Jika Wartawan Tidak beretika, Blogger pula ?

Hai blogger and readers, terima kasih ya kerana singgah sini dan sudi baca entri ini, okey untuk entri kali ini sengaja je keladi nak kata wartawan ini memang tak beretika, tapi blogger pulak beretika sangat ke?


Wartawan Vs Blogger

Korang yang bloggers tu  jangan lupa ya, Sepetang Bersama Blogger 2016, pada 16 April ni, di Dewan Campbell, Kuala Lumpur, bagi mereka yang tak daftar lagi tu, klik disini.

Okey, keladi tak kata keladi ni seorang blogger yang beretika dan keladi ni juga tak rasa, keladi seorang wartawan yang tak beretika.

Ada beza ke diantara wartawan dengan blogger tu?

Entah le pak keladi tak mampu nak menjawabnya!"

Blogger dan wartawan tu sama ke fungsinya?

Pak keladi duduk diam, Encik Keladi yang akan bagi pandangan!'

Korang ni pandangan keladi ya, okey semenjak keladi bergelar blogger ni, apa yang keladi rasa adalah kita ni seolah-olah dahagakan sumber atau pun sesuatu isu yang ingin kita ceritakan di blog, dan lepas tu si blogger ni termasuk yang sedang menulis ni seolah-olah cuba membawa isu tersebut sensasi dengan harap untuk menarik pembaca ke blog kita tu. 

Betul ke, cara tu dikira tak beretika?

Blogger ini tak semestinya diorang akan tulis berita, ada je yang mereka berkongsi kisah peribadi, rutin harian, perkembangan terkini, ataupun yang paling mudah mereka akan mempromosikan produk dengan menulis entri produk-produk yang dipakainya tu, jadi blog nye tu tak lah menjentik sangat orang lain, kiranya, si blogger ni bukan dikategorikan sebagai busy body @ jaga tepi kain orang.

Berlainan pula dengan wartawan, yang ini pula pandangan keladi, jap, korang jangan nak marah pulak yang wartawan-wartawan sedang baca entri ini, # ada ke!!!, keladi dulu seorang wartawan juga ya, untuk akhbar mana, tak payah la nak dikonsgsikan!!!'

Okey, sambung balik tentang pandangan keladi berkaitan kelainan wartawan dengan blogger tu, wartawan !" macam korang tau lah, dia tu berkhidmat untuk sesebuah organisasi media, tak kisah lah besar ke kecik, tapi yang pasti dia dilantik sebagai wartawan dan kemudiannya dia dibayar, maka si wartawan ni pula terikat dengan peraturan dan etika kerja, jadi si wartawan ni tak boleh sewenang-wenangnya nak melanggar peraturan dengan sesuka hati menyebarkan maklumat dan berita yang dikira tak ada kesahihannya.

Alamak, tadi keladi kata, yang wartawan ni tak beretika tapi lah ni keladi kata pulak wartawan perlu ikut garis panduan dan etika sebagai seorang wartawan. ( Etika wartawan yang mesti diikuti oleh blogger)

Bukan semua wartawan ni beretika tau, alah malas lah nak cakap banyak, ramai je wartawan ni yang cuba untuk membuatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensasi, betul, tu uolsss, ramai je wartawan ni cuba mensansasikan cerita sebabnya itulah yang dikatakan nadi untuk isu tersebut mendapat sambutan pembaca dan lepas tu confirm ramai yang akan membeli bahan berita tersebut.

Jadi, kalo jadi blogger ini kita dikira beretika lah ya!!"

Aikk kejap keladi tak habis cakap lagi, Jika wartawan tidak beretika, blogger pula bertambah-tambah lah tak beretikanya.

Okey, mugkin ada yang kata aku jadi blogger ni tak usik orang, banyak cerita tentang kisah peribadi dan rutin harian aku, jadi aku ni bukan blogger yang dikategorikan sebagai Busy Body, so memang aku tak perlu nak ada garis panduan dan etika bagai, apahal ko nak bising sangat!'.

