Jika hati bersedih

Hai bloggers and readers, lama juga keladi tak update blog ni, rasa rindu pulak, inilah yang dikatakan jika kita minat sesuatu tu, kemudian kita terlepas daripada melaksanakannya, bagai ada yang tak kena dalam hidup ni. Rindu serindu-rindunya!!!!,

Jika hati bersedih Tuhan...sentiasa ada disisi kita.

Alamak!! keladi ni frust menonggeng ke?

Hanya tuhan saja yang tahu, tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita dan tuhan juga tahu apa yang seharusnya kita miliki, dan tugas kita adalah menerima qada dan qadar tersebut dengan rela hati.

Ceritanya begini, keladi rasa di luar sana pun ramai yang telah alami apa yang keladi rasa, iaitu, putus kasih dengan orang yang kita suka.

Ala biasalah, selagi kita ni single, dan tidak berumah tangga, macam-macam dugaan yang akan kita terima, tapi keladi juga rasa, tak semestinya bila sudah berumah tangga nanti masalah tu akan hilang.

Mungkin ini hanya dugaan untuk keladi dan apa yang berlaku ini  telah dirancang oleh Allah S.W.T dan yang pasti keladi mesti lalui untuk mendapat yang terbaik.....

Bila hati kita bersedih...Tuhan kan ada....



Jika hati bersedih
www.keladionline.com : Saya rasa saya Single




Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti







468 x 60



Read More...

Pendakwah segera

Apa itu Pendakwah segera ?

Siapa yang layak digelar pendakwah segera??

Hai readers and bloggers, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Okey, keladi cuma nak kata, salah ke kita mengajak orang ramai ke arah kebaikan. sebabnya,
  • Bila kita sebut je pasal agama mesti ada yang pandang lain macam je terhadap kita.
  • Bila kita share sesuatu yang berbentuk nasihat, ada je yang akan reply, ko tu baik sangat ke.
  • Bila kita melakukan sesuatu ke arah kebaikan, ada je bermulut longkang perli kita
  • Bila kita rajin solat lak, ada pulak yang perli..panggil kita ustaz...hemmmm
  • Bila kita rajin ke Masjid atau ceramah agama pulak, ada jer yang tergelak-gelak, siapa kata, hah budak masjid!!! budak masjid...
Itulah realiti sekarang ini, nak kearah kebaikan ada saja manusia yang bermulut longkang mencantasnya.

Tak perlu menjadi Pendakwah segera, tetapi jadilah seorang khalifah yang benar-benar ingin menolong saudaranya. 

Ingat-mengingati adalah tanggungjawab kita bersama, sebabnya, kadang-kala kita terlupa dan kita tak pernah ingat, mugkin hari ini kita perli keburukan seseorang itu, tapi entah satu hari nanti orang pulak yang akan perli kita diatas kesilapan yang kita lakukan.

Tak faham maksud keladi tu, tak mengapa, tapi yang nak keladi kata, 

Kita semua jangan jadi Pendakwah segera tetapi biarlah selama-lama kita menjadi pendakwah yang sentiasa sayangkan agama dan saudaranya.

Moga perkongsian ini ada manfaat untuk anda yang sudi membacanya. 


Pendakwah segera
Ikhsan google images



Read More...

Bagaimana untuk belajar Copywriting terbaik?

Hai blogger and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog ini, semoga perkongsian ini memberi kebaikan untuk semua. Jika ada maklumat yang dirasakan isinya sama seperti blog-blog yang lain, minta dihalalkan, kerana saya hanya blogger biasa, dan mempunyai impian untuk menjadi blogger luar biasa, perlu belajar lagi untuk merealisasikan impian tersebut.

Bagaimana untuk belajar Copywriting terbaik?
Kredit Foto : Google Images

Bagaimana untuk belajar Copywriting terbaik?

Bagus sangat ke jika kita belajar tentang copywriting ni!!

sebabnya :-
  • Semua orang pandai menulis.
  • Rasanya sekarang ni zaman yang penuh persaingan dalam perniagaan, jadi secara tidak langsung ramai sudah pandai menulis ayat jual yang mantap
  • Kita nak menjual produk sendiri, tak payah susah-susah hired orang nak tulis ayat jualan yang gempak-gempak,
  • Sekarang ni ramai sudah pandai berniaga, orang yang berniaga pun bijak pandai, jadi rasanya tak ada masalah bab-bab nak mengoreng ayat jualan.
Tapi, adakah ayat jualan anda membawa pulangan jualan sehingga mencecah RM 1 juta ?

