Pengalaman Berniaga Azizan Osman

Pengalaman Berniaga Azizan Osman
Azizan Osman

Jika entri yang lepas saya bongkar penipuan Tuan Haji Azizan Osman ni ( Pembongkaran), dan untuk entri ini saya nak share pulak pengalaman Tuan Azizan Osman dalam dunia bisnes, so korang boleh lah buat andaian sendiri berdasarkan bukti yang diberi, moga-moga apa yang saya tuliskan ini memberi prespektif yang positif untuk beliau.

  1. First time saya "berniaga" adalah jual nasi lemak dan bihun goreng disekolah rendah, sekolah Cina - Darjah 2 ( 1982 )
  2. "Perniagaan" seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah cina, Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja - 1984
  3. "Perniagaan" seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR - umur 16 Tahun
  4. Mula 'Bermain' saham pada umur 17 tahun  menggunakan akaun kakak.
  5. Umur 18 : Ambil Exam insuran dan jadi agen Insuran - tidak pernah close case
  6. Umur 18 : Jual vacum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat Demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur -duit tak dapat.
  7. Umur 18 : Jadi broker agen hartanah untuk Raine Home Zaki Partners-1 Biji hartanah pun tidak mampu jual
  8. Umur 19-22 : Masuk UITM, Segamat. Mula berniaga dalam kolej, Jual nasi Lemak / Nasi Goreng / Bihun / ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/bantal/tempahan fotostat buku/ajar tutorial/ jual handphone ( Handphone baru masuk Malasyia)
  9. Umur 22-24 : Bermula Kerja dengan Basic RM 1,500 / bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
  10. umur 24 ( 1998)- 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga : ( Jual kelapa - Gagal ) , Jual sabun basuh baju - Gagal, Jual Produk kesihatan lelaki - Gagal, Agen kontrak pengilang GMP produk kesihatan gagal, Berhutang dengan along/bank -bankrap dan hampir mati
  11. umur 27 ( 1 Sept. 2001 ): Mula bekeja sebagai trainee door to door  Marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC ( 100% komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
  12. Umur 27 (1 / 9/2001 ) : Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrak dibawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC bank dan kemudian STandard Chartered Bank sehingga kemudian barulah Standard Charted Bank berani buka cawangan di Melaka.
  13. Umur 28 ( 2002) - Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
  14. Umur 29 (2003) : Syarikat pemasaran Regal Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik dibawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah "Owner of the year  2003'. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM 15 juta setahun.
  15. Umur 30 ( 2004 ) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMnet & Celcom.
  16. Umur 31 ( 2005 ) : Syarikat berkembang ke Pulau Pinang
  17. Umur 32 ( 2006 ) : Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM 60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
  18. Umur 33 ( 2007 ) : Prinsipal minta kembali ke KL selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio : TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
  19. Umur 34 ( 2008 ) : Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independent syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. dan mula establishes syarikat sebagai akredited advertising agency dan marketing consultant firm. dan masih run sehingga hari ini
  20. Umur 35 ( 2009 ) : Set-up beberapa bauh syarikat lain dibawah richworks group of companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publication Company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca dilaman web richworks
  21. Umur 41. Kepuasan hari ini Alhamdulliah adalah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online sama ada secara percuma atau berbayar. komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun untuk terus membantu ramai di Malaysia dan misi seterusnya adalah seluruh dunia Insha Allah. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarkallah.
Itu adalah pengalaman yang dilalui oleh beliau sebelum bergelar Jurulatih kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia!, setiap pengalaman yang dilalui akan mematangkan kita untuk tahn seterusnya, "Fast Action, Fast Result".

Sebenarnya nampakkan perjalanan hidup En Azizan ni, kalo kita yang berada dalam situasi yang sama macam dia lalui, entah kita masih bertahan atau pun tidak, tapi biasalah, bila kejayaan tu datang, orang tak akan pandang yang belakang, depa ingat, kita ni mudah jer terima apa yang kita terima hari ini, tengok jer lah, netizen-netizen yang agak lancang kata-katanya mengutuk dan memperli beliau, dulu diorang kata yang si En Azizan ni bukan daripada orang berniaga, dan ada yang mempertikaikan pengalaman beliau mengajar, lepas tu kecoh pula, Ijazah Kehormat Palsu, Dr Azizan, yang pasti itulah realiti dunia perniagaan. So, Sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya.

"Anda kata saya tidak pernah berbisnes? ha ha ha hah ha.... saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan ( Kata mereka) saya tidak pernah run bisnes"


468 x 60


Read More...

Pembongkaran Penipuan Azizan Osman


Selepas kenyataan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Universiti Malaya ( UM) berkaitan Ijazah Doktor Kehormat dalam Keusahawanan En Azizan Osman, tidak pernah dianugerahkan kepada beliau, rata-rata netizan terus menghentam membabi buta, mengutuk dan ada juga yang sentiasa menyokong Jurulatih Kejayaan #1 Asia ni.

Pembongkaran Penipuan Azizan Osman
Azizan Osman


"Alamak, sifu bisnesku telah kantoi, macam mana boleh jadi begini, wahai cikgu ku, ni mesti silap langkah kot!". 

Hai  kepada pembaca blogku yang budiman, thnks ya, kerana terus membaca blogku yang tak seberapa ini, entri yang dikongsikan adalah daripada sudut pandangan peribadi, tiada kaitan langsung dengan perasaan yang nak memecah belahkan keadaan.

Okay, sejujurnya daripada hati naluri ku ingin berkata bahawasnya, itu semua adalah salah satu teknik marketing yang dilakukan oleh seorang yang cukup berpengalaman daripada bidang pemasaran. Betul!!!, dalam bidang perniagaan ni, memang kita tak akan lari daripada melakukan tindakan yang dianggap bodoh, biasalah orang kata nak hidupkan jadi pandai-pandai lah cari peluang. alah, korang tengok jer lah, sekarang ni, tak payah nak melalak macam anjing kelaparan, ijazah palsu ni berlambak-lambak lah, kalo korang rasa nak high kan karismatik korang, atau nak dipandang high level beli jelah, lepas tu letak lah title kat belakang atau depan nama korang, pasti orang akan pandang, wahh!! hebatnya dia tu!' so, korang sendiri ingat jer lah, nak-nak orang yang berpengaruh macam En Azizan Osman tu, tambahan pulak dia tu jurulatih untuk orang-orang yang nak jadi jutawan, mestilah nak kena ada tahap yang master dan kononnya memang sah dianugerahkan kepada beliau....krik!! krik!!krik, tapi hakikatnya, palsu dek non..ayoii, sudah kantoi kah,

Saya ni, bercakap bukan sengaja nak jatuhkan tahap kemampuan cikgu bisnes saya tu, Yup betul, saya cuma ikuti beliau, melalui Youtube, saya tonton beliau setiap pagi di Youtube, memang En Azizan ni, tak lokek ilmu, dia ni dikira memang terbaik, yelah, mana taknya sanggup menyediakan bahan dan ilmu yang sememangnya diperlukan oleh orang-orang macam saya ni, jadi bagi saya dia walaupun nanti pendidikan beliau diragui dan dipertikaikan, dia langsung tak kisah sebabnya, mugkinlah kini, senarai dan barisan jutawan yang lahir daripada idea-idea hebat beliau, mencecah ratusan ribu kot. jadi korang yang gila-gila kutuk dia tu, tak payah lah, sebabnya, cuba tengok korang pun duit kat bank tu, setakat simpanan ada 2k or 3k lupakan saja, kalo korang nak perli dia. Tapi Awas ya, mugkin ada yang ingin mengikuti krusus dan seminar beliau secara tahap master, 3 hari 2 Malam, korang kena sediakan duit beribu-ribu, mengikut pakej yang telah disediakan olehnya. Mampu ker, bagi saya memang tak mampu dek oi, baru nak start berniaga kot, takkan nak invest pada seminar macam tu, hanya mampu tonton youtube jer, dan saya nak kata itulah teknik marketing beliau, jadi sah-sah, bila ada title Ijazah Doktor Kehormat yang boleh dia letak DR. dihadapan namanya, baru lah orang lebih mempercayai ilmu-ilmu mahalnya tu.

Aduh, cikgu bisnes ku, pesananmu sentiasa akan ku ingat, Fast Action Fast Result, korang yang masih tak paham tu, jangan lupa ikuti semua video-video beliau kat Youtube tu, tak pun kalo korang rasa nak jumpa sangat En Azizan ni, jangan lupa join krusus beliau yang eklusif sangat tu, barulah ada class, sebab DR yang mengajarkan, erk!!, kejap, Cikgu bisnes saya ni selalu berpesan, kalo kita nak berjaya dengan cepat, perlu ada Mentor, dan Mentor kita tu mestilah terbukti kejayaan nya, dan mesti ada result, mudah nak cerita, kalo korang yang sedang ambik Degree kat Uni sekarang ni, cuba tanya Pensyarah bisnes korang, mereka tu berniaga ke tidak, so, kalo diorang kata dia cuma mengajar dan tak ada bisnes pun, itu pun boleh dikira Menipu, dan cuba memanipulasikan keadaan. Amacam ada berani ker nak tanya!!, ehmmmm, dunia akhir zaman macam tulah nak hidup, orang yang jujur memang susah nak hidup kot, terpaksa juga buat-buat bohong, nanti jujur sangat pun lain pulak jadinya, jadi sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya, sekrang ni yang pasti, tahap pendidikan kita setinggi manapun, kalo kita kurang bijak dengan tindakan memang susah lah nak jadi jutawan. alamatnya makan gaji lah sepanjang hidup kita, yang menganggur tu, tunggu je lah korang kerajaan untuk panggil kerja, kan kan kan kan...