Hello beloger yang bijak dan hebat sangat tu korang!',  walaupun tulis blog pada niche lifestyle, tetapi etika dan garis panduan tu tetap kena jaga, sebabnya, korang buat blog tu tujuannya apa, nak bagi orang ramai baca, jadi kalo tak nak belajar tentang etika dan garis panduan kewartawanan jom klik disini, sebab nya keladi dah ringkaskan untuk korang mentelaahnya. aku beriklan pulak!!,

Sambung balik, jika tak nak ikut garis panduan dan etika, korang privatekn je lah blog korang tu, nanti jangan nak bising pulak yang blog korang tu tak boleh menjana pendapatan,.

Entah ler...labu....makin rumit pulak keadaan, mana tak nya, blogger dan wartawan ni memang suka menghangatkan keadaan.

Yang pasti wartawan dengan blogger tu sama ke fungsinya,

Ko ni keladi, kalo tulis tu jangan nak mengulang-ulang boleh tak!, pening tok keladi nak membacanya, tok keladi faham yang wartawan dan blogger ni bermain hanya pada isu, jika tak ada isu ataupun berita siapa yang nak ikuti.

Betul tak korang-korang yang sedang membaca entri ini!"
  • Wartawan pekerjaannya adalah menyediakan bahan berita untuk orang ramai
  • Blogger juga menyediakan bahan berita untuk orang ramai, 
Tapi, korang jangan nak kata yang blogger dengan wartawan ni sama semuanya, ada perbezaan tau, Jom kita tengok point yang seterusnya.

