Bagaimana untuk menjadi kaya dalam 1 hari


Jika anda ingin jadi kaya perlu cepat tekan butang dibawah, cuma tinggal beberapa jam sahaja, sebelum quota habis.


Bagaimana untuk menjadi kaya dalam 1 hari


Saja iklan, jangan marah uollsz, apa-apa pun thanks ya sebab terjumpa blog KDO ni, bukan nak menjual produk ya,..yang cuba tekan kat button tu, kalo tak jadi kaya jangan marah, yang pasti time korang tekan tu, perlu senyum terus,...........maka resultnya korang jadi kaya dengan senyuman...#tak lawak pun KDO...hahahhaha # ketawa dengan suka rela..tak mau propa sangat.

Okey,  KDO nak share lah sikit tentang nak jadi kaya raya dalam masa 1 hari,  aikk!! boleh ke uollsz ..boleh ke tidak, itu bukan persoalannya...yang pasti #Malaysia Boleh...maklumlah blog ni cerita tentang masalah peribadiku, jadi rasanya tak salah KDO nak berkongsi sikit apa yang selama ni, terbuku didalam hatiku ini. Kalo korang nak tau jom teruskan membaca, kali ni dah tak de nak kena tekan-tekan lagi...cuma baca dengan hati yang tenang serta yang tengah senyum tu tadi anda kena teruskan senyuman ketika membaca artikel KDO ni, sebabnya senyuman  kan satu sedekah, lagi banyak kita senyum lagi banyak kita bersedekah maka lagi banyak lah pahala kita dapat, dan confirm kita ni kaya di mata Allah...hihihihi, amacam ada bran!!!" hello KDO, bagaimana pula kalo kita senyum tak kena pada tempat ?  nanti takut pulak orang kata...... 

#tak siuman pulak.... 

Aduh!!!, banyak pulak cerita aku ni!', maklumlah sepatutnya, seorang copywriter yang berjaya perlu tulis tepat pada sasarannya, tak boleh meleret-leret sehingga lari semua orang yang sudi membaca bahan iklan tu, jadi kalo korang yang ada niat nak stop membaca artikel ini...bye2...KDO telah gagal dalam memujuk korang untuk terus membaca..#saja buat gempak, maklumlah, dah kata personal blog, maka, ada aku kisah!!!-#berlagak, orang berlagak tak boleh jadi kaya dunia + akhirat tau.

Kisahnya macam ni uollsz, entah tiba-tiba kat pok cik google tu, KDO terasa nak tau, bagaimana untuk kita menjadi kaya, hihihi, ingatkan aku je seorang yang terasa nak jadi kaya, dan cari tip-tip kat google tu, tapi sangkaan ku meleset terus, rupa-rupanya sudah ada ramai si blogger-blogger telah berkongsi cara-cara nak jadi kaya...ayoiii, topik ni pun ada orang nak share ker?..#garu kepala sambil nyonyot gula-gula lolipop.

Alahai..KDO ko ni, cuba berfikiran terbuka!!!

Kaya tu adalah satu subjektif tau...sebabnya, cuba korang tengok

A

  • "Orang kaya raya", mempunya duit, kereta besar, rumah besar, pergi melancong ke seluruh dunia, tapi kehidupan asyik berpoya-poya. = kaya harta - miskin akhlak ,           Markah = 0

B
  • "Orang Miskin Kasih pagi makan pagi kasih petang, pagi besok baru makan" tapi, sentiasa hidup sentiasa dalam ketenangan, kepala tak kusut, sentiasa senyuman, dan sentiasa memberi bantun dengan menggunakan tulang empat keratnya tu = Miskin harta + Kaya Akhak, Markah  = 80
Korang faham tak?

Mesti ada yang dah berkerut dahi tu, and berniat nak blame KDO!!

Alright, kalo tak puas hati korang drop je komen tu, dan jangan lupa beritahu sekali, korang pilih situasi A ke disituasi B.

Untuk KDO lak.....saya tak akan pilih kedua-dua situasi diatas...nak tau sebab apa??.....sila klik disini.

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
<

Ingat nak jual E-book tadi, hihihihi, tapi tak jadi lak, #jangan kecam aku, saja je buat propa, alah nak gurau jer.

sebab apa keladi tak memilih kedua-dua situasi diatas adalah, kedua-dua tu markahnya tak 100% lah, jadi sebab tu tak mau, 

Korang fikir je lah, erti kekayaan yang sebenarnya bukan hanya pada duit saja tau, yang nak blame KDO tu kalo berani cuba lah.....

