Hai readers and bloggers, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi dan baca artikel ini, betul ke blogger Malaysia ini tiada kreativiti?
Memang Blogger Malaysia ini tiada kreativiti dalam menulis, yang mereka tau adalah :-
- Meniru isi dan maklumat orang lain
- Mengambil berita dan maklumat daripada website berita utama
- Meniru cara penulisan orang lain
- Meniru template orang lain
- Meniru niche blogger lain, lepas tu niche sendiri jadi huru hara.
- Memanipulasikan fakta dan berita
- Menarik perhatian dengan cerita gosip
Hasil penulisan kita mencerminkan pemikiran kita di blog, jadi kiranya, jika isi dan maklumat tiada perbezaan dan kreativiti, maka memang susah nak hidup di dunia blog ni. Lah ni!! blogger tumbuh bak cendawan lepas hujan, AYAT KLISE, memang ko ni tak ada kreativiti la keladi!!
Yang sedang baca entri ini pun mugkin seorang blogger!!!
Kenapa blogger Malaysia ni tiada kreativiti?
Sebabnya :-
- Mereka berblog semata-mata untuk menambah pendapatan
- Mereka menggunakan blog untuk mencari trafik yang tinggi dan mencari iklan yang sudi sewa tapak
- Mereka nak cari nama dengan berblog
- Mereka sudah terpengarauh dengan blogger yang dah berjaya
- Mereka rasa blog ini boleh buat jual beli.
- Mereka tau yang blogger ini boleh buat sesuka hati
- Mereka nak suara dan pandangan kita didengari
Jadi, memang betul ke, yang blogger-blogger daripada Malaysia ni hampeh dan tak ada kreativiti dalam mempersembahkan kepada orang ramai.
Engkau rasa blog ko ni hebat sangat ke keladi!"
Mestilah semula blogger menggap blog mereka adalah yang terhebat dan menarik, siapa tak nak kata blognya tu cantik, jika tak, sia-sia je ko buat blog, lepas tu engkau je yang perlu kata yang blog ko tu yang paling menarik dan kreatif, sebabnya hanya si blogger tu je lah yang selalu mengunjungi blognya sendiri, nak harapkan orang lain, jangan haraplah.
Rakyat Malaysia kan tak suka membaca, jadi kenapa nak buat blog bagai, lepas tu nak tulis panjang-panajang dalam entri blog, bertambah-tambahlah kebosanan si pembaca daripada Malaysia ni.
Satu lagi fakta yang dikira baru kot, Rakyat Malaysia ni lebih gemar benda yang short form, dan instant, kiranya keputusan akan diterima dengan cepat. jadi bila baca sesuatu tu, mereka tak akan baca keseluruhan, dan mungkin terus ke perenggan akhir untuk mengetahui keputusannya.
( Termasuk lah orang yang sedang menulis entry ini)
Blogger di Malaysia bukan semua tak menunjukkan kreativitinya yang tersendiri, ada je yang blogger sangat kreatif dan bukan saja blogger tu kreatif dari segi persembahan blognya tu, tapi si blogger ni sangat kreatif dari segi menarik orang untuk terus ke blognya tu.
#korang jangan nak menyalahkan keladi kerana mengatakan blogger Malaysia ini kurang dari segi kreativitinya.
Memang banyak blogger tumbuh macam cendawan lepas hujan, tapi cuba korang tengok isi dan maklumat yang mereka tulis tu dan berapa kerat je blogger yang betul-betul bersungguh menulis niche blog nya tu.
ala mula-mula je excited nak menulis blog lepas tu, idea dah terlampau banyak sampai tak tau nak tulis yang mana satu, akhirnya sayonara la blog,
Aikk!!! apa yang aku merepak dan merapu ni!
Perlu sangat ke kreativiti dalam berblog ni?, okey keladi nak korang fikir sendiri, ada sesetengah blog jika kita tengok dan singgah memang cantik dan kiranya sejuk mata memandang, kiranya memang perfect lah, tak ada cacat cela nya, kiranya memang betul-betul nampak blog nya tu macam orang yang pro buat, tapi jumlah pengunjungnya kurang, jadi sebab apa?
