Bagaimana menjadi blogger yang terhebat di dunia

Hai bloggers and readers, terima kasih ya sudi singgah ke entri keladi ni, harap perkongsian ini memberi manfaat untuk korang semua.

Bagaimana menjadi blogger yang terhebat di dunia?
  • Blog mesti ada niche yang unik dan kreatif
  • Blog ada kelainan yang tersendiri
  • Blog memfokuskan kepada perkara yang bernilai
  • Blog mempunyai kekuatan daripada pelbagai sudut.
Kenapa perlu pilih blog untuk berjaya?

Cerita lama yang selalu diungkit-ungkit, asyik-asyik keladi cakap yang blog ni perlu dijadikan platform untuk mencari pendapatan lebih, #nak cari side income kononnya, TETAPI, sampai kesudah tak pun ada hasilnya. Itu alasan orang yang sudah berputus asa, untuk orang yang belum berputus asa, harus teruskan usaha anda, macam keladi jugak, dan bagi blogger yang sudah sememangnya berjaya.... Tahniah diucapkan...

Kenapa perlu pilih blog, sebabnya
  1. Blog adalah kita  = kita yang mencorakkan isi didalamnya.
  2. Blog medium yang mudah = ya lah mudah, kita sign up  je, free tau, lepas tu merepek dan merapu lah.
  3. Blog ramai yang telah menggunakannya dan berjaya = ohh ya ini memang sudah ramai berjaya sebagai blogger tau, rasanya tak perlu diperkenalkan lagi.
  4. Blog mudah dicari di enjin carian = Jika pandai bermain dengan SEO, mudah artikel dan blog kita dijumpai oleh pengguna-pengguna internet.
  5. Blog tiada had dan keterbatasan = macam mana tu, yang dikatakan blog ni tiada had dan keterbatasan, sebabnya dengan blog macam-macam boleh tulis, nak mengutuk, dan mengeji, dan menasihati, nak berdakwah, semua boleh, tapi awas jika sentuh pada perkara yang boleh mengancam keselamatan negara, selamat lah ya, dapat surat saman.
Jadi, sebab tulah perlu pilih blog sebagai medium menyebar luaskan kemahiran kita, untuk berniaga pulak, tak semestinya korang pilih blog je tau untuk memasarkan produk korang tu, tapi ada je media sosial yang lain seperti Facebook, Googel + dan lain-lain., Bagaimana untuk menjadi blogger yang terhebat di dunia......Perlu ada Ilmu...



468 x 60
Read More...

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious

Hai bloggers and readers, hari ni memang tak nak cakap lebih-lebih sebab nyer, keladi rasa seronok sangat-sangat sebabnya pihak printcious telah memberi hadiah mug kepada keladi. 

warghhh best nyer!!!

300 x 250

Korang nak tahu sebab apa tetiba je keladi dapat Mug Free, jom klik disini Free Mug Campaign,

yang sudah tau tu, senyap-senyap sudah!!!

Okey, akhirnya berjaya juga keladi reedem mug ni, seronoknya, dapat  Mug Free, 

korang yang nak dapat gak, jom join Free Mug Campaign by Printcious tu, bila tengok dekat websitenya tu memang teruja sangat, cantik-cantik uolssss barang yang boleh dibuat cenderahati, geramm sangat, kalo boleh nak borong semua, tapi hahahahah macam bengong lah ko keladi, tak payah nak membazir duit.

Yang pasti keladi sudah dapat buat koleksi, 1 mug free, bila lah si Printcious ni nak bagi free lagi kan...hemmm 

( #bersyukur ya, telah menerima mug tu)

Jomlah tengok mug yang keladi terima daripada Printciuos tu, memang excited bila dapat tu, dan mereka ni pun sangat cepat hantar pesanan tu tau. 

kiranya keladi order pada hari isnin minggu lepas, lepas tu kan korang hari rabu dah terima pesanan, wahhh cepat tak...cepat tak...cepat tak....



Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Wahh bungkusan daripada easyparcel, apa ya isi dalam?

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Bukak je, wahhh, daripada printcious, tengok pembungkusan dia, memang terbaik

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Buka lagi dan buka lagi

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Tengok dalam, macam ni tau, memang hebat Printcious

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
wow, mug free sudah terima, Printciuos terima kasih yer

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Mug Free by Printcious

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Display Mug Free by Printcious

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Wow, cantik tak Mug Free saya, daripada Printcious tau

Dapatkan Mug percuma daripada Printcious
Saya hadiahkan khas untuk diriku, Mug Free by Printcious







468 x 60
Read More...

Impian seorang Blogger

Hai blogger and readers, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi ni, sungguh pun nampak biasa je blog keladi ni, harap penulisan keladi di entri ini boleh memberi sedikit perkongsian yang bermakna untuk korang yang sudi membaca.

Perjalanan seorang blogger yang penuh dengan kesukaran.

Itulah yang menjadi pembakar semangat untuk kita terus mencapai apa yang diinginkan.

siapa tak nak kan, kita ni menjadi seorang blogger yang


  • Popular dan terkenal sehebat blogger-blogger yang ada sekarang ni - keladi tak nak sebut korang cari sendiri.
  • Blog kita sentiasa disinggahi dan dicari seperti blog cari kerja dan jual beli tu.
  • Menjadi Usahawan blog yang kaya raya
  • Sentiasa menjadi contoh dan inspirasi kepada blogger-blogger yang lain.
  • Dan banyak lagi, seharusnya si blogger ni nak capai - masing-masing punya impian lah kan.
Jangan jadikan penulisan anda terlalu tertekan, sehingga menjadikan karya anda tu satu hasil yang kurang memberangsangkan - kalo nak jadi blogger berjaya lah ya.

Okey, bukan keladi kata yang keladi ni dah kecewa dengan dunia penulisan blog, gara-gara tiada orang yang sudi singgah, bagi keladi niat dan minat kita adalah yang utama, jika kita ikhlas menulis mungkin ia memang memberi sedikit inspirasi kepada orang ramai, tapi kalo niat kita, ni ke lain, akibatnya lihat saja lah nanti.

Menulis kerana Allah s.w.t tau, 

Yup...Menulis pada perkara kebaikan, jadi lah manusia yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain.
  • Mugkin kita ni tak berapa nak pandai bercakap seperti pendakwah hebat
  • Mugkin kita ni juga bukanlah seperti seorang ustaz yang mampu menasihati makmumnya
  • Mugkin kita ni juga bukan seperti pakar motivasi, yang mampu menarik aura yang hebat
Tetapi, 
  • Kita ni kan khalifah Allah
  • Kita ni kan perlu menyampaikan ilmu walaupun sepotong ayat
  • Kita ni kan manusia yang sentiasa membuat kesilapan, dan kesilapan itu perlu diperbetulkan, dengan nasihat menasihati.
Itulah sepatutnya yang sentiasa ada didalam diri seorang blogger, 

Alamak!!! kenapa tetiba je, keladi ni nak menginspirasi orang lain ni!!!

Hello, keladi sudah kata, hidup tak akan selama-lamanya kekal didunia ini...bayangkan jika,
  • Selepas kita menulis blog, dan penulisan kita tu mencaci maki orang lain,
  • Penulisan kita tu pulak pada perkara-perkara yang tak berfaedah
  • dan blog kita tu pulak tak memberi apa-apa kebaikan pun kepada orang yang membacanya. 
Dan.......kita Meninggal Dunia.....so, adakah impian kita tu hanya sekadar nak menambah follower, bila kita meninggal, blog kita ni boleh menolong kita ke nanti, dan jika perkara yang kita tulis tu memburukkan orang lain,  ada ke waris kita yang akan tolong memadamkan blog kita tu nanti??