Yup, sebenarnya erti kaya tu bukan semata-mata untuk difokuskan hanya pada duit saja, memanglah kita perlu duit untuk beli rumah macam istana lah, beli kereta brand yang mak aii, macam tak ingat mati, lepas tu bershoping habis barang branded, memang kalo orang tengok dan akan istilah kita terlajak kaya nampak!!!!, sebab semua tu kalo nak perlu ada duit, berlebih-lebih, tapi nak tegaskan juga, kaya tu bukan hanya untuk duit saja tau.......

Aduh, berulang-ulang pulak aku cerita ni, tapi masalah nak berseloroh panjang-panjang, bagaimana untuk jadi kaya dalam masa 1 hari??

Uollsz..fikir je lah sendiri...ingat ya nak kaya duit memang susah, tapi jika nak kaya dengan pahala sangat mudah ................."sendiri makan pengat sendiri mau ingat je lah"






Read More...

Send My Love Lyrics


Hai friends, terima kasih singgah ke blog KDO ni, bukannya apa, blogku ni hanya sekadar coretan peribadi yang kiranya nak meluahkan rasa secara suka-suka, kalo ada kisah yang duka,KDO  share gak lah, mana lah tau korang yang sedang baca nanti senasib dengan KDO gak....apa-apa pun, terima kasih bebanyak kerana nak melawat ke blogku ini...

oh ya, akan datang dalam blog ni KDO nak share sikit tentang tip-tip menulis surat jualan @ Copywriting...korang yang minat nak jadi penulis copy iklan yang hebat, jangan lupa ya, kita sama-sama berjalan menunju kejayaan menjadi pakar macam Najib asadok tu.... 

Okey, post kali ini, KDO  sengaja nak salin dan tampal lirik lagu baru si adele tu..mugkin ada di kalangan uolss ni peminat Pn Adele... kalo ya, memang kita geng!!!, tapi yang tak suka tu....lantak koranglah yang pasti gua peminat tegar si Adele ni..#propa = tak tegar sangat lah.

Nak di pendekkan cerita, time layan youtube, tetiba je, dekat home youtube tu, keluar video music si adele ni, mula-mula KDO  ingat lagu apa ni, erhmmmm, tak tau lak dia launch album baru, al-maklumlah, sibuk sangat sejak kebelakangan ni, tapi, dah terjumpa lagu adele yang baru ni....fuyoohhhh..memang KDO  dengar banyak kali tau....melody nya..memang citarasaku,..kalo lirik pulak....ehhhmmmmm, hihihihihihi, adakah ia berkaitan dengan pengalaman hidupku??

Biarlah Rahsia !!!!

Jom kita layan........

Send My Love Lyrics
Foto di edit semula oleh KDO...www.keladionline.com


Send My Love Lyrics

This was all you
None of it me
You put your hands all over my body and told me
You told me you were ready
For the big one
For the big jump
I be your last love everlating you and me
That was what you told me

I'm giving you up
I've forgiven it all
Send my love to your new lover
Treat her better
We gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more
Send my love to your new lover
Treat her better
We gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more

I was too strong you were trembling
You couldn't handle the hot heat rising
Rising...
Baby I'm so rising
I was running, you were walking
You couldn't keep up, you were falling down
Down...
Mmm there's only one way down

I'm giving you up
I've forgiven it all
You set me free, ohhhh

Send my love to your new lover
Treat her better
We gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more
Send my love to your new lover
Treat her better
We gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more

If you're ready, if you're ready
If you're ready, I am ready
If you're ready, if you're ready
We both know we ain't kids no more
No, we ain't kids no more

I'm giving you up
I've forgiven it all
You set me free, ohhhh

Send my love to your new lover
Treat her better
We gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more
Send my love to your new lover
Treat her better
We gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more

If you're ready, if you're ready
(Send my love to your new lover)
If you're ready, are you ready?
Treat her better...
We've gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more

If you're ready, if you're ready
(Send my love to your new lover)
If you're ready, are you ready?
Treat her better...
We've gotta let go of all of our ghosts
We both know we ain't kids no more


( copy and paste lyrics from google)
Read More...

Mengidam Durian Musang King

Hai Friends and korang semua yang terjumpa artikel ni diblog peribadiku.....thanks ya, sila baca sampai habis, baru faham apa yang KDO nak sampaikan.

Korang!!! ada tak yang tengok Majalah 3 Isnin lalu, alah, yang si wartawan tu cerita pasal durian musang king.

wahhh!! memang terliuq kot...fuuuuhhh !!!, kaw kaw, tengok si wartawan tu makan durian isi kuning..
Terliur..terliur..terliur...nak balik kampung....nak makan durian musang king jugak...jelous tengok wartawan dan orang kampung tu makan durian!".

