"Banyak isu-isu pembuangan kerja sekarang ni kan!", tadi saya baru baca kat laman mforum.cari tentang Petronas mugkin akan mengurangkan pekerja lagi akibat harga Minyak kekal rendah - isu pada 21 sept. 2016, okay nampak macam tak ada apa-apa yang menarik, isu klise dan tak payah nak diperbesarkan.
Tapi, isu ini jugak melibatkan periuk nasik manusia yang entah berapa ribu akan menanggung kesannya!!!
Hello, salam sejahtera untuk pembacaku yang budiman, dan salam untuk saudara-saudaraku yang sudi melepak kejap kat blog keladi ini.
Macam biasalah, blog ini bukan untuk bergossip, berprovokasi, menyebarkan fitnah @ tomahan kak Yam, jauh sekali blog ini berbentuk politik berat sbelah yang entah bila ada nokta nya, dan yang pasti blog keladi ni adalah hanya perkongsian dari hati terus ke mata anda.
Baiklah, awal-awal tadi saya tersentuh pasal Petronas yang akan membuang entah berapa ramai pekerjanya akibat minyak masih kekal rendah. lepas tu tajuk entri ini pulak "Kenapa kita perlu ada insurans", nampak jauh berbeza pulak dengan apa yang saya nak kongsi kepada anda. Jangan keliru erk, sebabnya, kalo dah ramai yang susah nak dapat kerja, lepas tu kena buang pulak kerja, maka, sudah tentu orang yang jual insurans tu, tak boleh buat sell gila-gila mencanak. Alamak kesiannya....
Melalui pengalaman sayalah, Insurans tak akan dipandang ketika kesihatan kita stabil, kes ini untuk insurans diri tau, Jangan mencelah pulak kata Insurans Kenderaan itu bukan insurans ker, okay, yang jadi masalahnya, tahap kesedaraan kita ini tentang kepentingan insuran, agak kurang ler, memang kita kata insurans tu penting sangat beb, tapi bagaimana pulak komitmen kita terhadap pembayaran pulak, tambah nanti, ekonomi dah terhempit, dalam pada kita berselesa dengan kehidupan sekarang, tetiba kena terminate kerja, so, tentulah kena berkira dalam urusan perbelanjaan, duit pulak dah tak cukup, confirmlah, benda yang harus di buang dalam list perbelanjaan kita adalah Insurans. Betul ker!!, yup, itu satu realiti bukan nak dibuat-buat ya.
Saya bukan nak mengajak anda untuk pilih mana-mana plan insurans yang bersesuai, tetapi ia sekali lagi saya tegaskan, ini adalah perkongsian dari hati terus ke mata anda, dan jangan kata saya ni seorang penjual insurans ya, kemudiannya jangan fikir beban sangat untuk setia dengan plan insuran anda tu tetapi biarlah anda berazam untuk terus kekalkan dengan plan dan bayaraan insurans anda tau, walaupun terhimpit dengan sebarang keadaan ekonomi yang meruncing, jangan cuba-cuba, buang pulak list perbelanjaan anda untuk Insurans. Sayang dek non, duit tak di pulang balik nanti.
Okaylah saya tak nak cakap lebih-lebih pasal insurans ni nanti takut ada yang menyampah pulak, maklumlah, saya gak selalu terima telefon daripada pihak entah apa-apa insurans, kadang-kala naik menyampah pun ada, macam memaksa kot, itu yang membuatkan orang memandang teruk pada perunding polisi insurans ni, seolah-olah pekerjaan ni, sama jer macam makcik-makcik yang menjual bedak sejuk, padahal, Perunding polisi insurans ini sepatutnya membantu dan memberi penerangan sejelas-jelasnya tentang faedah yang akan pelanggan kita terima, berserta menunjukkan sikap yang lebih profesional. Betul tak!!!, ini tak, cara penerangan pulak dah kalam kabut, nak pulak memaksa orang untuk membeli insurans, confirm taklah jawabnya,
So, sendiri makan pengat sendiri mau ingat ya, jangan hanya nak kejar target customer, korang pulak terlupa tentang etika dan tanggungjawab anda sebagai perunding polisi insurans.