Tentu tidakkan,

Ia akan selama-lamanya kekal selagi pihak google, tak blok blog kita tu.

Jadi adakah blog kita ni benar-benar akan menjadi bekalan untuk kita ketika kita di pandang Mahsyar nanti, atau kerana blog kita nilah yang menarik kita ke api neraka.

# Mungkin ada suara-suara sumbang yang akan mengatakan, ala, Blog je pun!!

so, tak ingat ke, dulu-dulu ustaz ada pesan, jadi lah manusia yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain, sungguhpun kita tidak boleh memberi wang ringgit, tetapi mungkin dengan ilmu yang kita kongsikan kepada pembaca, dan pembaca tersebut menggunakan ilmu tersebut kepada sesuatu ke arah kebaikan, tak ke untung badan nanti.

Itulah yang sepatutnya menjadi impian untuk seluruh blogger.

Berakhir disini penulisan ini, andaikan usiaku tidak panjang biarkan penulisan di entri ini menjadi bermakna kepada seluruh umat didunia ini, mohon kongsikan kepada perkara yang baik.

Panduan lengkap buat duit dengan blog !!!!

Panduan Buat Duit Blog
Read More...

Jerebu Kembali

Wartawan Keladi melaporkan di kawasan Petaling Jaya : Hai Bloggers and readers, berita terkini, kawasan Petaling Jaya telah mengalami jerebu yang teruk. Di harapkan mereka-mereka yang berada diluar bagunan tu cepat-cepat masuk, ini kerana keadaan akan menjadi bertambah teruk jika korang duduk di luar tu sambil menghembuskan asap-asap yang kurang menyenangkan, kiranya bertambah-tambah lah pencemaran nanti.

Jerebu ni rasanya kat Petaling Jaya je kot, tapi entah ler kot tempat lain jerebu ke tidak, tak tau pulak...

Nampak macam bacaan IPU nya dah macam dekat 200, ayoiiiiii.....budak-budak sekolah jaga-jaga tau, isnin ni jika keadaan tak baik jugak, cuti lah uolssss..

Ni pesanan daripada wartawan perasan, diharapkan pembaca untuk mengikutinya

  • Korang yang duduk kat luar tu, jangan lupa tau banyak-banyak minum air,
  • Cuaca panas tak hilang lagi, kiranya Elnino + Jerebu .....nanti orang yang semput, bertambah-tambah semput ler nampak nyer, jadi kena padai-pandai bawak diri.
  • Kalo tak de topeng muka, meh sini beli tepong muka dengan keladi RM 10.00, kena jual mahal sikit, kiranya time ni ler nak kaut untung.
  • Lepas tu dah masuk kat dalam bangunan jangan lupa cuci tangan dan muka - untuk jaga kebersihan ler.
  • Yang telah berselfie macam keladi ni memang menempah maut, sebabnya, orang lagi suruh duduk dalam je, dia pergi panjat bangun sambil berselfie- gila ke ko!!!
  • Ingat ya, jaga kesihatan, tak mau minum air, ambik air juice yang kaw-kaw punya.....
  • Kalo rasa badan tak berapa nak okey, jumpa doktor, jangan ambik alasan tak nak datang kerja..bagi mereka yang bekerja sift malam ni...tapi yang cuti besok, jangan gatal-gatal berfoya-foya diluar
Sekian sahaja laporan daripada Wartawan Keladi yang Keruh Kesah akibat Jerebu sudah kembali!!!!


Keladionline : keadaan Jerebu yang semakin teruk pada petang ini di kawasan petaling jaya, 

Keladionline news : Selfie Japp, jangan tiru aksi ini

Keladionline news : Comel tak saya time jerebu ni

Keladionline news : Jika keadaan tak kembali okey, nanti tunggu pengumuman cuti ya, yahhoooo, untuk budak sekolah je, yang cikgu tu, jangan perasan nak dapat cuti.







468 x 60


Read More...

Mudahnya Berniaga, blogger ucapkan terima kasih pada Dr Azizan Osman

Hai blogger and readers, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi, dan baca sampai habis entri ini,

so I'm a Proffessional Blogger.

Okey, lantak ler, ada suara-suara sumbang yang menyahut, oit berlagak yer, engkau!!!

Harus la...blog aku memang mantap, so apa masalah ko tu yer!!

(#Amaran.....jangan ambil pusing ya!!)

Tak ada nyer nak berlagak, yang pasti blog kita kan, so kita tau lah apa yang nak di buat dan ditulis, kalo rasa ada yang tak nak baca tu...."ada aku kisah!!!!!"

Hello, si blogger berlagak tolong cuba jadi blogger yang berpijik didunia yang nyata, kalo tak ada orang nak baca blog ko tu nanti...siapa yang akan singgah, so tak boleh nak beriklan lah...
  • Niat nak berblog tu mesti betul
  • Blog ni bukan nyer semata-mata nak tarik pengunjung
  • Macam mana nak buat blog kita ni menjadi satu peluang perniagaan erkk.
Mudahnya Berniaga, Blogger patut ucapkan terima kasih pada Dr Azizan Osman


Mudahnya Berniaga, blogger ucapkan terima kasih pada Dr Azizan Osman
Keladionline : Mudahnya Berniaga, jika tiada alasan yang diberikan


Ayat yang dekat atas tu, korang jangan ambik pusing sangat tau, saja je keladi nak membebel, tak payah nak pening kepala sangat, sebabnya gua punya suka ler!!!!.

Okey, berbalik semula pada Mudahnya Berniaga.

Oit...keladi memang mengidamkan sangat-sangat buku ni, ingatkan nak ke klinik usahawan Dr Azizan awal Mac itu hari, tapi tak sempat, hemm, mula-mula frust gak lah, sebab nak beli buku ni, belum ada kat pasaran, hemmm jadi telan air liur je lah.

Kejap!! orang yang selalu baca blog keladi ni, tentu akan selalu jadi pening kepala, gara-gara maklumat yang ditulis tu, hentam keromo....so memang ko ni gagal lah keladi.

Blogger perlu ada identiti , ini adalah salah satu tip berblog, kalo blogger dengan caranya, keladi gak dengan cara keladi...lantak pi lah depa nak kata apa.!!!

Yang keladi nak maksudkan blogger ni patut berterima kasih dekat Dr Azizan tu adalah kerana, bagi blogger yang pergi ke Sepetang Bersama Blogger 2016 akan menerima buku Mudahnya Berniaga,

hahahh, akhirnya keladi dapat gak buku ini, gara-gara pergi ke  Sepetang Bersama Blogger 2016

aikkk!!! nampak simple je kan, alah buku je pun, bukannya duit.

Hemmm, tak boleh cakap macam tu tau, sebabnya, buku ni kalo di ganyam, fuuhhhhhh, penuh dengan isi yang bermakna. Nak-nak bagi mereka yang ada hasrat nak berniaga macam keladi ni, lepas baca confirm bersemangat,

Upss, ada lagi suara sumbang yang nak memperlekehkan keladi ke!!!

Okey, aku punya matlamat, aku punya suka lah....

Mudahnya Berniaga.....

Jangan kata keladi belum habis baca buku ni, dah berani nak ajak orang lain pulak membacanya,

Pucuk pangkal, keladi sudah habis separuh membaca tau buku ini, memang bersemangat terus gara-gara maklumat dan isi buku...


Mudahnya Berniaga, blogger ucapkan terima kasih pada Dr Azizan Osman
Keladionline : Mudahnya Berniaga, jika tidak dipecahkan ruyongnya, manakan dapat sagunya


Mudahnya Berniaga....