Lepas tu, cerita pengalaman saya, memang pernah saya ikut krusus beliau secara live, itu pun ikhsan TV alhijrah yang membawa khas rancangan #hijrahusahawan, secara percuma ketika rakaman dijalankan. Alhamduliah saya ikuti 3 siri rakaman yang dijalankan ditempat yang berlainan. kiranya kalo korang nak tonton siarannya dikaca tv, korang boleh tengok pada pukul 1130 pagi, Jumaat di TV AlHIJRAH, dan siaran ulang pada hari ahad, 0130 petang, itu saja yang saya mampu. okey, saya cerita ni pengalaman saya ke rakaman-rakaman tu, korang dengar tau.


Pembongkaran Penipuan Azizan Osman
Tidak pernah menerima kelulusan seperti yang dicatatkan didalam blog beliau- Palsu

Pengalaman 1

En Azizan Osman ni bijak, entah apa ilmu yang dipakainya, korang yang tak pernah ikuti krusus beliau, mesti akan terkejut, biasanya, majlis-majlis ilmu ni jarang sangat orang nak berebut-rebut tempat, nak-nak saf hadapan, memang terkejut sangat-sangat, waktu first saya join, lepas tu saya berbual-bual lah dengan seorang peserta yang memang fanatik dengan beliau, dan akan attend setiap kali En Azizan Osman ni mengajar, nak dipendakkan cerita, dalam temuramah saya yang seolah-olah macam wartawan ni, dia kata, peserta Dr Azizan ni memang ramai, lepas tu yang datang tu semuanya memang nak sangat perhatian daripada beliau, sebab tulah mereka sanggup berebut saf depan dan lebih fanatik, ada yang sanggup berdiri diatas kerusi, semata-mata ingin menonjolkan dirinya kepada beliau, Haah!! kan, nampak tak!!, korang yang makan pengat sendiri ingat lah, ya. entah apa ilmu @aura yang ada pada beliau sehingga orang-orang sanggup berbuat sebegitu......jawapannya, itulah ilmu marketing oleh seorang yang sememangnya hebat dalam bidang pemasaran.

Pengalaman 2

Dalam dewan tersebut, semua peserta ditunjukkan di skrin besar tentang testimoni-testimoni daripada pelajar-pelajar beliau yang telah berjaya, kiranya setiap video tu akan menunjukkan result pendapatan @ keuntungan yang diperolehi, sebelum mengikut kelas dan selepas mengikuti kelas, mak aii, itulah dia, memang bijak, inilah yang saya respect kat cikgu bisnes saya ni, mana tak ya, orang yang datang tu mugkin kebanyakkan memang sangat dahga kan ilmu berniaga, dan kemudiannnya mereka ni bebenar ingin menjadi jutawan dan tak tau arah mana yang boleh diikuti, jadi dengan paparan yang jelas terbukti Dr Azizan ni mampu membawa orang yang macam saya ni ke arah yang lebih baik #keuntungan berganda,  sudah tentu lah kita akan sanggup bayar, tak kira berapa Mahalnya bayaran yuran tu. Itulah dia ilmu marketing yang bijak daripada sifuku.

Pengalaman 3 

Sepanjang program berlangsung, Dr Azizan ni asik akan menyebut kisah silamnya yang dulu kala, memang dia ni seorang bisnes hunter yang membabi buta, mana taknya, dia selalu kata, yang dia ni dulu berniaga tanpa mentor, jadi dia ni asik langgar dinding jer, kiranya dia ni "try and error". Yang best tau, dia asik kata yang dia ni sangat pandai berbahasa Mandrin dan lepas kejadiannya meminjam along, hutang pulak keliling pinggang, lepas tu, rumah pulak digadaikan , dia ingin berjumpa dengan 3 orang yang sememangnya jutawan untuk mencari ilmu daripada mereka, tetapi, semua tak nak jumpa dia, sehinggalah ada seorang jutawan cina yang rela berjumpa beliau kerana beliau ni pandai berbahasa cina, sebabnya si jutawan cina tu tak pandai bahasa lain. so, dia pesan kat Dr Azizan suruh cari Mentor, sebab dengan Mentor, dia akan membawa kita kejayaan dengan cepat. Memang betu1!!! yang yang dikatanya tu, tapi korang kena ingat ya, yang di cakap tu semuanya teknik marketing yang hebat, kalo korang yang agak tipis ilmunya, mestilah nak Dr Azizan jadi Mentor korang, dan korang pulak akan sanggup bayar beribu-ribu semata-mata untuk dapat perhatian yang lebih daripada beliau, dan lagi untung, bisnes korang ni dapat disebut oleh beliau dihadapan beribu-ribu orang, maka secara Automatiknya, bisnes korang nanti akan naik lah trandingnya...

Pengalaman 4

Nak cerita ke tidak, okay saya cerita lah ya, DR Azizan ni suka kalo dia nak ambik contoh atau pilih peserta untuk bahaan uji kajinya dikalangan mereka yang memang kali pertama attend dia punya seminar tu, sebab nak tunjukkan kat dalam satu dewan yang dia ni memang benar-benar boleh menyelesaikan masalah orang. alah, kita yang baru nak bertatih ni sama jer, kalo orang yang benar-benar Master, tanya kita, sebenarnya apa yang kita nak dengan dia, kita punya jawablah, saya nak ilmu dan aura daripada DOA (singkatan nama Dr Azizan Osman), dan Jawab DOA, korang balik la, sekarang nak ilmu, tak payah susah, kat google tu berlambak-lambak, korang pilih jer. so, kat situ dah terlihat kehebatannya memukau psikologi hadirin dengan ilmu marketingnya, hello siapa yang terikat, maknanya korang memang dah terpukau dengan En Azizan punya ilmu. Lepas tu, dalam pada dia memberi ilmu kepada ribuan penonton tu, memang tak akan terlepas langsung untuk menyuapkan para hadirin dengan video-video testimoni bekas pelajarnya yang telah berjaya meningkatkan untung tu. jadi, ni bertambah-tambah terpukau lah mereka-mereka yang ada didalam dewan tu.

Pengalaman 5

Alah panjang nya, sebenarnya ada banyak lagi saya nak kongsi pengalaman ni, tapi sampai  5 pengalaman je lah ya, okay kalo nak cerita pasal ilmu dan strategi pemasaran Dr Azizan ni, memang banyak, beliau ni banyak sangat idea, lepas tu, Allah kurniakan bakat bercakap untuk beliau, jeng jeng jeng, betul korang, kita kalo tahap PMR JER, tapi kalo cakap dengan yakin dihadapan manusia yang ramai, confirm semua orang akan tunduk. Cuba korang kaji ahli-ahli politik, ada sebahagian mereka tu bukan pandai sangat pun, tapi disebabkan mereka tu pandai mengayat dan mengalunkan setiap kata sehingga boleh membuatkan orang terpersona dan terikut, sudah tentu, korang akan di respect, jadi nak ke tidak, beli je lah Ijazah palsu, lepas tu letak kat depan nama korang, tentu ler, tak akan ada orang pertikaikan, sehingga lah surat rasmi dikelurkan. Jangan Marah Tuan Haji Azizan Osman!!!, dan akhir sekali kalo korang datang ke seminarnya tu, penutupan untuk si Dr Azizan mempromosikan seminar yang mahalnya tu kat korang, ini terpulanglah bagi mereka yang betul-betul nak attend, bagi mereka yang tak nak, tak kisah, korang nak blah jer ker, tapi yang tunggu dan kononnya benar-benar nak, dia akan bagi promosi kat korang tau.

Okey dah habis lima pengalaman yang saya kongsikan kat korang, sekali lagi saya nak kata, Tuan Haji Azizan Osman ni, Cikgu bisnes saya, kepakaran dia memang boleh dibuktikan dengan apa yang sedang beliau lakukan, korang yang asik perli dia tu, boleh ke korang buat, kumpulkan seramai yang boleh dengan yuran yang agak primum dan eklusif, lepas tu, penuntut pulak dengan kerelaan hati sanggup berebut-rebut untuk jadi pelajar yang terbaik dihadapan  Dr Haji Azizan Osman ni, dan yang best, korang memang tak akan tidur pun didalam class dia, so sendiri makan pengat, sendiri mau ingat lah bai!!!!. bagi saya engkau ada tahap pendidikan setinggi mana pun tetapi, engkau tak boleh bagi result dan bukti kejayaan melahirkan beratus orang jutawan, tak payah lah cakap besor....


Oh ya lupa la pulak, Tuan Haji Azizan ni Pemurah orangnya, disetiap seminar beliau, dia akan bagi Percuma Buku dia yang bertajuk "Mudahnya Berniaga", so kalo korang yang tak baca lagi boleh call saya untuk dapatkan buku tersebut dengan bayaran, murah jer....Whastapp saya tau, 0182838810

Lepas tu, dia juga ada tulis beberapa buah buku, korang boleh beli kat bookcafe, klik ( disini ) atau korang terus ke website beliau, sebabnya ada Majalah AO, percuma ( Klik )

Yang nak ikuti seminar beliau, korang klik disini ( Klik)


Read More...

Apa itu Google Adsense?

Apa itu Google Adsense?

"Soalan ini, waktu mula-mula dulu saya tanya, kat pakar-pakar buat duit online!"

