Bila Che Det berkata-kata di blog

Hai readers and bloggers, terima kasih ya korang yang sudi singgah ke blog keladi ni, semoga tuhan beri kemakmuran dan keamanan di negara kita ini, maklumlah mugkin kita tidak mempunyai musuh di luar sana, tapi adakalanya kita alpa yang musuh tu mungkin boleh datang dalam diri kita sendiri, jadi renung-renungkan bersama.

Aikk!!, keladi engkau ni dah apa ke halnya?

Tetiba je macam nak jadi ahli pemikir dunia!"

Ko dah buang tebiat, nak story mory cerita dunia politik pulak !" kata Tok Keladi.

Bila Che Det berkata-kata diblog

Hello semua, keladi tak buang tebiat lagi tau, 

Sengaja keladi nak cerita tentang Che Det ni, 

Siapa dia Che Det?

Bila Che Det berkata-kata di blog
Bila Che Det berkata-kata, Tun Dr Mahathir terus senyap.

Korang-korang yang blogger tu, kalo tak kenal siapa Che Det, bersara jelah daripada dunia blog, sebab nya, Che Det ni memang lantang mengutuk dan complain tentang cara pentandbiran Perdana Menteri yang kita sayangi tu ( #sayang sangat ke!!, kedua-dua tangan dibahu, mata keatas ).

Bagi pandangan dan pendapat keladi, ini bukan keladi nak cerita tau tentang si Che Det ni, tapi keladi nak respect che det ni sebagai blogger otai sepanjang masa, yup dunia keladi bukan nak mengutuk atau mengeji sesiapa tetapi dunia blog keladi adalah dunia blogger.

So, jangan korang yang baca entri ini tersalah anggapan bahawa keladi ni sorang yang obses pada dunia politik, dan jangan korang terus judge keladi yang kata keladi ni Pro Pembangkang, hello, sekali lagi keladi nak kata, keladi tak berpihak pada mana-mana puak politik.

Che Det Juga adalah seorang blogger!!!

Yup siapa tak kenal pada figura Tun Dr Mahathir Mohammad, dan dalam dunia blogger pula, nama penanya adalah Che Det.

Jom kita usha kejap blognya tu, chedet.cc

Keladi adalah salah seorang pembaca setia blognya tu tau, kalo nak ikutkan cara penulisannya tu, entah lah keladi tak mau nak komen lebih-lebih, sebabnya, sekali lagi keladi katakan yang keladi follow Che Det bukan kerana taksub dan obses untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang kita sayangi tu ( #sayang sangat ke!!, kedua-dua tangan dibahu, mata keatas), tetapi keladi respect che det sebagai blogger otai yang sangat berpengaruh.

Hello, keladi seorang blogger, sebab tu lah jika orang popular ni bina blog, confirm gua kan serbu, tak kisah lah blognya tu cerita tentang entah apa ke benda yang keladi tak faham tapi tetap keladi follow, sebabnya keladi memang berminat dengan blogger-blogger yang ada cara yang tersendiri dan bina blog berdasarkan kepakaran mereka. Jadi harus kena follow blog mereka.

Bila Che Det berkata-kata di blog, Pak Ajib pulak takkan nak diam membisu!!!

Erkk!!' korang Che det ni memang betul-betul nak Pak ajib turun ke, Upsss turun apa tu ya, hahahah terover pulak, entahlah, Dekelarasi Che Det tu masih berlangsung, dan kisah 1MDB tu tak habis-habis dibicarakan di blognya tu.

Okey jom kita review sikit blog Che Det ni,
  • Niche Blog : Politik
  • Banyak bercerita tentang dunia politik semasa, terutama cara pentadbiran kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Sri Najib Bin Abd Razak
  • Bahasa yang digunakan di blog ini adalah Dwi Bahasa
  • Blog yang santai tapi penuh maklumat.
  • Menerima kunjungan pembaca daripada seluruh dunia, tiada privasi pada blog ini, mugkin itulah tujuannya beliau bina blog sebegini, supaya pembaca dapat membuka minda, dan berfikir mana yang terbaik.
Daripada pandangan keladi daripada sudut dunia blog pula,
  • Niche blog yang menarik, dan pastinya bagi mereka yang benar-benar berminat dalam dunia politik tanah air akan singgah ke blog che det tu.
  • Kita sedia maklum, ramai yang tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi semasa sekarang ni, dengan harga barang naik, GST lah, Inflasi terus naik mendadak, kadar pengganguran dikalangan siswazah, dan banyak lagi yang membuatkan rakyat tersepit, jadi kirannya, blog Che Det ni, kononnya mewakili suara ramai untuk mendapatkan kesahihan apa sebenarnya yang berlaku dalam pentadbiran perdana menteri tu. Adakah kerajaan benar-benar membantu rakyat, ataupun kerajaan ni mempunyai agenda yang tersendiri?, jadi jika korang yang rasa blog ni banyak menfitnah, itu terpulang pada pendapat dan pandangan korang, tapi yang pasti keladi tetap sokong che det sebagai blogger yang berpengaruh.
  • Lagi satu yang buat keladi respect, dalam bidang penulisan blog Che Det tak campur adukkan bahasa, korang tengok je lah, setiap artikel yang che det tulis tu kan dwi bahasa, mana lah ada macam kita yang kononnya blogger first class daripada london, kejap-kejap bahasa melayu, kejap-kejap bahasa inggeris, kejap-kejap jawa, entah apa entah, tapi beliau memang cukup profesional, dan tahu asal usul bangsa dan bahasa.
  • Macam biasalah kan, penulis blog ni bukan macam menulis buku, gaya penulisan di blog mestilah santai, jadi Che Det punya blog ni memang santai, dan bahasanya pun santai.
  • Bina blog yang boleh diterima umum, jika yang tak nak baca tu lantak lah, hihihihi itu lah prinsip Che Det dalam berblog.
Okey, keladi rasa tak payah lah nak bercerita panjang lebar tentang blog Che Det ni, sebabnya Che Det ni lebih popular berganda-ganda daripada keladi, kirannya si Che Det ni boleh gak dikategorikan sebagai Blogger Terlajak Laris. Entah ler labu, yang pasti niat kita berblogger ni betul.

Ohhh Kejap, sebelum nak say bye bye untuk entri ni, keladi terfikir gak, andailah Pak Ajib kita tu tak jadi Perdana Menteri lagi, korang rasalah kan dia pun akan jadi Blogger macam Che Det tu ke?

(*&^%$##@!!$R%^&**^$$*) 

Blogging to Unblok


                          468 x 60

                           

                           
Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com