Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?

Sungguh cepat waktu berlalu, diam tak diam sudah hampir 9 bulan kita melalui tahun 2016 ni, kirannya hampir nak masuk ke tahun 2017 lagi 3 bulan jer, hermmm, raya aidilfitri dah lepas,  lepas tu, raya korban pun dah selesai, segala daging yang enak dan empok tu, dah habis dicerna kat dalam perut kot, lepas ni cuma tunggu untuk menumpang cuti Public bagi perayaan depavali dan Hari Natal, yahoo... cuti lagi...kemudian macam biasa menjerit untuk sahut,  selamat bertambah usia kita untuk tahun hadapan. Yang kononnya berazam tu, dah tertunai ker azam korang?

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Alamak panjang pulak saya membuka bicara kat dalam blog ni, maklumlah selalu sape pembaca dengan salam sejahtera, tapi kali ini, untuk entry ini, tetiba lak membebel pasal hari yang semakin cepat perjalanannya, maka diriku ini pulak sudah semakin tua lah nampak gayanya kan.

Salam sejahtera kepada pembaca blogku yang budimana, terima kasih kerana anda sudi bersantai sekejap kat blog keladi ku ini.

Okey, untuk entry ini, saya nak ceritalah tentang Simpanan Shariah KWSP tu, ni bukan nak mengorek atau nak buat promo gila-gila untuk mengajak korang bertukar daripada simpanan konvesional kepada simpanan shariah, tapi saya cuma nak berkongsi sedikit pemahaman kita tentang simpanan shariah ni.

Asal kata Shariah jer, mesti lah islamik kan...kirannya tak ada yang diragui, atau senang cerita bila mati nanti tak lah banyak soalannya nanti, selamat diriku dari ditanya yang bukan-bukan oleh para malaikat.

Pertama : Mula-mula, macam biasalah pihak KWSP tu buat pengumuman yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyediakan simpanan dalam bentuk shariah untuk ahli-ahli pencarumnya, kiranya tarikh keramat yang akan menjadi gila untuk mereka-mereka yang memang menanti simpanan mereka dalam bentuk shariah ditukar akan menyerbu cawangan-cawangan KWSP pada 8.8.2016....padahal tak payah berebut-rebut pun, waktu saya buat pun time tu lepas raya haji, alah, alang-alang bercuti tu baik saya setle kan, so, sekejap jer, prosesnya, tak de lah sampai nak beratur, tapi sekarang ni tak tau lah yang kuota sebanyak RM 100 bilion tu dah habis ke tak, jadi bagi mereka yang berminat tu, cepat-cepat ke cawangan KWSP yang berdekatan sebelum 23 Disember nie, moga-moga duit simpanan kita di KWSP pada tahun akan datang tiada unsur-unsur yang diragui dalam pelaburannya.

Kedua : Pengetahuan tentang simpanan shariah ni kurang kot, maklumlah selama ni saya ni asyik syok jer tengok dividen tinggi, lepas tu cek pulak akaun KWSP, hihihi mak aii, banyak nya simpanan aku tu!!, siap boleh guna akaun 2 untuk pendahuluan rumah kot!!  tapi sebenarnya masih kabur,  dan terus tertanya-tanya, bagaimanalah sebenarnya yang pihak KWSP tu buat kat duit-duit simpanan kita tu sehingga boleh ahli pencarumnya menerima dividen yang tak kurang baiknya. Betulkan?, korang ada rasa sangsi tak bab-bab duit simpanan yang di rolling balik untuk tujuan pelaburan tu, mana tak nya kan, entah-entah depa duk laburkan kat operasi perjudian ke, tak pun benda-benda yang masih menjadi ragu-ragu, memanglah kita tak berasa berdosa, sebabnya kita tak tau apa yang berlaku di sebalik dividen yang kita terima tu, yang harus kita tau dan riang untuk menerima adalah berita tentang dividen? sendiri makan pengat sendiri mau ingat. Okey, akhirnya, pihak-pihak yang bijak dan pandai ini, mugkin telah mengubah atau memberi kemudahan untuk kita-kita yang kurang arif ini supaya mengubah, yang selama ini simpanan dan pelaburan kita di KWSP tu berbentuk Konvesional kepada Shariah. Maka tahun 2017 nanti adalah tahun KWSP bereksperimen untuk mereka yang telah bertukar kepada simpanan shariah, so, korang jangan ngada-ngada untuk tukar pulak kepada konvensional setelah akad wakalah telah diterima, #termasuk lah yang menulis artikel ini, tapi yang pasti kita percaya pada rezeki ALLAH, jika baik jalannya mugkin akan terbuka lebih luas rezeki yang lain. Erkk!!, korang yang masih kekal dalam simpanan berbentuk konvensional tu, jangan lak, tak tidur malam, gara-gara duit simpanan kita tu halal ke tidak, sebabnya, sebelum mereka-mereka beri kat kita, segala proses penyucian tu telah dilaksanakan, seperti pembayaran zakat, so jagan lak kata, duit-duit kita tu haram.

"ada ke dia kata kita tidak boleh sesuka hati buat dengan duit simpanan kita tu, dan bila kita meninggal belum tentu waris kita akan perolehi duit simpanan kita tu, dan kononnya duit-duit kita tu akan diambil oleh badan-badan kebajikan yang telah dipersetujui".