Saja nak share kat, uolsss, ya, dah ku kata blog ni adalah blog peribadiku tiada yang indah selain blogku ini, maka, mereka-mereka yang blame ku, gara-gara, keasyikkan aku untuk menerkam raja buah ni...tak akan ku layan.....hihihihi

Sabar!!!! dan terus sabar......nak balik kampung jugak..

Musang King Ohh Musang King..

Durian ni kalo nak cerita keasyikkannya memang tak habis, bila dapat durian yang lemak tu, fuhhhh memang kaw kaw....nokk...
  • Ada yang manis sikit
  • Ada yang pahit
  • Ada yang lemak
  • Ada yang susu
  • dan....entah..macam-macam kot, hhhihihihi
Maklumlah, kalo bagi mereka yang tak minat durian tu, uolsss, jangan ambik pusing pasal cerita KDO ni....tapi kalo korang ni memang peminat tegar..jom sama-sama kita terkam durian tu....yang harga nyer kaw kawa gila...RM 200....#komamapu.

Memang tak mampu la oii....kalo tengok poket KDO ni, 

Tapi tak kisah lah, tak dapat bantai Musing King....durian kampung pun, sapu je lah.

Allhamdulilah, syukur, asalkan dapat gua hilangkan rasa mengidamku terhadap Durian Musang King..


Mengidam Durian Musang King
Bukan duran Musang King ya, hanya durian kampung biasa

Mengidam Durian Musang King
Dua bakul hampir dihabiskan

Mengidam Durian Musang King
Makan sebijik sudah kenyang

Mengidam Durian Musang King
Aduh, sangat lemak, walaupun bukan Musang King

Mengidam Durian Musang King
Wow, sangat teruja

Mengidam Durian Musang King
Sangat menyelerakan, dapat gak gua melepaskan gian


Thanks kepada bapa ku, kerana sanggup carikan anak mu raja durian isi kuning, wahhhh lemak uolsss, lepas tu, balik ke PJ siap bawak Tempoyak lagi, bertambah-tambah selera lah, hidang makanan ku untuk esok, kiranya boleh buat sambal tempoyak...

Jap, ada tambahan pulak, dengan durian ni, kebiasaan nya, kalo tak habis ada orang-orang kampung buat lempok...wow,,,ala2 macam dodal lah, tapi, tak sempat lak nak bawa, hermmmm, tak pelah next time kalo ada rezeki..

Dan point nyer untuk post kali ini adalah, gua sangat puas makan durian isi kuning....salam sayang daripada KDO....



Read More...

Jom kenali watak di dalam Pokemon Go

Raksasa maya tawan dunia!.......

aiyooo.....jom kita buru.....


Hai friends, terima kasih ya, masih sudi nak singgah dan baca artikel KDO ni, seperti biasa lah, diriku rasa bergitu berharga, apabila, korang semua sanggup luangkan masa untuk terus membaca blog peribadiku ini.

Untuk post kali ini, KDO masih nak tulis tentang Pokemon Go, Al-maklumlah, permainan ini masih hangat diperkatakan, kiranya, menangguk di air yang keruh lah yer, selagi cerita tu hangat, maka, blogger picisan seperti ku ini pasti akan terkam cerita-cerita macam ni.

KDO nak highlight sekali lagi yer, ini bukan hanya pandangan dan pendapat gila-gila ku tentang Pokemon Go tu, tetapi ia sekadar perkongsian di blog peribadiku, 

Jadi jom kita kenali watak di dalam permainan Pokemon GO.....

Jom kenali watak di dalam Pokemon Go
Watak-watak did alam Pokemon Go

  • Rattata
  • Pidgey
  • Weedle
  • Venonat
  • Caterpie
  • Zubat
  • Doduo
  • Oddish
  • Paras
  • Drowzee
  • Eevee
  • Magikarp
  • Meowth
  • Bellsprout
  • Ekans
  • Nidoran 
  • Poliway
  • Slowpoke
  • Goldeen
  • Krabby
  • Mankey
  • Spearow
  • Growlithe
  • Jigglypuff
  • Clefairy
  • Psyduck
  • Seel
  • Abra
  • Geodule
  • Sandshrew
  • Vulpix
  • Diglett
  • Exeggcute
  • Tentacool
  • Shellder
  • Onix
  • Machop
  • Ponyta
  • Koffing
  • Voltrob
  • Horsea
  • Staryu
  • Tangela
  • Cubone
  • Rhyhorn 
  • Grimer
  • Magnemite
  • Pinsir
  • Scyther
  • Lictikung
  • Bulbasaur
  • Charmander
  • Squirtle
  • Pikachu
  • Omanyte
  • Kabuto
  • Aerodactyl
  • Hitmonchan/Hitmonlee
  • Drantini
  • Farfetch'd
  • Mr Mime
  • Jynx
  • Magmar
  • Electabuzz
  • Porygon
  • Lapras
  • Snorlax
  • Kangaskhan
  • Chansey
  • Ditto
Wahh, banyak nyer....macam mana ler demo-demo create watak-watak tu, huhhuhu

okey lah, untuk adik-adikku yang tak memburu benda alah tu, mesti tak ambik pusing dengan apa yang KDO tulis ni. 