#Confirm korang tentu kata, mustahil

Pengalaman keladi pun begitu, dulu-dulu, keladi seorang yang egois, berlagak dan tunjuk pandai, kononnya, memang pakar bab-bab mengarang ayat jualan ni, tapi ternyata, memang hancur kot.

Tapi kini keladi tak kata sudah pakar menulis ayat jualan, memang perlu belajar lebih dalam bidang copywriting ni, tapi teringat pesan otai-otai yang sudah berjaya dalam bidang ni, selagi kita tidak mampu membawa pulangan jualan RM 1 Juta dengan ayat jualan kita tu, jangan kata kita ni sudah khatam dan master dalam bidang copywriting ni. 

Jadi, persoalannya, Bagaimana hendak belajar copywriting terbaik?
  • Cari mentor yang pakar dalam bidang ini.
  • Cari ilmu dengan banyak membaca bahan yang berkaitan - laman website luar negara banyak berkongsi tip dalam bidang copywriting
  • Cari krusus yang mengajar tentang bidang ini.
Tidak Mustahil lagi, jika kita bukan seorang yang pakar dalam bahasa, tetapi mampu membawa pulangan jualan sehingga RM 1 juta dengan hanya sebaris ayat jualan, mampu mengubah pemikiran pembeli untuk terus teruja mendapatkan bahan jualan kita.

Akhirnya, tentu kita pun tersenyum lebar gara-gara ayat-ayat manis kita tu, mampu menggoda orang yangmembacanya.

Okey, titik nokhta sampai kat situ cerita tentang Belajar Copywriting.

Tapi, yang ini keladi nak khabar kat korang yang masih terpinga-pinga dan tak tahu hala tuju dalam bidang penulisan adalah :-

Bagaimana untuk menjadikan bidang penulisan ini membawa pulangan pendapatan RM 1 Juta kepada anda?
  • Bidang penulisan ni sememangnya memberi pulangan yang lumayan jika kita tahu teknik dan caranya.
  • Jika ada kemahiran disitu pasti ada cara yang boleh kita guna untuk membawa tuah sebagai seorang penulis.
  • Kita pandai menulis, dan pandai mengarang ayat-ayat yang mantap, sehingga terpesona orang membacanya, tapi masalahnya kita tak pandai pulak untuk  menarik orang yang membaca artikel kita tu tadi untuk terus berulang-ulang kali membaca artikel kita ni, mudah kata, dia sanggup tunggulah hasil artikel kita.
Dan kini rasanya tak rugi jika anda sanggup melaburkan sedikit wang untuk mendapat pulangan sehingga RM 1 Juta dalam masa beberapa bulan anda menulis.

Nak tahu kenapa kita perlu tahu Rahsia menjadi Penulis yang mampu menghasilkan artikel yang lumyan, Jom klik disini (Buat Duit dengan menulis )






Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti







468 x 60



Read More...

Matlamat menyimpan duit dengan SSPN-I plus

Hai bloggers and readers, terima kasih ya kerana singgah ke blog keladi ni, semoga perkongsian keladi ni membawa manfaat untuk semua.

Bila sebut pasal menyimpan duit ni, apa yang korang akan fikir?
  • Gaji kecik nak simpan macam mana!!
  • Aduh, tak boleh nak simpanlah banyak komitmen!!
  • Duit KWSP kan ada, buat apa nak menyimpan lagi.
  • Umur Muda lagi, nanti lah fikir pasal simpan duit n, time dah berumah tangga baru fikir.
  • Asyik simpan je duit, nanti mati bukannya boleh bawak pun.
Alasan ini tanpa kita sedari boleh mempengaruhi masalah kehidupan kita satu hari nanti.

Kadang-kadang dah terkena barulah kita nak cari jalan penyelesaiannya.

Macam keladi ni, dulu waktu study kat U, sibuk cari dana untuk meneruskan pinjaman, time tu memang bersyukur sangat sebab PTPTN kan ada.