Mana taknya, saya aktif dengan dunia online ini pun pada tahun lepas, 2015, lepas tu erk, saya bodoh sombong...sebabnya tak ada join mana-mana group or member pun yang memang master dalam dunia online ni, kiranya buat alone jer lah, memang tak tau langsung apa gejadah haram yang tengah hangat di pasaran online ni....Teruk sangatkan!...ada gak manusia yang ketinggalan zaman macam ni, orang dah guna google adsense ni sejak 2001 lagi, yang saya ni baru nak ambik tau google adsense ni...."Ayoiii, lompat katak lah kau!!!".

Hai salam sejahtera kepada pembacaku yang sangat budiman, terima kasih untuk korang yang terus setia dengan blog saya ini, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan blog ku ini hanya sekadar perkongsian dari hati terus ke mata anda.

Okey, sambung balik pasal google adsense ni, untuk situasi dan pengalaman saya, memang benar saya tau google adsense ni tahun lepas, itu pun time tu agak mendesakkan diri saya untuk tau, Bagaimana untuk buat duit secara online, yer lah, duduk kat bandar ni, walaupun gaji kita RM3000, belum tentu mencukupi untuk keperluan diri, so, alternatif yang boleh dicari adalah, buat pendapatan sampingan, tetapi nak buat macam mana tu?, haah!!, medium online ler jawapan nya.

Cari punya cari, kiranya kat internet ni memang banyak uolss, kalo kita search tip-tip nak korek duit kat internet ini, memang ada yang menipu dan ada jugak yang halalan thoyibah, so, ikut korang lah ya, nak ikut yang mana, "sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah beb", lepas tu, yang jadi menarik hati saya untuk turut serta mengorek duit melalui online ni, adalah "google adsense", wahh, google adsense, apa benda alah tu, okey, sekejap saya terang kan kt bawah nanti, korang dengar dulu bebalan saya.

Pakar Internet ada bagi cara lah nak buat duit dengan google adsense ini, tapi yang pasti kena ada blog atau website yang boleh kita display benda alah tu, tak kisah lah, niche website kita tu apa, even, website bisnes pun boleh, asal korang tidak melanggar etika dan pantang larang si google ni, #copy and paste maklumat orang lain, itu memang tak mungkin blog atau website korang diterima....wahhh!! saya cakap ni macam seorang pakar adsense pulak!". sebenarnya banyak syaratnya kot, kiranya google adsense ni hanya nak hak eklusif daripada empunya tapak web tu, tak nak ada campur tangan asing, yang turut serta dalam tapak korang tu. Okay, tapi yang pasti, memang dulu, si google adsense ni hanya menerima, bahasa omputih jer, untuk bahasa-bahasa ibunda kita, low class, tak dipandang, kononnya lah erk... itu semua dulu ya!!!, dan kini,  team google ni dah hired pakar bahasa dikalangan diorang, so,  kiranya, blog yang guna bahasa melayu dah tak payah risau, blog korang pun boleh apply untuk join google adsense, jangan bimbang, mereka tau baca dalam Bahasa Melayu, tapi dengan syarat blog or website korang tu benar-benar di hasilkan daripada pemikiran dan idea sendiri, bukan copy and paste erk!! 

Membebel punyalah panjang, korang yang masih tak clear lagi tu, tentu blur, dan terus tinggalkan blog ku ini, tapi gua yakin beb, korang sebenarnya lagi pakar dariku tentang google adsense ni, saja, jer buat gempak kan, okay lah tak mengapa asalkan kita mencuba, dan mencari apakah teknik terbaik untuk kita tambah pendapatan melalui online, dan yang saya pilih adalah google adsense, tanpa melengehkan masa lagi, saya nak share sikit, apa sebenarnya Google Adsense tu?? Jom ikuti ya!!

Apa itu google Adsense?

Google Adsense adalah sebuah program pengiklanan online yang dimiliki oleh google. Google adsense adalah cara paling cepat dan mudah bagi pemilik website/blog untuk menghasilkan duit melalui internet.

Melalui cara kita pasang iklan google adsense pada web/blog, kemudiannya jika ada pengunjung @ trafik yang singgah ke blog kita dan klik iklan google yang dipasang kat blog tu, maka dapatlah komisyen daripada google.....dalam dolar uolss.

Bagaimana cara daftar Google Adsense ?

Jika korang sudah ada akaun Gmail, mudah jer, sekarang korang cuma pergi terus ke Google adsense lepas tu login guna email dan password yang sama, tekan enter....dan..jeng jeng ada RM dalam acc. adsense anda..#itu semua auta jer ya, yang pasti acc adsense tu masih belum diterima, cuma korang submit jer ya.

Bagaimana Google Adsense saya memang benar-benar boleh diterima oleh pihak Google?

Okay, saya tak boleh kata anda memang tak layak, dan sememangnya, orang yang pakar dalam adsense pun tak boleh nak janji apa-apa dan kata anda layak, yang menentukannya adalah robot-robot google tu, dialah yang akan mengkaji blog atau website kita. so, jika cepat diterima tu, maknanya kita ni beruntunglah, sebabnya, jangan ingat google adsense ni mudah untuk menerima permohonan kita tu, ada yang berbulan-bulan lamanya menanti, lepas tu barulah keluar iklan google kat website diorang dan ada juga yang hari ini mohon, besok dah boleh guna wiget iklan google adsense, so, cuba dan terus mencuba erk.

Kat Malaysia ni ada yang pakar @ Raja tau dalam bab google adsense, "haah", nampakkan, yang google adsense ni sebenarnya memang terbukti boleh buat duit. so,  okay, kalo korang belum kenal siapa Raja Adsense Malaysia, saya tolong perkenalkan, namanya Tuan Mohd Shamsuriyadi. latar belakangnya, korang boleh cek kat google, memang beliau terbukti berjaya dalam dunia online dan kejayaannya tu adalah melalui ilmu dan teknik yang digunakan, jangan risau kita boleh mempelajarinya dengan membaca e-book beliau ( klik) untuk melihat teknik dan rahsia Adsense. 

Saya tak kata, kalo korang yang saja-saja nak buka google adsense ni dan tampal iklannya kat website korang wajib beli e-book dia tu, sebabnya nampak rugi, korang pun tak nak income yang banyak daripada google adsense, jadi kenapa nak merugikan diri, baik korang baca jer kat internet tu, tapi masalahnya korang akan pening nanti!!, sudahnya, confirm, korang akan tinggalkan terus.

Jadi yang betul-betul nak buat duit dengan google adsense, wajib dapatkan ebook Panduan Raja Adsense , saya cakap ni bukan saja-saja tau, saya dah hampir separuh baca, lepas tu dah praktik pulak, sebab tu lah dah berani nak tulis artikel ni untuk share kepada korang, so, jom sama-sama kita baca e-book ini, untuk mendalami lagi ilmu google adsense...DOLLAR US uollosss!!!!.

Adakah saya boleh buat beberapa akaun Google Adsense dengan nama yang sama? 

TIDAK. kita hanya boleh membuat satu akaun Adsense dengan menggunakan nama kita, tetapi dengan 1 akaun google adsense kita boleh memasang kode iklan adsense pada banyak blog atau website.

Bagaimana cara untuk mendapatkan duit melalui Iklan Google Adsense yang kita pasang?

Pengalaman saya, mula-mula saya buat blog dulu, lepas tu dah hampir 4 bulan saya berblog, dengan entah apa-apa cerita kot, barulah saya apply google adsense, lepas tu, nampak macam tak lulus jer, sebab entah senyap jer google, rasa sedih pun ada, nak marah pun ada, maklum lah, saya ni kurang pandai nak tulis dalam "bahasa omputih, tat Y, lah gua ni til use my mother touge". nak pendekkan cerita entah tetiba jer, dapat email daripada pihak google, yang mengatakan, google adsense saya Fail...dan tak diterima..aiyoyoyo......kiranya nak dapat feedback tu lama gak, saya apply bulan Feb 2016, dan dapat result bulan September 2016, mak aii, korang fikir jer lah erk, berapa lama saya bersabar.

Jangan kecewa ya gara-gara akaun gagal, terus mencuba dan mencuba, dan sambungnya, selang beberapa hari, google bagi email lagi, dan kali ini dia kata, akaun google adsense telah berjaya, aik!!, pelik betul, padahal, saya tak usik pun apa-apa, tapi tetiba jer dia kata lulus, melompatlah saya dengan gembiranya, boleh buat duit nanti dek non.

Jadi, mudahnya, bagaimana nak buat duit dengan Iklan google Adsense ni, tentunya dengan berblog, korang merapu jer kat blog tu, moga-moga ada yang tangkap lentok dengan hasil penulisanmu itu.

Berapa banyak kita boleh buat duit  dalam daripada Google adsense ni?

Okay, mudah kata, sangat banyak, sebab google bayar kita dalam bentuk dollar, korang bayangkan jerlah, kalo dah ada $100 USD, tukar kepad RM, sendiri mau ingat la, tapi kena ingat, bukan senang dek oi, penghasilan keuntungan kita 100% berdasarkan jumlah klik yang dilakukan oleh pengunjung blog kita, jadi kalo rendah trafik di blog kita, mana mugkin untuk kita hasilkan beribu-ribu dollar, so, apa yang nak dikata, google adsense ni ada kaitannya dengan jumlah pengunjung blog, sumber trafik, kata kunci, jenis iklan dan topik isi blog kita.

Adakah Google Adsense ni haram, duit yang mereka bayar kita tu datang daripada mana erk?