Macam mengarut lah pulak artikel ni, tapi nak ke tidak, gua tetap gagahkan diri dan membuang masaku untuk menaip cerita tentang Pokemon Go...walawei....ko memang mantap!!!.

Sambil KDO duk melayari internet, gua pun sempat nak tau apa sebenarnya Pokemon Go ni, kat bawah ni sedikit tentang benda alah tu, khas buat mereka-mereka yang seperti KDO, yang tak tau sangat apa tu Pokemon....

Apa itu Pokemon Go ?

Ia adalah sejenis game realiti berperantara atau augmented reality (seperti Google Map) menggunakan telefon pintar.

Sejarah Pokemon :-

Pokemon popular pada tahun 1990-an apabila ditampilkan menerusi Nintedo Game Boy. Ia juga terkenal sebagai cerita kartun, tetapi ini kali pertama Pokemon dipersembahkan sebagai permianan telefon pintar.

Pemaju Aplikasi

Niantic Inc menerbitkan pokemon Go menerusi iOS App Store dan Google Play Store pada Julai 2016 termasuk sebuah peranti kecil boleh pakai dipanggil Pokemon Go Plus. Peranti tersebut dibangunkan oleh Nintendo dan dijangkakan akan berada dipasaran pada September 2016.

Disebabkan terlalu popular, server atau pelayannya lumpuh beberapa kali. Ia antara sebab mengapa Niantic memperkenalkannya secara berperingkat di seluruh dunia.


Cara bermain Pokemon Go

Mengguna pakai GPS atau sistem kedudukan sejagat. pemain menapak didunia sebenar menangkap raksasa maya comel yang muncul melalui telefon pintar dan melatih makhluk berkenaan untuk bertarung antara satu sama lain

Privasi terjejas jika.....

Pemain bersetuju untuk bermain, Niantic Inc mempunyai izin untuk menggunakan lokasi pemain dan memperlihatkannya menerusi app. Ia sama seperti semua app perangkaian sosial lain seperti Facebook dan Twitter. Namun jika pemain memantikan fungsi lokasi permainan terganggu.


Langkah Keselamatan / peringatan 

  1.  Elak bermain ketika memandu atau menunggang 
  2. Juah lokasi memungkinkan isiden jenayah
  3. JANGAN menceroboh
  4. Lagi banyak watak ditangkap leboh tinggi kos ( Pembelian PokeCoin)
  5. Penggunaan GPS 'memakan' data telefon
  6. Cipta akaun baru dalam app Pokemon tanpa kongsi akaun Google demi privasi
  7. Hormati orang lain ketika bermain
  8. Watak Pokemon muncul, hilang dan muncul. Pemain sentiasa ada peluang dan jangan sampai membahayakan keselamatan diri

ISTILAH YANG WAJIB PEMBURU POKEMON TAU
  1. Poket Monster
  2. Pokeball : Bola yang dibaling untuk menangkap Pokemon untuk latihan pertarungan
  3. Pokestop : Mercu tanda
  4. Gym : Lokasi di mana Pokemon bertarung antara satu sama lain
Ikuti langkah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM



Artikel tentang Pokemon yang pernah ditulis, tolong baca ya, klik disini Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go

Akhirnya berjaya juga KDO bercerita tentang Pokemon Go ni, maaf ya, jika ada yang terasa dan tak puas hati tentang penulisan ku ini....Amacam!!!

Salam sayang dari KDO..kita berjumpa lagi pada post akan datang.


Read More...

Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go

A : Jap, aku nak kelur, nak pergi tangkap pokemon!
B : Aik....binatang apa tu......??
A : ........................

Pokemon oh Pokemon Go......

Hai friends dan peminat-peminat tegar permainan yang menjadi viral gila-gila ni semenjak minggu lepas kot, kirannya tak sudah-sudah media-media rasmi @ tak rasmi kita ni duk asyik bercerita tentang permainan tu.

Korang rasa KDO ni pemain tegar jugak ke benda alah tu?

Jangan harap lah!!! tak kuasa aku nak bersengkang mata, gara-gara nak mencari dan menangkap si benda alah tu..#bukandapatduitpun, baik aku tulis blog!!!! ada faedahnya kan3.