Bila log in kat website PTPTN tu, tengok status approved, wahhh bukan main suka lagi.

Tapi tak sedar yang duit tu adalah PINJAMAN....dan hampir melarikan diri jugalah time nak bayar.

Memang perit kot.....

Tapi, itu dulu, waktu Pinjaman PTPTN ni tak de syarat wajib kena buat acc SSPN-i ketika memohon pinjaman,

Time zaman tok kaduk keladi yang memang jahil, bab-bab menyimpan ni. Kini, rasanya keladi sudah tak nak menyesal lagi, lepas ni anak-anak keladi harap tak macam keladi dulu, time nak masuk U, baru terhegeh-hegeh cari dana, sudahnya menyusahkan diri pulak, terpaksa meminjam duit. Nasib baik ada PTPTN, kalo tak ada PTPTN macam mana pulak.

Baik kita rancang awal-awal pendidikan anak-anak kita, memang tipulah kalo kita tak nak tengok mereka sambung belajar ke U....

Dan lebih mudah kita simpan duit kita dengan SSPN-i untuk mereka...

Banyak faedahnya tau, dalam hati keladi berkata, kalolah SSPN-i ni sudah lama berada di pasarankan bagus......

Tapi, kita fikir untuk masa depan adik-adik kita, anak-anak kita...lebih baik bukan...

InsyAllah jika kita bijak merancang tuhan akan membantu kita

Semoga perkongsian keladi memberi manfaat untuk semua, yang baik itu datang daripada Sang Pencipta dan yang buruk juga datang daripadaNya, cuma kita sebagai manusia sering membuat kesilapan, andai ada yang tidak menyukai perkongsian ini, mohon dimaafkan, jika ia bermanfaat pula, mohon disebarkan dan  jika ingin tahu lebih lanjut tentang SSPN-i Plus..teruskan pembacaan anda.....





Apakah SSPN-i Plus ?


SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih



























Read More...

Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi

Hai blogger and readers, terima kasih kerana singgah ke blog keladi, semoga perkongsian keladi ini memberi manfaat untuk semua.

Okey, rasanya lama gak keladi tak bersegmen "Wordless Wednesday", kononnya rajin sangat menulis, itu pasallah setiap hari berjela-jela keladi merepek dan merapu kat dalam blog ni.

Tapi hari ini, dan untuk entri ini, keladi saja bawa "Quotes" daripada Tuan Irfan Khairi, kiranya quotes tu boleh menaikkan semangat kita untuk menjadi insan yang lebih cermelang.

Yang keladi kongsi ni bukan ekslusif tau, sebab keladi pinjam dekat pak cik google jer, tapi kiranya tak salah kan kalo benda yang baik kita share. 

Kiranya kalo korang nak ikut lebih lanjut, follow blog Irfan Khairi, banyak perkongsian yang boleh kita gunakan sebagai panduan, terutamanya macam keladi yang amature dalam bab cari duit melalui internet.


Lepas tu keladi juga nak share sikit lah, tentang Master Class Facebook daripada Irfan Khairi, kalo rasa nak belajar lebih lagi tentang teknik pemasaran menggunakan facebook, korang klik Disini

FACEBOOK MASTER CLASS




Jadi jomlah kita baca quotes beliau, semoga perkongsian ini meningkatkan semangat kita untuk lebih menjadi insan yang cermelang didunia dan diakhirat.




Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi

Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi



Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi

Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi

Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi

Kata-kata Motivasi daripada Irfan Khairi




Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti







468 x 60



Read More...

Luahkan perasaan bukan pada blog tetapi...

Hai Bloggers and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi, semoga maklumat yang dikongsi didalam blog ini memberi manfaat yang baik untuk korang semua.

Luahkan perasaan bukan pada blog tetapi..
Ikhsan Google Images, terima kasih kepada pereka grafik tersebut.
                                       

Okey, korang pernah rasa tak, ketika Allah menguji kita dengan perkara yang tak mampu untuk kita terimanya....
Ketika itu juga tiada siapa pun disisi kita untuk kita luahkan, so, apakah tindakan korang yer?
  • Takkan menjerit kot, nanti orang kata kita gila pulak.
  • Biasanya kalo ada masalah yang besar ni ada jer yang buat bodoh jer, biar masalah tu berlalu pergi.
  • ada ke yang macam nak cabut nyawa sendiri.
  • Menyalahkan orang lain kot.
  • Berserah je pada Yang Maha Kuasa
  • Media sosial kan ada, apa guna media sosial kan!!!!
Yang point terakhir tulah yang kita semua akan lakukan..betul tak rakan-rakan ku..

