Serve no pork halal ?

Hello bloggers and readers, terima kasih ya pilih blog keladi untuk info korang.

Pagi tadi sempat keladi buka tv dan tonton berita Nasional 7 di tv1 tu, banyak input dan news yang dah diterima, tapi yang semua tu, tak payah rasanya keladi nak simpulkan kat blog ni, maklumlah tak larat dek non, gua hanya seorang blogger picisan. Okey, tak nak berceloteh panjang, nanti takut di benci pulak, cuma banyak-banyak isu yang ditonton tadi yang menjadi perhatian keladi adalah "serve no pork"

korang rasa apa maksud nya tu, serve no pork, memang sahlahkan tentang restoran dan pemilik restoran tersebut bukan melayu, dan persolannya sekarang kenapa ko sibuk sangat beria-ia nak tulis entri tentang isu ini, sebab isu ini telah lama diperkatakan?, alamak saja nak bikin viral, lantak la, dan keladi nak cerita semula tentang restoran tersebut, dah sah-sah ler pemilik restoran tu mantion, serve no pork, tetapi tak ada tanda halal kat mana-mana dalam restoran tersebut, jadi ini bukan nak mengelirukan umat islam, cuma nak beritahu kepada pelanggan-pelanggan mereka yang restoran tersebut tak menjual babi @ khinzir. Ya, mungkin ada dikalangan non muslim ni tak makan babi tau, kita tak payah nak jadi jahil pulak gedik-gedik masuk restoran tersebut.

Hello keladi tak nak cakap orang lain, sebab batang hidung sendiri pernah terkena. Ini cerita keladi ya, sewaktu start kerja dulu, ada rakan-rakan keladi ajak lepak-lepak sambil makan besar, mereka ajak makan steamboat, yalah steamboat ni memang popular dikalangan kaum cina, jadi yang orang melayu ni cuma ikut-ikut je,  time tu tahun 2013, hihihi kisah lama diungkit kembali, tapi tak menjadi masalahkan, okey, kita sambung semula, mula-mula keladi memang tak nak join, sebab aku ni jahil bab makan stail cina, kononya aku rasa semua tak halal, ya kedai pemilik cina semua aku anggap tak halal, tapi kawan aku kata restoran tu halal sebab ramai je orang melayu makan kat situ, hemmmmm, aku pun terpengaruh dengan pujukan rakan aku tu, nak dipendekkan cerita sampai je restoran tu aku nampak yang kat dalam tu ada orang melayu makan, aku pun tak mula risau dan masuk terus kemudian lepas duduk memang teruja tengok bahan-bahan mentah kat tray tu, apa lagi aku pun terus serbu, dah makan kenyang-kenyang aku terfikir balik nak tengok dan cari logo halal tapi malangnya yang restoran tu tak ada lambang halal, aku pun macam was-was pulak, dan balik je aku search kat website,  tak ada pula orang complaint tentang restoran tersebut tak halal, hemmm, aku pun terfikir gak, memang restoran tu tak ada hidang babi, dan semua makanan di restoran tersebut halal tapi cuma tak ada lambang halal je, aku jadi keliru pulak, kiranya restoran yang pemiliknya orang bukan melayu dan restoran tersebut menjual makanan yang halal dikira restoran tersebut halal ke?''...jadi serve no pork or pork free tu kita orang islam boleh masuk lah ya?....

Aduhai! Aku nak menangis, tak payah nak kolot sangatlah, pemikiran keladi time tu cetek sikit,  lah ni sudah rasa matang, rupanya yang restoran aku masuk selama ini tak boleh dikatakan halal selagi restoran tersebut tiada logo halal dipamerkan, memang mereka kata serve no pork atau pork free, tapi lain pula halnya yang kita perlu lihat daripada segi penyediaan, bahan-bahan perencah dan mugkin periuk belangga yang digunakan tu, mungkin boleh diragui, so, korang nak masuk lagi ke yang restoran-restoran pemiliknya mengaku yang restorannya halal, padahal tak ada logo halal, dulu-dulu time keladi kecik-kecik kat kopitiam2 di pekan-pekan ramai je orang melayu minum dan menggap restoran tu tak ada jual babi, dan "aku cuma minum air je serta makan pun roti bakar je, kalo diorang jual babi pun bukan aku makan pun!". #itu bukan keladi tetapi dialog yang direka... Hemmmm, keladi nak mengeluh lagi, ada ke kat Malaysia ni orang berfikiran seperti itu, aku harap itu bukan orang islam Malaysia.

Dan keladi nak tanya, restoran vegiterian @ jual sayur-sayuran saja, kononnya nak diet lah, pemilik restoran adalah bukan islam, jadi adakah halal restoran tersebut untuk kita sebagai umat islam?, jika nak diikutkan restoran tersebut hanya menjual makanan yang berunsur sayur-sayuran dan tiada bahan berbentuk daging, jadi sudah tentu makanan tersebut halal, walaupun tiada logo halal dipamerkan. Keladi tak berani nak kata apa-apa, takut mengelirukan hukum hakam agama pula, tapi yang pasti biar kita mempunyai ilmu di dada dan berfikir secara bijak, sebab makanan  yang kita makan ni memberi kesan keatas tubuh badan kita, benda yang haram dimakan dan kita pun buat tak tau je itu adalah penyebab hati kita keras dan sukar menerima teguran untuk ilmu akhirat.

Secara kesimpulannya banyak orang islam berniaga makanan di dalam Malaysia, rasanya tak mati pun jika tak ke restoran yang tiada tanda halal, kemudian keladi nak tanya restoran india tu halal ke? Ini bukan restoran mamak tau, tapi restoran India 100% masakan india, boleh percaya ke yang restoran ini boleh dikunjungi oleh orang islam.

Terima kasih daun keladi, keladi harap tiada yang berkecil hati dengan penulisan keladi.

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com