Bila blogger berbunyi

Hai readers and bloggers, thanks ya sudi singgah ke blog keladi, dan baca artikel keladi.

Tetiba pulak terlintas di fikiran nak tulis tentang bila blogger berbunyi.

Korang tentu tak fahamkan apa sebenarnya yang nak keladi maksudkan tu, bila blogger berbunyi.

Okey, sekarang ni berpusu-pusu kita semua ni nak bina blog, dengan pelbagai alasan, tapi alasan yang paling utama adalah nak tambah income, korang yang kata tak tu tak payah nak menipu, tak pun kalo korang tak nak tambah income pun mungkin korang ni nak cari glamour, maklumlah nak jadi  artis tak de bakat, so, bukak la blog, lepas tu merepek dan merapu bagi blognya tu viral, dah meletup popular la si blogger tu.

Buka itu maksud keladi, bila blogger berbunyi.

Yang nak keladi kata disini, bila si blogger berbunyi, mugkin boleh mengubah sesuatu fakta atau pun isu yang sedang hangat diperkatakan.

Blogger ni ramai tau, so bila si blogger ni berbunyi tak ke akan memberi pandangan yang berbeza pada isu yang sama.

Entah ler, keladi hidup sebagai blogger ni pun perlu banyak lagi  ilmu-ilmu yang harus dipelajari.

Korang-korang blogger yang suka memutarbelit fakta tu, tak ada perasaan ke, sebab tak boleh tulis sebarangan tau, bukan apa nanti kalo dah berlainan fakta, jadi lain pula, dan timbul pulak isu lain nanti.

Tapi,

Bukankah blog tu masih orang pandang satu benda yang sampah ?

Hello, nampak je hasil penulisan kitorang tonggang terbalik, tapi ada je blogger ni yang benar-benar berkualiti.

Korang yang pandang kitorang blogger ni macam sampah, tolong jaga sikit ya.

  • Ada je yang pakar dalam bidang professional menulis blog
  • Ada gak artis menulis blog
  • Ada juga usahawan mengunakan blog
  • Ramai je ahli politik tulis blog, terutama pihak pembangkang
  • Bekas Perdana Menteri pun tulis blog
  • Dan ada gak pelajar pintar dan cermelang tulis blog
  • Mungkin ada yang selalu dibangkang pendapatnya tulis blog.
  • Ahli-ahli akedemik pun ada tulis blog tau
Jadi, tak ke blogger ni satu medium sosial yang sangat popular dan diterima umum.

Bila blogger berbunyi, tak ke huru hara keadaan nanti, jadi jangan pandang blogger ni sebelah mata. Kita bukan nak menghuru harakan keadaan, tetapi saja nak cari pasal dengan menulis blog, tu yang saja je keladi kata bila blogger berbunyi, korang yang bukan blogger tu senyap je ke?


Panduan lengkap buat duit dengan blog !!!!



Panduan Buat Duit Blog

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com