Impian seorang Blogger

Hai blogger and readers, terima kasih ya sudi singgah ke blog keladi ni, sungguh pun nampak biasa je blog keladi ni, harap penulisan keladi di entri ini boleh memberi sedikit perkongsian yang bermakna untuk korang yang sudi membaca.

Perjalanan seorang blogger yang penuh dengan kesukaran.

Itulah yang menjadi pembakar semangat untuk kita terus mencapai apa yang diinginkan.

siapa tak nak kan, kita ni menjadi seorang blogger yang


  • Popular dan terkenal sehebat blogger-blogger yang ada sekarang ni - keladi tak nak sebut korang cari sendiri.
  • Blog kita sentiasa disinggahi dan dicari seperti blog cari kerja dan jual beli tu.
  • Menjadi Usahawan blog yang kaya raya
  • Sentiasa menjadi contoh dan inspirasi kepada blogger-blogger yang lain.
  • Dan banyak lagi, seharusnya si blogger ni nak capai - masing-masing punya impian lah kan.
Jangan jadikan penulisan anda terlalu tertekan, sehingga menjadikan karya anda tu satu hasil yang kurang memberangsangkan - kalo nak jadi blogger berjaya lah ya.

Okey, bukan keladi kata yang keladi ni dah kecewa dengan dunia penulisan blog, gara-gara tiada orang yang sudi singgah, bagi keladi niat dan minat kita adalah yang utama, jika kita ikhlas menulis mungkin ia memang memberi sedikit inspirasi kepada orang ramai, tapi kalo niat kita, ni ke lain, akibatnya lihat saja lah nanti.

Menulis kerana Allah s.w.t tau, 

Yup...Menulis pada perkara kebaikan, jadi lah manusia yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain.
  • Mugkin kita ni tak berapa nak pandai bercakap seperti pendakwah hebat
  • Mugkin kita ni juga bukanlah seperti seorang ustaz yang mampu menasihati makmumnya
  • Mugkin kita ni juga bukan seperti pakar motivasi, yang mampu menarik aura yang hebat
Tetapi, 
  • Kita ni kan khalifah Allah
  • Kita ni kan perlu menyampaikan ilmu walaupun sepotong ayat
  • Kita ni kan manusia yang sentiasa membuat kesilapan, dan kesilapan itu perlu diperbetulkan, dengan nasihat menasihati.
Itulah sepatutnya yang sentiasa ada didalam diri seorang blogger, 

Alamak!!! kenapa tetiba je, keladi ni nak menginspirasi orang lain ni!!!

Hello, keladi sudah kata, hidup tak akan selama-lamanya kekal didunia ini...bayangkan jika,
  • Selepas kita menulis blog, dan penulisan kita tu mencaci maki orang lain,
  • Penulisan kita tu pulak pada perkara-perkara yang tak berfaedah
  • dan blog kita tu pulak tak memberi apa-apa kebaikan pun kepada orang yang membacanya. 
Dan.......kita Meninggal Dunia.....so, adakah impian kita tu hanya sekadar nak menambah follower, bila kita meninggal, blog kita ni boleh menolong kita ke nanti, dan jika perkara yang kita tulis tu memburukkan orang lain,  ada ke waris kita yang akan tolong memadamkan blog kita tu nanti??

Tentu tidakkan,

Ia akan selama-lamanya kekal selagi pihak google, tak blok blog kita tu.

Jadi adakah blog kita ni benar-benar akan menjadi bekalan untuk kita ketika kita di pandang Mahsyar nanti, atau kerana blog kita nilah yang menarik kita ke api neraka.

# Mungkin ada suara-suara sumbang yang akan mengatakan, ala, Blog je pun!!

so, tak ingat ke, dulu-dulu ustaz ada pesan, jadi lah manusia yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain, sungguhpun kita tidak boleh memberi wang ringgit, tetapi mungkin dengan ilmu yang kita kongsikan kepada pembaca, dan pembaca tersebut menggunakan ilmu tersebut kepada sesuatu ke arah kebaikan, tak ke untung badan nanti.

Itulah yang sepatutnya menjadi impian untuk seluruh blogger.

Berakhir disini penulisan ini, andaikan usiaku tidak panjang biarkan penulisan di entri ini menjadi bermakna kepada seluruh umat didunia ini, mohon kongsikan kepada perkara yang baik.

Panduan lengkap buat duit dengan blog !!!!

Panduan Buat Duit Blog

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com