Jerebu Kembali

Wartawan Keladi melaporkan di kawasan Petaling Jaya : Hai Bloggers and readers, berita terkini, kawasan Petaling Jaya telah mengalami jerebu yang teruk. Di harapkan mereka-mereka yang berada diluar bagunan tu cepat-cepat masuk, ini kerana keadaan akan menjadi bertambah teruk jika korang duduk di luar tu sambil menghembuskan asap-asap yang kurang menyenangkan, kiranya bertambah-tambah lah pencemaran nanti.

Jerebu ni rasanya kat Petaling Jaya je kot, tapi entah ler kot tempat lain jerebu ke tidak, tak tau pulak...

Nampak macam bacaan IPU nya dah macam dekat 200, ayoiiiiii.....budak-budak sekolah jaga-jaga tau, isnin ni jika keadaan tak baik jugak, cuti lah uolssss..

Ni pesanan daripada wartawan perasan, diharapkan pembaca untuk mengikutinya

  • Korang yang duduk kat luar tu, jangan lupa tau banyak-banyak minum air,
  • Cuaca panas tak hilang lagi, kiranya Elnino + Jerebu .....nanti orang yang semput, bertambah-tambah semput ler nampak nyer, jadi kena padai-pandai bawak diri.
  • Kalo tak de topeng muka, meh sini beli tepong muka dengan keladi RM 10.00, kena jual mahal sikit, kiranya time ni ler nak kaut untung.
  • Lepas tu dah masuk kat dalam bangunan jangan lupa cuci tangan dan muka - untuk jaga kebersihan ler.
  • Yang telah berselfie macam keladi ni memang menempah maut, sebabnya, orang lagi suruh duduk dalam je, dia pergi panjat bangun sambil berselfie- gila ke ko!!!
  • Ingat ya, jaga kesihatan, tak mau minum air, ambik air juice yang kaw-kaw punya.....
  • Kalo rasa badan tak berapa nak okey, jumpa doktor, jangan ambik alasan tak nak datang kerja..bagi mereka yang bekerja sift malam ni...tapi yang cuti besok, jangan gatal-gatal berfoya-foya diluar
Sekian sahaja laporan daripada Wartawan Keladi yang Keruh Kesah akibat Jerebu sudah kembali!!!!


Keladionline : keadaan Jerebu yang semakin teruk pada petang ini di kawasan petaling jaya, 

Keladionline news : Selfie Japp, jangan tiru aksi ini

Keladionline news : Comel tak saya time jerebu ni

Keladionline news : Jika keadaan tak kembali okey, nanti tunggu pengumuman cuti ya, yahhoooo, untuk budak sekolah je, yang cikgu tu, jangan perasan nak dapat cuti.







468 x 60


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com