![]() |
Azizan Osman |
Jika entri yang lepas saya bongkar penipuan Tuan Haji Azizan Osman ni ( Pembongkaran), dan untuk entri ini saya nak share pulak pengalaman Tuan Azizan Osman dalam dunia bisnes, so korang boleh lah buat andaian sendiri berdasarkan bukti yang diberi, moga-moga apa yang saya tuliskan ini memberi prespektif yang positif untuk beliau.
- First time saya "berniaga" adalah jual nasi lemak dan bihun goreng disekolah rendah, sekolah Cina - Darjah 2 ( 1982 )
- "Perniagaan" seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah cina, Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja - 1984
- "Perniagaan" seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR - umur 16 Tahun
- Mula 'Bermain' saham pada umur 17 tahun menggunakan akaun kakak.
- Umur 18 : Ambil Exam insuran dan jadi agen Insuran - tidak pernah close case
- Umur 18 : Jual vacum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat Demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur -duit tak dapat.
- Umur 18 : Jadi broker agen hartanah untuk Raine Home Zaki Partners-1 Biji hartanah pun tidak mampu jual
- Umur 19-22 : Masuk UITM, Segamat. Mula berniaga dalam kolej, Jual nasi Lemak / Nasi Goreng / Bihun / ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/bantal/tempahan fotostat buku/ajar tutorial/ jual handphone ( Handphone baru masuk Malasyia)
- Umur 22-24 : Bermula Kerja dengan Basic RM 1,500 / bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
- umur 24 ( 1998)- 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga : ( Jual kelapa - Gagal ) , Jual sabun basuh baju - Gagal, Jual Produk kesihatan lelaki - Gagal, Agen kontrak pengilang GMP produk kesihatan gagal, Berhutang dengan along/bank -bankrap dan hampir mati
- umur 27 ( 1 Sept. 2001 ): Mula bekeja sebagai trainee door to door Marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC ( 100% komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
- Umur 27 (1 / 9/2001 ) : Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrak dibawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC bank dan kemudian STandard Chartered Bank sehingga kemudian barulah Standard Charted Bank berani buka cawangan di Melaka.
- Umur 28 ( 2002) - Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
- Umur 29 (2003) : Syarikat pemasaran Regal Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik dibawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah "Owner of the year 2003'. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM 15 juta setahun.
- Umur 30 ( 2004 ) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMnet & Celcom.
- Umur 31 ( 2005 ) : Syarikat berkembang ke Pulau Pinang
- Umur 32 ( 2006 ) : Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM 60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
- Umur 33 ( 2007 ) : Prinsipal minta kembali ke KL selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio : TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
- Umur 34 ( 2008 ) : Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independent syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. dan mula establishes syarikat sebagai akredited advertising agency dan marketing consultant firm. dan masih run sehingga hari ini
- Umur 35 ( 2009 ) : Set-up beberapa bauh syarikat lain dibawah richworks group of companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publication Company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca dilaman web richworks
- Umur 41. Kepuasan hari ini Alhamdulliah adalah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online sama ada secara percuma atau berbayar. komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun untuk terus membantu ramai di Malaysia dan misi seterusnya adalah seluruh dunia Insha Allah. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarkallah.
Itu adalah pengalaman yang dilalui oleh beliau sebelum bergelar Jurulatih kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia!, setiap pengalaman yang dilalui akan mematangkan kita untuk tahn seterusnya, "Fast Action, Fast Result".
Sebenarnya nampakkan perjalanan hidup En Azizan ni, kalo kita yang berada dalam situasi yang sama macam dia lalui, entah kita masih bertahan atau pun tidak, tapi biasalah, bila kejayaan tu datang, orang tak akan pandang yang belakang, depa ingat, kita ni mudah jer terima apa yang kita terima hari ini, tengok jer lah, netizen-netizen yang agak lancang kata-katanya mengutuk dan memperli beliau, dulu diorang kata yang si En Azizan ni bukan daripada orang berniaga, dan ada yang mempertikaikan pengalaman beliau mengajar, lepas tu kecoh pula, Ijazah Kehormat Palsu, Dr Azizan, yang pasti itulah realiti dunia perniagaan. So, Sendiri makan pengat sendiri mau ingat lah ya.
"Anda kata saya tidak pernah berbisnes? ha ha ha hah ha.... saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan ( Kata mereka) saya tidak pernah run bisnes"

No comments:
Post a Comment