Good idea guys.....Idea kamu ni memang bernas!!
Macam ni lah yang saya mahu!
Good Job Bro !!
Hai Friends, Thanks ya, kerana jumpa blog saya ni, maaf ya, artikel yang ditulis oleh KDO ni, khas untuk mereka yang memang susah nak keluarkan idea yang best-best kat dalam kepala tu. Kiranya jangan percaya kata-kata KDO, tapi korang kena buat apa yang KDO kata..hihihhihi...#jangan marah !!
Tapi yang pasti, sebelum korang terus membaca artikel ini, KDO nak kata, nak dapat idea yang gila-gila hebat sehingga orang yang terima idea kita tu terus terpegun memang susah sangat, tetapi kita tak perasan sebenarnya, apa yang kita buat dan yang ada disekeliling kita tu jugak kadang-kala boleh jadi idea yang memang menakjubkan untuk kita.
So, wallawei.....siapa buat berani tanggunglah ya!!!
Bagaimana untuk mudah mendapat idea?
I - Ilmu
D - Dari Hati
E - Emosi
A - Aktiviti
KDO ni pun memang payah sebenarnya nak korek idea kat kepala ni!!
Tapi memandangkan teringat ....................
Pakar Idea kata, nak dapat idea yang memang mantap lagi sentap, kita perlu tulis dan tulis apa yang best dan terlintas kat fikiran kita tu, lepas tu simpan bawah meja. Makin lama kita perap idea tu, makan mantap lah, sebabnya, cuba tengok, #IkanPerkasam, kan lama kita perap ikan tu, bila kita masak...fuhyoooo memang kalo makan...wow...marvellous...memang tip top....
So, sesiapa yang berani nak perap idea tu, buat jelah...kalo korang rasa tak siuman, tapi yang memang betul-betul kering idea dan betul-betul masih berada dijalan yang benar, moh kita cek, satu persatu cara ni.
- Idea datang daripada Masalah - selagi dunia ni ada manusia, selagi tulah akan ada masalah, jadi Masalah kita juga adalah salah satu idea, Korang boleh percaya ke?
- Idea datang daripada pengalaman hidup - Terlalu banyak yang sudah aku lalui, tapi tak boleh jugak nak keluar idea yang memang gila-gila, jika kes macam ini, nak buat macam mana erk!! - lorhhhhh, kan sudah ku kata, menurut ahli pakar mencari idea, bahawasanya, untuk mendapat idea yang memang terbaik betul-betul menakjubkan, maka kita perlu tulis, tulis dan tulis, pengalaman kita tu, tak kisahlah yang manis atau yang pahit. Lepas tu, cuba tengok hasilnya, memang begitu mengkagumkan, idea kelur mencurah-curahlah tau.
- Idea juga boleh datang melalui pengalaman orang lain - Hemmmmm!!!, yang ini nampak macam jaga tepi kain orang pulak, mana tak nyer, sibuk pulak nak bertanya kat orang lain pasal pengalaman mereka, tapi nak ke tidak, IDEA yang gempak harus aku perolehi.
- Idea sentiasa akan datang jika kita selalu keluar daripada keadaan selesa - Yang ni macam mana pulak?....aku sudah lama hidup selesa, tak kan lah... nak bertukar keadaan untuk jadi tak selesa...#dengardulukata orang-orang yang sudah berpengalaman. Maksud di point ini adalah, korang nak idea yang mencurah-curah, cuba buat apa yang korang rasa tak suka atau benci. Kalo macam KDO, perkara yang palingKDO tak suka adalah roller coster, #takut VS Gayat uolsss, tapi atas desakan rakan-rakan, keladi pun naik je lah...apa yang berlaku, huhuhuhu memang kecut perut ler, dan yang best lepas tu idea datang mencurah-curah kot ketika join projek #larian untuk keamanan....nak tau, korang cubalah, tapi jangan buat benda yang gila-gila sangat nanti takut idea yang keluar.....mak aii terlampau gempak.
