Tidak berpuas hati dengan Sepetang Bersama Blogger 2016

Hai Blogger and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog ini, dan baca artikel ini sampai habis.

Pertama kali keladi join aktiviti bersama blogger-blogger yang hebat ni, membuatkan diri keladi ni nampak kecik je.

Tidak berpuas hati dengan Sepetang Bersama Blogger 2016
Sumber : sbb.my


Ini cerita sebelum keladi ke Sepetang Bersama Blogger 2016 tu yerkk!!.

Mula-mula nak daftar untuk join Sepetang Bersama Blogger agak keberatan jugak, sebabnya, keladi tak tau apa pengisian sebenarnya acara ini.

Dalam fikiran keladi memang tak tau pun wujud majlis sebegini untuk blogger-blogger Malaysia, maklumlah keladi aktif berblog pun tahun lepas, kiranya yang dulu-dulu tentang aktiviti blogger ini gua tak ambil port langsung...wahhhh berlagaknya si keladi ni!!, kesian diriku ini, dah kertu baru terhegeh-hegeh nak belajar menulis blog... 

Blog ni penting sangat ke ?

Sengal betul rasanya untuk soalan yang sebegitu!!!

Ini pulak cerita selepas keladi berada di  MDEC Sepetang Bersama Blogger 2016

Sepetang bersama blogger adalah acara yang dinantikan oleh para blogger di Malaysia rupanya, bukan setakat dapat berkongsi Card blogger dengan blogger-blogger yang lain, tetapi SBB ni juga banyak pengisian yang bermaklumat dibawa oleh pihak penganjur.

Dalam sesi mini forum tu, huhuhu menyesal beb jika hari tu, keladi buat keputusan tak nak pergi ke SBB 2016. gara-gara takut nak duduk semeja dengan otai-otai blogger tu, nasib baik aku gagahkan diri untuk hadir ke SBB2016 ni, dan dapatlah dengar :-
  • Pengalaman berblog yang dikongsikan oleh Tuan Hasrul Hassan.
  • Lepas tu, sungguhpun keladi tak ada FB, tapi tip yang dibawah oleh Tuan Ali Hanafiah memang akan bermanfaat untuk keladi.
  • Perkongsian yang menarik daripada Tuan Aqif Azizan -, mula-mula memang keladi tak kenal siapa dia ni, tapi lepas je SBB2016, baru keladi tau siapa Aqif Azizan ni. - Kesian
  • sesi sebelah petang pulak, dapat dengar perkongsian yang menarik daripada Abang Hensem, memang terbaik lah, 
  • dan yang best dapat jumpa Adi Putra, ohhh sungguh hebat rupanya aura dia, baik orangnya, hihihi, macam pemuda melayu terakhir.
  • dan ada juga perkongsian kisah permulaan hidup daripada Tuan Ismail Che Ani, wahhh!! hebat tau, daripada pekerja kilang menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya
  • Sesi temu ramah bersama Norman Hakim dan Isterinya tu ringkas tapi padat gak dengan kata-kata promosinya tu.
  • Upin dan ipin pun ada, time tu dah nak masuk waktu makan pun, keladi tak sempat nak bergambar dengan moskot upin dan ipin ni, sebabnya, gua serbu makan.
  • Gempak memang gempak beb acara ini, jika tak pergi hari tu, sangat rugi sebab nya, banyak cenderhati daripada pihak penaja kami dapat tau. terima kasih semua penaja.
Keladi betul-betul tersalah anggap, sebab apa yer??


Dulu-dulu, waktu zaman sebelum keladi join blogger, keladi anggap blogger-blogger ni perosak, perosak bahasa, perosak maklumat, perosak fakta, dan macam-macam perosak lah, 
  • Blogger ni tau nyer nak menghentam je
  • Suka nak menambah cerita, memburukkan keadaan
  • Faktanya nampak memfitnah orang
  • Suka plagiat hasil karya orang
  • Buang Masa je
  • dan Banyak lagi
Itu dulu tanggapan yang betul-betul nampak kuno terhadap dunia blogger ni, tapi kini, baru keladi tahu dan terbuka mata akal fikiran ku, rupanya tak semua blogger ni adalah picisan, dan tak semua blog-blog kat Malaysia ni sampah!!!,

Sepetang Bersama Blogger telah membuka mata keladi yang dunia blog ni mempunyai Masa depan, dan jika diasah dan digilap, mugkin si penulis blog ni boleh menjadi lebih professional, dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sepetang Bersama Blogger 2016, membawa seribu kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh peserta.

So, kenapa ko tak berpuas hati dengan Sepetang Bersama Blogger 2016?
  • Sebab keladi tak dapat hadiah cabutan bertuah tu 
  • Nampak macam sistem yang scroll nama cabutan tu tak adillah
  • Tak Puas dengar perkongisan tip dan maklumat daripada sifu-sifu dalam forum tu
  • Tak puas hati tak dapat rasa sambal yang pedas giler, makan terus masuk hospital tu
  • Tak berpuas hati tak dapat bergambar lebih-lebih kat Kotak Lensa.
alahai ko ni keladi, ingatkan tak berpuas hati pasal acara majlis tu berjalan, rupaya tentang benda-benda yang kecik je ni, entah lah ko, jangan nak ngada-ngada lah, nak cerita buruk-buruk tentang SBB tu.

Tak dapat Smartphone tu pun tak apalah...bukan rezeki ko pun, tak payah nak dipertikaikan lagi!!!

Nanti takut pihak penganjur Denaihati tu merajuk tak nak anjurkan majlis ni lagi pada tahun depan.

Hadiah sangat lumayan uolsss, siapa yang tak pergi rugi kot!!! 

Jadi,

Tak payah cakap lebih-lebih, dan yang perlu di beritahu adalah  MDEC Sepatang Bersama Blogger 2016 memang terbaiklah!!!.


     468 x 60

Gila ko tak nak kata SBB ni best.





No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com