Perbezaan diantara blogger dan wartawan 
  • Blogger - tidak terikat dengan mana-mana organisasi media, kebanyakkan blogger ni freelance, 
  • Wartawan - Terikat dengan organisasi media, ada juga wartawan ni sambilan tapi yang pasti dia tidak boleh sesuka hati menyampaikan berita yang tidak sahih
  • Blogger - Tiada kadar upah yang diberikan kepada blogger, tapi jika blogger tu bijak, mugkin boleh buat duit dengan aktiviti blognya tu, tak kisah la, sama ada melalui penulisan ataupun iklan.
  • Wartawan - Upah dan gaji diberikan berdasarkan kelayakan dan pengalaman wartawan tersebut.
  • Blogger - Tiada kelayakkan yang khusus untuk blogger, sebabnya, bawah umur pun boleh tulis blog, jadi tiada had umur untuk jawatan ini.
  • Wartawan- ada kelayakkan yang khusus, tak semua boleh jadi wartawan, sebab ada kreatiria yang telah ditetapkan oleh organisasi media yang mereka dipilih tu.
  • Blogger - Copy and paste itu perkara biasa, sebabnya kebanyakkan si blogger ni akan mengambil berita daripada sumber berita yang utama. cuma kadang kala ada sesetengah blogger ni ada yang kreatif dalam mengolah berita atau informasi tu, jadi, penulisannya tu nampak lah menarik.
  • Wartawan - Tidak boleh copy and paste sama sekali, sebab terikat dengan etika, kalo buat juga habislah si wartawan ni, tapi ada jugak wartawan ni kreatif, dia mengulas semula isu tersebut dengan cara organisasi medianya bekerja. bukan meniru tau!!, tapi cuma guna idea je...
  • Blogger - Ada sesetengah blogger ni ikut mood tau, jika nak menulis, sebab tulah korang tengok, ada kalanya, si blogger ni akan muncul, dan banyak pulak, ceritanya yang dikongsinya, dan adaklanya, si blogger ni memang hilang terus daripada dunia blognya tu.
  • Wartawan - wajib mencari berita, mesti ada berita yang ditulis ataupun dilaporkannya, kalo tidak,  habislah kerjaya sebagai wartawan tu.
  • Blogger - boleh ke keladi kata yang blogger ni adalah seorang yang kreatif, berdikari sendiri, dia lah segala-galanya, maklumlah, si blogger ni perlu berusaha lebih untuk mendapatkan income daripada hasil berblognya tu.
  • Wartawan - bukan nak kata wartawan ni tak kreatif, tapi dia tu tak ada kebebasan dalam penulisannya tu, terikat kan, jadi kena lah ikut pada editor tu, mereka pun dibayarkan, jadi lantak lah, yang pasti berita tu mesti keluar di media.
  • Blogger- ala ruginya, ada sesetengah event blogger tak boleh masuk sesuka hati. sebab nak ikuti sesuatu acara tu adakalanya pengamal media ni  perlu dapatkan kelulusan terlebih dahulu.
  • Wartawan - Mudah mendapat kelulusan untuk membuat liputan ataupun mengambil berita.
  • Blogger - fakta dan info yang diberikan ramai orang tak yakin, sebab kebanyakkan ulasan yang keluar daripada blogger adalah pandangan peribadi, bukan berdasarkan situasi sebenar dan fakta yang sahih.
  • Wartawan - Kesahihan berita, mugkin ramai yang percaya, dan ramai juga yang menggunakan berita tersebut sebagai rujukan.
  • Blogger - penggunaan ayat dan gaya penulisan yang lebih santai, dan ada kalanya blogger ni dikategorikan sebagai perosak bahasa, dan ada gak blogger yang tak berpijak pada dunia nyata, nak campur aduk kan bahasa ong puteh konon, kononya nampak moden lah sangat!!, lebih baik ko tulis blog sepenuhnya orng putih tak payah lah nak menulis blog bahasa melayu, #saja nak marah.
  • Wartawan - Bahasa menunjukkan bangsa, jadi wartawan ni terikat dengan gaya penulisan organisasi yang mereka bekerja, jadi kalo boleh si wartawan ni tak boleh buat silap dalam gaya penulisannya tu dan juga bahasa, berita yang ditulis tu juga tak boleh salah tau.
Alah entah lah!!", keladi terover pulak cerita tentang isu ini, okey nak terus simpulkan, cakap lebih-lebih takut ada yang menyampah jadi tak nak menyampahkan diri ini, keladi cuma nak kata, jika wartawan tidak beretika, sepatutnya blogger menjadi seorang yang beretika, boleh percaya ke!!, confirm boleh percaya dan ikut, sebab keladi seorang blogger, korang yang membaca entri keladi ni pun seorang blogger, jadi kita semua nak jadi blogger, sebab kita boleh tulis apa yang kita suka, sebab tu juga lah kita harus lebih beretika daripada wartawan, sebab kita tak nak lagi orang pandang blogger ni sebelah mata, dan kita tak nak kerana setitik rosak susu sebelanga, jadi jangan hanya kerana 1 isu yang palsu, menyebabkan blog kita terus disekat oleh mereka-mereka yang busuk hati. dan yang lebih parah kerajaan akan terus blok fungsi blog ni, tak pun, mana lah tau pada masa akan datang, mereka yang nak jadi blogger ni perlu ada lesen, huhuhuhu, bayangkan jelah jika perkara ini berlaku.

Alamak terover dan tersengaja pulak!!!, okey lah korang yang ada pandangan tu jangan lupa komen dibawah ni ya, jadi jika sudi, baca juga lah ya, artikel keladi yang lain.


Bagi mereka yang ingin mengetahui teknik dan strategi dalam memasarkan produk menggunakan facebook, jom join facebook master class, kelas ini dijalankan secara online, nak tau lebih lanjut, jom klik disini.

Bagi mereka yang ingin memiliki website jualan yang pro, seperti zalora ke, lazada ke, atau apa-apa lah yang nampal pro, jom klik disini, sebab bagus tau tempah dengan kedaionlinez
Panduan lengkap buat duit dengan blog !!! 

Panduan Buat Duit Blog

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com