KDO, Beraninya ko kata pemain Pokemon Go tu buang masa!!!!!!

erk!!!!, sorry2 tak bermaksud nak kata macam tu, yang KDO nak maksudkan adalah KDO ni bukan jenis orang yang fanatik sangat benda-benda @ seangkatan dengan game ni, dulu yang candy carsh pun, gua tak layan, langsung tak tau kot, apa benda alah tu entah!!!!... lepas tu, member-member yang obses dengan pelbagai jenis game kat android tu, gua pun tak masuk otak kot, macam membazir space kat telefon aku ni...so, uolass, tak payah nak blame diriku, sebab gua memang anggap, benda-benda tu buang masa, dan tenaga.

aikk, macam pelik, KDO ni, kata tak suka #tak minat Pokemon Go, tapi nak juga cerita tentang Pokemon Go ni!!!

Ohh, yer ker, saja je, sengaja nak pancing pembaca, supaya singgah sekejap kat belog ku ini, walaupun sekejap!! tapi yang kata gua tak layak nak cerita tentang Pokemon Go ni....AWAS!!! ya, nanti kang ku tangkap korang macam si pemburu-pemburu benda alah tu.

Okey, awal-awal sudah ku kata, viral pokemon Go ni tak sudah-sudah, sehingga viral terus melanda keserata dunia kot, kiranya sehingga kini aplikasinya tu entah sudah berapa juta telah dimuat turun...wow...memang hebat sangat..kot.

Tapi entah kan, apa yang hebatnya sehinggakan satu dunia bercakap pasal Pokemon Go tu....sendiri makan pengat sendiri mau ingat ler....#nasibdirikbukanpemburupokemon.

Cerita tentang pokemon Go ni, modes operandinya adalah, si pemain tu perlu menggunakan telefon pintar dan aplikasi dimuat turun di Google app secara percuma, kemudian, langkah selanjutnya setelah daftar dan cek-in maklumat lokasi, aktiviti pemburu dan penangkapan benda alah tu pun bermula, yang jadi syoknya, korang akan merasa seolah-olah menangkap @ memburu dalam dunia sebenar...kononnyalah yer.

Nak dipendekkan cerita, KDO ni ada gak mengikut dan membaca tentang kes @ kesan pokemon Go ni kepada pemain-pemain aplikasi ni kat pak cik google, sebelum gua menaip artikel ini.

Terkezut gua...uolsss, apa yang terjadi di Australia ada wanita muda mati dilanggar kenderaan ketika asyik memburu pokemon..kwang! kwang! kwang! dan itu belum cerita pasal si pemburu tegar permianan ni menceroboh kawasan larangan ketika nak memburu karakter berkenan.....patutlah kecoh di Malaysia ni erkkk???.

Tapi mujurlah....ada pamoga....hihihi...tapi mujurlah kan kat Malaysia ni kes kematian akibat syok bermain Pokemon Go, masih tak berlaku, tapi kes kecik ada lah, kat kedah rasanya, tapi kemalangan kecil je lah...korang cek semula kat akhbar metro sabtu, 13 Ogos, kalo nak tau lanjut tentang laporan kes tu.

Okey kalo dah macam tu, bagi pendapat KDO yang bukan peminat tegar ni, Pokemon Go ni lebih banyak keburukan daripada kebaikannya lah kot...

Tidak salah rasanya nak bermain Pokemon Go ni, al-maklumlah zaman serba serbi canggih, dan pesat nya perkembangan teknologi, kirannya kalo kita menolak, takut nanti dicap sebagai "katak bawah tempurung" pulak, kan3...tapi uolsss yang salahnya korang yang pemburu tegar  pokemon Go tu terlalu taasub sehinggakan sanggup mencemar kesucian masjid untuk memburu pokemon, ada gak si pemain tegar ni sanggup masuk wad pesakit di hospital sedangkan sepatutnya kawasan-kawasan macam tu perlu diabaikan #kawasanlarang erkk.

( Aikkk, macam mana KDO tau ni.......!!!!!)

Heloo....sudah ku kata diawal tadi, akhbar arus perdana kita ni, sekarang ni duk sibuk bercerita tentang benda alah ni, maka, serba sikit tau lah...sebab kenapa, mereka sibuk nak mengharamkan permainan ini.

alamak, nampak macam panjang pulak artikel ni.....hihihhihi, sambung semula, sebab terlebih rajin nak menaip, maklumlah blog peribadi, so, selagi mampu menulis, aku akan terus taip...

Pokemon oh pokemon Go,,, tapi entah lah, lagi dilarang nanti.... lagi lah viral benda ni, tengok jer lah, lagi bertempek demo-demo kat area panas tu...sendiri makan pegat sediri mau ingat je lah...