So,

Dalam buku ini, ada 5 fasa, kalo lah mereka-mereka yang tak tau lagi,

okey, kita review semula, kalo nak ikutkan keladi sudah habis 3 fasa membacanya, kiranya ada kesan sikit lah, bolehlah nampak jalannya, tapi kalo korang nak rasa kenalah baca yerkk, nanti kalo keladi beritahu lebih-lebih, nampak tak best le pulak, dan bawah ni keladi senaraikan tajuk-tajuk dibawah fasa-fasa yang dinyatakan tu,  keladi beritahu tajuk je tau.


  • Fasa Pertama : persediaan menjadi jutawan
  1. Bekerja Vs Berniaga
  2. Benarkah Perniagaan itu mudah
  3. Bercadang jadi kaya atau merancang hidup papa
  4. Nampak jelas masa depan sebagai usahawan
  5. Ciri-ciri usahawan berjaya
  6. Kenali peluang perniagaan terbaik
  7. Memastikan idea perniagaan "Meletop"
  8. Tahu jenis-jenis perniagaan
  9. Fahami struktur perniagaan
  10. Mulakan yang baru atau ambil alih sedia ada
  11. Bagaimana anda tahu anda bersedia
  12. 10 kesilapan persepsi tentang bisnes baru
  13. Layakkah anda menerima rezeki berniaga
  14. Komitmen seorang usahawan.
  • Fasa Kedua : Permulaan perniagaan berjaya
  • Fasa ketiga : Membina perniagaan menguntungkan
  • Fasa Keempat : Meluaskan perniagaan
  • Fasa Kelima : Memberi kembali kepada masyarakat.
So, hebat kan, buku ni..baru baca tajuk belum ganyam isi buku...dah ganyam baru tau.

Tapi kalo korang dan termasuk ler keladi ni, habis khatam berpuluh kali pun buku ni, kalo tak ada tindakan memang tak guna gak, kiranya tak jadi apa-apa lah yer. Tindakkan tu kena selari dengan ilmu yang diterima kiranya, habis kita tuntut ilmu tu, pandai-pandailah kita bertindak tau, baru lah boleh kata, sebenarnya berniaga ni mudah, tak payah nak beri seribu satu alasan yang pasti niat kita nak berniaga tu kena betul, hihihi sedikit tazkirah ringkas daripada keladi hasil membaca buku Mudahnya Berniaga.....terima kasih Dr Azizan and Team RichWorks....



Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti






468 x 60
Read More...

Tidak berpuas hati dengan Sepetang Bersama Blogger 2016

Hai Blogger and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog ini, dan baca artikel ini sampai habis.

Pertama kali keladi join aktiviti bersama blogger-blogger yang hebat ni, membuatkan diri keladi ni nampak kecik je.

Tidak berpuas hati dengan Sepetang Bersama Blogger 2016
Sumber : sbb.my


Ini cerita sebelum keladi ke Sepetang Bersama Blogger 2016 tu yerkk!!.

Mula-mula nak daftar untuk join Sepetang Bersama Blogger agak keberatan jugak, sebabnya, keladi tak tau apa pengisian sebenarnya acara ini.

Dalam fikiran keladi memang tak tau pun wujud majlis sebegini untuk blogger-blogger Malaysia, maklumlah keladi aktif berblog pun tahun lepas, kiranya yang dulu-dulu tentang aktiviti blogger ini gua tak ambil port langsung...wahhhh berlagaknya si keladi ni!!, kesian diriku ini, dah kertu baru terhegeh-hegeh nak belajar menulis blog... 

Blog ni penting sangat ke ?

Sengal betul rasanya untuk soalan yang sebegitu!!!

Ini pulak cerita selepas keladi berada di  MDEC Sepetang Bersama Blogger 2016

Sepetang bersama blogger adalah acara yang dinantikan oleh para blogger di Malaysia rupanya, bukan setakat dapat berkongsi Card blogger dengan blogger-blogger yang lain, tetapi SBB ni juga banyak pengisian yang bermaklumat dibawa oleh pihak penganjur.

Dalam sesi mini forum tu, huhuhu menyesal beb jika hari tu, keladi buat keputusan tak nak pergi ke SBB 2016. gara-gara takut nak duduk semeja dengan otai-otai blogger tu, nasib baik aku gagahkan diri untuk hadir ke SBB2016 ni, dan dapatlah dengar :-
  • Pengalaman berblog yang dikongsikan oleh Tuan Hasrul Hassan.
  • Lepas tu, sungguhpun keladi tak ada FB, tapi tip yang dibawah oleh Tuan Ali Hanafiah memang akan bermanfaat untuk keladi.
  • Perkongsian yang menarik daripada Tuan Aqif Azizan -, mula-mula memang keladi tak kenal siapa dia ni, tapi lepas je SBB2016, baru keladi tau siapa Aqif Azizan ni. - Kesian
  • sesi sebelah petang pulak, dapat dengar perkongsian yang menarik daripada Abang Hensem, memang terbaik lah, 
  • dan yang best dapat jumpa Adi Putra, ohhh sungguh hebat rupanya aura dia, baik orangnya, hihihi, macam pemuda melayu terakhir.
  • dan ada juga perkongsian kisah permulaan hidup daripada Tuan Ismail Che Ani, wahhh!! hebat tau, daripada pekerja kilang menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya
  • Sesi temu ramah bersama Norman Hakim dan Isterinya tu ringkas tapi padat gak dengan kata-kata promosinya tu.
  • Upin dan ipin pun ada, time tu dah nak masuk waktu makan pun, keladi tak sempat nak bergambar dengan moskot upin dan ipin ni, sebabnya, gua serbu makan.
  • Gempak memang gempak beb acara ini, jika tak pergi hari tu, sangat rugi sebab nya, banyak cenderhati daripada pihak penaja kami dapat tau. terima kasih semua penaja.
Keladi betul-betul tersalah anggap, sebab apa yer??


Dulu-dulu, waktu zaman sebelum keladi join blogger, keladi anggap blogger-blogger ni perosak, perosak bahasa, perosak maklumat, perosak fakta, dan macam-macam perosak lah, 
  • Blogger ni tau nyer nak menghentam je
  • Suka nak menambah cerita, memburukkan keadaan
  • Faktanya nampak memfitnah orang
  • Suka plagiat hasil karya orang
  • Buang Masa je
  • dan Banyak lagi
Itu dulu tanggapan yang betul-betul nampak kuno terhadap dunia blogger ni, tapi kini, baru keladi tahu dan terbuka mata akal fikiran ku, rupanya tak semua blogger ni adalah picisan, dan tak semua blog-blog kat Malaysia ni sampah!!!,

Sepetang Bersama Blogger telah membuka mata keladi yang dunia blog ni mempunyai Masa depan, dan jika diasah dan digilap, mugkin si penulis blog ni boleh menjadi lebih professional, dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sepetang Bersama Blogger 2016, membawa seribu kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh peserta.

So, kenapa ko tak berpuas hati dengan Sepetang Bersama Blogger 2016?
  • Sebab keladi tak dapat hadiah cabutan bertuah tu 
  • Nampak macam sistem yang scroll nama cabutan tu tak adillah
  • Tak Puas dengar perkongisan tip dan maklumat daripada sifu-sifu dalam forum tu
  • Tak puas hati tak dapat rasa sambal yang pedas giler, makan terus masuk hospital tu
  • Tak berpuas hati tak dapat bergambar lebih-lebih kat Kotak Lensa.
alahai ko ni keladi, ingatkan tak berpuas hati pasal acara majlis tu berjalan, rupaya tentang benda-benda yang kecik je ni, entah lah ko, jangan nak ngada-ngada lah, nak cerita buruk-buruk tentang SBB tu.

