Selamat tinggal Kerajaan, selamat datang Dunia perniagaan

Selamat tinggal Kerajaan, selamat datang Dunia perniagaan
Kredit Foto : Blog Dr Azizan Osman, Sampai bila nak bergantung kepada kerajaan


Hai Blogger and readers, alamak lama sudah keladi tak menulis di blog, rugi rasanya.
  • Bukan sebab Malas nak menulis
  • Bukan sebab sudah give up dengan blogging
  • Bukan sebab Tak ada Idea untuk menulis
  • Bukan sebab berehat time Ramadhan ni, 
Tapi,.....rasanya tak de tapi-tapi!!!", yang pasti keladi lama tak menulis blog sebab tak done untuk terkejar-kejar nak buat macam-macam benda.????

Allhamdullilah uolls, keladi nak share sikit, bahawasanya keladi sudah ada bisnes kecil-kecilan, yahooo, memang mengidam nak buat bisnes part -time ni, tapi tulah perasaan hati macam tak yakin, tapi entah macam mana,  keladi telah jumpa ubat untuk memulihkan keadaan dan penyakit yang sudah bertahun-tahun bersarang kat dalam diri keladi ni. Kirannya penyakit ni memang sudah ada sejak turun temurun lagi, terutamanya melayu, huhuhu, maaf ya keladi cakap melayu, itu lah realiti!!.

Penyakit Hati + tiada keyakinan

Memang susah ke untuk buang penyakit-penyakit negatif yang telah lama bersarang dalam jiwa kita tu??

Susah!! Susah!! Susah!!!

Itulah jawapan budak melayu yang dulunya hanya selalu nak mengharapkan belas Ikhsan + subsidi orang lain = KERAJAAN 

Dari dulu sampai bila-bila kot, korang tengok jelah Kerajaan+kerajaan+kerajaan
  • Bila emak-emak kita dulu bersalin, mesti nak ke Hospital Kerajaan.
  • Lepas tu nak check-up anak, mesti kena pergi Klinik Desa under Kerajaan.
  • Bila anak dah berusia 4 @ 5 tahun, mesti masuk Tabika Kemas under kerajaan.
  • Lepas tu, naik je sekolah, mesti ler kena pergi sekolah bantu penuh kerajaan, sebab mudah, banyak faedahnya, tuisyen pun kalo boleh nak free, kalo ada projek makanan tambahan, itulah benda yang kita apply dulu. sekolah bantuan penuh kerajaan ni pun mudah, sebab banyak subsidi yang akan diterima, dari buku teks lah, buku-buku rujukan lah, sehingga lah adanya bilik komputer untuk belajar, dan yang lagi penting biasiswa kerajaan. Harus mohon, kalo tak dapat menangis beb. 
  • Yang lagi kelakar, realiti berlaku waktu dulu-dulu, bila kena bayar yuran PIBG, confirm merungut, kerana kalo boleh yuran tu dihapuskan, biar je kerajaan yang bayar. #Kerajaan kan banyak duit!!!. itu dulu tau, sekarang ni keladi lama dah tak ikut perkembangan PIBG.
  • Mengharapkan bantuan kerajaan ni tak habis takat tu je, ia terus bersambung ke pendidikan lebih tinggi, lepas S.P.M, kita pun semua terkejar-kejar untuk beli pin number dekat BSN untuk mohon masuk UPU, kalo tak dapat atau gagal dalam tawaran kemasukan tu, huhuhhuhu dunia ni ibarat kacau bilau, macam nak pitam ler, sebabnya masa depan akan gelap gara-gara tak diterima masuk kolej/universiti dibawah bantuan penuh kerajaan. katanya lagi murah, kalo pergi swasta yuran melambung-lambung harganya kot..sudahnya tunggu kerajaan panggil kerja je lah dalam perkhidmatan awam (SPA), tak pe lah asal dapat kerja, tukang kebun pun boleh!, asalkan under kerajaan, sebabnya nanti tua ada pencen. huhuhuhu.
  • Itu bagi mereka yang tak lepas untuk masuk Universiti under kerajaan, tapi bagi mereka yang lepas dan diterima, confirm kena pulak fikir pasal Pinjaman Pelajaran, ya lah, memang lah murah universiti under kerajaan ni, tapi ia semua bukannya free, macam-macam kot nak kena servive, jadi tak payah susah-susah PTPTN kan ado....itu lah realiti kita sewaktu dulu-dulu, nak belajar mesti pinjam PTPTN, sebabnya biasiswa kerajaan tak lepas, gara-gara, keputusan suam-suam kuku. Ala apa susahnya kan, kerajaan kita ni baik hati, buat jer pinjaman, confirm dapat..nanti lepas belajar, dah grad minta pulak kerja dengan gomen, ada pencen ...tapi itu hanyalah bayangan!!!...nak ke gomen tu terima kita dengan keadaan persaingan yang cukup tinggi ni...???
  • Kerajaan juga tempat mengadu, lepas tu nak pendekkan cerita, selagi tak dapat kerja gomen, selagi tu lah kita menganggur, bila dia tanya kenapa tak cari kerja?, sebab tengah tunggu SPA, tengah tunggu interview kerajaan, baru lepas habis Exam PTD,  wow, hebat nya, kerajaan panggil kerja uolls....tunggu jelah....tak tahu sampai bila????
  • Kalo kerajaan tu bermurah hati nak ambil bekerja, Alhamdulilah lah ya, contract pun tak apa lah, asal kan under gomen. Tapi kalo gomen tu tak panggil, macam keladi ni yang sudah bertahun-tahun apply SPA, tapi sampai sekarang ni, tak pun puak-puak kerajaan tu panggil..apa pulak yang akan berlaku??, confirm ler Media sosial lah yang menjadi tempat melepaskan geram....Kerajaan memang tak guna!!!! kerajaan memang kaki kotor, Kerajaan pilih bulu.....Jangan Undi kerajaan....!!!!! kerajaan memang teruk.....( #negatif sangat)
  • Sampai kesudah kena bergantung kepada kerajaan, sebab kerajaan lah penolong ku....segala-galanya perlu perpaut pada kerajaan.
Maaf ya jika ada yang menghentam keladi semula, sebabnya keladi tulis berdasarkan realiti yang dialami keladi. sebabnya dari dulu sehingga kini kerajaan memang tidak dapat dipisahkan daripada hidup kita.