Mugkin boleh gak relate pada senario sekarang ni,
- Pembaca lebih suka pada sesuatu yang dilihat sensasi atau pun Viral
- Tak ramai yang percaya pada penulisan di blog
- Kebanyakkan penulis blog ni bukan pakar dalam sesuatu bidang, jadi penulisan nya dikira hanya salinan dan tampal fakta orang lain.
- Maklumat yang dikongsikan mugkin tak ramai yang suka.
- Mugkin gak blogger tu terlalu mencari keuntungan sehingga setiap sudut di blognya tu, ada iklan, naik menyampah le pengunjung
Keladi tak nak cakap lebih-lebih la, sebabnya keladi juga blogger, keladi tau apa yang blogger rasa sekarang ni, nak-nak perlu bersaing dalam dunia yang sudah ramai sertai, dan mugkin orang yang sedang baca entri ini juga seorang blogger, Jadi semua fikirlah sendiri kalo nak berjaya dalam dunia blog ni.
Alamak terlupa pulak buat iklan dalam entri ini, korang yang nak belajar tentang pemasaran produk di Facebook tu boleh la klik disini, jap nak tanya kat korang-korang yang baru start berniaga online di Facebook tu, mudah ke orang nak beli!!, tak payah nak menipu, sebabnya, sekarang dah ramai dah peniaga, paling tak pun diorang minta PM, lastnya sampai kesudah tak juga beli. Jadi dengan adanya Facebook Master Class ni, teknik dan cara akan diberikan, kemudiannya anda akan mendapat pelanggan yang dibayangkan tu, dan menjadi realiti, anda adalah seorang jutawan bisnes online suatu hari nanti, ini bukan merepek tau, tapi kenyataan, kalo tak percaya tanya Irfan Khairi.
Sambung balik topik entri keladi ni, Blogger Malaysia tiada kreativiti.
Entah la korang, keladi menulis entri ini pun bukan saja-saja nak curi perhatian orang, tapi ia lahir daripada hati, keladi minat nak buat blog, tetapi keladi tak tau apakah yang boleh keladi tulis kat blog ni, hemmm sudi nya caca-merba jadi blog ni, tapikan korang akhirnya keladi belajar daripada blogger indonesia.
Kenapa pulak blogger Indonesia yang keladi jadikan contoh?

Tak de lah, korang bukan keladi nak puji sangat mereka, tapi nak diikutkan kita jauh sangat ketinggalan kot, sebabnya, cuba korang taip je sebarang maklumat di enjin carian, mesti blog-blog daripada indonesia ini akan keluar dulu, secara automatiknya kita terpaksa lah membaca blog mereka tu.
Keladi terus cari apa sebenarnya cara yang mereka gunakan untuk mencari jumlah pengaruh yang tinggi diblog mereka tu, rupa-rupanya, KESUNGGUHAN, ya perkataan kesungguhan dan fokus sentiasa menjadi nadi dalam mereka berblog.
Jadi, kalo kita nak berjaya dalam bidang ini, perlulah sentiasa bersungguh dan sentiasa fokus, tak kiralah niche blog kita tu simple je, kan kan kan, korang dah berjaya tu, ala korang tengok je lah si Ben Ashaari tu, niche blog dia tu tentang cerita peribadi je, tapi cuba lak korang tengok pengaruh blognya tu, fuyoooooo, memang dahsyat lah, dan blog nye tu siap tersenarai dalam Anugerah Pilihan Online, korang nak undi blog ni, masih ada lagi masa tau.
Tak Semua blogger Malaysia tiada Kraetiviti!!!!
Jom baca artikel yang lain : Ciri-ciri hebat blogger berjaya,Tip menjadi blogger berjaya, Berbaloikah menjadi blogger?, Bagaimana menghasilkan artikel yang menarik untuk blog?
Bagi mereka yang berminat untuk buat website jualan seperti Zalora jom klik disini, ingat kedaionlinez tau.
No comments:
Post a Comment