Tak dapat Smartphone tu pun tak apalah...bukan rezeki ko pun, tak payah nak dipertikaikan lagi!!!

Nanti takut pihak penganjur Denaihati tu merajuk tak nak anjurkan majlis ni lagi pada tahun depan.

Hadiah sangat lumayan uolsss, siapa yang tak pergi rugi kot!!! 

Jadi,

Tak payah cakap lebih-lebih, dan yang perlu di beritahu adalah  MDEC Sepatang Bersama Blogger 2016 memang terbaiklah!!!.


     468 x 60

Gila ko tak nak kata SBB ni best.





Read More...

Free Mug Campaign (FMC) By Printcious

Hai readers and bloggers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi ni, dan sudi membaca artikel yang tajuk tu kononnya artikel Bahasa Inggeris, tapi rupanya si jawa ni tulis entri dalam bahasa melayu, Hello jangan nak membebel yunk!!!, ingat pada "Free Mug Campaign ( FMC) with Printcious".


Korang tau ke apa yang Printcious ni buat, ya lah nanti keladi bercerita panjang lebar tentang Free Mug Campaign ( FMC), korang pulak tercopong mulut tak tau apa ke benda yang keladi melalut tu.


Nak tau lebih lanjut korang tengok banner ni!!!

                                        300 x 250

Okey ringkasnya kalo nak tau lebih lanjut korang klik jelah kat sini, Printcious, hihihi, sebab syarat nak join giveaway untuk dapatkan Mug Free tu kena buat artikel tentang "Free Mug Campaign (FMC), bukannya bercerita tentang Printcious tu. So, keladi tak nak membuang jumlah perkataan yang banyak-banyak nanti takut tak adil pulak, sebabnya pihak penganjur suruh cerita tentang "Free Mug Campaign" untuk 400 patah perkataan di blog kita termasuk gambar yang boleh di ambil di website  Free Mug Campaign ( FMC).

Okey2, keladi tak nak membebel lebih-lebih nanti korang bosan lak, tapi sebelum korang lari, keladi nak beritahu, MUG FREE, tak nak ke!!!

Tak logik jika kita kata tak nak Mug Free daripada Printcious ni, memang cantik beb, gua cakap lu!!!, boleh menyesal jika tolak rezeki ni.

Sebabnya, keladi selalu je usha kat laman shopping cart di printcious.com, memang kiranya keladi nak cadang kat korang bila rasa nak cari cenderhati yang boleh cetak design kita sendiri tu pilihlah Printcious, memang berbaloi, cute miut gitu.

Kembali kepada "Free Mug Campaign" keladi oiii!!!!

Kempen ini bermula daripada 01 April 2016 sehingga 31 July 2016, kiranya dalam tempoh tersebut adanya hari-hari istimewa untuk Ibu, bapa dan guru kita, tetapi pihak penganjur tak pun khususkan untuk hari tersebut tu je, korang boleh gak buat surprise untuk mereka-mereka yang dikira sangat teristimewa buat korang, cehhwahhh!!!!, so, nak tahu bagaimana untuk korang boleh tebus mug tersebut secara percuma, korang perlu terus membaca artikel ini.

Jap ya, sebelum keladi nak cerita syarat-syarat nak join giveaway ni, keladi nak letak pengeras dulu sebagai tanda keladi memang join "Free Mug Campaign" by Printcious. 

  


Free Mug Campaign (FMC)

Okey jika korang rasa nak sangat dapatkan Mug Free tu, jom ikut step ni, sebabnya keladi perlu translate daripada BI ke BM, takut tersilap tulis, jika korang nak semak semula klik di sini 


Cara Menyertai Giveaway Free Mug Campaign (FMC) 

Langkah 1

Like dan share post facebook Printcious tentang Free Mug Campaign dan set kan Menjadi PUBLIC

( Semua ni kena buat kat Facebook Tau )

Langkah 2

Register member account di Website Printcious dan Login 

Langkah 3

Cari Gambar FREE MUG ( harga akan jadi RM 0.00)


Langkah 4

Klik butang CUSTOMISE untuk hias mug korang. Lepas siap, klik DONE dan ADD TO CART

Langkah 5

Mug korang akan dihantar 3 hingga 5 hari bekerja

So, Senang je kan step tu, tak susah , ala nak dapat MUG Free, usaha tangga kejayaan.
Jangan nak tension-tension

Okey, yang bawah ni pulak terma dan syaratnya, maklumlah setiap giveaway ada syarat dan terma yang harus diiikuti oleh peserta, jika tak takut nanti pihak penganjur pulak dipersalahkan, 

  • Satu email boleh dapat satu free customised mug sahaja
  • Cas penghantaran setiap Mug RM 10 ( Semenanjung Malaysia ) dan RM 15 ( Sabah & Sarawak)
  • Cas penghantaran PERCUMA jika beli RM60 keatas
  • Hanya 10000 biji MUG yang ada sehingga tarikh 31 Julai 2016
  • Jadi tunggu apa lagi tu, cepat-cepat ke Facebook Printcious tu dan like, upss pihak penganjur tak ada pulak kata perlu pakai bahasa Inggeris saja untuk join, jadi selamat engkau, kalo tak habis keladi terpaksa guna google translate untuk tukar pulak celoteh keladi ni.

Untuk keladi punya MUG Pulak, sebenarnya keladi nak dedikasikan Khas MUG tu untuk blog kesayangan keladi ni, kiranya MUG tersebut menjadi bahan kenang-kenangan keladi, dan pembaca setia blog ini, nanti jika dah dapat MUG tu keladi akan share kat korang ya, 

Jadi tunggu apa lagi tu korang jom Pi join giveaway ni.


                           468 x 60


Read More...

Kenapa Aqif Azizan menipu blogger?

Hai bloggers and readers, terima kasih ya yang sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel ini, keladi seorang blogger proffesional dan bakal menjadi blogger sepenuh masa.

Jangan lari daripada membaca artikel ini, kenapa Aqif Azizan menipu blogger di Sepetang Bersama Blogger 2016?

Korang mungkin blogger-blogger kononnya hebat tu akan kecam keladi gara-gara mengatakan yang keladi ni suka-suka nak kata tuan Aqif Azizan ni penipu.

Padahal semalam kat Sepetang Bersama Blogger 2016, dia bersungguh kot menyampaikan tip dan maklumat untuk blogger-blogger yang hadir!"

Tak suka tapi tersedar yang blogger ni perlu berubah daripada jadi blogger syok sendiri kepada blogger realiti.

Tuan Aqif Azizan pesan kepada blogger-blogger yang hadir semalam, nampak betul-betul macam menipulah si Aqif Azizan ni, ada ke dia kata

  • Buat blog untuk dijual - dia kata korang yang hidup sebagai blogger syok sendiri tu, cubalah ubah-ubah sikit, supaya korang boleh maju dengan blog yang mempunyai niche menarik, kiranya blog korang nanti mempunyai nilai dan ada orang yang sudi membelinya.
  • Jangan berfikir untuk menghasilkan banyak artikel semata-mata - korang dah nampak tak belang si Aqif Azizan ni, dia kata jangan hanya asik nak kejar jumlah entri yang banyak di blog tu, gila ke apa dia ni!". Keladi rasa dia ni sakit jiwa, dia minta blogger-blogger di Malaysia ni cuba hasilkan artikel yang berkualiti, lepas tu dia kata, bila nak menulis tu kena fikir berapa orang yang akan membaca artikel kita tu.
  • Lepas tu kan, blogger-blogger yang tak pergi semalam tu tak ke rasa rugi ke sebab tak dapat lihat si penipu ni beritahu, yang blog kita perlu mempunyai content yang menarik dan dicari oleh orang ramai.
  • Si Aqif Azizan minta kita semua blogger untuk tanya pembaca dulu sebelum kita menulis artikel, dia kata korang kena tanya pembaca  apa yang hendak ditulis, nampak macam mengarutkan!!
  • Dia ada kata jugak, yang dia tak pentingkan sangat jumlah follower, dan bagi dia database email yang banyak tulah potensi untuk menjana income, bukan berdasarkan jumlah follower kita tu.
  • Sudahnya, dia perli kita semua, blogger yang ada domain dan hosting tu jangan nak berbangga sangat sehingga terlupa nak renew pulak.
So, apa yang hebat sangat si Aqif Azizan ni, kata pakar bagi penulisan iklan @ ccopywriting dan penulis best seller buku magnet kekayaan bersama Dr Azizan tu.

