Sepetang Bersama Blogger 2016

Hai Bloggers and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog ini dan baca artikel saya. Kiranya 2 hari bercuti, dan 2  hari tu jugalah keladi tak menjeguk blog ini, bukan nak kata sibuk sangat tapi tulah bila bercuti ni macam-macam agenda nak dilakukan tapi sudahnya masa terus berlalu begitu saja, #kononnya nak jadi blogger berjaya tapi itulah yang orang kata hangat-hangat tahi ayam je...
SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2016

Sepetang Bersama Blogger 2016
Acara yang dinantikan oleh blogger di Malaysia, pasti menjanjikan sesuatu yang menarik
"Sepetang Bersama Blogger 2016"

Tak yah nak memperlekehkan diri sendiri!!!...Blog keladi tak hangat-hangat tahi ayam, 2 hari bercuti keladi cuba isikan masa dengan mempelajari teknik dan strategi perniagaan online, maklumlah ilmu dalam perniagaan online ini sangat luas, mugkin tak terhabis jika kita nak mempelajarinya, tapi yang pasti dunia perniagaan ini bukan hanya kita perlu mencari ilmu saja, tapi yang paling penting adalah tindakkan kita dan pengalaman sebenarnya yang mengajar, jika kita tidak bertindak dan hanya terus mengutip serta mempelajari ilmu-ilmu tersebut tak berguna juga, sebabnya setiap hari mugkin teknologi ini akan berubah dan mugkin kita akan terus ketinggalan jika kita tidak cuba mengalami apa yang dipelajari, kiranya tak kisah la kita menerima kegagalan dalam bisnes online kita tu tapi yang pasti langkah seterusnya kita tahu di mana kesilapan dan dimana juga peluang yang harus kita ambil, ( serba sedikit perkongsian ilmu yang telah saya pelajari 2 hari mengikuti kelas bisnes online) oo ya, sebelum terlupa, bagi mereka yang ingin mengikuti dan mempelajari teknik dan strategi pemasaran melalui Facebook boleh klik disini, jangan risau bagi mereka yang duduk luar daripada Lembah Klang, kelas ini dijalankan secara online dan bagi mereka yang malas sangat nak fikir klik je kat youtube tu TanyaIK, confirm mucul video-video yang sememangnya memberi semangat dan motivasi.
SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2016
Sepetang Bersama Blogger 2016
Alhamdulilah sudah buat pembayaran untuk Sepetang Bersama Blogger2016

Okey, termelalut pula, sebenarnya untuk entri ini keladi nak mengajak korang join sepetang bersama blogger 2016 yang dianjurkan oleh Denaihati.com, acara ini akan berlangsung pada 16 April 2016 (Sabtu) di Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur. Rasa seronok pula keladi untuk join acara ini, maklumlah ini adalah tahun pertama bagi keladi berada di dunia blog, jika nak dibandingkan dengan blog-blog yang lebih senior daripada blog keladi ini, "macam langit dengan bumi"...kiranya mereka lagi hebat dan blog mereka lagi menarik daripada blog www.keladionline.com, tapi tak mengapa, bagi keladi ini adalah langkah awal untuk keladi menjadi penulis blog yang lebih professional dan mugkin disinilah tempatnya untuk keladi boleh memgenali dan berjumpa dengan rakan-rakan blogger yang berjaya secara bersemuka, maka secara tidak langsung pengalaman baru yang keladi akan dapat disini. Keladi berterima kasih sangat-sangat dengan pihak penganjur Denaihati.com yang telah menganjurkan acara sebegini untuk tahun yang ke-5, setahu keladi acara ini memang dinantikan oleh para blogger di Malaysia, kiranya memang ramailah nanti blogger yang hebat-hebat akan ke acara tersebut, aduh makin dup dap dup dap pula jatung keladi ni, mana taknya, mugkin yang datang semua yang otai, jika nak dibandingkan keladi yang tak sehebat mana ni, "siapa lah aku".

Jadi, rakan-rakan bloggerku korang sudah daftar ke, jika lambat daftar nanti kena bayar RM50, jadi perlu daftar awal-awal, sebabnya Yuran hanya RM30 saja bagi pendaftaran awal, jangan lepaskan peluang ini tau sebab inilah peluang bagi kita untuk mengeratkan tali persaudaraan bersama keluarga blogger dan dengar cerita juga pihak penganjur telah menyediakan 500 tempat untuk peserta yang ingin turut serta, wow ramai tu, boleh lah keladi promote lagi blog ini, tapi peserta tersebut mestilah 12 tahun keatas ya, yang bawah umur tu, tak boleh ikut dan dibawa masuk ke dewan, takut menganggu pula..hihihi gurau je, sambung semula cerita tentang sepetang bersama blogger 2016, bagi aturcara majlis keladi masih tidak mengetahui sebarang maklumat tentang perjalanan majlis itu nanti, mugkin masih terlalu awal kot, tapi tak mengapalah asal keladi sudah daftar itu cukup menterujakan diri ini lagi, mana tak nya, kot-kot boleh menang hadiah cabutan bertuah daripada pihak penganjur nanti, huhuhuhu untung badan, first time ini aduh rasa tak keruan pulak, entah apa dalam fikiran sekarang ini, bagaikan keladi nak menang duit satu juta!!!, harapan keladi untuk acara ini adalah memang keladi harapkan yang terbaik daripada pihak penganjur, baiklah korang bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang acara ini jom klik disini, dan InsyAllah kita akan berjumpa disana, ingat blog keladi Ya....www.keladionline.com.....Hai Bloggers and Readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel saya........




No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com