Kalo nak tengok kes negara yang menghalang permainan ni, uolss boleh lihat lah kat Amerika Syarikat, kira nya, negara tu telah menyekat, permainan ini ditempat-tempat tertentu seperti larangan bermain di Muzium Holocaost, Washington, Tanah Perkuburan di Augusta dan Pusat Perubatan di Augusta. selain itu juga, negara lain yang sekat pada keadaan tertentu untuk benda alah ni adalah Arab saudi, Indonesia, Poland, Thailand, Taiwan dan Israel...Kemudian yang paling KDO sokong adalah Iran .....Pokemon Go ni terus disekat...hihhihi, jangan kecam aku pulak yer...

So, apa sebenarnya keburukkan Pokemon Go ni, hihihihi, kalo apa yang KDO sempat baca, Pokemon Go ni menggunakan Sistem Pengesan Global (GPS), hal ini nampak macam tak selamat kot, kalo ikut aspek keselamatan dan benda alah ni juga, macam ada unsur perjudian, mana tak nya, ada pertaruhan untuk mendapatkan pokemon sebanyak mungkin...tu belum buka cerita lagi tentang taasubnya pemburu tu, sehingga sanggup menghabiskan masa untuk memburu benda alah tu.

Kalo tengok di Malaysia kan korang, nampaknya, kerajaan kita ni tak lah berdiam diri terus, tengok SKMM ( Suruhanjaya komunikasi Malaysia ) telah pun mengeluarkan Garis Panduan keselamatan Umum untuk orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go ni, bagi mengesa pemain supaya sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensitiviti masyarakat setempat.

Nampaknya juga, polis telah memberi amaran dan katanya akan mengambil tindakkan yang tegas terhadap pemain Pokemon go yang melanggar undang-undang, manakala dari aspek keagaman pula, kedah telah pun mengharamkan permainan ini.

So, respon korang pulak macam mana erkk, rasanya apa sebabnya kita perlu bermain Pokemon Go ni, sedangkan ia langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada kita...

"sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah yer"




Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go
Kenapa Malaysia takut dengan Pokemon Go?

Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go
Pemain Tegar Pokemon Go, asik leka dan gairah  mugkin akan mengundang
kecelakaan

Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go
Jom main pokemon Go !!

Read More...

Cara mudah untuk menjadikan idea kita mahal

Good idea guys.....Idea kamu ni memang bernas!!
Macam ni lah yang saya mahu!
Good Job Bro !!

Hai Friends, Thanks ya, kerana jumpa blog saya ni, maaf ya, artikel yang ditulis oleh KDO ni, khas untuk mereka yang memang susah nak keluarkan idea yang best-best kat dalam kepala tu. Kiranya jangan percaya kata-kata KDO, tapi korang kena buat apa yang KDO kata..hihihhihi...#jangan marah !!

Tapi yang pasti, sebelum korang terus membaca artikel ini, KDO nak kata, nak dapat idea yang gila-gila hebat sehingga orang yang terima idea kita tu terus terpegun memang susah sangat, tetapi kita tak perasan sebenarnya, apa yang kita buat dan yang ada  disekeliling kita tu jugak kadang-kala boleh jadi idea yang memang menakjubkan untuk kita.

So, wallawei.....siapa buat berani tanggunglah ya!!!

Bagaimana untuk mudah mendapat idea?

I - Ilmu

D - Dari Hati

E - Emosi

A - Aktiviti

KDO ni pun memang payah sebenarnya nak korek idea kat kepala ni!!

Tapi memandangkan teringat ....................

Pakar Idea kata, nak dapat idea yang memang mantap lagi sentap, kita perlu tulis dan tulis apa yang best dan terlintas kat fikiran kita tu, lepas tu simpan bawah meja. Makin lama kita perap idea tu, makan mantap lah, sebabnya, cuba tengok, #IkanPerkasam, kan lama kita perap ikan tu, bila kita masak...fuhyoooo memang kalo makan...wow...marvellous...memang tip top....

So, sesiapa yang berani nak perap idea tu, buat jelah...kalo korang rasa tak siuman, tapi yang memang betul-betul kering idea dan betul-betul masih berada dijalan yang benar, moh kita cek, satu persatu cara ni.