Tapi kenapa nak menipu kami sebagai blogger ni.

Korang jangan kata si Aqif Azizan ni anak kepada Dr Azizan, sebabnya memang nampak menipu sangat. Jauh pangang daripada api

Dan di akhir ucapannya Tuan Aqif Azizan menipu kami lagi sebagai blogger dengan pesanannya

Blog : Ambil berat terhadap pembaca kita. 

Berniaga : Ambil berat terhadap pelanggan kita.

So, kenapa lah si Aqif Azizan ni nak menipu kami dengan benda-benda yang mengarut ni....baik korang ambil pesanan keladi ni untuk mereka-mereka yang mempunyai produk untuk dijual

Blog keladi ni trafiknya cuma 300 seminggu, dalam perancangan nak tingkatkan ke 300 untuk satu hari dan mungkin lebih, sebelum hujung tahun ini trafik blog akan menjadi 70000, jadi keladi nak buka offer bagi mereka yang nak keladi tolong reviewkan produk mereka di blog ini, hanya RM100 je, tahun depan mungkin akan meningkat menjadi RM1000 jika trafik blog ni mencapai 1 juta pengunjung.


Read More...

Blogger tidak percaya kata-kata Tuan Ali Hanafiah

Hai blogger and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi.

Penangan Sepetang Bersama Blogger masih tak hilang, kalo boleh nak cerita macam-macam tentang acara ni, tapi biarlah korang pergi je search sendiri ke blog-blog rakan seperjuangan yang lain. Ramai je blogger yg interframe kot tentang suasana yang havoc di majlis itu.

Blog keladi ni jika nak bilang trafik cuma 300 je untuk seminggu, tapi keladi sedang berusaha untuk mencapai trafik 300 untuk 1 hari, dan akan menjadi 70000 trafik pembaca sebelum hujung tahun ni, keladi nak offer, jika ada pengusaha-pengusaha produk yang ingin promosikan produk mereka di blog ini secara gila-gila..hanya RM100, sebelum menjadi RM 1000, apabila trafik blog keladi mencecah 1 juta pageview awal tahun depan...ini bukan khayalan tetapi ia akan berlaku....I am proffesional blogger...keladi juga seorang penulis iklan dan jualan...nanti jangan kata keladi tak share offer ni kat anda!!!.

Bukan keladi tak nak ada facebook, tapi mugkin belum masanya untuk keladi....kot....tapi tak semestinya keladi buat-buat pekak telinga ketika Tuan Ali Hanafiah berucap pada forum sepetang bersama blogger 2016, semalam.

Kiranya Tuan Ali Hanafiah ni merupakan penggiat aktif Facebook dalam mengusahakan dan mengembangkan perniagaan online, tak rugi rasanya jika blogger-blogger mengambil peluang dalam mengikut langkah dan tip yang diberikan olehnya.

Blogger tak percaya pada kata-kata Tuan Ali Hanafiah.

Kenapa nak gunakan FB ad?

  1. Salah satu website yang mempunyai pengguna yang ramai - 1.59 bilion pengguna aktif.
  2. Sasaran yang tepat - lokasi, minat, pekerjaan, Industri, Gender, Umur, Mobile User, aktiviti
  3. Meningkatkan kesetiaan pelanggan.
  4. Mempunyai butang fungsi - kupon, diskaun, learn more, sign up
  5. Iklan yang lebih fleksible - jumlah patah perkataan yang tidak terhad, pengguna sebarang jenis visual
  6. Mudah menganalisis keberkesanan iklan - reach & frequency, jumlah klik, komen.
  7. Pemilihan antara cpc dan cpm untuk penyesuaian mengikut kos dan matlamat.
  8. Kos effective - penentuan bajet, bantuan viraliti , integrasi
  9. Model OTFRA
  • O - objektif - sebelum beriklan, tahu matlamat
  • T - Target audience - kajian personaliti
  • F - Format / copywriting / placement
  • R - Review
  • A - Adjust. 
Korang kurang faham ke apa yang keladi tulis kat entri ini....

Jangan nak lari daripada terus membaca entri ni, sebab entri ni pun keladi dah nak close pun.

Ringkasannya Tuan Ali Hanafiah ni memberikan kami blogger-blogger ni terus terpaku dengan kata-katanya tu, bukan apa keladi nak kata andai dunia ni boleh diputar semula keladi nak di pause ke waktu ketika keladi berada di acara Sepetang Bersama Blogger, rugi rasanya jika mereka yang tak join..

Ucapan yang agak sempoi dan sampai kepada blogger-blogger, menyebabkan keladi terus ingin mempelajari lebih banyak lagi tentang dunia pemasaran produk melalui media sosial.



Read More...

Blogger patut tidak mengabaikan kata-kata Hasrulhassan

Hai readers and bloggers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi, "I am a Proffesional Blogger", keladi nak jadi blogger sepenuh masa,

Blog saya ni trafik cuma 300 je satu minggu, tapi saya sedang meningkatkan trafik blog kepada 300 untuk sehari dan sebelum akhir tahun ini saya ingin meningkatkan trafik sebanyak 63000 setahun, dalam usaha mencapai traget trafik ni, saya ingin membuka kepada mana-mana pengusaha produk untuk saya review produk mereka di blog ni secara gila-gila....hanya RM 100 untuk projek ini...andai kata trafik blog ini mencecah 1 juta pada awal tahun depan mugkin harganya akan meningkat kepada RM500...dan mungkin akan lebih...jadi jangan nak menyesal nanti, kata saya tak beritahu!!!!!!!!....

Saja mencelah sikit, itu semua gara-gara ke sepetang bersama blogger 2016, bagi keladi kan korang yang blogger tu tak pergi semalam memang patut berasa menyesal.....sebabnya banyak input dan tip yang berguna untuk korang ambil daripada mereka-mereka yang pakar dalam bidang media sosial ni.

Blogger patut tidak mengabaikkan kata-kata bro hasrulhassan

Keladi tak nak mengulas sangat tentang perjalanan majlis sepetang bersama blogger tu, sebabnya majlis tu memang gempak sangat beb!!, tengok hadiah cabutan bertuahnya tu...gila ko!!! Naik pengsan dengar, tapi gua yg menulis ni memang tak pernah nak merasa hadiah cabutan bertuah.....upsss termelalut pulak...tapi dikira perjalanan majlis memang terbaik bro!!!.

kalo korang nak tahu sangat apa yang berlaku semalam, klik je sepetang bersama blogger, tentu ramai dah update suasana havoc semalam...sebab tu lah keladi tak nak cerita tentang perjalanan majlis tersebut, sebab banyak nanti blogger akan share pengalaman mereka di sepetang bersama blogger.

Blogger patut tak mengabaikan kata-kata hasrulhassan.

Siapa tu Hasrulhassan ?