Halal ya, kita dibayar melalui hasil pengiklanan, kiranya Iklan Adsense ini berasal daripada mereka-mereka yang membayar kepada google untuk mengiklankan produk mereka di google, jadi google ni pula menggunakan tapak web kita untuk iklan-iklan tersebut diperlihatkan kepada orang ramai, ini adalah salah satu teknik iklan zaman sekarang ni, sebabnya, kan manusia zaman sekarang ni tak boleh hidup tanpa internet.


Jadi, kiranya boleh ke kita klik iklan-iklan adsense kat website kita tu ?

TIDAK BOLEH !!!, kerana jangan lupa peraturan program google adsense ya, ingat sama sekali anda tidak dibenarkan untuk mengklik sendiri iklan-iklan tu, mereka ni ada askar-askar yang bekerja 24 jam untuk cek tau, so, kalo kita ditangkap, mugkin akaun kita akan di banned selama-lamanya.

Awas ya, banyak mana pun kita klik, ia langsung tak akan memberi kesan kat kita punya report, kira nya klik tu dikategori sebagai INVALID.

Bila dan bagaimana untuk kita akan dapat bayaran daripada program Google Adsense ?

Untuk bayaran, seperti yang diberitahu oleh otai-otai adsense, apabila akaun kita mencecah $100 atau lebih, kita akan menerima email daripada pihak google untuk mengesahkan atau memilih cara pembayaran, sama ada melalui Paypal atau pun bank cek, so tak ada masalah, sekarang yang penting kita kena dapatkan income lebih daripada $100.

Adakah program Google Adsense ini telah terbukti membayar kepada pemilik akaun yang mencapai target klik dan Berapa banyak pulak keladi berjaya mencapai pendapatan daripada program ini?

Ya. jangan dipertikaikan lagi, buat jer, tak kena bayar apa-apa pun, kalo kita masih sangsi lagi tak payah ada niat nak buat duit secara online. Saya pulak dalam google adsense ini masih baru dan rasa bersyukur sangat sebab telah diterima oleh google, dan sekarang sedang berusaha untuk menjadi pakar dalam Adsense.

Apa itu Google Adsense?
Akaun adsense www.keladionline.com



Apa itu Google Adsense?
Target untuk mencapai seperti diatas


Bagi mendapatkan e-book untuk rujukan tentang Google Adsense, anda boleh klik (disini )




Read More...

KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016

KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016
30 September - 2 Oktober 2016 (PWTC)


Jangan ketinggalan, sila klik disini jika belum mendaftar.

Kena pergi ker?

Patut pergi ker?

Wajib Pergi ker?

Jangan nak bodoh sombong tak tentu pasal, penat-penat Persatuan Usahawan Internet Malaysia ni mengerakkan Konvensyen Usahawan Online bagi tahun 2016, yang kita ni pulak baru nak merangkak dalam dunia perniagaan online pandang sebelah mata jer program macam tu..."aiyooo jangan jadi sombong bodoh ya!"...pakat mai ramai-ramai kita serbu majlis ini, yang dah daftar tu, kita geng!!! moga-moga kita mendapat maafat yang sememangnya sangat berguna untuk kita ketika berniaga online nanti.

Bukan senang dek oi, depa team-team yang memang struggle untuk mengumpul pakar-pakar industri internet ni, yang akan berhimpun untuk 2 hari tu, hujung minggu ini, ( kalo korang baca entry ini, selepas 2 Oktober, hai hai bye bye lah ya) katanya nanti kita boleh belajar dan mengumpul pelbagai ilmu bersama dengan mentor yang rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot, search je namanya kat pakcik google, confirm keluar berserta dengan ilmu dan  kitab-kitab hebatnya tu. Hello, 43 mentor uolsss, engkau mampu ker, so, yang tengah berkira-kira nak pergi tu, tak payah berfikir, korang bayar RM 50, untuk seorang peserta, nanti katanya dapat domain percuma. wahhh!!! untung beb, tapi ada gak pakej berkelompok, korang klik kat sini, yang pasti, tak sampai beribu-ribu erk, dan tak payah nak bajet sangat untuk bayar, hanya relaks kan diri untuk join ke Konvensyen ni. 

Okay, saya tak nak cakap lebih-lebih pasal korang nak pergi ke tidak, faham-faham sendirilah ya, kalo cerita banyak pun, bukannya saya dapat apa-apa pun daripada PUIM, tapi atas dasar ahli kepada persatuan ini, saya mesti mengajak jugak korang untuk datang ke konvensyen ini. so, nak tau apa yang korang pasti akan dapat nanti tentulah jumpa pakwe-pakwe yang hebat dalam dunia perniagaan online Malaysia ni, seperti Tuan Irfan Khairi, Sifu Jamal, lepas tu ada Sufian Salahudin, tapi yang benar-benar saya nak jumpa dan belajar dengan beliau tentunya Tuan Aqif Azizan, dulu memang pernahlah jumpa time Sepetang bersama blogger anjuran Denaihati, tapi macam tak puas pulak dengar apa yang dia share time tu, tapi harap hujung minggu ni di akan share, lebih dan lebih, "wahhh sudah tentu yo!!!" katanya tajuk untuk beliau nanti adalah "Seni mengayat duit", wahhh, lagi lah gua jadi gila beb, macam tak sabar pulak nak hari sabtu. Rugi dek oi kalo tak pergi.

Kemudiannya, sambung untuk nama mentor yang akan ada di PWTC nanti, korang boleh baca sendiri di Enterwip.my, kalo nak saya storykan latar belakang mereka, memang tak habis kot, siap boleh buka satu lagi blog khusus untuk cerita jer pasal mereka-mereka ni, so korang klik jer lah sendiri ya. apa yang saya nak kata korang mesti kena pergi ke Konvensyen Usahawan Online 2016 di PWTC tu.

Jom kita skodeng aktiviti dan acara yang akan berlangsung nanti, AWAS ya, jika anda masih meragui, ....



KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016
KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016

Amacam korang rasa teruja tak?

yang kat bawah ni, jadual mengikut bilik, saya pun tak dapat nak gambarkan macam mana keadaannya tu, tapi nanti kita tegok jerlah kat dewan PWTC tu, makin tak sabar lak nak ke Konvensyen ni.

KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016

KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016

Teruja!!!!!

Memang kena teruja uolssss, harus pergi, yang duk tercongok-congok tu, nak tunggu apa lagi, korang klik jer kat sini untuk terus mendaftar .

Okay lah ya, untuk perenggan yang last ni, saya copy and paste daripada website PUIM, bagi korang-korang yang masih blur tentang Tujuan Konvensyen ini dianjurkan, moga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Terima Kasih Persatuan Usahawan Internet Malaysia, yang mengerakkannya dan tak terlepas juga untuk Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Giat Mara, korang punya team memang terbaik kerana sanggup menyediakan peruntukan untuk konvensyen ini, tak ketinggalan juga, untuk pihak-pihak yang turut bekerjasama dalam Konvensyen ini, uolsss memang terbaik noks....untuk Mentor hatiku yang hadir nanti, jangan kedekut sangat ilmu mu tu, pastikan kami balik penuh ilmu di dada nanti sampai tak sabar nak gunakannnya.


"Konvensyen Usahawan Internet 2016 (eNTERWIP) akan dilangsungkan pada 1-2 Oktober 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Program ini disusun khas dan teliti dengan sasaran output & outcome terancang.
43 orang mentor yang terdiri daripada usahawan online yang sudah berada dalam industry serta mempunyai rekod perniagaan online yang cemerlang dipilih untuk membantu semua peserta sepanjang program ini. Anda akan dibantu melalui pelbagai sesi mencakupi;

  • Perkongsian Tokoh Bisnes Online
  • Breakout Class
  • Bengkel Advance
  • Klinik Biz Online
Untuk yang baru nak bermula, program khas My1stBiz disusun untuk anda membina perniagaan pertama anda. Peserta akan disaring dan dipilih untuk sesi ini.
Lebih komprehensif, sesi tahun ini melibatkan penyertaan langsung pihak-pihak berwajib, sektor kewangan dan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi memberikan ‘roadmap’ yang jelas kepada setiap peserta. Peserta akan ditunjukkan cara berniaga online yang sebenar mematuhi akta dan undang-undang sedia ada sekaligus meletakkan perniagaan mereka nantinya akan mudah untuk dikembangkan.
Bagi yang sudah lama bermula dalam perniagaan online, anda ada pilihan untuk menyertai Bengkel Advance atau terus berjumpa dengan mentor perniagaan online melalui sesi Klinik. Ceritakan masalah perniagaan anda untuk mentor berikan penyelesaian. Anggap sahaja mereka ini ‘doktor pakar’ atas keilmuan dan pengalaman mereka.
Juga ditambah dengan ‘dropship market’ untuk peserta mencari produk untuk diniagakan secara online. Jadi taka da lagi keluhan tak tahu nak jual apa! Untuk Owner produk juga, program ini bakal menemukan anda dengan bakal agen anda!
Komprehensif dan berimpak tinggi!
Jumpa anda nanti di sesi eNTERWIP. Pastikan anda jawab soalan selepas ini dengan teliti kerana jawapan anda akan dinilai untuk cadangan kelas/klinik/bengkel yang anda boleh ikuti."
Jika anda masih mencari plan insurans yang terbaik untuk pendidikan anak anda, jangan tak pilih sspn-I Plus, hanya serendah RM 30, mugkin menjadi kemudahan untuk mereka ketika ingin melangkah ke Universiti. 


Temui dan bersembang dengan pakar perancang kewangan anda jika terdapat kekeliruan di 0182838810




Read More...

