Tindakkan bodoh Fizo Omar, Bijak bagi Mawar

Hello bloggers and readers, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini dan baca artikel keladi, bukan nak mengutuk ataupun nak mengkeji terhadap tindakan yang dilakukan oleh En Fizo terhadap Video yang telah diupload beliau tentang pelanggan terpaksa berebut number giliran untuk  masuk ke butik Fareeda dan mendapatkan koleksi terbaru yang dinamakan "Sweet Love".

Memang kesannya netizen di media sosial terus memviralkan keadaan ini, pelbagai kata kejian dan makian yang diterima olehnya.

  

Jap korang jangan nak salah anggap yang keladi tulis entri ini adalah saja untuk meraih pengunjung untuk ke blog ini.

Keladi menulis adalah atas pandangan keladi sebagai seorang blogger, tindakan yang dilakukan En Fizo ni adalah salah satu teknik dan strategi yang dikira berjaya, dan tanpa bayaran orang akan terus mengenali apa itu FAREEDA.
  • Orang akan kutuk dan maki bisnesnya - kesannya Jenama tundungnya akan terus dikenali
  • Kita benci tindakannya mengupload video pelanggan berebut untuk memasuki premis butiknya- kesannya semua orang tau yang tudung ini memang sangat ekslusif
  • Viral akan terus viral- walaupun jenama tudung ini dipalit kontroversi, jenama ini tetap mendapat sambutan, tak de pulak orang nak boikot.
  • Alahai untung perniagaan ini akan terus menjadi sejarah dalam pemasaran produk.
  • Tudung apa yang harus anda pakai? jenama FAREEDA sebab saya susah nak dapatkan, kena berlaga-laga dengan jantan-jantan yang sibuk jugak nak dapatkan tudung tu.
#Mantap strategi dikala banyak jugak persaingan orang jual tudung TU, hebat ko fizo omar

Keladi jelous dengan tindakannya tu, bekesan tau dalam menjenamkan produk nya tu, sehingga kini ramai yang telah menyebut nama tudung tu, keladi pun tengah tulis ni tentang beliau, jadi secara tak langsung mempopularkan lagi tudungnya tu

# Mugkin ada yang akan terus marah dan bising, apa ke hal si Fizo Omar + Mawar tu membiarkan pelanggannya berebut-rebut diantara lelaki dan perempuan, padahal, ko tu menjual produk yang islamik iaitu benda yang menutup aurat, tapi biarkan lelaki dan perempuan berebut, dah tentulah bersentuhan, ko tu tak ada otak ke,  ( Keladi tak nak kata keladi boleh mengiakan, memang dah kata ia satu tindakan bodoh oleh Fizo Omar dan memberi kebijakkan untuk si Mawar mengambil peluang untuk mencipta dan menghasilkan tudung yang lebih Istimewa pada masa akan datang)

Itulah gimik si Fizo Omar + Mawar dalam meningkatkan jenama tudungnya tu...

Okey, keladi malas nak berbicara panjang lebar, sepatutnya keladi perlu ambil pengajaran daripada apa yang dilakukan oleh Fizo Omar ni, tapi bukan lah keladi gak nak menjual produk, tapi keladi perlu lihat teknik kotornya tu dalam menaikkan rating blog keladi ni...korang jangan marah ya. 

Isu ni rasanya masih tak habis lagi kot diperkatakan, yang mengutuk terus kan mengutuk, sebalik kutukkan tu korang tau ke berapa keuntungan yang si Fizo OMar + Mawar tu raih..okey korang jawab sendiri lah, semoga duit keuntungan tu diberkati.

Entri ni bukan nak mengampu atau nak meraih simpati, tapi ia sebagai galakan kita sebagai blogger untuk mencari sesuatu yang unik dalam mempopularkan blog kita ke arah yang lebih baik, dan semoga tindakkan kotor kita ni mendapat keampunan oleh Illahi..




                              468 x 60


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com