KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016
30 September - 2 Oktober 2016 (PWTC)
Jangan ketinggalan, sila klik disini jika belum mendaftar.
Kena pergi ker?
Patut pergi ker?
Wajib Pergi ker?
Jangan nak bodoh sombong tak tentu pasal, penat-penat Persatuan Usahawan Internet Malaysia ni mengerakkan Konvensyen Usahawan Online bagi tahun 2016, yang kita ni pulak baru nak merangkak dalam dunia perniagaan online pandang sebelah mata jer program macam tu..."aiyooo jangan jadi sombong bodoh ya!"...pakat mai ramai-ramai kita serbu majlis ini, yang dah daftar tu, kita geng!!! moga-moga kita mendapat maafat yang sememangnya sangat berguna untuk kita ketika berniaga online nanti.
Bukan senang dek oi, depa team-team yang memang struggle untuk mengumpul pakar-pakar industri internet ni, yang akan berhimpun untuk 2 hari tu, hujung minggu ini, ( kalo korang baca entry ini, selepas 2 Oktober, hai hai bye bye lah ya) katanya nanti kita boleh belajar dan mengumpul pelbagai ilmu bersama dengan mentor yang rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot, search je namanya kat pakcik google, confirm keluar berserta dengan ilmu dan kitab-kitab hebatnya tu. Hello, 43 mentor uolsss, engkau mampu ker, so, yang tengah berkira-kira nak pergi tu, tak payah berfikir, korang bayar RM 50, untuk seorang peserta, nanti katanya dapat domain percuma. wahhh!!! untung beb, tapi ada gak pakej berkelompok, korang klik kat sini, yang pasti, tak sampai beribu-ribu erk, dan tak payah nak bajet sangat untuk bayar, hanya relaks kan diri untuk join ke Konvensyen ni.
Okay, saya tak nak cakap lebih-lebih pasal korang nak pergi ke tidak, faham-faham sendirilah ya, kalo cerita banyak pun, bukannya saya dapat apa-apa pun daripada PUIM, tapi atas dasar ahli kepada persatuan ini, saya mesti mengajak jugak korang untuk datang ke konvensyen ini. so, nak tau apa yang korang pasti akan dapat nanti tentulah jumpa pakwe-pakwe yang hebat dalam dunia perniagaan online Malaysia ni, seperti Tuan Irfan Khairi, Sifu Jamal, lepas tu ada Sufian Salahudin, tapi yang benar-benar saya nak jumpa dan belajar dengan beliau tentunya Tuan Aqif Azizan, dulu memang pernahlah jumpa time Sepetang bersama blogger anjuran Denaihati, tapi macam tak puas pulak dengar apa yang dia share time tu, tapi harap hujung minggu ni di akan share, lebih dan lebih, "wahhh sudah tentu yo!!!" katanya tajuk untuk beliau nanti adalah "Seni mengayat duit", wahhh, lagi lah gua jadi gila beb, macam tak sabar pulak nak hari sabtu. Rugi dek oi kalo tak pergi.
Kemudiannya, sambung untuk nama mentor yang akan ada di PWTC nanti, korang boleh baca sendiri di Enterwip.my, kalo nak saya storykan latar belakang mereka, memang tak habis kot, siap boleh buka satu lagi blog khusus untuk cerita jer pasal mereka-mereka ni, so korang klik jer lah sendiri ya. apa yang saya nak kata korang mesti kena pergi ke Konvensyen Usahawan Online 2016 di PWTC tu.
Jom kita skodeng aktiviti dan acara yang akan berlangsung nanti, AWAS ya, jika anda masih meragui, ....
![]() |
KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016 |
Amacam korang rasa teruja tak?
yang kat bawah ni, jadual mengikut bilik, saya pun tak dapat nak gambarkan macam mana keadaannya tu, tapi nanti kita tegok jerlah kat dewan PWTC tu, makin tak sabar lak nak ke Konvensyen ni.
Teruja!!!!!
Memang kena teruja uolssss, harus pergi, yang duk tercongok-congok tu, nak tunggu apa lagi, korang klik jer kat sini untuk terus mendaftar .
Okay lah ya, untuk perenggan yang last ni, saya copy and paste daripada website PUIM, bagi korang-korang yang masih blur tentang Tujuan Konvensyen ini dianjurkan, moga kita sama-sama dapat manfaatnya.
Terima Kasih Persatuan Usahawan Internet Malaysia, yang mengerakkannya dan tak terlepas juga untuk Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Giat Mara, korang punya team memang terbaik kerana sanggup menyediakan peruntukan untuk konvensyen ini, tak ketinggalan juga, untuk pihak-pihak yang turut bekerjasama dalam Konvensyen ini, uolsss memang terbaik noks....untuk Mentor hatiku yang hadir nanti, jangan kedekut sangat ilmu mu tu, pastikan kami balik penuh ilmu di dada nanti sampai tak sabar nak gunakannnya.
"Konvensyen Usahawan Internet 2016 (eNTERWIP) akan dilangsungkan pada 1-2 Oktober 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Program ini disusun khas dan teliti dengan sasaran output & outcome terancang.
43 orang mentor yang terdiri daripada usahawan online yang sudah berada dalam industry serta mempunyai rekod perniagaan online yang cemerlang dipilih untuk membantu semua peserta sepanjang program ini. Anda akan dibantu melalui pelbagai sesi mencakupi;
Untuk yang baru nak bermula, program khas My1stBiz disusun untuk anda membina perniagaan pertama anda. Peserta akan disaring dan dipilih untuk sesi ini.
- Perkongsian Tokoh Bisnes Online
- Breakout Class
- Bengkel Advance
- Klinik Biz Online
Lebih komprehensif, sesi tahun ini melibatkan penyertaan langsung pihak-pihak berwajib, sektor kewangan dan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) bagi memberikan ‘roadmap’ yang jelas kepada setiap peserta. Peserta akan ditunjukkan cara berniaga online yang sebenar mematuhi akta dan undang-undang sedia ada sekaligus meletakkan perniagaan mereka nantinya akan mudah untuk dikembangkan.
Bagi yang sudah lama bermula dalam perniagaan online, anda ada pilihan untuk menyertai Bengkel Advance atau terus berjumpa dengan mentor perniagaan online melalui sesi Klinik. Ceritakan masalah perniagaan anda untuk mentor berikan penyelesaian. Anggap sahaja mereka ini ‘doktor pakar’ atas keilmuan dan pengalaman mereka.
Juga ditambah dengan ‘dropship market’ untuk peserta mencari produk untuk diniagakan secara online. Jadi taka da lagi keluhan tak tahu nak jual apa! Untuk Owner produk juga, program ini bakal menemukan anda dengan bakal agen anda!
Komprehensif dan berimpak tinggi!
Jumpa anda nanti di sesi eNTERWIP. Pastikan anda jawab soalan selepas ini dengan teliti kerana jawapan anda akan dinilai untuk cadangan kelas/klinik/bengkel yang anda boleh ikuti."
Jika anda masih mencari plan insurans yang terbaik untuk pendidikan anak anda, jangan tak pilih sspn-I Plus, hanya serendah RM 30, mugkin menjadi kemudahan untuk mereka ketika ingin melangkah ke Universiti.
Temui dan bersembang dengan pakar perancang kewangan anda jika terdapat kekeliruan di 0182838810
No comments:
Post a Comment