Kiranya tak payah nak tengok orang lain lah, keladi pun buat gak, ada je masalah, keladi share kat Blog lah, FB lah, Insta lah, Twitter lah, G+ lah..dan entah apa lagi, asalkan kita puas untuk menghilangkan perasaan yang sedih tu. Kononnya nak tarik perhatian netizen kot, kot-kot boleh viral post kita tu.

Tapi, maaf lah, rupaya selama ini kita silap langkah,

Tak sepatutnya apa yang terbuku di hati kita, kesulitan yang dihadapi, ujian yang kita terima, semua tu boleh kita share, tapi lebih elok biar kita luahkan kepada Allah S.W.T...kita minta malaikat untuk Viral diri kita supaya Allah sentiasa melihat kita.

Jadi, kenapa nak luahkan di Blog, kenapa tak kita luahkan kepada Ya- Rabb, yang sememangnya daripada kehendak-Nya kita datang, dan Kehendak-Nya juga kita kembali.

Ingatan bersama, medium blog perlu dijadikan satu platform untuk kita memberi manfaat untuk semua, bukan hanya untuk berkongsi perasaan kita, tapi biar ia menjadi bekalan untuk kita didunia dan diakhirat.

Wassalam,,,,semoga anda kaya dan Berjaya. Bagi mereka yang masih belum download secara  percuma buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang ditulis oleh penulis yang hebat Dr Azizan Osman, korang klik disini ya......Saya kaya dan berjaya, terima kasih Dr. Azizan Osman





Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti







468 x 60



Read More...

Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger

Hai bloggers and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah dan baca entri keladi ini, semoga perkongsian keladi ini adalah satu perkongsian yang bermanfaat untuk semua..

Jika sudi share lah yer...

Okey, entah kenapa tetiba pulak keladi tergerak nak tulis tentang Dr Azizan, ala korang keladi bukan nak cerita gila-gila sangat tentang Dr Azizan ni, cuma keladi nak petik kata yang boleh memberi inspirasi kepada kita.

"Cabaran paling susah didalam proses memperbaiki kehidupan diri adalah memperbaiki " Sangkaan" dan Niat
( Dr Azizan Osman )
Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger
Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger



"untuk berjaya didalam apa sahaja bidang atau perkara yang kita lakukan, ianya memmerlukan KEINGINAN YANG LUAR BIASA TINGGI, tingginya keinginan tersebut umpama anda berada dipadang pasir dan mencari air untuk di minum, ia juga umpama anda lemas di lautan, tidak tahu berenang dan memerlukan sedikit udara untuk terus hidup"  ( Dr. Azizan Osman )
Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger
Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger

"Jangan Menunggu semuanya sempurna sebelum melakukan sesuatu Tindakan samada Berniaga, Bekerja atau Beramal kerana Misi di dalam tindakan adalah mencari kesempurnaan dengan memperbaiki kesilapan dan cabaran, dan anda hanya dapat kesilapan dengan Tindakan. Mulakan langkah anda walaupun langkahnya kecil. ( Dr Azizan Osman)
Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger
Kata-kata Dr Azizan yang tidak boleh dilupakan oleh blogger
Korang baca dan hayati betul-betul ya, bukan untuk promosi tetapi bagi keladi setiap kata yang diucap oleh orang yang hebat-hebat ni, secara spiritualnya kita pun boleh  menjadi seperti beliau suatu hari nanti.

perkongsian keladi ini tak bermaksud nak mengajak rakan-rakan join program beliau, sebabnya nak diikutkan memang mahal tau bayaran yang korang perlu sediakan. tapi kalo memang ada peruntukan, korang join ya, tak rugi.

tapi

Sangat rugi jika korang ni spesis macam keladi, dah ler, tak ada modal nak join program-program Doc. tu, lepas tu, Malas lah pulak nak ikuti perkembangan beliau, kat youtube berlambak-lambak kot tip kehidupan dan kewangan yang doc kongsikan kepada kita.

lebih best dia minta kita dowanload secara percuma buku yang ditulis oleh beliau iaitu Magnet Kekayaan dan Kejayaan 

Okey lah, kita sama-sama set kat dalam minda kita untuk mengubah kehidupan kita untuk jadi lebih baik..