Sehingga nak berniaga pun, kerajaan lah tempat untuk memohon bantuan.

sebab itulah sepatutnya, lagi dulu keladi start berbisnis, tapi baru sekarang nak terhegeh-hegeh, bukan kerana dapat geran @ bantuan kerajaan tau, tapi diatas semangat ingin merubah kehidupan yang lebih baik, sebab lepas ni keladi sudah tidak mengharapkan segala-galanya pada kerajaan. Kerajaan pun dah muak nak melayan permintaan-permintaan kita kot... kesannya....Ambik Ko....bila subsidi ditarik balik, jadi cacing kepanasan lah kita.

Belajar berniaga untuk tingkatkan ekonomi, tak pandai tak mengapa asalkan kita menginginkan untuk merubah ekonomi kita.

Ini semua penangan setelah habis membaca buku Mudahnya Berniaga oleh Dr Azizan Osman
nak berniaga sebenarnya mudah, tapi kalo asyik langgar dinding jer, mesti ada sesuatu yang tak kena tu, jadi, jom kawan-kawan kita khatam Buku Mudahnya Berniaga tu, tapi kalo baca jer, tak dipraktikkan tak guna gak.....sia-sia saja lor..

PERKONGSIAN kali ni nampak teruk kan, hihihihi, tapi tak mengapa, cuma nak beritahu yang keladi sudah daftar berniaga di SSM, jadi lepas ni korang yang beli apa-apa barang dengan keladi tak usah risau, semuanya sah disisi undang-undang.

Tapi buat sementara ni cuma keladi nak share kepada korang, nama yang telah keladi pilih untuk perniagaan tu adalah
 
Nazzeraziz Enterprise

002544805-H

Kenapa Nazzeraziz Enterprise?

Nazir = Yang memberi peringatan , sempena nama sebenar keladi.

Semoga perniagaan keladi ni akan diredhi oleh Allah, niat berniaga bukan semata-mata untuk mencari keuntungan, tapi biarlah dengan perniagaan ini adalah salah satu platform untuk membawa keladi ke Syurga.

Doa untuk Nazzeraziz Enterprise terus maju dan Maju......Saya Kaya dan Berjaya!!!




Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com