7 tip memulakan perniagaan

"Peningnya kepala kalo nak fikir pasal duit, duit yang dikira semakin lama semakin kecik, nak beli apa-apa pun kena berkira"...alahai ini lah nasib kita yang kerja makan gaji ni kan!"

Yupsss, mengeluh pulak saya kan, hai salam sejahtera kepada pembaca ku yang budiman, ambo nak share sikit tentang perniagaan ni, maklumlah, kerja makan gaji ni tension betul, dah le tak ada kebebasan dalam perancangan, nak buat apa-apa pun kena kata putus si encik boss, entah ler, sampai bila-bila pun akan terikat macam burung dalam sangkar yang diikat kakinya.

Kiranya tak payah nak duduk mengeluh dengan nasib lagi , yang pasti bak kata cikgu bisnes saya Dr Azizan Osman, cipta peluang, bukannya asyik nak menyalahkan nasib jer.

So, saya pulak tak nak ketinggalan untuk mencipta peluang dengan menjalankan bisnes secara kecil-kecilan melalui online, sungguhpun kini zaman ekonomi Malaysia, yang sememangnya #macam entah apa- apa lah, jadi tak ada alasan kot nak kata tidak, maka jom kita belajar ilmu berbisnes, dan di entri kali ini,  ambo cuma nak share sikit sebelum betul-betul kita bersedia untuk berniaga, kredit untuk Dr Azizan bagi tip tu..

7 tip memulakan perniagaan



Tip #1 Jangan mengambil sebarang pinjaman Peribadi

Okay, yang point ini, macam selalu jer kita buat kan, first kita akan fikir, nak berniaga, perlu ada petty, kalo tak de petty macam mana nak berniaga?, so, kita pun buat lah pinjaman Peribadi, dengan RHB easy, memang easy sesangat!!!! RM 50,000, wahhhh, seronoknya, erkk, dapat duit.#loan peribadi ya.... kalo loan tak lepas, jangan sedih,  cuba try bank lain pulak, sampai berjaya, tapi kalo masih di black list oleh bank-bank Malaysia ni, maka jalan seterusnya, En along boleh tolong...tapi!!! tapi, Awas ya, cikgu bisnes saya kata, jangan sesekali cuba-cuba mengambil sebarang pinjaman peribadi, nanti merana diri, so, caranya adalah cuba mula dengan apa yang ada ditangan, erhmmm, rasanya kalo kita start dengan bisnes online, boleh dak!! berniaga apa yang ada ditangan, cuma sekarang ni nak berniaga apa erk, .............................( Tunggu post yang seterusnya)





Tip # 2 Lakukan dengan berterusan 

Point yang ini pulak, cikgu saya kata, kita jangan sesekali kalo dah strat berniaga tu, kononnya, nak relaks kejap lah , nak kosongkan minda dulu lah, nak pergi balik kampung lah, yang bujang tu nak kawin lah, lepas tu idea bisnes kita yang gila-gila tu, kita letak kat dalam laci, kesannya, cikgu saya kata confirm payah beb nak start balik nanti, tapi ada gak yang give -up tak tentu pasal, macam situasi saya alami, dulu waktu musim  raya pernah ler jadi ejen biskut raya, nak dipendekkan cerita, si supplier bengong ni, tak tepati waktu penghantaran, customer saya nak kul 5 petang, sebab nak balik kampung pada malamnya, punyalah saya tertunggu-tunggu, kuih yang dijanjikan sampai pukul 7 ptg kot, erhmm  dengan  lenggang lengok mak limahnya tu, furst beb,  dah ler, kita  kena maki hamun dengan customer, dia pulak buat bodoh, hermmm, kes macam ni pun boleh down tau semangat, sebabnya kononya lah, yang masalah tu, berpunca daripada orang lain, bukan kita yang buat, hihihihi, betul ker!!!,  jadi, silap haribulan, kata putus daripada hati naluri ku tak nak  berbisnes lagi, so, cikgu bisnes dah pesan, lakukan terus, jangan give-up, jangan nak main biola pulak time-time ni, teruskan dan teruskan ya, anggap lah benda-benda tu semua sebagai ujian dalam berbisnes.




Tip #3 Miliki etika kerja yang kuat


Oh kay!!, untuk point yang ini, memang betul, walaupun kita makan gaji pun mesti lah kena mempunyai etika kerja yang kuat, kalo tak macam mana nak tunjukkan pada boss yang kita ni memang boleh bekerja, lepas tu,  semangat kerja yang bersungguh-sungguh mesti kita terapkan ketika kerja makan gaji lagi sebabnya, ia juga ada kaitan nanti bila kita bekerja sendiri, alah cuba korang bayangkan lah,  situasi ni, time makan gaji pun asyik jer masalah, MC lah, emergency lah, entah apa-apa alasan untuk mengelak kerja, so, bagaimana pulak nanti kalo kita berbisnes sendiri, "sendiri makan pengat sendiri lah mau ingat".



Tip #4 Didik diri anda dalam kerjaya yang dipilih

Didik diri kita bagaimana untuk menjadi usahawan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis luaran dan dalaman, ini pesanan daripada cikgu bisnes saya, kiranya, kita perlu lah mencontohi mentor kita, dalam berbisnes, sebab tulah mereka-mereka yang berjaya kata, kalo nak mencari mentor tu, biarlah beliau tu memang betul-betul berada didalam niche perniagaan kita, jadi sekurang-kurangnya beliau tau, apa yang perlu dilakukan bila ada situasi yang agak mengetatkan diri kita. Tak rugi kita cari mentor kita yang boleh membantu, dan pastikan mentor kita tu, memang telah terbukti kejayaannya....



Tip #5 Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis

Dari segi undang-undang, janji lisan juga satu perjanjian. Tetapi, jika timbul masalah pelanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya. So, korang fikir lah sendiri, jadi nak ke tidak, semua perjanjian dunia yang dibuatnya tu mesti dibuktikan dengan perjanjian bertulis tau.



Tip #6 Berhati-hati bila bekerjasana dengan sesiapa

Ohh, point yang ni saya tak mampu nak berkata-kata, sebabnya belum pernah pulak alami, tapi, kalo korang rajin dan belik kes-kes kat surat khabar tu, banyak gak kes pecah amanah yang dilakukan oleh orang dalam syarikat, betul tak, so, cikgu bisnes saya kata, rakan kongsi tu perjanjiannya mesti ada hitam putih, pilih rakan kongsi yang benar-benar kita percaya, sungguhpun mereka adalah saudara mara kita, jangan nanti kita pulak tersentak gara-gara pecah amanah dikalangan keluarga dalam bisnes kita tu.

"Sediakan payung sebelum hujan ya"




Tip #7 Berseronoklah

Berseronok dalam istilah mengikut agama lah ya, sungguhpun kita berjaya nanti, jagan lupa pada perkara yang wajib, solat 5 waktu, tambahkan solat sunat duha, lepas tu jangan lupa bersedekah, dan selawat kepada Rasullah, itulah yang selalu cikgu bisnes saya ajarkan, kerap kali kot, kalo pergi seminarnya, beliau akan minta kita selalu bersyukur, dan perlu rajin berselawat, 1 hari kena selawat 1000 kali, dan Istighfar 100 kali, diulangi setiap hari, lepas tu kalo rasa ada extra dan berkemampuan sikit, belilah barang apa yang kita idamkan selama ini, tak salah pun.


Semoga anda dan saya, "Kaya dan berjaya", okay, itu saja perkongsian saya untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan ni, semoga tip ini ada manfaatnya.


Jika anda masih mencari plan insurans yang terbaik untuk pendidikan anak anda, jangan tak pilih sspn-I Plus, hanya serendah RM 30, mugkin menjadi kemudahan untuk mereka ketika ingin melangkah ke Universiti. 

Temui dan bersembang dengan pakar perancang kewangan anda jika terdapat kekeliruan di 0182838810


Read More...

9 Cara mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?

"Betul ke kalo kita tak berapa nak banyak duit kita tak akan bahagia!!"

ermmm!!!, banyak cara untuk kita jadi lebih bahagia, sebabnya, orang-orang kaya memanglah akan kata, duit tulah yang memberi kepuasan bagi mereka tetapi jika ukuran kebahagian berkaitan keluarga pula, duit tu bukan jaminannya...Apa cer.....kata duit adalah segala-galanya....#Raja

Bagaimana sebenarnya untuk kita berasa cukup dengan apa yang kita terima, kalo dah orang kaya raya kata, mereka tak bahagia dengan duit yang bertimbun-timbun tu, macam mana pulak dengan mereka yang harta tak bertimbun ni, tentu lain pulak kan persepsi bahagia untuk mereka.

Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!

So, ini bermakna, kita duk sibuk kejar duit, duit, duit, untuk jadi jutawan, dengan hasrat nak capai tahap kebahagian maksimum tapi sebenarnya kita dah terlupa yang selama ini tentang Nikmat syukur....Alhamdulilah......itulah pasalnya sampai sekarang rezeki yang di berikan OlehNya, tak pernahnya cukup, betul tak! betul tak! betul tak!!.

Hai salam kepada pembaca blog keladi yang budiman ni, macam biasalah ya, nak beritahu kat korang baru first jumpa blog saya ni, blog ni hanya perkongsian daripada hati turun  ke mata anda, so, tiada provokasi atau pun unsur-unsur politik berat sebelah kat dalam blog ini, jangan risau untuk adik-adik yang bawah umur tu...teruskan langkah anda untuk membaca erk!!


9 Cara mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?
9 Cara mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?