Kalo korang nak ikut untuk merubah

Diri

Kewangan

Keluarga

Masyarakat

Dunia

Jangan takut untuk klik disini 



http://www.azizanosman.com/magnet/




Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti







468 x 60


Read More...

Hidup dalam Mati bukan untuk blogger

Hai blogger and readers, terima kasih kerana korang sudi membaca gomelan keladi di blog ini, jika entri yang lepas, keladi ada menyentuh tentang perkongsian yang lebih bermaklumat dan bermanfaat untuk semua yang sepatutnya blogger fikirkan, sebabnya hidup ni kita tak tahu bila tarikh kematian, andaikan kita tidak sempat memandamkan setiap perkongsian yang berbaur fitnah dan perkara yang kurang bermanfaat, mugkin akan rugi rasanya selama-lamanya.

Okey, korang yang nak baca boleh klik disini yer.... Berblog bukan untuk semua, tetapi selama-lamanya.

korang jangan ler fikir keladi ni sudah jadi ustaz blogger jadian,

Sebabnya, keladi baru terfikir gak, kita ni sebagai blogger memang selalu terkejar-kejar dengan isu-isu yang dilihat boleh jadi viral, kiranya lagi hot, lagi lah ramai pengunjungnya nanti. 

So, untung badan oii,  confirm nanti trafik naik mencanak, lepas tu peluang nak buat duit tu,....besor dek non. 

itu kot matlmat oleh semua blogger, #jangan bikin gempak uollls...jap keladi betulkan balik statement tu......"Itu kot matlamat oleh sesetengah blogger".....baru ler betul.

Tapi sebenarnya, sungguhpun sukar untuk kita mencapai apa yang sedang blogger-blogger popular tu dapat...jangan lah beri alasan yang kita ni telah ditakdirkan, dimana rezeki didalam dunia blog memang tak ada.....dan jangan ler jadi seperti keadaan ..."Hidup dalam Mati", gara-gara frust menongeng...tak dapat nak tarik pengujung ke blog tu.

so, apa yang perlu dilakukan adalah...

  1. Jadikan blog anda memang bernyawa, iaitu kongsilah benda-benda yang lebih berilmu, sungguhpun orang tak nak singgah, mugkin suatu hari ada jugak yang akan singgah
  2. Jadikan blog anda sebagai blog panduan menjadi manusia yang lebih baik, sekurang-kurangnya bila kita meninggal, dan ada jugak pahala yang berkekalan jika ada yang sudi mengamalkannya....memang tetap bernyawa uolss..
  3. Jadikan blog ada sentiasa bernyawa dengan perkongsian pada perkara yang banyak memberi semangat dan motivasi, kiranya blog kita tu berkongsi benda-benda yang positif je tau.
maka keladi nak kata.....Hidup dalam mati bukan untuk blogger....


Jom kita layan dulu lirik lagu daripada Syamel 2015

Hidup dalam mati

Lakaran lukisan tak berwajah

Merontaku di dalam kesunyian
Tak relaku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiriku di sini pilu



Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampuku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampuku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati




Hidup dalam Mati bukan untuk blogger
Ikhsan Google Images, Berilah perkongsian yang bermaklumat dan bermanfaat supaya,
bila kita mati nanti ada sedikit pahala yang akan kita terima




Read More...

Berblog bukan untuk seketika, tetapi selama-lamanya

Hai Bloggers and readers, bagaimana ya, blog korang, sudah tercapai ke apa yang diidam-idamkan di arena blog tu.

Yup, awal tahun 2016, keladi ada set banyak matlamat untuk memajukan blog keladi yang tak seberapa ni, kiranya, target tahun ni nak dapat banyak follower, lepas tu nak naikkan trafik blog, dan bla..bla...bla....kiranya gila-gilalah nak buat...tapi kan korang, tak sampai berberapa bulan berlalu, matlamat tu semakin lama, semakin pudar. 