Nampaknya cara untuk mendapat idea yang KDO tulis diatas ni, banyak kepada penulisan kot, so, bagaimana pula bagi mereka-mereka yang sealiran dengan KDO erk...#bidang pengiklanan @ bidang Hiburan, memang kaw kaw nak idea yang sangat mengkagumkan...tapi masih tak keluar-keluar pulak kat kepala ku ini.....jangan percaya apa yang KDO tulis diatas tu, tapi cuba buat apa yang KDO tulis tu....yang masih kering idea tu, cuba juga cara ni, tapi KDO cuma tulis point je lah ya, nak penerangan korang kena buat sama-sama, kalo menjadi.....hihihihi....sendiri makan sendiri bayo...
Cuba buat cara ini, untuk tarik idea yang bernilai SATU JUTA
Kiranya idea kita ni memang sangat bernilai lah kot, sampaikan orang sanggup bayar berjuta-juta kepada kita semata-mata untuk mendapat idea dan hasil kerja kita ni.....Korang mampu ke???
AWAS !!!
KALO RASA KORANG MEMANG MAMPU, TOLONG JANGAN BACA POINT DIBAWAH INI
- Menjadi pakar dalam bidang yang kita lakukan - #kepakaran kami adalah dalam bidang...........
- Selalu lakukan apa yang kita minat - Untuk menjadi yang point 1 tu, perlulah selalu buat point no 2.
- Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling kita (sentiasa alert) - nak dapat apa yang kita minat, atau pun point yang no 2 tu, kita kena lah buat benda yang point no 3 ni dulu, makin kita alert apa yang berlaku disekeliling kita ni, makin banyak lah yang akan bersarang kat kepala kita idea yang sangat mahal tu...kononnya..
- Suka berjumpa dan beramah mesra dengan orang disekeliling kita ( Kiranya kita ni memang sangat peramah) - okey, untuk nak dapat point yang no 3 tu, yang point no 4, jangan korang lupa, ye lah, kalo duk memerhati keadaan sekeliling je, tanpa mengenali jiran tetangga kita, buruk gak nampak, tengok orang macam tak puas hati lak....so beringat dulu yer.....sebelum kita ditumbuk berkali-kali.
- Jadi ulat buku @ budak-budak skema kejap - yup point no 5 ni nampak macam tak ada bersangkutan dengan point 1 sehingga 4, tetapi sepatutnya point yang no 5 ni lah yang menjadi keutamaan, lebih banyak kita membaca, dan menyelidik lebih banyak lah idea yang akan mencurah-curah.....jangan percaya apa yang KDO katakan tetapi cuba buat apa yang saya telah lakukan.
Kesimpulannya untuk apa yang KDO cerita adalah, memang idea payah untuk kita cari terutamanya idea yang benar-benar boleh membuatkan kita menjadi seorang jutawan, tetapi yang jadi masalahnya, bila idea telah diterima kita pulak tidak bertindak keatas idea-idea yang kononnya sangat menakjubkan tu, so sebenarnya apa yang menjadi halangan untuk kita beridea gila-gila erkk?.... nak ikutkan kita ni sebenarnya banyak gila idea yang memang sangat gila-gila sehingga boleh membuatkan kita ni mendapat gelaran jutawan..........Jawapannya adalah, Fast Action Fast Result....lambat bertindak, lambat lah keputusannya, kiranya itu kalo kita betul-betul istiqamah nak melaksanakan idea kita tu, buat sehingga menjadi tapi yang parahnya, kita terus simpan dan simpan pulak, idea-idea gila kita tu, akibatnya, kita pun kata...,
"ko boleh lah, memang pandai, yang aku ni memang tak boleh lah!"
"Aduh makaii, macam mana ko boleh dapat idea gempak tu, kreatif gila ko...bomoh mana yang ko guna tu!"
"Susahnya nak dapat idea, kepala aku ni dah kering kot, fikir punya fikir, tak juga dapat Idea!"
TINDAKKAN yang lambat untuk melaksanakan setiap apa yang kita fikir dan impikan adalah halang terbesar untuk kita menjadikan idea kita tu sangat MAHAL... kiranya tak cuba macam mana nak tahu yang kita ni memang benar-benar seorang mempunyai idea yang hebat.
Salam sayang daripada KDO kita akan berjumpa lagi untuk artikel yang akan datang, semoga Tuhan akan terus kurniakan Idea-idea yang menarik untuk KDO dan terus berimiginasi dalam dunia blogger.
No comments:
Post a Comment