Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go

A : Jap, aku nak kelur, nak pergi tangkap pokemon!
B : Aik....binatang apa tu......??
A : ........................

Pokemon oh Pokemon Go......

Hai friends dan peminat-peminat tegar permainan yang menjadi viral gila-gila ni semenjak minggu lepas kot, kirannya tak sudah-sudah media-media rasmi @ tak rasmi kita ni duk asyik bercerita tentang permainan tu.

Korang rasa KDO ni pemain tegar jugak ke benda alah tu?

Jangan harap lah!!! tak kuasa aku nak bersengkang mata, gara-gara nak mencari dan menangkap si benda alah tu..#bukandapatduitpun, baik aku tulis blog!!!! ada faedahnya kan3.

KDO, Beraninya ko kata pemain Pokemon Go tu buang masa!!!!!!

erk!!!!, sorry2 tak bermaksud nak kata macam tu, yang KDO nak maksudkan adalah KDO ni bukan jenis orang yang fanatik sangat benda-benda @ seangkatan dengan game ni, dulu yang candy carsh pun, gua tak layan, langsung tak tau kot, apa benda alah tu entah!!!!... lepas tu, member-member yang obses dengan pelbagai jenis game kat android tu, gua pun tak masuk otak kot, macam membazir space kat telefon aku ni...so, uolass, tak payah nak blame diriku, sebab gua memang anggap, benda-benda tu buang masa, dan tenaga.

aikk, macam pelik, KDO ni, kata tak suka #tak minat Pokemon Go, tapi nak juga cerita tentang Pokemon Go ni!!!

Ohh, yer ker, saja je, sengaja nak pancing pembaca, supaya singgah sekejap kat belog ku ini, walaupun sekejap!! tapi yang kata gua tak layak nak cerita tentang Pokemon Go ni....AWAS!!! ya, nanti kang ku tangkap korang macam si pemburu-pemburu benda alah tu.

Okey, awal-awal sudah ku kata, viral pokemon Go ni tak sudah-sudah, sehingga viral terus melanda keserata dunia kot, kiranya sehingga kini aplikasinya tu entah sudah berapa juta telah dimuat turun...wow...memang hebat sangat..kot.

Tapi entah kan, apa yang hebatnya sehinggakan satu dunia bercakap pasal Pokemon Go tu....sendiri makan pengat sendiri mau ingat ler....#nasibdirikbukanpemburupokemon.

Cerita tentang pokemon Go ni, modes operandinya adalah, si pemain tu perlu menggunakan telefon pintar dan aplikasi dimuat turun di Google app secara percuma, kemudian, langkah selanjutnya setelah daftar dan cek-in maklumat lokasi, aktiviti pemburu dan penangkapan benda alah tu pun bermula, yang jadi syoknya, korang akan merasa seolah-olah menangkap @ memburu dalam dunia sebenar...kononnyalah yer.

Nak dipendekkan cerita, KDO ni ada gak mengikut dan membaca tentang kes @ kesan pokemon Go ni kepada pemain-pemain aplikasi ni kat pak cik google, sebelum gua menaip artikel ini.

Terkezut gua...uolsss, apa yang terjadi di Australia ada wanita muda mati dilanggar kenderaan ketika asyik memburu pokemon..kwang! kwang! kwang! dan itu belum cerita pasal si pemburu tegar permianan ni menceroboh kawasan larangan ketika nak memburu karakter berkenan.....patutlah kecoh di Malaysia ni erkkk???.

Tapi mujurlah....ada pamoga....hihihi...tapi mujurlah kan kat Malaysia ni kes kematian akibat syok bermain Pokemon Go, masih tak berlaku, tapi kes kecik ada lah, kat kedah rasanya, tapi kemalangan kecil je lah...korang cek semula kat akhbar metro sabtu, 13 Ogos, kalo nak tau lanjut tentang laporan kes tu.