Ketiga : 13 September 2016, Bermula tarikh keramat untuk saya menukar kepada Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah. macam biasalah sebelum saya mengagahkan diri untuk ke pejabat KWSP tu, saya carilah informasi tentang kaedah terbaru simpanan yang diperkenalkan tu, entahlah kan, sejujurnya saya katakan, banyak isi dan maklumat yang blogger-blogger cerita semua macam copy and paste jer, semua isinya sama jer, tak ada yang betul-betul menerangkan apa sebenarnya Simpanan Shariah tu?, mugkin semua orang sudah jelas kot tentang konsep Shariah ni, sebab tu lah, time mula-mula KWSP buka pendaftaran untuk pertukaran tu, ramai gila yang berpusu-pusu ke kauter KWSP sampai sanggup depa beratur panjang kot, time tu juga, waktu petang saya dapat berita melalui whasapp, yang mengatakan, kuota untuk simpanan Shariah tinggal beberapa jer, dan pihak KWSP, akan menutup pendaftaran pada bila-bila masa jer, mulanya saya yang jahil ni buat bodoh jer lah, malas nak ambik pusing, apa yang berlaku tu, maklumlah time cari informasi tentang konsep simpanan baru yang diperkenalkan tu, saya tak jumpa langsung, sebab apa, kita umat islam yang sangat sudah jauh daripada landasan islam yang sebenarnya perlu memilih Konsep Shariah dalam setiap urusan dan pelaburan kita?, so, apa yang berlaku benda-benda macam ni, langsung tak masuk otak, kiranya hati ku ni betul-betul keras kot dengan benda-benda yang konvensional yang selama ini disuapkan dimulut kita. Ayoiii, sudahnya, entah macam mana, iman saya masih kuat, dan cair dengan isu-isu halal dan haram ini, maka kata putus yang harus saya terima, saya tetap dengan pendirian untuk menukar simpanan saya kepada konsep simpanan Shariah. Saya yakin pada janji Allah, setiap rezeki yang diterima mesti dan wajib pilih jika ada pilihan Shariah dalam unit atau pelaburan yang kita sertai atau jalankan.

Keempat :  Setelah berjaya menerima Akad Simpanan Shariah, tetiba jer adalah suara sumbang rakan-rakan yang masih jahil tentang konsep shariah ni, ada ke dia kata kita tidak boleh sesuka hati buat dengan duit simpanan kita tu, dan bila kita meninggal belum tentu waris kita akan perolehi duit simpanan kita tu, dan kononnya duit-duit kita tu akan diambil oleh badan-badan kebajikan yang telah dipersetujui. Hermmmmm, saya pun berfikir semula, mula-mula terasa lak, alamak!!!, habis lah, nanti macam mana tetiba jer aku meninggal, nama-nama yang telah didaftarkan untuk menjadi pewaris, tak boleh buat tuntutan!"....suara biawak dalam diri terus tertanya - tanya, mana mugkin aku tukar semula kepada simpanan konvensional, hermm susahlah macam ni, kenapa puak-puak depa tak explain lebih terang benda-benda macam ni.......lepas tu saya pun kuatkan iman dan terus berdoa, entah macam mana tetiba jer terasa nak menghubungi pihak mufti daripada Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan tu, alhamadulliah, rupaya, konsep simpanan shariah tu adalah wajib kepada orang-orang yang mengaku dirinya islam bukan hanya pada kata-kata sahaja, jadi tidak ada kerugian lah dalam Simpanan Shariah KWSP tu, lepas tu, kita diwajibkan kerana ada alternatif lain, maksudnya, kita ada pilihan untuk mengikut yang mana satu, sama ada patuhi shariah atau sebaliknya, apa yang kawan saya bawak gossip tu, semua datang daripada mereka yang cetek tentang Konsep Shariah dalam urusan pelaburan kita. Mana mugkin pihak KWSP mengambil duit simpanan kita sesuka hati, dan mana boleh mereka sesuka hati menghiraukan tuntutan waris kita nanti, sedangkan memang sah, kita bersetuju untuk menyerahkan kesemua simpanan kita kepada waris yang telah didaftarkan. Betulkan?, jadi dengan niat murni kita untuk mematuhi shariah dalam semua urusan, insyaallah, ada kebaikannya.

Amacam? anda rasa kita patut tak menukar simpanan KWSP ke Konsep yang lebih patuhi Shariah.

Ini sekadar perkongsian saya tentang Simpanan Shariah KWSP, tiada paksaan ataupun promosi dalam menarik orang ramai untuk terus memilih konsep yang lebih islamik dalam urusan kehidupan kita, maklumlah, dunia ni sementara je, yang akan kekal selama-lamanya adalah akhirat, dan satu lagi kat akhirat ni, tak ada guna duit tau dalam urusan kehidupan nanti, cuma yang ada adalah amalan kita, mugkin juga apa yang kita buat ni langsung tidak membawa keuntungan lebih kepada simpanan kita tu, tapi yang pasti, keuntungan yang pastinya berlipat kali ganda yang akan kita terima adalah di akhirat nanti. "sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah".

Bawah ni saya sertakan keratan daripada pihak KWSP tentang Simpanan Konsep Shariah ni, kalo anda nak tau lebih lanjut klik disini, Say.com  

dan nasihat saya, jangan dengar sangat kata rakan-rakan, mereka juga cetek ilmu macam kita, so, terus jer ke kaunter KWSP, tanya orang yang lebih arif, lepas tu pilihan kita sendiri samaada nak ikut atau tidak.

Wasalam.

Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?
Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?

Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?
Kenapa perlu memilih Simpanan Shariah untuk KWSP ?




                    




Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com