Pada majlis Sepetang Bersama Blogger 2016, semalam beliau adalah salah seorang  speaker pada forum sebelah pagi..mood dan aura positif pagi pun masih  membara untuk keladi, sebab tulah keladi bersungguh untuk mencatit apa yang terkeluar daripada mulutnya...cehwahhh, bukan nak berlagak kononnya jadi pelajar pintar, tapi rasa macam rugi pulak jika terlepad tip yang berguna daripada si blogger house husban ni, 

Upss terpanjang pulak berceloteh, maaf ya terlampau excited jumpa dan dengar speaker yang hebat di depan mata tu, sebab tu la, diri ini jadi tak tentu hala uollsss,

Blogger tak patut tak ikut tip yang diberikan oleh Tuan Hasrulhassan di Sepetang Bersama Blogger.

  • HH beri ucapan dengan suasana yang santai dan spontan
  • HH cakap tak mengikut skrip, jadi apa yang dikatanya adalah daripada pengalamannya sendiri
  • HH pernah jadi blogger copy and paste
  • HH tak kata yang buat duit melalui blog tu mudah
  • HH juga mengalami kesukaran ketika mula-mula berada di dunia media sosial dan selepas 3 tahun baru nampak hasilnya
  • HH bermula dengan blogger photographer, dan kemudiannya jadi seorang blogger yang memberi panduan berblog, kemudian bertukar pula kepada blogger HouseHusband ( branding blog)
  • HH kata blog kita perlu ada niche yang memang kita boleh bawa...kiranya topik yang kita bawa di blog tu adalah kemahiran kita atau benda yang betul-betul kita mahir.
  • HH kata kita perlu fokus dan terus fokus berdasarkan apa yang kita ingin lakukan dan kita juga perlu berpura-pura yang kita ni pakar dalam bidang yang kita tulis tu.
  • HH ada pesan gak, dia kata tak semestinya blog yang kita bina tu tak ramai follower, jadi jumlah pembacanya kurang, tetapi mugkin ada pembacanya tersendiri.
  • HH beri ucap nampak tongang terbalik, lastnya dia kata branding blog, berkali-kali HH memaksa kami blogger ni untuk jenamakan blog, so blogger-blogger yang perasan bagus ni, boleh ke nak ikut tip daripada HH ni.
Itulah pesanan terakhir daripada blogger House Husband Hasrul Hassan, berkali-kali dia kata, nak buat duit dengan blog, perlu jadikan blog adalah perniagaan dan branding blog untuk diterima umum.

Read More...

Sepetang Bersama Blogger 2016

Hai bloggers and readers, hari ini tak nak cerita lebih-lebih, sebabnya keladi nak mengemaskini apa yg berlaku di sepetang bersama blogger 2016.

Keladi bangun awal tau, lepas subuh untuk gerak ke dewan campbell tu.

Hemm..tak menipu sangat ke!!!...hello keladi dapat buku tau drp pihak penganjur, ni bagi mereka yg terawal je dapat.

Sepetang Bersama Blogger 2016

Erkk datang awal!!!!

Haruslah excited nak berjumpa dengan blogger-blogger hebat...terasa diri keladi kecik je...

Tak nak cakap banyak pendaftaran telah bermula seawal 830 pagi tadi..

Sekarang ni jam 0948...mereka semua tengah excited kot jumpa rakan sepejuangan...hahahaha saja keladi nak kepoh jap...

Dekat dewan ni keladi klue tak terkata...hahahah




Rasa nervous pulak!!!!



Read More...

Rutin harian seorang blogger

Hai bloggers and readers, terima kasih daun keladi, kerana singgah ke blog keladi.

Rutin harian seorang blogger

Blogger-blogger diluar sana, korang menulis blog ni setiap hari ke?

Yang rajin menulis blog tu bagus lah kan, memang korang betul-betul bersungguh untuk menaikkan pageview blog korang tu.

Tapi yang malas nak tulis blog tu jangan nak bising pulak nanti tak dapat status blogger terlajak laris.

Rutin harian seorang blogger

  • Wajib ke si blogger ni berblogwalking
  • Wajib ke si blogger ni buat contest ataupun GA kat blognya tu.
  • Wajib ke si blogger ni join contest blog lain
  • Wajib ke si blogger ni tinggalkan komen yang munasabah di blog orang lain.
  • Wajib ke si blogger ni setup iklan di blognya tu
  • Wajib ke si blogger ni join affiliate sistem
  • Wajib ke si blogger ni join adsenses
  • Wajib ke si blogger ni cantikkan dan kemaskan blognya tu.
  • Wajib ke si blogger ni perlu membaca lebih banyak lagi ilmu tentang blog.
  • Wajib ke si blogger ni mengemaskini maklumat di blog nya tu.
  • Wajib ke si blogger ni seorang yang berpengetahuan luas
  • Wajib ke si blogger ni jadi busy body
Tak boleh tulis banyak lagi cukup untuk point tu je!!

Rutin harian seorang blogger

Bagi keladi untuk menjadi blogger yang popular dan disayangi semua ( #tangan kedua-dua belah letak dibahu, mata keatas), kita perlu sentiasa menulis sesuatu yang terbaik di entri kita tu.

Alah...korang blogger yang sedang baca entri ni pun tau lah.

Content is king, jadi nak memukaukan pembaca dengan maklumat kita yang berguna tu, mestila fikir apakah maklumat entri yang terbaik untuk kita gorengkan di blog kita ni.

Erkk!!!, lupa pulak, jap kalo nak menulis isi entri blog dengan terbaik, mestilah aktiviti menulis blog ni perlulah dijadikan rutin harian.

Makin banyak kita menulis makin mantaplah kita mengoreng isi maklumat entri kita nanti.

Jadi, rutin harian seorang blogger adalah menulis entri, tak kisah la, tajuk entri  tu nampak bodoh, tapi makin lama kita menulis, makin berkualiti isi blog kita nanti.

Maaf ya entri ni nampak merapu sikit, tapi merapu ke entah apa-apa lah, yang pasti keladi nak kena jadikan aktiviti bloging ni di jadikan aktiviti wajib dibuat.






468 x 60
Read More...

Akibat lambat jadi blogger

Hai blogger and readers, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel keladi, dan untuk entri kali ini, macam furst je bunyinya, "Akibat lambat jadi blogger".

Akibat Lambat jadi Blogger.

So, apa masalahnya, jika kita lambat bergelar blogger?

Hello si pentanya yang sejati tu, engkau tak payah nak tanya lebih-lebih ya, jangan nak kutuk keladi kerana lambat jadi blogger.

Memang akan ada masalah jika kita lambat jadi blogger, sebabnya

  • Orang yang muda daripada kita lebih pakar dalam blogging
  • Blogger yang dah menempah nama di arena blogging ini lebih muda daripada kita
  • Orang yang lebih muda daripada kita dah bergelar otai blogger
  • Blogger yang lebih muda daripada kita lebih banyak pengetahuannya
  • Terus ketinggalan jauh, dah tua baru nak terhegeh-hegeh cari follower
Rasa rugi sangat masa, selalu gak keladi terfikir, kalo lah saya mula berblogging diawal pengenalan blogspot oleh google dulu tu kan bagus, time tu pun orang tak ramai kenal blog dan time tu juga orang tak tau sangat pun kebaikkan kita membina blog. Lepas tu boleh merepek lebih-lebih, dan lepas tu boleh lah jadi otai blogger.

Itu semua sudah terlambat

Dan Keladi benar-benar terlewat, keladi mula berblog ketika orang lain sudah ramai menggunakan blog untuk pelbagai tujuan. Siap ada yang sudah menjadi blogger sepenuh masa lagi tau, aduh!!! rugi sungguh jika difikirkan semula.

Entah lah labu, memang benar-benar susah ke nak bangkit dan popular sebagai blogger time ni?

