Benda yang paling menyeronakkan untuk kehidupan di dunia ini adalah mencapai segala apa yang kita idamkan...Betul ke?
"Duit adalah Raja, tetapi itu bagi mereka yang pandang duit adalah segala-galanya, untuk mereka yang pandang duit bukan jaminan untuk segala-galanya, dialah yang akan terus bahagia didunia dan akhirat"
"Seronok untuk sementara kot, tapi kekalnya entahlah!"
Hai pembaca yang budiman, terima kasih sudi melepak kat blog keladi ni, salam sejahtera sebagai pembuka bicara.
Korang bukan apa, zaman sekarang ni manusia telah menjadi hamba untuk duit, mana tak nya, rata-rata manusia sekarang ni, sanggup buat apa saja gara-gara untuk mencapai tahap kewangan yang lebih selesa, kiranya sekarang ni kalo kita bergelar jutawan, kita lah yang akan dipandang tinggi sungguhpun hakikatnya, cara dan taktik kita mendapatkannya, memang begitu teruk.
Betul ke tidak statement membunuh saya tu?
Alah, tak usah korang nak mencantas kata-kata saya tu, tengok jelah diri sendiri, adakah kita takut apabila tetiba jer, syarikat yang kita kerja tu ada VSS, ( Voluntary Separation Scheme)?, berani ke kata tidak untuk zaman sekarang yang nak cari kerja memang payah, #letak tangan didada, mata keatas... tambah pulak dengan persaigan yang entah berapa juta. senang cerita, kita takut kot, tak boleh servive, maklumlah, selalu jer hidup selesa, tetiba kena pulak terminate, mak aii!! pening kepala pulak nanti, mana nak bayar hutang, hutang pulak bukan jenis ikan bilis punya level, ni yang nak diselesaikan hutang tahap ikan paus, so, terus sakit kepala, belum tambah perbelanjaan, untuk makanan lagi, tambah pulak kalo ada anak yang sedang bersekolah, hermmm, tarik nafas lah sepanjang-panjang yang boleh, lepas tu, hembus je, tak kan adanya duit berlepuk jatuh dari langit.
So, nak pendekkan cerita, adalah memang zaman sekarang ni duit adalah raja kita, segala-galanya perlukan duit, maka, kita terus terhimpit gara-gara duit yang semakin hari semakin kecil.
![]() |
Adakah duit ni menjadi punca segala kejahatan yang berlaku kat dunia ini? |
Itu sebabnya perlu ada perancangan untuk kewangan kita, sebabnya, tahun 2016, kita mugkin boleh kata, gaji RM 3000 adalah miskin di bandar, bagaimana pulak nanti kita hidup pada tahun 2020, yang kononnya, Malaysia ni mencapai taraf negara maju, tentulah, yang RM3000 pada tahun 2016 ni tak sama nilainya ketika itu, entah-entah orang yang gaji macam tu langsung tak boleh nak hidup dalam keseronokkan dan keselesaan, malah mugkin ia dikategorikan sebagai Papa kerdana Bandar, ketika itu.
Hermmm, entahlah perlu ke salah kan PM, gara-gara apa yang berlaku kepada kita ni!!!
Berbalik kepada perkara yang saya nak share adalah, Duit adalah Raja, tetapi itu bagi mereka yang pandang duit adalah segala-galanya, untuk mereka yang pandang duit bukan jaminan untuk segala-galanya, dialah yang akan terus bahagia didunia dan akhirat. "betul ke idak!!!" Sebabnya, duit tu sebenarnya adalah alat untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian kita, kiranya, maksud saya, tak semestinya orang yang tak berduit tu tak boleh hidup, tengok jer lah, zaman nenak moyang kita dulu, time zaman jepun datang serbu ke Tanah Melayu, mereka boleh jer, hidup dengan hanya makan ubi kayu, kiraya sampai bengkak-bengkak kaki, korang tengok, ada ke mereka kisah masalah tentang tak ada duit dan tak dapat nak meneruskan perjalanan hidup?, tak payah nak menidakkan.
So, ayat dalam perenggan atas nampak menipu ke?, mugkin ada yang sangkal tentang pernyataan ayat saya tu, suara biawak tu berkata, "itu dulu zaman tok kaduk yang langsung tak ada pembangunan, manusia pulak tak kisah makan ubi keladek dan keladi, mana mugkin nak sama dengan zaman sekarang, bangun-bangun jer, nampak keju, hotdog, tak pun chicken chop kat depan mata, jadi, boleh ker, kita tukar yang benda-benda tu kepada ubi or keledek??", erhmmm, entah lah labi, selagi engkau masih menggap duit adalah raja, engkau akan terus menjadi cuak dengan keadaan yang berlaku sekarang ni.
"Whatever lah, yang suara sumbang dan mambang kalo diajak berkelahi, memang dia jer no 1!", yang saya nak tegaskan adalah Duit tu memang masih menjadi kepentingan untuk kita menjalani kehidupan di zaman ini, tetapi, kita masih boleh merancang dan menguruskan duit dengan baik, dan dengan duit jugak, mugkin kita akan menjadi manusia yang berjaya dan di pandang mulia bukan saja disisi manusia tetapi yang lebih penting disisi Sang Pencipta, dengan hasil dan pengorbanan harta yang kita gunakan tu.
Amacam, ada yang masih nak berkelahi?
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Tak payah bising-bising, yang penting, anda hanya perlu uruskan duit yang anda terima dengan baik, rancang dan terus merancang, terutamanya bab pendidikan ni, maklumlah sekarang ni nak masuk U ke, kolej ker, semua nak kena Petty!!, kalo tak cukup petty confirm terpaksa buat pinjaman, nak ke tidak terpaksa lah kena ambik jugak, lepas tu, merana lah diri, dah lah, kerja jadi pencacai, gaji tak sepadan dengan kelayakan akedemik, nak bayar hutang kereta lagi, nak makan lagi, lepas tu fikir pulak masalah hutang Pinjaman!!, ermmm, apa yang berlaku, ni semua benda yang terjadi kat diri saya, kalo lah dulu-dulu time saya kecik-kecik ada SSPN-i Plus kan bagus, ringan sikit kot bebanan yang harus ku tanggung untuk bayaran PTPTN, semua tu tak akan berulang lagi, yang pasti dan akan datang Tolong pilih SSPN-i Plus untuk menjamin anak-anak kita supaya tak terjadi apa yang kita lalui sekarang ini...... Amacam ada berani nak sahut!!!!
Ayaiooo!!, rasa macam nak membebel pajang gila pulak!", tapi confirm lepas ni www.keladionline.com kena banned..
Okaylah, korang, sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya, semua pilih ada ditangan masing-masing, siapa yang bijak mengurus kewangannya, maka dialah Raja untuk duitnya tu.
Saya kongsikan secara ringkas Langkah menguruskan kewangan dengan bijik dan sistematik, perkongsian ini dipetik daripada blog www.pakdi.net (8 Langkah menguruskan kewangan dengan bijak dan sistematik)
- Mempunyai matlamat kewangan yang jelas -
- Mempunyai sumbar pendapatan yang mencukupi -
- Simpan sebelum belaja
- Berbelanja dengan bijik
- Menguruskan risiko kewangan
- Membayar zakat ( .....cukai)
- Membuat pelaburan yang bijak
- Membahagikan harta
Wasalam...
No comments:
Post a Comment