Hai bloggers and readers, terima kasih ya singgah ke blog keladi ni dan baca sampai habis entri ini, jika sudi tinggalkan jejak ya diruang komen tu, nanti keladi balas kunjungan.
Okey, entri ni nampak keladi ni over lah pulak, kononnya laris sangat dipasaran tapi realitinya hancur ke belakang. Hello jangan kata apa-apa gua ini blogger terlajak laris tau, korang pulak tak nak ke jadi blogger terlajak laris.
Berangan je kerjanya, keladi kalo engkau nak jadi blogger terlajak laris, engkau kena jadi blogger terhebat dulu erkk, baru lah boleh dikategorikan blogger terlajak laris!" kata Tok Keladi.
Okay, keladi tak nak merepek dan merapu, apa yang keladi nak kongsi di entri ini bukan penangan drama terbaru di slot Akasia TV3 tu, alah yang ganti "Tundukkan Playboy Itu", lepas ni mak cik-makcik, dan kakak-kakak kita kan sibuk bercerita drama "DuDa terlajak Laris".
Hello, keladi tak nak cerita tentang sinopsis cerita ini lebih-lebih tau, ramai je blogger-blogger dah sibuk duk cerita sinopsis tentang drama ini, nanti aku pulak yang perasan terlajak laris sebabnya, entah berangan tak tentu pasal.
Si blogger terlajak laris ni semalam terlajak pulak tengok cerita Duda terlajak laris tu, episode pengenalannya tu, keladi nampak macam menyampah lah pulak, macam tak logik pulak aku tengok si Zack dipaksa kahwin, gara-gara tertangkap dengan Peha sewaktu bergaduh didalam rumahnya semasa zack nak betulkan metol yang terbakar tu.
Takan tak ada solusinya, kan, alah si blogger terlajak laris ni rasa, itu semua mainan skrip dan jalan cerita oleh seorang sutradara, jadi tak payah lah nak mempertikaikan, sekurang-kurangnya mereka bijak dan kreatif mengambil senario semasa yang sedang berlaku, maklumlah, apa-apa pun boleh berlaku, entah lah malas si blogger terlajak laris ni nak cerita lebih-lebih pasal drama Duda terlajak laris tu, kalo korang yang nak tahu sinopsis dan pelakon-pelakon drama tersebut, keladi cadangkan korang ke blog www.syidahnapsihah.com, dan korang klik link ini nak ke entri tentang Duda Terlajak Laris.
Korang yang perasan blogger terlajak laris tu, tak payah nak berangan-angan terus, lah ni industri blog menjadi semakin hangat dan penuh cabaran buat kita semua.
Siapa yang mampu bergelar blogger popular tu, dialah yang mampu memcapai apa yang diinginkan di duni blog ni
Ye ker, betul ke tu, keladi ko jangan nak judge manusia pada luaran tau, tak bermakna kita blogger tak terlajak laris ni tak berkualiti dan tak bagus.
Artikel berkaitan : Apakah yang paling penting dalam dunia blog
Ohhh, kalo gitu, tak boleh ke kita si blogger ni nak jadi blogger terlajak laris, sampai bila nak jadi newbie je kan!"
Dunia blogger ni tak ada pun kelayakkan yang khusus untuk kita tak boleh berjaya dalam dunia blog ni.
ada ke nak bina blog waktu nak sign up tu, si google ni mintak
- Sijil tertinggi Akedemik kita
- pengalaman kita
- CGPA kita berapa
- Kita lulus tak bahasa Melayu atau Inggeris
- Kemahiran kita
Semua tu tak ada pun mereka minta dalam kita nak bina blog, jadi nak menjadi blogger terlajak laris ni tak ada kelayakan yang khusus tau, semua blogger-blogger ni boleh jadi blogger terlajak laris.
lah, best ke kita jadi blogger terlajak laris ni?
Hello korang-korang yang masih tak berpijak pada dunia yang nyata tu, untuk apa errk korang masuk kat dunia blog ni, tak kan ler semata-mata hobi korang nak menulis je kan, mestilah korang nak jadikan blog korang ni terkenal, lepas tu, confirmlah orang akan tahu korang ni memang blogger terlajak laris, dan yang lagi penting tu korang dan termasuklah si blogger terlajak menulis ni inginkan iaitu nak dapat duit tambahan daripada hasil berblog. So, sebab tulah kita kena jadi blogger terlajak laris, barulah ada umphhhhh!!.

Errkk!!!, kalo kita semua nak jadi blogger terlajak laris, siapa pulak yang nak jadi blogger tak laku-laku?
Tak payah nak kata apa-apa, yang teringin nak jadi blogger tak laku-laku tu, duduk je diam-diam, tak pun copy n paste je entri orang lain, mudah hidup kan!!. Tapi keladi nak kata, tak payah lah, korang nak jadi blogger pemalas, semua orang join dan nak jadi blogger ni mesti ada niat dan harap untuk bergelar blogger terlajak laris kan, jadi jom kita ikut tip yang keladi tulis ni, kiranya sama-sama kita lakukan baru ler nanti kita jadi blogger terlajak laris, opssss lupa pulak, blogger-blogger terlajak laris semua, nanti kalo jumpa kat Sepetang Bersama Blogger 2016, sabtu ni jangan pulak nak menyombong tak tentu pasal dengan keladi dan newbie-newbie yang sedang membangun ni.
Tip menjadi blogger terlajak laris
- Idea yang menarik dan lain daripada yang lain
- Mahir dari segi SEO
- Branding blog untuk jadi lebih baik
- Jangan terlalu tension ketika menulis blog, tulislah dari hati, dan seronok ketika menulis
- Mempunyai gaya penulisan yang lebih santai dan kreatif, lain daripada yang lain
- Promosi blog
Ni tip sikit je, kalo korang baca dan cari banyak lagi sebenarnya ilmu yang perlu kita pelajari untuk bergelar blogger terlajak laris. Lepas tu kan nak jadi blogger terlajak laris si nak kata mudah tak kot, tapi nak kata senang, hemmmm, entah ler labu,
Malas lah nak tulis panjang lebar lagi, keladi nak simpulkan untuk entri ini, bagi korang yang kata ala hai buat penat je aku baca entri keladi ni ingat gempak ler sangat, dan ingat aku ni boleh leh jadi blogger terlajak laris, tapi hancur berkecai segala-galanya, tak ada apa-apa yang menarik pun?, jawapan dariku, terima kasih diatas kesudian anda, yang keladi nak maksudkan disini adalah mampu kah kita bergelar blogger terlajak laris? kalo korang rasa boleh, jom tinggalkan komen dibawah ini.

Artikel lain : cemburu dengan blog orang lain, kemantapan dalam berblog, majukan diri dalam berblog dengan teknik perampas, Bagaimana untuk menarik trafik ke blog kita
No comments:
Post a Comment