9 Cara Mudah Bagaimana untuk timbulkan rasa syukur?

  • Menilik di dalam dan fizikal diri setiap satu nikmatNya.
  • Melihat setiap nikmat yang diberiNya disekeliling kita
  • Melihat dan memerhatikan apa yang kita ada dibandingkan dengan apa yang orang lain tidak ada dan reda bersyukur.
  • Membayangkan bagaimana kita nikmat kita ditarik balik.
  • Meningati mati dan bagaimana kematian yang kita inginkan.
  • Menziarahi orang yang sakit atau meninggal dunia dan membantu menguruskannya.
  • Bersedekah dan menziarahi orang-orang susah serta faqir miskin/ anak-anak yatim sekurang-kurangnya sebulan sekali jika tidak mampu buat seminggu sekali atau tiap-tiap hari.
  • Solat sunat taubat sentiasa agar sedar kelemahan kita dan bersyukur.
  • Buat kerja-kerja khidmat kepada orang lain terutamanya orang sudah.

Point diatas saya ambil daripada ilmu tok guru bisnes saya, namanya Dr Azizan Osman, siapa yang kenal dia, cakap ok, kat ruang komen.

Bagi saya lah kan, sungguhpun nikmat rezeki kita sedikit yang kita terima, tetapi syukur yang setiasa ada dalam hati, pasti rezeki tersebut berasa cukup untuk kita, dan pesanan terakhir daripada cikgu saya tu, dia kata, jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur.

"Anda, saya, dan semua.....Kaya dan Berjaya"

Jika anda mencari plan insurans yang mudah untuk pendidikan anak anda
pastikan pilih SSPN-i Plus

Syukur kerana ada pilihan semacam ini untuk masa depan mereka...kan

      
Read More...

Kenapa kita perlu ada Insurans

"Banyak isu-isu pembuangan kerja sekarang ni kan!", tadi saya baru baca kat laman mforum.cari tentang Petronas mugkin akan mengurangkan pekerja lagi akibat harga Minyak kekal rendah - isu pada 21 sept. 2016, okay nampak macam tak ada apa-apa yang menarik, isu klise dan tak payah nak diperbesarkan.

Tapi, isu ini jugak melibatkan periuk nasik manusia yang entah berapa ribu akan menanggung kesannya!!!

Hello, salam sejahtera untuk pembacaku yang budiman, dan salam untuk saudara-saudaraku yang sudi melepak kejap kat blog keladi ini.

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Macam biasalah, blog ini bukan untuk bergossip, berprovokasi, menyebarkan fitnah @ tomahan kak Yam, jauh sekali blog ini berbentuk politik berat sbelah yang entah bila ada nokta nya, dan yang pasti blog keladi ni  adalah hanya perkongsian dari hati terus ke mata anda.

Baiklah, awal-awal tadi saya tersentuh pasal Petronas yang akan membuang entah berapa ramai pekerjanya akibat minyak masih kekal rendah. lepas tu tajuk entri ini pulak "Kenapa kita perlu ada insurans", nampak jauh berbeza pulak dengan apa yang saya nak kongsi kepada anda. Jangan keliru erk, sebabnya, kalo dah ramai yang susah nak dapat kerja, lepas tu kena buang pulak kerja, maka, sudah tentu orang yang jual insurans tu, tak boleh buat sell gila-gila mencanak. Alamak kesiannya....

Melalui pengalaman sayalah, Insurans tak akan dipandang ketika kesihatan kita stabil, kes ini untuk insurans diri tau, Jangan mencelah pulak kata Insurans Kenderaan itu bukan insurans ker, okay, yang jadi masalahnya, tahap kesedaraan kita ini tentang kepentingan insuran, agak kurang ler,  memang kita kata insurans tu penting sangat beb, tapi bagaimana pulak komitmen kita terhadap pembayaran pulak, tambah nanti, ekonomi dah terhempit, dalam pada kita berselesa dengan kehidupan sekarang, tetiba kena terminate kerja, so, tentulah kena berkira dalam urusan perbelanjaan, duit pulak dah tak cukup, confirmlah, benda yang harus di buang dalam list perbelanjaan kita adalah Insurans. Betul ker!!, yup, itu satu realiti bukan nak dibuat-buat ya.

Saya bukan nak mengajak anda untuk pilih mana-mana plan insurans yang bersesuai, tetapi ia sekali lagi saya tegaskan, ini adalah perkongsian dari hati terus ke mata anda, dan jangan kata saya ni seorang penjual insurans ya, kemudiannya jangan fikir beban sangat untuk setia dengan plan insuran anda tu tetapi biarlah anda berazam untuk  terus kekalkan dengan  plan dan bayaraan insurans anda tau, walaupun terhimpit dengan sebarang keadaan ekonomi yang meruncing, jangan cuba-cuba, buang  pulak list perbelanjaan anda untuk Insurans. Sayang dek non, duit tak di pulang balik nanti.

Okaylah saya tak nak cakap lebih-lebih pasal insurans ni nanti takut ada yang menyampah pulak, maklumlah, saya gak selalu terima telefon daripada pihak entah apa-apa insurans, kadang-kala naik menyampah pun ada, macam memaksa kot, itu yang membuatkan orang memandang teruk pada perunding polisi insurans ni, seolah-olah pekerjaan ni, sama jer macam makcik-makcik yang menjual bedak sejuk, padahal, Perunding polisi insurans ini sepatutnya membantu dan memberi penerangan sejelas-jelasnya tentang faedah yang akan pelanggan kita terima, berserta menunjukkan  sikap yang lebih profesional. Betul tak!!!, ini tak, cara penerangan pulak dah kalam kabut, nak pulak memaksa orang untuk membeli insurans, confirm taklah jawabnya, 

So, sendiri makan pengat sendiri mau ingat ya, jangan hanya nak kejar target customer, korang pulak terlupa tentang etika dan tanggungjawab anda sebagai perunding polisi insurans. 

Berbalik pada perkara tajuk tadi, Kenapa kita perlu ada Insurans?, Korang rasa apa jawapannya erk, insurans yang saya maksudkan adalah Insurans diri/ Nyawa tau, bukan insurans kenderaan korang tu. Mesti ada yang bagi jawapan insurans ini saling tak tumpah macam buang duit jer pada benda-benda yang tak penting, nampak macam membazir, tapi nanti bila dah tergolek kat tengah jalan tu, perlu pulak nak buat pembendahan lah, rawatan susulan lah, entah macam-macam operation, barulah rasa susah nak cari petty untuk tanggung kos rawatan tu nanti. So, korang nak kata lagi ke, yang insurans ini adalah salah satu yang membazirkan duit.

Entahlah. sebenarnya realiti saya dulu memang macam tu, rasa sayang sangat duit nak labur setiap bulan RM 150 semata-mata untuk insurans, maklumlah, kita bayar, bayar dan terus bayar, lepas tu entah macam tak de apa-apa lak, takkan nak cederakan diri kot, tak pun tak kan nak upah orang untuk cederakan kita kot, yang paling menyampah pulak, si ejen insurans tu, time nak minta kita beli plan insuransnya, cakap punyalah lembut, janji tu punyalah melangit sampi bulan dan bintang, tapi lepas tu hermmm, hampeh, tanya tu, tanya ini, asik kata ia adalah apa yang korang pilih, hello, engkau nak membantu orang kan, dan engkau tu wakil untuk syarikat yang korang kerja, so, cubalah sedaya upaya bantu apa yang costumer korang keliru tu...jadi macam mana nak pujuk supaya mereka semua percaya yang insurans ini benar-benar penting untuk kita semua!!!

So, Kenapa kita perlu ada Insurans :-

Kenapa kita perlu ada Insurans
Pelindungan Insurans ada jawapannya

  • Persiapan jika ditimpa musibah : Biasalah kita kan kalo dah terhantuk baru nak terngadah, dah kena baru tau sakitnya, so, sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya.
  • Ambilan insurans ketika muda dan sihat, nanti dapat pulangan yang tinggi apabila tempoh matang insurans tersebut : Kiranya jika muda-muda dah ada plan insurans dan konsisten pembayarannya, maka tak lah jadi masalah, bayaran caruman pun akan rendah lah, tapi  yang jadi  masalah  adalah pada mereka-mereka yang dah terlebih usia dan dapat penyakit, baru tersedar, yang insurans tu penting. Memang lah nilai bayaran bulanan tu tinggi kot.
  • Jadi simpanan masa depan selepas pencen : "Ohhh, yang ini sangat-sangat setuju, nak mengharapkan KWSP, memang tak lah, sebabnya manalah cukup, kos hidup semakin tinggi yop!", so, kena lah ada backup plan untuk simpanan kita ni, korang jangan keliru lak, ya, ( pelaburan insurans ini bukannya sepenuhnya duit yang kita bayar tu untuk tujuan pelaburan, tetapi hanya beberapa percent jer, tapi sekurang-kurangnya ada gak kan.)
  • Kos pendidikan semakin tinggi, anak perlukan Insurans untuk meringankan kos tersebut : Sangat sangat suka, betul tu, sekarang ni keadaan makin mendesak, menyesal dulu kecik-kecik tak plan betul-betul kewangan, susah sangat, sampai sekarang terima kesannya, ( bersedih dalam riang), tapi tu semua sudah berlalu, kini kitalah yang menjadi perancangan untuk anak-anak kita, so, jangan biarkan mereka merana nanti. 
  • Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!
  • Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekirannya kita meninggal dunia : Betul, betul, betul, bayangkan kita ni ketua untuk keluarga, kita bekerja untuk keluarga, kita lah sumber kewangan untuk keluarga, kalolah kita meninggal nanti, ada ker, bekalan sedikit untuk mereka tu.
  • Insurans kesihatan perlu untuk menapung kos perubatan dan rawatan sekiranya dimasukkan ke hospital : Okay, yang ini tak payah nak disangkal, sebenarnya inilah sebabnya kita mengambil insurans, kos perubatan sekarang ni, bukanlah murah, kita pulak bukannya tau, jika musibah menimpa jadi jangan rasa hidup terlalu baik, entah esok atau lusa, siapa tau keadaan kesihatan anda. 