Takan le tak ada peluang kot, si newbie nak naik sebagai blogger popular!!!

Itu semua terletak pada kreativiti kita semua kan, tak kisah lah, lambat ataupun cepat kita bergelar blogger, tapi yang pasti rezeki tu telah tertulis, andai  suatu hari nanti kita akan menjadi blogger popular, ia tetap akan berlaku, tapi cuma usaha dan terusaha tetap perlu diteruskan.

Jika tak melakukan perkara ini, mana mugkin kita boleh bergelar blogger popular sungguhpun kita memang sudah lama berada di dunia blog :-

  1. Konsisten dalam menulis artikel
  2. Niche blog yang menarik dan ramai pembacanya
  3. Penulisan yang berkesan dan diterima umum
  4. Seorang penulis blog yang rajin
  5. Rajin mencari ilmu dalam berblog
  6. Usaha, usaha dan terus berusaha
  7. Belajar daripada pengalaman orang lain
  8. Bukan niat untuk mencari duit semata-mata, tetapi niat untuk berkongsi
Jadi, korang rasa teruk sangat ke jika kita ni lewat menjadi blogger?

Tak teruk sangat pun, sikit je, tapi dunia blog ni masih ada peluang untuk newbie menempah nama dalam dunia ini, tapi mugkin perlu usaha lebih sikit kot.

Tak pe lah korang-korang, termasuk keladi ni, tak boleh kata gak yang mereka-mereka bermula awal blogger tu lebih mudah menempah nama di arena blog, ada je yang blogger otai tu masih suam-suam kuku je kat dunia blog ni, ada je yang blogger-blogger otai tu macam melepas batok di tangga, 

Tu semua niat masing-masing lah, tak perlu dipertikaikan lagi,

Keladi nak kata, ada baiknya kita bermula lewat, sebabnya, mudah kita nak mengutip ilmu-ilmu berblog daripada otai-otai blogger yang sudi berkongsi dengan kita yang newbie ni.

Akibat lambat jadi blogger, Aku semakin seronok untuk berblog!!!




Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti






468 x 60
Read More...

Bila Che Det berkata-kata di blog

Hai readers and bloggers, terima kasih ya korang yang sudi singgah ke blog keladi ni, semoga tuhan beri kemakmuran dan keamanan di negara kita ini, maklumlah mugkin kita tidak mempunyai musuh di luar sana, tapi adakalanya kita alpa yang musuh tu mungkin boleh datang dalam diri kita sendiri, jadi renung-renungkan bersama.

Aikk!!, keladi engkau ni dah apa ke halnya?

Tetiba je macam nak jadi ahli pemikir dunia!"

Ko dah buang tebiat, nak story mory cerita dunia politik pulak !" kata Tok Keladi.

Bila Che Det berkata-kata diblog

Hello semua, keladi tak buang tebiat lagi tau, 

Sengaja keladi nak cerita tentang Che Det ni, 

Siapa dia Che Det?

Bila Che Det berkata-kata di blog
Bila Che Det berkata-kata, Tun Dr Mahathir terus senyap.

Korang-korang yang blogger tu, kalo tak kenal siapa Che Det, bersara jelah daripada dunia blog, sebab nya, Che Det ni memang lantang mengutuk dan complain tentang cara pentandbiran Perdana Menteri yang kita sayangi tu ( #sayang sangat ke!!, kedua-dua tangan dibahu, mata keatas ).

Bagi pandangan dan pendapat keladi, ini bukan keladi nak cerita tau tentang si Che Det ni, tapi keladi nak respect che det ni sebagai blogger otai sepanjang masa, yup dunia keladi bukan nak mengutuk atau mengeji sesiapa tetapi dunia blog keladi adalah dunia blogger.

So, jangan korang yang baca entri ini tersalah anggapan bahawa keladi ni sorang yang obses pada dunia politik, dan jangan korang terus judge keladi yang kata keladi ni Pro Pembangkang, hello, sekali lagi keladi nak kata, keladi tak berpihak pada mana-mana puak politik.

Che Det Juga adalah seorang blogger!!!

Yup siapa tak kenal pada figura Tun Dr Mahathir Mohammad, dan dalam dunia blogger pula, nama penanya adalah Che Det.

Jom kita usha kejap blognya tu, chedet.cc

Keladi adalah salah seorang pembaca setia blognya tu tau, kalo nak ikutkan cara penulisannya tu, entah lah keladi tak mau nak komen lebih-lebih, sebabnya, sekali lagi keladi katakan yang keladi follow Che Det bukan kerana taksub dan obses untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang kita sayangi tu ( #sayang sangat ke!!, kedua-dua tangan dibahu, mata keatas), tetapi keladi respect che det sebagai blogger otai yang sangat berpengaruh.

Hello, keladi seorang blogger, sebab tu lah jika orang popular ni bina blog, confirm gua kan serbu, tak kisah lah blognya tu cerita tentang entah apa ke benda yang keladi tak faham tapi tetap keladi follow, sebabnya keladi memang berminat dengan blogger-blogger yang ada cara yang tersendiri dan bina blog berdasarkan kepakaran mereka. Jadi harus kena follow blog mereka.

Bila Che Det berkata-kata di blog, Pak Ajib pulak takkan nak diam membisu!!!

Erkk!!' korang Che det ni memang betul-betul nak Pak ajib turun ke, Upsss turun apa tu ya, hahahah terover pulak, entahlah, Dekelarasi Che Det tu masih berlangsung, dan kisah 1MDB tu tak habis-habis dibicarakan di blognya tu.

Okey jom kita review sikit blog Che Det ni,
  • Niche Blog : Politik
  • Banyak bercerita tentang dunia politik semasa, terutama cara pentadbiran kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Sri Najib Bin Abd Razak
  • Bahasa yang digunakan di blog ini adalah Dwi Bahasa
  • Blog yang santai tapi penuh maklumat.
  • Menerima kunjungan pembaca daripada seluruh dunia, tiada privasi pada blog ini, mugkin itulah tujuannya beliau bina blog sebegini, supaya pembaca dapat membuka minda, dan berfikir mana yang terbaik.
Daripada pandangan keladi daripada sudut dunia blog pula,
  • Niche blog yang menarik, dan pastinya bagi mereka yang benar-benar berminat dalam dunia politik tanah air akan singgah ke blog che det tu.
  • Kita sedia maklum, ramai yang tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi semasa sekarang ni, dengan harga barang naik, GST lah, Inflasi terus naik mendadak, kadar pengganguran dikalangan siswazah, dan banyak lagi yang membuatkan rakyat tersepit, jadi kirannya, blog Che Det ni, kononnya mewakili suara ramai untuk mendapatkan kesahihan apa sebenarnya yang berlaku dalam pentadbiran perdana menteri tu. Adakah kerajaan benar-benar membantu rakyat, ataupun kerajaan ni mempunyai agenda yang tersendiri?, jadi jika korang yang rasa blog ni banyak menfitnah, itu terpulang pada pendapat dan pandangan korang, tapi yang pasti keladi tetap sokong che det sebagai blogger yang berpengaruh.
  • Lagi satu yang buat keladi respect, dalam bidang penulisan blog Che Det tak campur adukkan bahasa, korang tengok je lah, setiap artikel yang che det tulis tu kan dwi bahasa, mana lah ada macam kita yang kononnya blogger first class daripada london, kejap-kejap bahasa melayu, kejap-kejap bahasa inggeris, kejap-kejap jawa, entah apa entah, tapi beliau memang cukup profesional, dan tahu asal usul bangsa dan bahasa.
  • Macam biasalah kan, penulis blog ni bukan macam menulis buku, gaya penulisan di blog mestilah santai, jadi Che Det punya blog ni memang santai, dan bahasanya pun santai.
  • Bina blog yang boleh diterima umum, jika yang tak nak baca tu lantak lah, hihihihi itu lah prinsip Che Det dalam berblog.
Okey, keladi rasa tak payah lah nak bercerita panjang lebar tentang blog Che Det ni, sebabnya Che Det ni lebih popular berganda-ganda daripada keladi, kirannya si Che Det ni boleh gak dikategorikan sebagai Blogger Terlajak Laris. Entah ler labu, yang pasti niat kita berblogger ni betul.

