Hai blogger and readers, terima kasih kerana korang sudi membaca gomelan keladi di blog ini, jika entri yang lepas, keladi ada menyentuh tentang perkongsian yang lebih bermaklumat dan bermanfaat untuk semua yang sepatutnya blogger fikirkan, sebabnya hidup ni kita tak tahu bila tarikh kematian, andaikan kita tidak sempat memandamkan setiap perkongsian yang berbaur fitnah dan perkara yang kurang bermanfaat, mugkin akan rugi rasanya selama-lamanya.
Okey, korang yang nak baca boleh klik disini yer.... Berblog bukan untuk semua, tetapi selama-lamanya.
korang jangan ler fikir keladi ni sudah jadi ustaz blogger jadian,
Sebabnya, keladi baru terfikir gak, kita ni sebagai blogger memang selalu terkejar-kejar dengan isu-isu yang dilihat boleh jadi viral, kiranya lagi hot, lagi lah ramai pengunjungnya nanti.
So, untung badan oii, confirm nanti trafik naik mencanak, lepas tu peluang nak buat duit tu,....besor dek non.
itu kot matlmat oleh semua blogger, #jangan bikin gempak uollls...jap keladi betulkan balik statement tu......"Itu kot matlamat oleh sesetengah blogger".....baru ler betul.
Tapi sebenarnya, sungguhpun sukar untuk kita mencapai apa yang sedang blogger-blogger popular tu dapat...jangan lah beri alasan yang kita ni telah ditakdirkan, dimana rezeki didalam dunia blog memang tak ada.....dan jangan ler jadi seperti keadaan ..."Hidup dalam Mati", gara-gara frust menongeng...tak dapat nak tarik pengujung ke blog tu.
so, apa yang perlu dilakukan adalah...
- Jadikan blog anda memang bernyawa, iaitu kongsilah benda-benda yang lebih berilmu, sungguhpun orang tak nak singgah, mugkin suatu hari ada jugak yang akan singgah
- Jadikan blog anda sebagai blog panduan menjadi manusia yang lebih baik, sekurang-kurangnya bila kita meninggal, dan ada jugak pahala yang berkekalan jika ada yang sudi mengamalkannya....memang tetap bernyawa uolss..
- Jadikan blog ada sentiasa bernyawa dengan perkongsian pada perkara yang banyak memberi semangat dan motivasi, kiranya blog kita tu berkongsi benda-benda yang positif je tau.
maka keladi nak kata.....Hidup dalam mati bukan untuk blogger....
Jom kita layan dulu lirik lagu daripada Syamel 2015
Hidup dalam mati
Lakaran lukisan tak berwajah
Merontaku di dalam kesunyian
Tak relaku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiriku di sini pilu
Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampuku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan
Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati
Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Tak mampuku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan
Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati
Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
![]() |
Ikhsan Google Images, Berilah perkongsian yang bermaklumat dan bermanfaat supaya, bila kita mati nanti ada sedikit pahala yang akan kita terima |
No comments:
Post a Comment