Amacam!!, adakah kita perlu ada Perlindungan Insurans untuk diri, dan keluarga,

"siapa makan pengat, sendiri mau ingat"





Dapatkan bantuan daripada Pakar Insurans anda Call/whatsapp : 0182838810


                         

Read More...

Duit adalah Raja untuk segala-galanya

Benda yang paling menyeronakkan untuk kehidupan di dunia ini adalah mencapai segala apa yang kita idamkan...Betul ke? 

"Duit adalah Raja, tetapi itu bagi mereka yang pandang duit adalah segala-galanya, untuk mereka yang pandang duit bukan jaminan untuk segala-galanya, dialah yang akan terus bahagia didunia dan akhirat"

"Seronok untuk sementara kot, tapi kekalnya entahlah!"

Hai pembaca yang budiman, terima kasih sudi melepak kat blog keladi ni, salam sejahtera sebagai pembuka bicara.

Korang bukan apa, zaman sekarang ni manusia telah menjadi hamba untuk duit, mana tak nya, rata-rata manusia sekarang ni, sanggup buat apa saja gara-gara untuk mencapai tahap kewangan yang lebih selesa, kiranya sekarang ni kalo kita bergelar jutawan, kita lah yang akan dipandang tinggi sungguhpun hakikatnya, cara dan taktik kita mendapatkannya, memang begitu teruk.

Betul ke tidak statement membunuh saya tu?

Alah, tak usah korang nak mencantas kata-kata saya tu, tengok jelah diri sendiri, adakah kita takut apabila tetiba jer, syarikat yang kita kerja tu ada VSS, ( Voluntary Separation Scheme)?, berani ke kata tidak untuk zaman sekarang yang nak cari kerja memang payah, #letak tangan didada, mata keatas... tambah pulak dengan persaigan yang entah berapa juta. senang cerita, kita takut kot, tak boleh servive, maklumlah, selalu jer hidup selesa, tetiba kena pulak terminate, mak aii!! pening kepala pulak nanti, mana nak bayar hutang, hutang pulak bukan jenis ikan bilis punya level, ni yang nak diselesaikan hutang tahap ikan paus, so, terus sakit kepala, belum tambah perbelanjaan, untuk makanan lagi, tambah pulak kalo ada anak yang sedang bersekolah, hermmm, tarik nafas lah sepanjang-panjang yang boleh, lepas tu, hembus je, tak kan adanya duit berlepuk jatuh dari langit. 

So, nak pendekkan cerita, adalah memang zaman sekarang ni duit adalah raja kita, segala-galanya perlukan duit, maka, kita terus terhimpit gara-gara duit yang semakin hari semakin kecil.

Duit adalah Raja untuk segala-galanya
Adakah duit ni menjadi punca segala kejahatan yang berlaku kat dunia ini?

Itu sebabnya perlu ada perancangan untuk kewangan kita, sebabnya, tahun 2016, kita mugkin boleh kata, gaji RM 3000 adalah miskin di bandar, bagaimana pulak nanti kita hidup pada tahun 2020, yang kononnya, Malaysia ni mencapai taraf negara maju, tentulah, yang RM3000 pada tahun 2016 ni tak sama nilainya ketika itu, entah-entah orang yang gaji macam tu langsung tak boleh nak hidup dalam keseronokkan dan keselesaan, malah mugkin ia dikategorikan sebagai Papa kerdana Bandar, ketika itu.

Hermmm, entahlah perlu ke salah kan PM, gara-gara apa yang berlaku kepada kita ni!!!

Berbalik kepada perkara yang saya nak share adalah, Duit adalah Raja, tetapi itu bagi mereka yang pandang duit adalah segala-galanya, untuk mereka yang pandang duit bukan jaminan untuk segala-galanya, dialah yang akan terus bahagia didunia dan akhirat. "betul ke idak!!!"  Sebabnya, duit tu sebenarnya adalah alat untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian kita, kiranya, maksud saya, tak semestinya orang yang tak berduit tu tak boleh hidup, tengok jer lah, zaman nenak moyang kita dulu, time zaman jepun datang serbu ke Tanah Melayu, mereka boleh jer, hidup dengan hanya makan ubi kayu, kiraya sampai bengkak-bengkak kaki, korang tengok, ada ke mereka kisah masalah tentang tak ada duit dan tak dapat nak meneruskan perjalanan hidup?, tak payah nak menidakkan.

So, ayat dalam perenggan atas nampak menipu ke?, mugkin ada yang sangkal tentang pernyataan ayat saya tu, suara biawak tu berkata, "itu dulu zaman tok kaduk yang langsung tak ada pembangunan, manusia pulak tak kisah makan ubi keladek dan keladi, mana mugkin nak sama dengan zaman sekarang, bangun-bangun jer, nampak keju, hotdog, tak pun chicken chop kat depan mata, jadi, boleh ker, kita tukar yang benda-benda tu kepada ubi or keledek??",  erhmmm, entah lah labi, selagi engkau masih menggap duit adalah raja, engkau akan terus menjadi cuak dengan keadaan yang berlaku sekarang ni.

"Whatever lah, yang suara sumbang dan mambang kalo diajak berkelahi, memang dia jer no 1!", yang saya nak tegaskan adalah Duit tu memang masih menjadi kepentingan untuk kita menjalani kehidupan di zaman ini, tetapi, kita masih boleh merancang dan menguruskan duit dengan baik, dan dengan duit jugak, mugkin kita akan menjadi manusia yang berjaya dan di pandang mulia bukan saja disisi manusia tetapi yang lebih penting disisi Sang Pencipta, dengan hasil dan pengorbanan harta yang kita gunakan tu.

Amacam, ada yang masih nak berkelahi?
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tak payah bising-bising, yang penting, anda hanya perlu uruskan duit yang anda terima dengan baik, rancang dan terus merancang, terutamanya bab pendidikan ni, maklumlah sekarang ni nak masuk U ke, kolej ker, semua nak kena Petty!!, kalo tak cukup petty confirm terpaksa buat pinjaman, nak ke tidak terpaksa lah kena ambik jugak, lepas tu, merana lah diri, dah lah, kerja jadi pencacai, gaji tak sepadan dengan kelayakan akedemik, nak bayar hutang kereta lagi, nak makan lagi, lepas tu fikir pulak masalah hutang Pinjaman!!, ermmm, apa yang berlaku, ni semua benda yang terjadi kat diri saya, kalo lah dulu-dulu time saya kecik-kecik ada SSPN-i Plus kan bagus, ringan sikit kot bebanan yang harus ku tanggung untuk bayaran PTPTN, semua tu tak akan berulang lagi, yang pasti dan akan datang Tolong pilih SSPN-i Plus untuk menjamin anak-anak kita supaya tak terjadi apa yang kita lalui sekarang ini...... Amacam ada berani nak sahut!!!!

Ayaiooo!!, rasa macam nak membebel pajang gila pulak!", tapi confirm lepas ni www.keladionline.com kena banned..

Okaylah, korang, sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya, semua pilih ada ditangan masing-masing, siapa yang bijak mengurus kewangannya, maka dialah Raja untuk duitnya tu.

Saya kongsikan secara ringkas Langkah menguruskan kewangan dengan bijik dan sistematik, perkongsian ini dipetik daripada blog www.pakdi.net (8 Langkah menguruskan kewangan dengan bijak dan sistematik)

  1. Mempunyai matlamat kewangan yang jelas - 
  2. Mempunyai sumbar pendapatan yang mencukupi -
  3. Simpan sebelum belaja
  4. Berbelanja dengan bijik
  5. Menguruskan risiko kewangan
  6. Membayar zakat ( .....cukai)
  7. Membuat pelaburan yang bijak
  8. Membahagikan harta

Wasalam...

Read More...

Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?

Sungguh cepat waktu berlalu, diam tak diam sudah hampir 9 bulan kita melalui tahun 2016 ni, kirannya hampir nak masuk ke tahun 2017 lagi 3 bulan jer, hermmm, raya aidilfitri dah lepas,  lepas tu, raya korban pun dah selesai, segala daging yang enak dan empok tu, dah habis dicerna kat dalam perut kot, lepas ni cuma tunggu untuk menumpang cuti Public bagi perayaan depavali dan Hari Natal, yahoo... cuti lagi...kemudian macam biasa menjerit untuk sahut,  selamat bertambah usia kita untuk tahun hadapan. Yang kononnya berazam tu, dah tertunai ker azam korang?

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Alamak panjang pulak saya membuka bicara kat dalam blog ni, maklumlah selalu sape pembaca dengan salam sejahtera, tapi kali ini, untuk entry ini, tetiba lak membebel pasal hari yang semakin cepat perjalanannya, maka diriku ini pulak sudah semakin tua lah nampak gayanya kan.

Salam sejahtera kepada pembaca blogku yang budimana, terima kasih kerana anda sudi bersantai sekejap kat blog keladi ku ini.

