Akibat lambat jadi blogger

Hai blogger and readers, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel keladi, dan untuk entri kali ini, macam furst je bunyinya, "Akibat lambat jadi blogger".

Akibat Lambat jadi Blogger.

So, apa masalahnya, jika kita lambat bergelar blogger?

Hello si pentanya yang sejati tu, engkau tak payah nak tanya lebih-lebih ya, jangan nak kutuk keladi kerana lambat jadi blogger.

Memang akan ada masalah jika kita lambat jadi blogger, sebabnya

  • Orang yang muda daripada kita lebih pakar dalam blogging
  • Blogger yang dah menempah nama di arena blogging ini lebih muda daripada kita
  • Orang yang lebih muda daripada kita dah bergelar otai blogger
  • Blogger yang lebih muda daripada kita lebih banyak pengetahuannya
  • Terus ketinggalan jauh, dah tua baru nak terhegeh-hegeh cari follower
Rasa rugi sangat masa, selalu gak keladi terfikir, kalo lah saya mula berblogging diawal pengenalan blogspot oleh google dulu tu kan bagus, time tu pun orang tak ramai kenal blog dan time tu juga orang tak tau sangat pun kebaikkan kita membina blog. Lepas tu boleh merepek lebih-lebih, dan lepas tu boleh lah jadi otai blogger.

Itu semua sudah terlambat

Dan Keladi benar-benar terlewat, keladi mula berblog ketika orang lain sudah ramai menggunakan blog untuk pelbagai tujuan. Siap ada yang sudah menjadi blogger sepenuh masa lagi tau, aduh!!! rugi sungguh jika difikirkan semula.

Entah lah labu, memang benar-benar susah ke nak bangkit dan popular sebagai blogger time ni?

Takan le tak ada peluang kot, si newbie nak naik sebagai blogger popular!!!

Itu semua terletak pada kreativiti kita semua kan, tak kisah lah, lambat ataupun cepat kita bergelar blogger, tapi yang pasti rezeki tu telah tertulis, andai  suatu hari nanti kita akan menjadi blogger popular, ia tetap akan berlaku, tapi cuma usaha dan terusaha tetap perlu diteruskan.

Jika tak melakukan perkara ini, mana mugkin kita boleh bergelar blogger popular sungguhpun kita memang sudah lama berada di dunia blog :-

  1. Konsisten dalam menulis artikel
  2. Niche blog yang menarik dan ramai pembacanya
  3. Penulisan yang berkesan dan diterima umum
  4. Seorang penulis blog yang rajin
  5. Rajin mencari ilmu dalam berblog
  6. Usaha, usaha dan terus berusaha
  7. Belajar daripada pengalaman orang lain
  8. Bukan niat untuk mencari duit semata-mata, tetapi niat untuk berkongsi
Jadi, korang rasa teruk sangat ke jika kita ni lewat menjadi blogger?

Tak teruk sangat pun, sikit je, tapi dunia blog ni masih ada peluang untuk newbie menempah nama dalam dunia ini, tapi mugkin perlu usaha lebih sikit kot.

Tak pe lah korang-korang, termasuk keladi ni, tak boleh kata gak yang mereka-mereka bermula awal blogger tu lebih mudah menempah nama di arena blog, ada je yang blogger otai tu masih suam-suam kuku je kat dunia blog ni, ada je yang blogger-blogger otai tu macam melepas batok di tangga, 

Tu semua niat masing-masing lah, tak perlu dipertikaikan lagi,

Keladi nak kata, ada baiknya kita bermula lewat, sebabnya, mudah kita nak mengutip ilmu-ilmu berblog daripada otai-otai blogger yang sudi berkongsi dengan kita yang newbie ni.

Akibat lambat jadi blogger, Aku semakin seronok untuk berblog!!!




Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti






468 x 60

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com