7 tip memulakan perniagaan

"Peningnya kepala kalo nak fikir pasal duit, duit yang dikira semakin lama semakin kecik, nak beli apa-apa pun kena berkira"...alahai ini lah nasib kita yang kerja makan gaji ni kan!"

Yupsss, mengeluh pulak saya kan, hai salam sejahtera kepada pembaca ku yang budiman, ambo nak share sikit tentang perniagaan ni, maklumlah, kerja makan gaji ni tension betul, dah le tak ada kebebasan dalam perancangan, nak buat apa-apa pun kena kata putus si encik boss, entah ler, sampai bila-bila pun akan terikat macam burung dalam sangkar yang diikat kakinya.

Kiranya tak payah nak duduk mengeluh dengan nasib lagi , yang pasti bak kata cikgu bisnes saya Dr Azizan Osman, cipta peluang, bukannya asyik nak menyalahkan nasib jer.

So, saya pulak tak nak ketinggalan untuk mencipta peluang dengan menjalankan bisnes secara kecil-kecilan melalui online, sungguhpun kini zaman ekonomi Malaysia, yang sememangnya #macam entah apa- apa lah, jadi tak ada alasan kot nak kata tidak, maka jom kita belajar ilmu berbisnes, dan di entri kali ini,  ambo cuma nak share sikit sebelum betul-betul kita bersedia untuk berniaga, kredit untuk Dr Azizan bagi tip tu..

7 tip memulakan perniagaan



Tip #1 Jangan mengambil sebarang pinjaman Peribadi

Okay, yang point ini, macam selalu jer kita buat kan, first kita akan fikir, nak berniaga, perlu ada petty, kalo tak de petty macam mana nak berniaga?, so, kita pun buat lah pinjaman Peribadi, dengan RHB easy, memang easy sesangat!!!! RM 50,000, wahhhh, seronoknya, erkk, dapat duit.#loan peribadi ya.... kalo loan tak lepas, jangan sedih,  cuba try bank lain pulak, sampai berjaya, tapi kalo masih di black list oleh bank-bank Malaysia ni, maka jalan seterusnya, En along boleh tolong...tapi!!! tapi, Awas ya, cikgu bisnes saya kata, jangan sesekali cuba-cuba mengambil sebarang pinjaman peribadi, nanti merana diri, so, caranya adalah cuba mula dengan apa yang ada ditangan, erhmmm, rasanya kalo kita start dengan bisnes online, boleh dak!! berniaga apa yang ada ditangan, cuma sekarang ni nak berniaga apa erk, .............................( Tunggu post yang seterusnya)





Tip # 2 Lakukan dengan berterusan 

Point yang ini pulak, cikgu saya kata, kita jangan sesekali kalo dah strat berniaga tu, kononnya, nak relaks kejap lah , nak kosongkan minda dulu lah, nak pergi balik kampung lah, yang bujang tu nak kawin lah, lepas tu idea bisnes kita yang gila-gila tu, kita letak kat dalam laci, kesannya, cikgu saya kata confirm payah beb nak start balik nanti, tapi ada gak yang give -up tak tentu pasal, macam situasi saya alami, dulu waktu musim  raya pernah ler jadi ejen biskut raya, nak dipendekkan cerita, si supplier bengong ni, tak tepati waktu penghantaran, customer saya nak kul 5 petang, sebab nak balik kampung pada malamnya, punyalah saya tertunggu-tunggu, kuih yang dijanjikan sampai pukul 7 ptg kot, erhmm  dengan  lenggang lengok mak limahnya tu, furst beb,  dah ler, kita  kena maki hamun dengan customer, dia pulak buat bodoh, hermmm, kes macam ni pun boleh down tau semangat, sebabnya kononya lah, yang masalah tu, berpunca daripada orang lain, bukan kita yang buat, hihihihi, betul ker!!!,  jadi, silap haribulan, kata putus daripada hati naluri ku tak nak  berbisnes lagi, so, cikgu bisnes dah pesan, lakukan terus, jangan give-up, jangan nak main biola pulak time-time ni, teruskan dan teruskan ya, anggap lah benda-benda tu semua sebagai ujian dalam berbisnes.




