Pembongkaran Penipuan Azizan Osman


Selepas kenyataan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Universiti Malaya ( UM) berkaitan Ijazah Doktor Kehormat dalam Keusahawanan En Azizan Osman, tidak pernah dianugerahkan kepada beliau, rata-rata netizan terus menghentam membabi buta, mengutuk dan ada juga yang sentiasa menyokong Jurulatih Kejayaan #1 Asia ni.

Pembongkaran Penipuan Azizan Osman
Azizan Osman


"Alamak, sifu bisnesku telah kantoi, macam mana boleh jadi begini, wahai cikgu ku, ni mesti silap langkah kot!". 

Hai  kepada pembaca blogku yang budiman, thnks ya, kerana terus membaca blogku yang tak seberapa ini, entri yang dikongsikan adalah daripada sudut pandangan peribadi, tiada kaitan langsung dengan perasaan yang nak memecah belahkan keadaan.

Okay, sejujurnya daripada hati naluri ku ingin berkata bahawasnya, itu semua adalah salah satu teknik marketing yang dilakukan oleh seorang yang cukup berpengalaman daripada bidang pemasaran. Betul!!!, dalam bidang perniagaan ni, memang kita tak akan lari daripada melakukan tindakan yang dianggap bodoh, biasalah orang kata nak hidupkan jadi pandai-pandai lah cari peluang. alah, korang tengok jer lah, sekarang ni, tak payah nak melalak macam anjing kelaparan, ijazah palsu ni berlambak-lambak lah, kalo korang rasa nak high kan karismatik korang, atau nak dipandang high level beli jelah, lepas tu letak lah title kat belakang atau depan nama korang, pasti orang akan pandang, wahh!! hebatnya dia tu!' so, korang sendiri ingat jer lah, nak-nak orang yang berpengaruh macam En Azizan Osman tu, tambahan pulak dia tu jurulatih untuk orang-orang yang nak jadi jutawan, mestilah nak kena ada tahap yang master dan kononnya memang sah dianugerahkan kepada beliau....krik!! krik!!krik, tapi hakikatnya, palsu dek non..ayoii, sudah kantoi kah,

Saya ni, bercakap bukan sengaja nak jatuhkan tahap kemampuan cikgu bisnes saya tu, Yup betul, saya cuma ikuti beliau, melalui Youtube, saya tonton beliau setiap pagi di Youtube, memang En Azizan ni, tak lokek ilmu, dia ni dikira memang terbaik, yelah, mana taknya sanggup menyediakan bahan dan ilmu yang sememangnya diperlukan oleh orang-orang macam saya ni, jadi bagi saya dia walaupun nanti pendidikan beliau diragui dan dipertikaikan, dia langsung tak kisah sebabnya, mugkinlah kini, senarai dan barisan jutawan yang lahir daripada idea-idea hebat beliau, mencecah ratusan ribu kot. jadi korang yang gila-gila kutuk dia tu, tak payah lah, sebabnya, cuba tengok korang pun duit kat bank tu, setakat simpanan ada 2k or 3k lupakan saja, kalo korang nak perli dia. Tapi Awas ya, mugkin ada yang ingin mengikuti krusus dan seminar beliau secara tahap master, 3 hari 2 Malam, korang kena sediakan duit beribu-ribu, mengikut pakej yang telah disediakan olehnya. Mampu ker, bagi saya memang tak mampu dek oi, baru nak start berniaga kot, takkan nak invest pada seminar macam tu, hanya mampu tonton youtube jer, dan saya nak kata itulah teknik marketing beliau, jadi sah-sah, bila ada title Ijazah Doktor Kehormat yang boleh dia letak DR. dihadapan namanya, baru lah orang lebih mempercayai ilmu-ilmu mahalnya tu.

Aduh, cikgu bisnes ku, pesananmu sentiasa akan ku ingat, Fast Action Fast Result, korang yang masih tak paham tu, jangan lupa ikuti semua video-video beliau kat Youtube tu, tak pun kalo korang rasa nak jumpa sangat En Azizan ni, jangan lupa join krusus beliau yang eklusif sangat tu, barulah ada class, sebab DR yang mengajarkan, erk!!, kejap, Cikgu bisnes saya ni selalu berpesan, kalo kita nak berjaya dengan cepat, perlu ada Mentor, dan Mentor kita tu mestilah terbukti kejayaan nya, dan mesti ada result, mudah nak cerita, kalo korang yang sedang ambik Degree kat Uni sekarang ni, cuba tanya Pensyarah bisnes korang, mereka tu berniaga ke tidak, so, kalo diorang kata dia cuma mengajar dan tak ada bisnes pun, itu pun boleh dikira Menipu, dan cuba memanipulasikan keadaan. Amacam ada berani ker nak tanya!!, ehmmmm, dunia akhir zaman macam tulah nak hidup, orang yang jujur memang susah nak hidup kot, terpaksa juga buat-buat bohong, nanti jujur sangat pun lain pulak jadinya, jadi sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya, sekrang ni yang pasti, tahap pendidikan kita setinggi manapun, kalo kita kurang bijak dengan tindakan memang susah lah nak jadi jutawan. alamatnya makan gaji lah sepanjang hidup kita, yang menganggur tu, tunggu je lah korang kerajaan untuk panggil kerja, kan kan kan kan...