Okey kalo dah macam tu, bagi pendapat KDO yang bukan peminat tegar ni, Pokemon Go ni lebih banyak keburukan daripada kebaikannya lah kot...

Tidak salah rasanya nak bermain Pokemon Go ni, al-maklumlah zaman serba serbi canggih, dan pesat nya perkembangan teknologi, kirannya kalo kita menolak, takut nanti dicap sebagai "katak bawah tempurung" pulak, kan3...tapi uolsss yang salahnya korang yang pemburu tegar  pokemon Go tu terlalu taasub sehinggakan sanggup mencemar kesucian masjid untuk memburu pokemon, ada gak si pemain tegar ni sanggup masuk wad pesakit di hospital sedangkan sepatutnya kawasan-kawasan macam tu perlu diabaikan #kawasanlarang erkk.

( Aikkk, macam mana KDO tau ni.......!!!!!)

Heloo....sudah ku kata diawal tadi, akhbar arus perdana kita ni, sekarang ni duk sibuk bercerita tentang benda alah ni, maka, serba sikit tau lah...sebab kenapa, mereka sibuk nak mengharamkan permainan ini.

alamak, nampak macam panjang pulak artikel ni.....hihihhihi, sambung semula, sebab terlebih rajin nak menaip, maklumlah blog peribadi, so, selagi mampu menulis, aku akan terus taip...

Pokemon oh pokemon Go,,, tapi entah lah, lagi dilarang nanti.... lagi lah viral benda ni, tengok jer lah, lagi bertempek demo-demo kat area panas tu...sendiri makan pegat sediri mau ingat je lah...

Kalo nak tengok kes negara yang menghalang permainan ni, uolss boleh lihat lah kat Amerika Syarikat, kira nya, negara tu telah menyekat, permainan ini ditempat-tempat tertentu seperti larangan bermain di Muzium Holocaost, Washington, Tanah Perkuburan di Augusta dan Pusat Perubatan di Augusta. selain itu juga, negara lain yang sekat pada keadaan tertentu untuk benda alah ni adalah Arab saudi, Indonesia, Poland, Thailand, Taiwan dan Israel...Kemudian yang paling KDO sokong adalah Iran .....Pokemon Go ni terus disekat...hihhihi, jangan kecam aku pulak yer...

So, apa sebenarnya keburukkan Pokemon Go ni, hihihihi, kalo apa yang KDO sempat baca, Pokemon Go ni menggunakan Sistem Pengesan Global (GPS), hal ini nampak macam tak selamat kot, kalo ikut aspek keselamatan dan benda alah ni juga, macam ada unsur perjudian, mana tak nya, ada pertaruhan untuk mendapatkan pokemon sebanyak mungkin...tu belum buka cerita lagi tentang taasubnya pemburu tu, sehingga sanggup menghabiskan masa untuk memburu benda alah tu.

Kalo tengok di Malaysia kan korang, nampaknya, kerajaan kita ni tak lah berdiam diri terus, tengok SKMM ( Suruhanjaya komunikasi Malaysia ) telah pun mengeluarkan Garis Panduan keselamatan Umum untuk orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go ni, bagi mengesa pemain supaya sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensitiviti masyarakat setempat.

Nampaknya juga, polis telah memberi amaran dan katanya akan mengambil tindakkan yang tegas terhadap pemain Pokemon go yang melanggar undang-undang, manakala dari aspek keagaman pula, kedah telah pun mengharamkan permainan ini.

So, respon korang pulak macam mana erkk, rasanya apa sebabnya kita perlu bermain Pokemon Go ni, sedangkan ia langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada kita...

"sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah yer"




Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go
Kenapa Malaysia takut dengan Pokemon Go?

Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go
Pemain Tegar Pokemon Go, asik leka dan gairah  mugkin akan mengundang
kecelakaan

Rangsang Kegairahan dengan Pokemon Go
Jom main pokemon Go !!

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com