Dan kiranya semakin lama semakin hilang taring keladi nak berblog, dan asik nak buat tu nak buat ni, sudah nya nak ringkaskan cerita, pengisian blog didalam blog keladi ni kosong....kosong dan kosong tanpa apa-apa pengisian.

Perasaan diri ni semakin lama semakin penat nak mengejar status blogger popular, tetapi ia langsung tidak memberi sebarang pulangan terhadap apa yang diinginkan. Penat memang penat uolsss, banyak masa sudah terbuang, sepatutnya masa tersebut boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang lebih faedah.

Bayangkan jika keladi meninggal dunia, dan korang yang hidup pula membaca blog keladi ni, dan blog keladi pulak :-
  • Blog banyak bercerita hal keduniaan.
  • Blog banyak merepek dan merapu tanpa memberi kesan dan ilmu kepada orang yang membacanya.
  • Blog syok sendiri, menceritakan hal-hal yang tak sepatutnya di kongsi kepada umum
  • Blog tiada apa-apa fungsi, hanya copy and paste maklumat yang berbaur fitnah dan hasutan
  • Blog ke arah dunia hiburan yang banyak gossip dan umpat-mengumpat.
  • Blog banyak ambil kisah viral yang kurang manfaatnya.
Jadi, mugkin ketika di alam barzakh nanti, selama korang membaca blog ni, mugkin keladi akan terseksa dengan dosa-dosa yang dilakukan terhadap pengisian yang ditulis didalam blog ini, Dan andaikan blog ini tidak dapat di padamkan sehingga akhir hanyat dunia ini, hanya tuhan saja kan yang tahu, betapa dahsyatnya dosa yang akan keladi tanggung nanti.

Dan, jika blog keladi ni pulak cerita benda-benda yang dianggap syok sendiri, so kiranya kalo keladi meninggal nanti....tiada apa-apa yang boleh dijadikan bekalan di akhirat, hanya sia-sia je keladi menulis, buang masa je.....patut ler ada sesetengah orang didunia ni kata blogger tu mengarut je, buang masa je, tau nyer nak memburuk-burukkan keadaan, dan mencurah minyak tanah ke dalam api yang sedang marak. #hello blog ini tak macam tu tau, bagi penulis blog yang terasa tu, maaf yer.

Rasa takut jugak, nak-nak jika benar kita sebagi penulis blog meninggal secara tiba-tiba, hello mati tak siapa tau tau, kot-kot habis je keladi tulis entri ni, tuhan pun mengambil nyawa keladi dan tak sempat pulak nak beritahu password kat waris tu....aduh.....sakitnya ku di kubur...hanya tuhan saja yang tahu.....

So, adakah kita jadi blogger ni hanya untuk dunia.....

Berblog bukan untuk seketika, tetapi ia perlu berkekalan manfaatnya untuk semua.



Berblog bukan untuk seketika, tetapi selama-lamanya
Ikhsan Google Images, Jom audit diri, adakah kita benar-benar menjadi
 blogger yang bermanfaat untuk semua.


Artikel yang mesti dibaca : Ciri-ciri hebat blogger berjaya, Kenapa masih gagal berblog, Bagaimana membina blog mesra SEO, Persaingan blog di Malaysia, Blogger terlajak laris, Bila blogger berbunyi
Blogger Malaysia tiada kreativiti







468 x 60


Read More...

5 perkara yang "Jangan" kita lakukan, oleh Prof Muhaya

Hai bloggers and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi, semoga apa yang keladi kongsikan dapat memberi manfaat untuk korang semua.

5 perkara yang "Jangan" kita lakukan, oleh Prof Muhaya
( Ikhsan Google Imges)

Untuk entry ini tetiba pulak nak berkongsi apa yang keladi terima daripada Prof Muhaya. yup nasihat uolsss..entah ler, nak ringkaskan cerita, pada pagi khamis minggu lepas, seperti rutin yang selalu keladi buat, pagi-pagi ni kena layan youtube dulu sebelum bersiap sedia apa yang patut, tapi pagi tu entah macam mana, keladi tergerak pulak nak layan youtube berkaitan nasihat dan mutiara kata yang dikeluarkan oleh seorang insan yang sememang nya keladi anggap sangat memberi inspirasi setiap kata yang terungkap dibibirnya itu. siapa tidak mengenali Prof. Dr. Muhaya Mohamad....dan yang keladi nak kongsi dengan korang adalah 5 perkara yang sepatutnya kita jangan lakukan.

wahh apa dia tu erkkk, nampak scary ler,!!!