Berbalik pada perkara tajuk tadi, Kenapa kita perlu ada Insurans?, Korang rasa apa jawapannya erk, insurans yang saya maksudkan adalah Insurans diri/ Nyawa tau, bukan insurans kenderaan korang tu. Mesti ada yang bagi jawapan insurans ini saling tak tumpah macam buang duit jer pada benda-benda yang tak penting, nampak macam membazir, tapi nanti bila dah tergolek kat tengah jalan tu, perlu pulak nak buat pembendahan lah, rawatan susulan lah, entah macam-macam operation, barulah rasa susah nak cari petty untuk tanggung kos rawatan tu nanti. So, korang nak kata lagi ke, yang insurans ini adalah salah satu yang membazirkan duit.
Entahlah. sebenarnya realiti saya dulu memang macam tu, rasa sayang sangat duit nak labur setiap bulan RM 150 semata-mata untuk insurans, maklumlah, kita bayar, bayar dan terus bayar, lepas tu entah macam tak de apa-apa lak, takkan nak cederakan diri kot, tak pun tak kan nak upah orang untuk cederakan kita kot, yang paling menyampah pulak, si ejen insurans tu, time nak minta kita beli plan insuransnya, cakap punyalah lembut, janji tu punyalah melangit sampi bulan dan bintang, tapi lepas tu hermmm, hampeh, tanya tu, tanya ini, asik kata ia adalah apa yang korang pilih, hello, engkau nak membantu orang kan, dan engkau tu wakil untuk syarikat yang korang kerja, so, cubalah sedaya upaya bantu apa yang costumer korang keliru tu...jadi macam mana nak pujuk supaya mereka semua percaya yang insurans ini benar-benar penting untuk kita semua!!!
So, Kenapa kita perlu ada Insurans :-
Amacam!!, adakah kita perlu ada Perlindungan Insurans untuk diri, dan keluarga,
"siapa makan pengat, sendiri mau ingat"
![]() |
Pelindungan Insurans ada jawapannya |
- Persiapan jika ditimpa musibah : Biasalah kita kan kalo dah terhantuk baru nak terngadah, dah kena baru tau sakitnya, so, sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya.
- Ambilan insurans ketika muda dan sihat, nanti dapat pulangan yang tinggi apabila tempoh matang insurans tersebut : Kiranya jika muda-muda dah ada plan insurans dan konsisten pembayarannya, maka tak lah jadi masalah, bayaran caruman pun akan rendah lah, tapi yang jadi masalah adalah pada mereka-mereka yang dah terlebih usia dan dapat penyakit, baru tersedar, yang insurans tu penting. Memang lah nilai bayaran bulanan tu tinggi kot.
- Jadi simpanan masa depan selepas pencen : "Ohhh, yang ini sangat-sangat setuju, nak mengharapkan KWSP, memang tak lah, sebabnya manalah cukup, kos hidup semakin tinggi yop!", so, kena lah ada backup plan untuk simpanan kita ni, korang jangan keliru lak, ya, ( pelaburan insurans ini bukannya sepenuhnya duit yang kita bayar tu untuk tujuan pelaburan, tetapi hanya beberapa percent jer, tapi sekurang-kurangnya ada gak kan.)
- Kos pendidikan semakin tinggi, anak perlukan Insurans untuk meringankan kos tersebut : Sangat sangat suka, betul tu, sekarang ni keadaan makin mendesak, menyesal dulu kecik-kecik tak plan betul-betul kewangan, susah sangat, sampai sekarang terima kesannya, ( bersedih dalam riang), tapi tu semua sudah berlalu, kini kitalah yang menjadi perancangan untuk anak-anak kita, so, jangan biarkan mereka merana nanti. Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!
- Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekirannya kita meninggal dunia : Betul, betul, betul, bayangkan kita ni ketua untuk keluarga, kita bekerja untuk keluarga, kita lah sumber kewangan untuk keluarga, kalolah kita meninggal nanti, ada ker, bekalan sedikit untuk mereka tu.
- Insurans kesihatan perlu untuk menapung kos perubatan dan rawatan sekiranya dimasukkan ke hospital : Okay, yang ini tak payah nak disangkal, sebenarnya inilah sebabnya kita mengambil insurans, kos perubatan sekarang ni, bukanlah murah, kita pulak bukannya tau, jika musibah menimpa jadi jangan rasa hidup terlalu baik, entah esok atau lusa, siapa tau keadaan kesihatan anda.
Amacam!!, adakah kita perlu ada Perlindungan Insurans untuk diri, dan keluarga,
"siapa makan pengat, sendiri mau ingat"
Dapatkan bantuan daripada Pakar Insurans anda Call/whatsapp : 0182838810

No comments:
Post a Comment