Lepas tu, cerita pengalaman saya, memang pernah saya ikut krusus beliau secara live, itu pun ikhsan TV alhijrah yang membawa khas rancangan #hijrahusahawan, secara percuma ketika rakaman dijalankan. Alhamduliah saya ikuti 3 siri rakaman yang dijalankan ditempat yang berlainan. kiranya kalo korang nak tonton siarannya dikaca tv, korang boleh tengok pada pukul 1130 pagi, Jumaat di TV AlHIJRAH, dan siaran ulang pada hari ahad, 0130 petang, itu saja yang saya mampu. okey, saya cerita ni pengalaman saya ke rakaman-rakaman tu, korang dengar tau.


Pembongkaran Penipuan Azizan Osman
Tidak pernah menerima kelulusan seperti yang dicatatkan didalam blog beliau- Palsu

Pengalaman 1

En Azizan Osman ni bijak, entah apa ilmu yang dipakainya, korang yang tak pernah ikuti krusus beliau, mesti akan terkejut, biasanya, majlis-majlis ilmu ni jarang sangat orang nak berebut-rebut tempat, nak-nak saf hadapan, memang terkejut sangat-sangat, waktu first saya join, lepas tu saya berbual-bual lah dengan seorang peserta yang memang fanatik dengan beliau, dan akan attend setiap kali En Azizan Osman ni mengajar, nak dipendakkan cerita, dalam temuramah saya yang seolah-olah macam wartawan ni, dia kata, peserta Dr Azizan ni memang ramai, lepas tu yang datang tu semuanya memang nak sangat perhatian daripada beliau, sebab tulah mereka sanggup berebut saf depan dan lebih fanatik, ada yang sanggup berdiri diatas kerusi, semata-mata ingin menonjolkan dirinya kepada beliau, Haah!! kan, nampak tak!!, korang yang makan pengat sendiri ingat lah, ya. entah apa ilmu @aura yang ada pada beliau sehingga orang-orang sanggup berbuat sebegitu......jawapannya, itulah ilmu marketing oleh seorang yang sememangnya hebat dalam bidang pemasaran.

Pengalaman 2

Dalam dewan tersebut, semua peserta ditunjukkan di skrin besar tentang testimoni-testimoni daripada pelajar-pelajar beliau yang telah berjaya, kiranya setiap video tu akan menunjukkan result pendapatan @ keuntungan yang diperolehi, sebelum mengikut kelas dan selepas mengikuti kelas, mak aii, itulah dia, memang bijak, inilah yang saya respect kat cikgu bisnes saya ni, mana tak ya, orang yang datang tu mugkin kebanyakkan memang sangat dahga kan ilmu berniaga, dan kemudiannnya mereka ni bebenar ingin menjadi jutawan dan tak tau arah mana yang boleh diikuti, jadi dengan paparan yang jelas terbukti Dr Azizan ni mampu membawa orang yang macam saya ni ke arah yang lebih baik #keuntungan berganda,  sudah tentu lah kita akan sanggup bayar, tak kira berapa Mahalnya bayaran yuran tu. Itulah dia ilmu marketing yang bijak daripada sifuku.

Pengalaman 3 

Sepanjang program berlangsung, Dr Azizan ni asik akan menyebut kisah silamnya yang dulu kala, memang dia ni seorang bisnes hunter yang membabi buta, mana taknya, dia selalu kata, yang dia ni dulu berniaga tanpa mentor, jadi dia ni asik langgar dinding jer, kiranya dia ni "try and error". Yang best tau, dia asik kata yang dia ni sangat pandai berbahasa Mandrin dan lepas kejadiannya meminjam along, hutang pulak keliling pinggang, lepas tu, rumah pulak digadaikan , dia ingin berjumpa dengan 3 orang yang sememangnya jutawan untuk mencari ilmu daripada mereka, tetapi, semua tak nak jumpa dia, sehinggalah ada seorang jutawan cina yang rela berjumpa beliau kerana beliau ni pandai berbahasa cina, sebabnya si jutawan cina tu tak pandai bahasa lain. so, dia pesan kat Dr Azizan suruh cari Mentor, sebab dengan Mentor, dia akan membawa kita kejayaan dengan cepat. Memang betu1!!! yang yang dikatanya tu, tapi korang kena ingat ya, yang di cakap tu semuanya teknik marketing yang hebat, kalo korang yang agak tipis ilmunya, mestilah nak Dr Azizan jadi Mentor korang, dan korang pulak akan sanggup bayar beribu-ribu semata-mata untuk dapat perhatian yang lebih daripada beliau, dan lagi untung, bisnes korang ni dapat disebut oleh beliau dihadapan beribu-ribu orang, maka secara Automatiknya, bisnes korang nanti akan naik lah trandingnya...