  • Idea datang daripada Masalah - selagi dunia ni ada manusia, selagi tulah akan ada masalah, jadi Masalah kita juga adalah salah satu idea, Korang boleh percaya ke?
  • Idea datang daripada pengalaman hidup - Terlalu banyak yang sudah aku lalui, tapi tak boleh jugak nak keluar idea yang memang gila-gila, jika kes macam ini, nak buat macam mana erk!! - lorhhhhh, kan sudah ku kata, menurut ahli pakar mencari idea, bahawasanya, untuk mendapat idea yang memang terbaik betul-betul menakjubkan, maka kita perlu tulis, tulis dan tulis, pengalaman kita tu, tak kisahlah yang manis atau yang pahit. Lepas tu, cuba tengok hasilnya, memang begitu mengkagumkan, idea kelur mencurah-curahlah tau.
  • Idea juga boleh datang melalui pengalaman orang lain - Hemmmmm!!!, yang ini nampak macam jaga tepi kain orang pulak, mana tak nyer, sibuk pulak nak bertanya kat orang lain pasal pengalaman mereka, tapi nak ke tidak, IDEA yang gempak harus aku perolehi.
  • Idea sentiasa akan datang jika kita selalu keluar daripada keadaan selesa - Yang ni macam mana pulak?....aku sudah lama hidup selesa, tak kan lah...  nak bertukar keadaan untuk jadi tak selesa...#dengardulukata orang-orang yang sudah berpengalaman. Maksud di point ini adalah, korang nak idea yang mencurah-curah, cuba buat apa yang korang rasa tak suka atau benci. Kalo macam KDO, perkara yang palingKDO tak suka adalah roller coster, #takut VS Gayat uolsss, tapi atas desakan rakan-rakan, keladi pun naik je lah...apa yang berlaku, huhuhuhu memang kecut perut ler, dan yang best lepas tu idea datang mencurah-curah kot ketika join projek #larian untuk keamanan....nak tau, korang cubalah, tapi jangan buat benda yang gila-gila sangat nanti takut idea yang keluar.....mak aii terlampau gempak.

Nampaknya cara untuk mendapat idea yang KDO tulis diatas ni, banyak kepada penulisan kot, so, bagaimana pula bagi mereka-mereka yang sealiran dengan KDO erk...#bidang pengiklanan @ bidang Hiburan, memang kaw kaw nak idea yang sangat mengkagumkan...tapi masih tak keluar-keluar pulak kat kepala ku ini.....jangan percaya apa yang KDO tulis diatas tu, tapi cuba buat apa yang KDO tulis tu....yang masih kering idea tu, cuba juga cara ni, tapi KDO cuma tulis point je lah ya, nak penerangan korang kena buat sama-sama, kalo menjadi.....hihihihi....sendiri makan sendiri bayo...

Cuba buat cara ini, untuk tarik idea yang bernilai SATU JUTA

Kiranya idea kita ni memang sangat bernilai lah kot, sampaikan orang sanggup bayar berjuta-juta kepada kita semata-mata untuk mendapat idea dan hasil kerja kita ni.....Korang mampu ke???

AWAS !!!

KALO RASA KORANG MEMANG MAMPU, TOLONG JANGAN BACA POINT DIBAWAH INI

  1. Menjadi pakar dalam bidang yang kita lakukan - #kepakaran kami adalah dalam bidang...........
  2. Selalu lakukan apa yang kita minat - Untuk menjadi yang point 1 tu, perlulah selalu buat point no 2.
  3. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling kita (sentiasa alert) - nak dapat apa yang kita minat, atau pun point yang no 2 tu, kita kena lah buat benda yang point no 3 ni dulu, makin kita alert apa yang berlaku disekeliling kita ni, makin banyak lah yang akan bersarang kat kepala kita idea yang sangat mahal tu...kononnya..
  4. Suka berjumpa dan beramah mesra dengan orang disekeliling kita ( Kiranya kita ni memang sangat peramah) - okey, untuk nak dapat point yang no 3 tu, yang  point no 4, jangan korang lupa, ye lah, kalo duk memerhati keadaan sekeliling je, tanpa mengenali jiran tetangga kita, buruk gak nampak, tengok orang macam tak puas hati lak....so beringat dulu yer.....sebelum kita ditumbuk berkali-kali.
  5.  Jadi ulat buku @ budak-budak skema kejap - yup point no 5 ni nampak macam tak ada bersangkutan dengan point 1 sehingga 4, tetapi sepatutnya point yang no 5 ni lah yang menjadi keutamaan, lebih banyak kita membaca, dan menyelidik lebih banyak lah idea yang akan mencurah-curah.....jangan percaya apa yang KDO katakan tetapi cuba buat apa yang saya telah lakukan.


