Hai bloggers and readers, terima kasih ya sudi singgah ke entri keladi ni, harap perkongsian ini memberi manfaat untuk korang semua.
Bagaimana menjadi blogger yang terhebat di dunia?
- Blog mesti ada niche yang unik dan kreatif
- Blog ada kelainan yang tersendiri
- Blog memfokuskan kepada perkara yang bernilai
- Blog mempunyai kekuatan daripada pelbagai sudut.
Kenapa perlu pilih blog untuk berjaya?
Cerita lama yang selalu diungkit-ungkit, asyik-asyik keladi cakap yang blog ni perlu dijadikan platform untuk mencari pendapatan lebih, #nak cari side income kononnya, TETAPI, sampai kesudah tak pun ada hasilnya. Itu alasan orang yang sudah berputus asa, untuk orang yang belum berputus asa, harus teruskan usaha anda, macam keladi jugak, dan bagi blogger yang sudah sememangnya berjaya.... Tahniah diucapkan...
Kenapa perlu pilih blog, sebabnya
- Blog adalah kita = kita yang mencorakkan isi didalamnya.
- Blog medium yang mudah = ya lah mudah, kita sign up je, free tau, lepas tu merepek dan merapu lah.
- Blog ramai yang telah menggunakannya dan berjaya = ohh ya ini memang sudah ramai berjaya sebagai blogger tau, rasanya tak perlu diperkenalkan lagi.
- Blog mudah dicari di enjin carian = Jika pandai bermain dengan SEO, mudah artikel dan blog kita dijumpai oleh pengguna-pengguna internet.
- Blog tiada had dan keterbatasan = macam mana tu, yang dikatakan blog ni tiada had dan keterbatasan, sebabnya dengan blog macam-macam boleh tulis, nak mengutuk, dan mengeji, dan menasihati, nak berdakwah, semua boleh, tapi awas jika sentuh pada perkara yang boleh mengancam keselamatan negara, selamat lah ya, dapat surat saman.
Jadi, sebab tulah perlu pilih blog sebagai medium menyebar luaskan kemahiran kita, untuk berniaga pulak, tak semestinya korang pilih blog je tau untuk memasarkan produk korang tu, tapi ada je media sosial yang lain seperti Facebook, Googel + dan lain-lain., Bagaimana untuk menjadi blogger yang terhebat di dunia......Perlu ada Ilmu...

No comments:
Post a Comment