Pengalaman 4

Nak cerita ke tidak, okay saya cerita lah ya, DR Azizan ni suka kalo dia nak ambik contoh atau pilih peserta untuk bahaan uji kajinya dikalangan mereka yang memang kali pertama attend dia punya seminar tu, sebab nak tunjukkan kat dalam satu dewan yang dia ni memang benar-benar boleh menyelesaikan masalah orang. alah, kita yang baru nak bertatih ni sama jer, kalo orang yang benar-benar Master, tanya kita, sebenarnya apa yang kita nak dengan dia, kita punya jawablah, saya nak ilmu dan aura daripada DOA (singkatan nama Dr Azizan Osman), dan Jawab DOA, korang balik la, sekarang nak ilmu, tak payah susah, kat google tu berlambak-lambak, korang pilih jer. so, kat situ dah terlihat kehebatannya memukau psikologi hadirin dengan ilmu marketingnya, hello siapa yang terikat, maknanya korang memang dah terpukau dengan En Azizan punya ilmu. Lepas tu, dalam pada dia memberi ilmu kepada ribuan penonton tu, memang tak akan terlepas langsung untuk menyuapkan para hadirin dengan video-video testimoni bekas pelajarnya yang telah berjaya meningkatkan untung tu. jadi, ni bertambah-tambah terpukau lah mereka-mereka yang ada didalam dewan tu.

Pengalaman 5

Alah panjang nya, sebenarnya ada banyak lagi saya nak kongsi pengalaman ni, tapi sampai  5 pengalaman je lah ya, okay kalo nak cerita pasal ilmu dan strategi pemasaran Dr Azizan ni, memang banyak, beliau ni banyak sangat idea, lepas tu, Allah kurniakan bakat bercakap untuk beliau, jeng jeng jeng, betul korang, kita kalo tahap PMR JER, tapi kalo cakap dengan yakin dihadapan manusia yang ramai, confirm semua orang akan tunduk. Cuba korang kaji ahli-ahli politik, ada sebahagian mereka tu bukan pandai sangat pun, tapi disebabkan mereka tu pandai mengayat dan mengalunkan setiap kata sehingga boleh membuatkan orang terpersona dan terikut, sudah tentu, korang akan di respect, jadi nak ke tidak, beli je lah Ijazah palsu, lepas tu letak kat depan nama korang, tentu ler, tak akan ada orang pertikaikan, sehingga lah surat rasmi dikelurkan. Jangan Marah Tuan Haji Azizan Osman!!!, dan akhir sekali kalo korang datang ke seminarnya tu, penutupan untuk si Dr Azizan mempromosikan seminar yang mahalnya tu kat korang, ini terpulanglah bagi mereka yang betul-betul nak attend, bagi mereka yang tak nak, tak kisah, korang nak blah jer ker, tapi yang tunggu dan kononnya benar-benar nak, dia akan bagi promosi kat korang tau.

Okey dah habis lima pengalaman yang saya kongsikan kat korang, sekali lagi saya nak kata, Tuan Haji Azizan Osman ni, Cikgu bisnes saya, kepakaran dia memang boleh dibuktikan dengan apa yang sedang beliau lakukan, korang yang asik perli dia tu, boleh ke korang buat, kumpulkan seramai yang boleh dengan yuran yang agak primum dan eklusif, lepas tu, penuntut pulak dengan kerelaan hati sanggup berebut-rebut untuk jadi pelajar yang terbaik dihadapan  Dr Haji Azizan Osman ni, dan yang best, korang memang tak akan tidur pun didalam class dia, so sendiri makan pengat, sendiri mau ingat lah bai!!!!. bagi saya engkau ada tahap pendidikan setinggi mana pun tetapi, engkau tak boleh bagi result dan bukti kejayaan melahirkan beratus orang jutawan, tak payah lah cakap besor....


Oh ya lupa la pulak, Tuan Haji Azizan ni Pemurah orangnya, disetiap seminar beliau, dia akan bagi Percuma Buku dia yang bertajuk "Mudahnya Berniaga", so kalo korang yang tak baca lagi boleh call saya untuk dapatkan buku tersebut dengan bayaran, murah jer....Whastapp saya tau, 0182838810

Lepas tu, dia juga ada tulis beberapa buah buku, korang boleh beli kat bookcafe, klik ( disini ) atau korang terus ke website beliau, sebabnya ada Majalah AO, percuma ( Klik )

Yang nak ikuti seminar beliau, korang klik disini ( Klik)


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com