Okey, untuk entry ini, saya nak ceritalah tentang Simpanan Shariah KWSP tu, ni bukan nak mengorek atau nak buat promo gila-gila untuk mengajak korang bertukar daripada simpanan konvesional kepada simpanan shariah, tapi saya cuma nak berkongsi sedikit pemahaman kita tentang simpanan shariah ni.

Asal kata Shariah jer, mesti lah islamik kan...kirannya tak ada yang diragui, atau senang cerita bila mati nanti tak lah banyak soalannya nanti, selamat diriku dari ditanya yang bukan-bukan oleh para malaikat.

Pertama : Mula-mula, macam biasalah pihak KWSP tu buat pengumuman yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyediakan simpanan dalam bentuk shariah untuk ahli-ahli pencarumnya, kiranya tarikh keramat yang akan menjadi gila untuk mereka-mereka yang memang menanti simpanan mereka dalam bentuk shariah ditukar akan menyerbu cawangan-cawangan KWSP pada 8.8.2016....padahal tak payah berebut-rebut pun, waktu saya buat pun time tu lepas raya haji, alah, alang-alang bercuti tu baik saya setle kan, so, sekejap jer, prosesnya, tak de lah sampai nak beratur, tapi sekarang ni tak tau lah yang kuota sebanyak RM 100 bilion tu dah habis ke tak, jadi bagi mereka yang berminat tu, cepat-cepat ke cawangan KWSP yang berdekatan sebelum 23 Disember nie, moga-moga duit simpanan kita di KWSP pada tahun akan datang tiada unsur-unsur yang diragui dalam pelaburannya.

Kedua : Pengetahuan tentang simpanan shariah ni kurang kot, maklumlah selama ni saya ni asyik syok jer tengok dividen tinggi, lepas tu cek pulak akaun KWSP, hihihi mak aii, banyak nya simpanan aku tu!!, siap boleh guna akaun 2 untuk pendahuluan rumah kot!!  tapi sebenarnya masih kabur,  dan terus tertanya-tanya, bagaimanalah sebenarnya yang pihak KWSP tu buat kat duit-duit simpanan kita tu sehingga boleh ahli pencarumnya menerima dividen yang tak kurang baiknya. Betulkan?, korang ada rasa sangsi tak bab-bab duit simpanan yang di rolling balik untuk tujuan pelaburan tu, mana tak nya kan, entah-entah depa duk laburkan kat operasi perjudian ke, tak pun benda-benda yang masih menjadi ragu-ragu, memanglah kita tak berasa berdosa, sebabnya kita tak tau apa yang berlaku di sebalik dividen yang kita terima tu, yang harus kita tau dan riang untuk menerima adalah berita tentang dividen? sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Okey, akhirnya, pihak-pihak yang bijak dan pandai ini, mugkin telah mengubah atau memberi kemudahan untuk kita-kita yang kurang arif ini supaya mengubah, yang selama ini simpanan dan pelaburan kita di KWSP tu berbentuk Konvesional kepada Shariah. Maka tahun 2017 nanti adalah tahun KWSP bereksperimen untuk mereka yang telah bertukar kepada simpanan shariah, so, korang jangan ngada-ngada untuk tukar pulak kepada konvensional setelah akad wakalah telah diterima, #termasuk lah yang menulis artikel ini, tapi yang pasti kita percaya pada rezeki ALLAH, jika baik jalannya mugkin akan terbuka lebih luas rezeki yang lain. Erkk!!, korang yang masih kekal dalam simpanan berbentuk konvensional tu, jangan lak, tak tidur malam, gara-gara duit simpanan kita tu halal ke tidak, sebabnya, sebelum mereka-mereka beri kat kita, segala proses penyucian tu telah dilaksanakan, seperti pembayaran zakat, so jagan lak kata, duit-duit kita tu haram.

"ada ke dia kata kita tidak boleh sesuka hati buat dengan duit simpanan kita tu, dan bila kita meninggal belum tentu waris kita akan perolehi duit simpanan kita tu, dan kononnya duit-duit kita tu akan diambil oleh badan-badan kebajikan yang telah dipersetujui".

Ketiga : 13 September 2016, Bermula tarikh keramat untuk saya menukar kepada Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah. macam biasalah sebelum saya mengagahkan diri untuk ke pejabat KWSP tu, saya carilah informasi tentang kaedah terbaru simpanan yang diperkenalkan tu, entahlah kan, sejujurnya saya katakan, banyak isi dan maklumat yang blogger-blogger cerita semua macam copy and paste jer, semua isinya sama jer, tak ada yang betul-betul menerangkan apa sebenarnya Simpanan Shariah tu?, mugkin semua orang sudah jelas kot tentang konsep Shariah ni, sebab tu lah, time mula-mula KWSP buka pendaftaran untuk pertukaran tu, ramai gila yang berpusu-pusu ke kauter KWSP sampai sanggup depa beratur panjang kot, time tu juga, waktu petang saya dapat berita melalui whasapp, yang mengatakan, kuota untuk simpanan Shariah tinggal beberapa jer, dan pihak KWSP, akan menutup pendaftaran pada bila-bila masa jer, mulanya saya yang jahil ni buat bodoh jer lah, malas nak ambik pusing, apa yang berlaku tu, maklumlah time cari informasi tentang konsep simpanan baru yang diperkenalkan tu, saya tak jumpa langsung, sebab apa, kita umat islam yang sangat sudah jauh daripada landasan islam yang sebenarnya perlu memilih Konsep Shariah dalam setiap urusan dan pelaburan kita?, so, apa yang berlaku benda-benda macam ni, langsung tak masuk otak, kiranya hati ku ni betul-betul keras kot dengan benda-benda yang konvensional yang selama ini disuapkan dimulut kita. Ayoiii, sudahnya, entah macam mana, iman saya masih kuat, dan cair dengan isu-isu halal dan haram ini, maka kata putus yang harus saya terima, saya tetap dengan pendirian untuk menukar simpanan saya kepada konsep simpanan Shariah. Saya yakin pada janji Allah, setiap rezeki yang diterima mesti dan wajib pilih jika ada pilihan Shariah dalam unit atau pelaburan yang kita sertai atau jalankan.

Keempat :  Setelah berjaya menerima Akad Simpanan Shariah, tetiba jer adalah suara sumbang rakan-rakan yang masih jahil tentang konsep shariah ni, ada ke dia kata kita tidak boleh sesuka hati buat dengan duit simpanan kita tu, dan bila kita meninggal belum tentu waris kita akan perolehi duit simpanan kita tu, dan kononnya duit-duit kita tu akan diambil oleh badan-badan kebajikan yang telah dipersetujui. Hermmmmm, saya pun berfikir semula, mula-mula terasa lak, alamak!!!, habis lah, nanti macam mana tetiba jer aku meninggal, nama-nama yang telah didaftarkan untuk menjadi pewaris, tak boleh buat tuntutan!"....suara biawak dalam diri terus tertanya - tanya, mana mugkin aku tukar semula kepada simpanan konvensional, hermm susahlah macam ni, kenapa puak-puak depa tak explain lebih terang benda-benda macam ni.......lepas tu saya pun kuatkan iman dan terus berdoa, entah macam mana tetiba jer terasa nak menghubungi pihak mufti daripada Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan tu, alhamadulliah, rupaya, konsep simpanan shariah tu adalah wajib kepada orang-orang yang mengaku dirinya islam bukan hanya pada kata-kata sahaja, jadi tidak ada kerugian lah dalam Simpanan Shariah KWSP tu, lepas tu, kita diwajibkan kerana ada alternatif lain, maksudnya, kita ada pilihan untuk mengikut yang mana satu, sama ada patuhi shariah atau sebaliknya, apa yang kawan saya bawak gossip tu, semua datang daripada mereka yang cetek tentang Konsep Shariah dalam urusan pelaburan kita. Mana mugkin pihak KWSP mengambil duit simpanan kita sesuka hati, dan mana boleh mereka sesuka hati menghiraukan tuntutan waris kita nanti, sedangkan memang sah, kita bersetuju untuk menyerahkan kesemua simpanan kita kepada waris yang telah didaftarkan. Betulkan?, jadi dengan niat murni kita untuk mematuhi shariah dalam semua urusan, insyaallah, ada kebaikannya.

Amacam? anda rasa kita patut tak menukar simpanan KWSP ke Konsep yang lebih patuhi Shariah.

Ini sekadar perkongsian saya tentang Simpanan Shariah KWSP, tiada paksaan ataupun promosi dalam menarik orang ramai untuk terus memilih konsep yang lebih islamik dalam urusan kehidupan kita, maklumlah, dunia ni sementara je, yang akan kekal selama-lamanya adalah akhirat, dan satu lagi kat akhirat ni, tak ada guna duit tau dalam urusan kehidupan nanti, cuma yang ada adalah amalan kita, mugkin juga apa yang kita buat ni langsung tidak membawa keuntungan lebih kepada simpanan kita tu, tapi yang pasti, keuntungan yang pastinya berlipat kali ganda yang akan kita terima adalah di akhirat nanti. "sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah".

Bawah ni saya sertakan keratan daripada pihak KWSP tentang Simpanan Konsep Shariah ni, kalo anda nak tau lebih lanjut klik disini, Say.com  

dan nasihat saya, jangan dengar sangat kata rakan-rakan, mereka juga cetek ilmu macam kita, so, terus jer ke kaunter KWSP, tanya orang yang lebih arif, lepas tu pilihan kita sendiri samaada nak ikut atau tidak.

Wasalam.

Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?
Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?

Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?
Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?




                    




Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com