5 perkara yang "Jangan" kita lakukan, oleh Prof Muhaya

Hai bloggers and readers, terima kasih ya kerana sudi singgah ke blog keladi, semoga apa yang keladi kongsikan dapat memberi manfaat untuk korang semua.

5 perkara yang "Jangan" kita lakukan, oleh Prof Muhaya
( Ikhsan Google Imges)

Untuk entry ini tetiba pulak nak berkongsi apa yang keladi terima daripada Prof Muhaya. yup nasihat uolsss..entah ler, nak ringkaskan cerita, pada pagi khamis minggu lepas, seperti rutin yang selalu keladi buat, pagi-pagi ni kena layan youtube dulu sebelum bersiap sedia apa yang patut, tapi pagi tu entah macam mana, keladi tergerak pulak nak layan youtube berkaitan nasihat dan mutiara kata yang dikeluarkan oleh seorang insan yang sememang nya keladi anggap sangat memberi inspirasi setiap kata yang terungkap dibibirnya itu. siapa tidak mengenali Prof. Dr. Muhaya Mohamad....dan yang keladi nak kongsi dengan korang adalah 5 perkara yang sepatutnya kita jangan lakukan.

wahh apa dia tu erkkk, nampak scary ler,!!!

Yup, tak nampak pun scary, benda ni tersentuh gak keladi dengar, sebabnya selama keladi jadi blogger ni, memang selalu keladi lakukan, dan keladi rasa korang yang blogger-blogger ni pun lakukan. aduh!! bertambah takut ke korang.

Okey, gini ceritanya.

Untuk tujuan apa erkk, korang berblog?, kalo keladi pulak, sebab apa berblog, mudah je,
  • Keladi nak cari duit lebih, sebab pakar IT selalu je kata, dengan berblog kita mudah tau nak buat duit samping
  • Keladi nak dapat perhatian orang ramai, sebabnya dengan berblog kita boleh jadi popular tau, nak-nak, entri yang kita tulis tu akan dikongsi dan di viralkan oleh netizen.
  • Keladi jugak cuba menggunakan blog untuk berkongsi pandangan dan pendapat, sebab kalo dunia realiti, susah gak orang nak dengar pandang kita.
  • Keladi nak share kepakaran keladi kepada orang ramai, tapi masalahnya masih tak yakin kot nak bekongsi, jadi gunalah blog, sekurang-kurangnya ada orang yang perasan nanti.
Tapikan korang, sepanjang keladi berblog ni, dan kononnya menjadi blogger, perasaan nak dapat perhatian orang tu selalu je meluap-luap di dalam diri, yup, kiranya selalu gak keladi fikir apa yang best untuk kita kongsikan kepada orang ramai, dan dengan harapan entri tu orang akan viralkan dan yang lagi teruk, pernah keladi berniat untuk memburuk-burukkan isu yang sememangnya nampak sedikit kurang sesuai, kononnya dengan harapan isu tersebut boleh menjadi viral, dan confirm pengunjung akan ramai singgah ke blog kita nanti, maka sudah tentu popular blog kita ni.

Tapi, adakah kita hidup ini untuk selama-lamanya didunia?

Sebab tulah keladi percaya, rezeki itu semuanya datang daripada yang Maha Pemberi. jika itu rezeki kita ia tetap akan menjadi hak milik kita.

Ketepikan soalan pengunjung ke blog kita tu, tapi fikirkan soal pembangunan jati diri kita dan rakan-rakan kita, bagaimanakah blog ini boleh menjadi satu medium yang boleh memberi manfaat kepada kita dan genarasi akan datang, itu sepatutnya keladi dan rakan-rakan bloggers yang lain fikirkan.

Alamak, tadi kata keladi nak kongsi 05 perkara yang kita jangan lakukan, tapi termelalut pulakkan, tulah yang dikatakan si blogger selalu perasan dan selalu cuba nak tarik perhatian orang ramai. tapi dah dengar nasihat daripada Prof Muhaya, rasanya lepas ni tak kot, tujuan keladi berblog adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T,

5 Perkara untuk kita jangan lakukan
  1. Jangan ingin dicintai manusia
  2. Jangan ingin dipuji manusia
  3. Jangan ingin dihargai manusia
  4. Jangan ingin dikagumi manusia
  5. Jangan dibalas budi manusia
Jadi, memang betul kot, sepanjang keladi berblog ni, keladi terlalu nak dapat perhatian orang, kadang-kadang memang rasa penat kot, pelbagai cara keladi lakukan untuk orang singgah ke blog ini, tapi tak berhasil gak, akhirnya masa keladi lak yang dibuang begitu saja, nak kata ada pulangan wang, tak juga, semua tu dibuat semata-mata untuk manusia. 

Barulah keladi sedar, yang sepatutnya keladi sebagai blogger ni perlu mencari perhatian dan keradhaan Allah S.W.T dahulu, dan seterusnya, mugkin dengan kuasa Yang Maha Berkuasa, perhatian manusia atau trafik yang tinggi yang diidamkan tu satu hari nanti, akan ada jugak.

Wassalam, Yang Maha berkuasa dan pemberi rezeki adalah Allah S.W.T





468 x 60



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com