Kesimpulannya untuk apa yang KDO  cerita adalah, memang idea payah untuk kita cari terutamanya idea yang benar-benar boleh membuatkan kita menjadi seorang jutawan, tetapi yang jadi masalahnya, bila idea telah diterima kita pulak tidak bertindak keatas idea-idea yang kononnya sangat menakjubkan tu, so sebenarnya apa yang menjadi halangan untuk kita beridea gila-gila erkk?.... nak ikutkan kita ni sebenarnya banyak gila idea yang memang sangat gila-gila sehingga boleh membuatkan kita ni mendapat gelaran jutawan..........Jawapannya adalah, Fast Action Fast Result....lambat bertindak, lambat lah keputusannya, kiranya itu kalo kita betul-betul istiqamah nak melaksanakan idea kita tu, buat sehingga menjadi tapi yang parahnya, kita terus simpan dan simpan pulak, idea-idea gila kita tu, akibatnya, kita pun kata..., 

"ko boleh lah, memang pandai, yang aku ni memang tak boleh lah!"

"Aduh makaii, macam mana ko boleh dapat idea gempak tu, kreatif gila ko...bomoh mana yang ko guna tu!"

"Susahnya nak dapat idea, kepala aku ni dah kering kot, fikir punya fikir, tak juga dapat Idea!"

TINDAKKAN yang lambat untuk melaksanakan setiap apa yang kita fikir dan impikan adalah halang terbesar untuk kita menjadikan  idea kita tu sangat MAHAL... kiranya tak cuba macam mana nak tahu yang kita ni memang benar-benar seorang mempunyai idea yang hebat.

Salam sayang daripada KDO  kita akan berjumpa lagi untuk artikel yang akan datang, semoga Tuhan akan terus kurniakan Idea-idea yang menarik untuk KDO dan terus berimiginasi dalam dunia blogger.



www.keladionline.com : Cara mudah untuk menjadikan idea kita mahal dan bernilai adalah,
lakarkan apa yang kita fikir, terus lakukan tindakan terhadap idea kita tu, takut nanti kalo lambat disapu orang lain.

Read More...

Kembali bersemangat untuk berblog

Hai friends, terima kasih kerana anda telah menjumpai blog ini, tiada apa yang menarik dalam blog ini, ia hanya sekadar coretan seorang pemuda yang datang dari Muar,, #berangan-angan nak bukak gerai jual mee bandung terlebih lazat... tapi susahnya...modal tak de kot!!!!

Tetapi yang nak saya katakan jika anda terus membaca artikel saya, andalah orang yang hebat....yang tak sudi nak teruskan pembacaan tu, tak mengapa, saya tau, masa itu emas kan...so, saya nak kata anda sentiasa dihatiku....cehwahh!!!!

Okey, setelah lama menghilang dalam dunia blog ni, bila masuk balik rasa macam tak simon pulak...betul ke aku dah gila!!!! #saja mencari simpati orang ramai.

Kembali bersemangat untuk berblog.

Kenapa lak tetiba nak mucul semula berblog?


  • Sebab tengok kerancakkan mereka-mereka yang terus-terusan berblog sehingga mencapai tahap yang terlebih-lebih mahir kot.
  • Sebab lain lak, blog ni kan boleh mempromosi diri kita yang terlebih-lebih bermimpi nak bukak bisnes, sekurang-kurangnya, dengan berblog boleh lah kita promote produk kat sini.
  • Sebab yang ni pulak, macam ni, mudah cerita KDO ni selalu jer jelous dengan adik-adik yang popular menjadi blogger terkenal, maklumlah umur muda lagi, tapi income daripada blog..mak aii...tak payah ceritalah der....berjuta-juta lemon uolsss. Jadi nak juga berblog....
  • Sebab yang tak boleh dielakkan, blog ni boleh jadi hobi, lepas tu kita gilap bakat menulis kita, kononnya ada stail sendiri ler, dan yang pasti, lepas sudah nampak bergaya macam seorang penulis yang mahir, sudah tentu, job menulis nanti..masyuk mencurah-curah macam ke ladang gandum.
Itu antara sikit jer kenapa KDO nak berblog, tapi sebab lain adalah meluaskan jenama @ branding..betul uollss...mudah cerita, sekarang ni jenama tu sangat penting tau.

Tengok jelah coca-cola, dia bawak jenama tu bukan setakat jual air jer, tapi pelbagai barang kot, yang boleh mengekalkan jenamanya sampai lah sekarang mugkin akan terus-terusan.
#ko mampu...memang jelous uolss..alangkah best nyer, jika satu hari nanti jenama KDO akan menjadi bualan...dunia ni macam ana yang punya.

Sebab tu lah teruskan langkah ku untuk merepek dan merapu..tak kisah lah berapa ramai yang sudi melihatku yang pasti lepas ini tak nak stop menulis terlalu lama, takut nanti berkarat pulak idea.

Jadi, dengan kehadiran diriku semula ke dunia blog dengan membawa nama KDO dan niche yang lebih menarik, Insyallah...www.keladionline.com akan diterima.





Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com