Yup, tak nampak pun scary, benda ni tersentuh gak keladi dengar, sebabnya selama keladi jadi blogger ni, memang selalu keladi lakukan, dan keladi rasa korang yang blogger-blogger ni pun lakukan. aduh!! bertambah takut ke korang.

Okey, gini ceritanya.

Untuk tujuan apa erkk, korang berblog?, kalo keladi pulak, sebab apa berblog, mudah je,
  • Keladi nak cari duit lebih, sebab pakar IT selalu je kata, dengan berblog kita mudah tau nak buat duit samping
  • Keladi nak dapat perhatian orang ramai, sebabnya dengan berblog kita boleh jadi popular tau, nak-nak, entri yang kita tulis tu akan dikongsi dan di viralkan oleh netizen.
  • Keladi jugak cuba menggunakan blog untuk berkongsi pandangan dan pendapat, sebab kalo dunia realiti, susah gak orang nak dengar pandang kita.
  • Keladi nak share kepakaran keladi kepada orang ramai, tapi masalahnya masih tak yakin kot nak bekongsi, jadi gunalah blog, sekurang-kurangnya ada orang yang perasan nanti.
Tapikan korang, sepanjang keladi berblog ni, dan kononnya menjadi blogger, perasaan nak dapat perhatian orang tu selalu je meluap-luap di dalam diri, yup, kiranya selalu gak keladi fikir apa yang best untuk kita kongsikan kepada orang ramai, dan dengan harapan entri tu orang akan viralkan dan yang lagi teruk, pernah keladi berniat untuk memburuk-burukkan isu yang sememangnya nampak sedikit kurang sesuai, kononnya dengan harapan isu tersebut boleh menjadi viral, dan confirm pengunjung akan ramai singgah ke blog kita nanti, maka sudah tentu popular blog kita ni.

Tapi, adakah kita hidup ini untuk selama-lamanya didunia?

Sebab tulah keladi percaya, rezeki itu semuanya datang daripada yang Maha Pemberi. jika itu rezeki kita ia tetap akan menjadi hak milik kita.

Ketepikan soalan pengunjung ke blog kita tu, tapi fikirkan soal pembangunan jati diri kita dan rakan-rakan kita, bagaimanakah blog ini boleh menjadi satu medium yang boleh memberi manfaat kepada kita dan genarasi akan datang, itu sepatutnya keladi dan rakan-rakan bloggers yang lain fikirkan.

Alamak, tadi kata keladi nak kongsi 05 perkara yang kita jangan lakukan, tapi termelalut pulakkan, tulah yang dikatakan si blogger selalu perasan dan selalu cuba nak tarik perhatian orang ramai. tapi dah dengar nasihat daripada Prof Muhaya, rasanya lepas ni tak kot, tujuan keladi berblog adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T,

5 Perkara untuk kita jangan lakukan
  1. Jangan ingin dicintai manusia
  2. Jangan ingin dipuji manusia
  3. Jangan ingin dihargai manusia
  4. Jangan ingin dikagumi manusia
  5. Jangan dibalas budi manusia
Jadi, memang betul kot, sepanjang keladi berblog ni, keladi terlalu nak dapat perhatian orang, kadang-kadang memang rasa penat kot, pelbagai cara keladi lakukan untuk orang singgah ke blog ini, tapi tak berhasil gak, akhirnya masa keladi lak yang dibuang begitu saja, nak kata ada pulangan wang, tak juga, semua tu dibuat semata-mata untuk manusia. 

Barulah keladi sedar, yang sepatutnya keladi sebagai blogger ni perlu mencari perhatian dan keradhaan Allah S.W.T dahulu, dan seterusnya, mugkin dengan kuasa Yang Maha Berkuasa, perhatian manusia atau trafik yang tinggi yang diidamkan tu satu hari nanti, akan ada jugak.

Wassalam, Yang Maha berkuasa dan pemberi rezeki adalah Allah S.W.T





468 x 60



Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com