Ohhh Kejap, sebelum nak say bye bye untuk entri ni, keladi terfikir gak, andailah Pak Ajib kita tu tak jadi Perdana Menteri lagi, korang rasalah kan dia pun akan jadi Blogger macam Che Det tu ke?

(*&^%$##@!!$R%^&**^$$*) 

Blogging to Unblok


                          468 x 60

                           

                           
Read More...

Blogger terlajak laris

Hai bloggers and readers, terima kasih ya singgah ke blog keladi ni dan baca sampai habis entri ini, jika sudi tinggalkan jejak ya diruang komen tu, nanti keladi balas kunjungan.

Okey, entri ni nampak keladi ni over lah pulak, kononnya laris sangat dipasaran tapi realitinya hancur ke belakang. Hello jangan kata apa-apa gua ini blogger terlajak laris tau, korang pulak tak nak ke jadi blogger terlajak laris.

Berangan je kerjanya, keladi kalo engkau nak jadi blogger terlajak laris, engkau kena jadi blogger terhebat dulu erkk, baru lah boleh dikategorikan blogger terlajak laris!" kata Tok Keladi.

Okay, keladi tak nak merepek dan merapu, apa yang keladi nak kongsi di entri ini bukan penangan drama terbaru di slot Akasia TV3 tu, alah yang ganti "Tundukkan Playboy Itu", lepas ni mak cik-makcik, dan kakak-kakak kita kan sibuk bercerita drama "DuDa terlajak Laris".


Hello, keladi tak nak cerita tentang sinopsis cerita ini lebih-lebih tau, ramai je blogger-blogger dah sibuk duk cerita sinopsis tentang drama ini, nanti aku pulak yang perasan terlajak laris sebabnya, entah berangan tak tentu pasal.


Si blogger terlajak laris ni semalam terlajak pulak tengok cerita Duda terlajak laris tu, episode pengenalannya tu, keladi nampak macam menyampah lah pulak, macam tak logik pulak aku tengok si Zack dipaksa kahwin, gara-gara tertangkap dengan Peha sewaktu bergaduh didalam rumahnya semasa zack nak betulkan metol yang terbakar tu.


Blogger terlajak laris
Duda terlajak laris, Drama di slot aksia pasti menjadi hangat diperkatakan, alah dengan pelakon yang memang mempunyai nama di dunia lakonan, lepas tu pelakon utama dia pulak cantik, dan hensem, memang terpaku lah makcik-makcik dan kakak-kaka nanti, tapi kalo yang perasan dirinya tu blogger terlajak laris macam mana pulakkan, apa pula ceritanya?


Takan tak ada solusinya, kan, alah si blogger terlajak laris ni rasa, itu semua mainan skrip dan jalan cerita oleh seorang sutradara, jadi tak payah lah nak mempertikaikan, sekurang-kurangnya mereka bijak dan kreatif mengambil senario semasa yang sedang berlaku, maklumlah, apa-apa pun boleh berlaku, entah lah malas si blogger terlajak laris ni nak cerita lebih-lebih pasal drama Duda terlajak laris tu, kalo korang yang nak tahu sinopsis dan pelakon-pelakon drama tersebut, keladi cadangkan korang ke blog www.syidahnapsihah.com, dan korang klik link ini nak ke entri tentang Duda Terlajak Laris.

Korang yang perasan blogger terlajak laris tu, tak payah nak berangan-angan terus, lah ni industri blog menjadi semakin hangat dan penuh cabaran buat kita semua.

Siapa yang mampu bergelar blogger popular tu, dialah yang mampu memcapai apa yang diinginkan di duni blog ni

Ye ker, betul ke tu, keladi ko jangan nak judge manusia pada luaran tau, tak bermakna kita blogger tak terlajak laris ni tak berkualiti dan tak bagus.



Ohhh, kalo gitu, tak boleh ke kita si blogger ni nak jadi blogger terlajak laris, sampai bila nak jadi newbie je kan!"


Dunia blogger ni tak ada pun kelayakkan yang khusus untuk kita tak boleh berjaya dalam dunia blog ni.

ada ke nak bina blog waktu nak sign up tu, si google ni mintak

  • Sijil tertinggi Akedemik kita
  • pengalaman kita
  • CGPA kita berapa
  • Kita lulus tak bahasa Melayu atau Inggeris
  • Kemahiran kita
Semua tu tak ada pun mereka minta dalam kita nak bina blog, jadi nak menjadi blogger terlajak laris ni tak ada kelayakan yang khusus tau, semua blogger-blogger ni boleh jadi blogger terlajak laris.

lah, best ke kita jadi blogger terlajak laris ni?

Hello korang-korang yang masih tak berpijak pada dunia yang nyata tu, untuk apa errk korang masuk kat dunia blog ni, tak kan ler semata-mata hobi korang nak menulis je kan, mestilah korang nak jadikan blog korang ni terkenal, lepas tu, confirmlah orang akan tahu korang ni memang blogger terlajak laris, dan yang lagi penting tu korang dan termasuklah si blogger terlajak menulis ni inginkan iaitu nak dapat duit tambahan daripada hasil berblog. So, sebab tulah kita kena jadi blogger terlajak laris, barulah ada umphhhhh!!.

                                     300 x 250


Errkk!!!, kalo kita semua nak jadi blogger terlajak laris, siapa pulak yang nak jadi blogger tak laku-laku?

Tak payah nak kata apa-apa, yang teringin nak jadi blogger tak laku-laku tu, duduk je diam-diam, tak pun copy n paste je entri orang lain, mudah hidup kan!!. Tapi keladi nak kata, tak payah lah, korang nak jadi blogger pemalas, semua orang join dan nak jadi blogger ni mesti ada niat dan harap untuk bergelar blogger terlajak laris kan, jadi jom kita ikut tip yang keladi tulis ni, kiranya sama-sama kita lakukan baru ler nanti kita jadi blogger terlajak laris, opssss lupa pulak, blogger-blogger terlajak laris semua, nanti kalo jumpa kat Sepetang Bersama Blogger 2016, sabtu ni jangan pulak nak menyombong tak tentu pasal dengan keladi dan newbie-newbie yang sedang membangun ni.

Tip menjadi blogger terlajak laris 
Ni tip sikit je, kalo korang baca dan cari banyak lagi sebenarnya ilmu yang perlu kita pelajari untuk bergelar blogger terlajak laris. Lepas tu kan nak jadi blogger terlajak laris si nak kata mudah tak kot, tapi nak kata senang, hemmmm, entah ler labu, 

Malas lah nak tulis panjang lebar lagi, keladi nak simpulkan untuk entri ini, bagi korang yang kata ala hai buat penat je aku baca entri keladi ni ingat gempak ler sangat, dan ingat aku ni boleh leh jadi blogger terlajak laris, tapi hancur berkecai segala-galanya, tak ada apa-apa yang menarik pun?, jawapan dariku, terima kasih diatas kesudian anda, yang keladi nak maksudkan disini adalah mampu kah kita bergelar blogger terlajak laris? kalo korang rasa boleh, jom tinggalkan komen dibawah ini.






Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com