuk kita menyalahkan diantara satu dengan lain, gara-gara blog kita ni memang tak dapat perhatian orang ramai dan kat bawah ni sengaja keladi listkan tentang , Tujuan kita ni nak menjadi blogger
- Jadi blogger orang kata mudah nak dapat duit sampingan,
- Kiranya blog ni macam rumah dan tanah lah, jika tempat tu strategi ada yang nak menyewanya dengan pelabagi tujuan
- Mudah untuk dapatkan pengaruh dan populariti
- Cuba mendapatkan viral tentang apa yang dilakukan
- Sebagai mengisi masa lapang atau hobi
- Perniagaan online
- Promosi produk
- Promosi bakat
- Kerjaya separuh masa ataupun sepenuh masa
- dan banyak lagi.
Jadi, apa pendapat korang pula, sebenarnya sekarang ni penting sangat ke jumlah follower daripada kualiti sesuatu blog tu ?
Aktiviti yang boleh disertai blogger : Sepetang bersama blogger 2016
Entah la, keladi tak mau komen lebih-lebih, sebabnya keladi ni pun bukan mahir sangat bab blog ni, keladi join blog ni pada permulaan memang keladi nak dapat duit samping kerana terpengaruh dengan otai yang kaya raya dengan berblog, tapi, keladi muhasabah semula selepas gagal mendapat sesen pun daripada aktiviti berblog, dan keladi yakin blog ni dapat :-
- Mengembalikan semula zaman menjadi wartawan untuk keladi, sebabnya dulu keladi ni wartawan, tapi rezeki tak ada dalam bidang ini.
- Berkongsi sesuatu yang menarik dan dapat dimanfaatkan orang ramai
- Menunjukkan bakat keladi dalam bidang kewartawanan dan penulisan @ mengasah bakat
- Peluang untuk mempromosi produk jualan / perniagaan
- Menjadi blogger sepenuh masa @ Kerjaya sebagai blogger.
Untuk point yang ke-4 tu keladi memang bercita-cita sangat untuk berniaga secara online, maklumlah nak buka kedai memang tak done lah, sebabnya kos sara hidup yang tinggi, tapi bagi keladi medium bloglah yang sepatutnya di ambil oleh semua orang untuk cuba mencari peluang kedua dalam menambah pendapatan dan disebabkan itu jugalah maka lahirlah blogger-blogger yang baru dengan tujuan untuk menambah pendapatan dan sebab itulah ramai blogger-blogger ini cuba tarik pengaruh dalam aktiviti bersegmen dan giveaway di blog dengan menyediakan pelbagai hadiah yang menarik , yang pasti untuk tujuan menarik orang ramai singgah ke blognya itu.
Jadi,
Segmen dan giveaway tetap akan menjadi pilihan blogger selamanya.
ada cara yang lebih menarik dan kreatif tak dalam menarik pengunjung untuk singgah ke blog kita ni?
Tanya pendapat blogger ? jika sudi jawablah terima kasih
Bagi mereka yang masih berminat untuk menjalankan bisnes secara online dan tidak tahu cara dan strategi berjaya dalam memasarkan produk menggunakan facebook jom klik disini
Anda masih tiada kedai online yang lebih menarik, klik disini, kepakaran kami adalah menyediakan website jual yang lebih nampak menarik untuk keselesaan pengunjung anda, percaya pada kedaionlinez.com
No comments:
Post a Comment