Tip #3 Miliki etika kerja yang kuat


Oh kay!!, untuk point yang ini, memang betul, walaupun kita makan gaji pun mesti lah kena mempunyai etika kerja yang kuat, kalo tak macam mana nak tunjukkan pada boss yang kita ni memang boleh bekerja, lepas tu,  semangat kerja yang bersungguh-sungguh mesti kita terapkan ketika kerja makan gaji lagi sebabnya, ia juga ada kaitan nanti bila kita bekerja sendiri, alah cuba korang bayangkan lah,  situasi ni, time makan gaji pun asyik jer masalah, MC lah, emergency lah, entah apa-apa alasan untuk mengelak kerja, so, bagaimana pulak nanti kalo kita berbisnes sendiri, "sendiri makan pengat sendiri lah mau ingat".



Tip #4 Didik diri anda dalam kerjaya yang dipilih

Didik diri kita bagaimana untuk menjadi usahawan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis luaran dan dalaman, ini pesanan daripada cikgu bisnes saya, kiranya, kita perlu lah mencontohi mentor kita, dalam berbisnes, sebab tulah mereka-mereka yang berjaya kata, kalo nak mencari mentor tu, biarlah beliau tu memang betul-betul berada didalam niche perniagaan kita, jadi sekurang-kurangnya beliau tau, apa yang perlu dilakukan bila ada situasi yang agak mengetatkan diri kita. Tak rugi kita cari mentor kita yang boleh membantu, dan pastikan mentor kita tu, memang telah terbukti kejayaannya....



Tip #5 Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis

Dari segi undang-undang, janji lisan juga satu perjanjian. Tetapi, jika timbul masalah pelanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya. So, korang fikir lah sendiri, jadi nak ke tidak, semua perjanjian dunia yang dibuatnya tu mesti dibuktikan dengan perjanjian bertulis tau.



Tip #6 Berhati-hati bila bekerjasana dengan sesiapa

Ohh, point yang ni saya tak mampu nak berkata-kata, sebabnya belum pernah pulak alami, tapi, kalo korang rajin dan belik kes-kes kat surat khabar tu, banyak gak kes pecah amanah yang dilakukan oleh orang dalam syarikat, betul tak, so, cikgu bisnes saya kata, rakan kongsi tu perjanjiannya mesti ada hitam putih, pilih rakan kongsi yang benar-benar kita percaya, sungguhpun mereka adalah saudara mara kita, jangan nanti kita pulak tersentak gara-gara pecah amanah dikalangan keluarga dalam bisnes kita tu.

"Sediakan payung sebelum hujan ya"




Tip #7 Berseronoklah

Berseronok dalam istilah mengikut agama lah ya, sungguhpun kita berjaya nanti, jagan lupa pada perkara yang wajib, solat 5 waktu, tambahkan solat sunat duha, lepas tu jangan lupa bersedekah, dan selawat kepada Rasullah, itulah yang selalu cikgu bisnes saya ajarkan, kerap kali kot, kalo pergi seminarnya, beliau akan minta kita selalu bersyukur, dan perlu rajin berselawat, 1 hari kena selawat 1000 kali, dan Istighfar 100 kali, diulangi setiap hari, lepas tu kalo rasa ada extra dan berkemampuan sikit, belilah barang apa yang kita idamkan selama ini, tak salah pun.


Semoga anda dan saya, "Kaya dan berjaya", okay, itu saja perkongsian saya untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan ni, semoga tip ini ada manfaatnya.


Jika anda masih mencari plan insurans yang terbaik untuk pendidikan anak anda, jangan tak pilih sspn-I Plus, hanya serendah RM 30, mugkin menjadi kemudahan untuk mereka ketika ingin melangkah ke Universiti. 

Temui dan bersembang dengan pakar perancang kewangan anda jika terdapat kekeliruan di 0182838810


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com