Orang kata nak letop kan bisnes kita secara gila-gila kena buat apa yang tengah orang guna sekarang ni.
??????. statement yang agak pelik, tapi, tapi, tapi
Zaman sekarang ada banyak gila persaingan tau, dulu saya join dropship untuk produk #nuryasabeuaty, mah syaAllah, hanya dia jer yang tau, memang gila-gila sangat berperang, nak-nak kat fesebuk tu, nak menangis tau, sale tak mencanak pun, akibat kesan yang lambat bertindak, tengok jer lah, berapa juta orang guna Fesebuk untuk berbisnes, yang saya lak baru terkial-kial nak belajor tentang Fbads.
Okay, itu semua dulu-dulu punya, cerita, waima saya lambat belajo tentag Fbads tapi fesebuk masih releven, dan pengikutnya pulak punya lah ramai kot sehingga sekarang ni, gila-gila ramai. Jadi yang kes fbads ni jangan ditinggalkan, kita perlu teruskan gila-gila belajo benda ni.
Sekarang ni,
Jengjengjeng!!!!
Perlu ada strategi baru untuk berperang, maklumlah kalo nak berperang tak boleh nak pakai satu senjata je, perlu banyak-banyakkan senjata. okay, agak kekeringan idea, tapi saya nak share gak, sebab blog ni pun senjata gak untuk berbisnes, alang-alang dah setup banyak-banyak blog, ku tetap akan menulis walaupun kepayahan melanda.
Uolls baca erk, kalo tak baca nanti saya merajuk, #adakukisah
Bisnes tak akan krik! krik! Krik lagi dengan adanya Instagram. betul tak, betul tak, betul tak.
sebabnya kan uollls, Pihak Instagram ni, masih open, kiranya konsep IG ni adalah Gambo, jadi sebanyak mana pun korang tag gambo, kiranya tak ada pun polis IM yang akan tahan korang, tapi kalo gambo tu ala-ala pelakon prono, so korang tau jer lah akibatnya, bukan saja polis IM yang akan tangkap korang, entah2 jabatan islam negeri pun akan saman korang, so, gambar tu biar polite sikit noh, sebab niat kita nak berbisnes aka yang tak bisnes tu pun kena lak jaga-jaga supaya tak ada isu panas yang akan dipaparkan kat surat khabor metro nanti.
Okay Sis/ Bro, tak payah lah saya bercerita panjang berjela sangat, sebab, korang pun rasanya lebih arif pasal IG ni tapi yang saya nak share adalah pasal cara berbisnes menggunakan platform IG.
Sifu pemasaran kata, kat IG ni kita boleh buat sell secara gila-gila aka Hardsell, so kalo rasa tension sangat pasal Fesebuk ad tu dah mahal tapi hasilnya mendukacitakan, dah tiba masanya, kakak-kakak ku dan abg-abagku beralih arah kepada IG.
Terus masuk kepada point yang saya nak jelas kan, ini hanya point jer tau, saja nak share maklumat-maklumat yang sepatutnya memang kita perlu alert sebagai pengusaha bisnes online, dan maklumat ni pulak saya pinjam daripada blog Dr Azizan Osman, so, nak bagi kredit ohsem untuk sifuku itu.
Korang jangan lari, baca sampai habis tau.
CARA PEMASARAN DI INSTAGRAM
- Gambar Berkualiti
Mulakan IG korang dengan picture yang sangat-sangat berkualiti, bukan apa yer kalo IG kita ada picture yang memang menyedapkan mata untuk memandang, maka pemasaran di IG kita akan menjadi lebih efektif dan profesional. setuju ke idak!
Kiranya kita perlu cari idea yang gila-gila hebat #unik bagi menarik ramai follower IG untuk singgah ke IG kita, maklumlah nak jadi viral perlu le lain daripada yang lain erk.
- Biodata dan link
Makesure erk, pastikan korang punya IG tu mempunyai biodata, #saja nak tujuk IG sendiri, okay, kalo IG saya ni, korang tengok jer ya, jgn lupa follow IG ku, #comel&cute Shop, barang-barang yang cute jer tau jual kat sini.
Lps tu, satu lagi rule yang penting sangat dalam IG ni adalah nama mempamerkan produk kita, dan username yg dipilih tu jgn lah terlalu panjang sangat, sehingga mak-mak kita payah nak menyebutnya.
Nama merupakan identiti kepada produk kita, jadi sebolehnya sertakanlah dengan "Tagline" untuk jenama kita tu, dan "Link" perniagaan kita ni ke Facebook atau blog.
- Target Follower
Yang seterusnya, sangat-sangat ler important, yup, kalo IG kita krik krik krik, so, alamatnya, baik kita delete jer acc. IG tu yer,
Jadi, apa yang perlu adalah kumpul seramai yang boleh follower, korang tengok jer lah, dan mugkin diantar follower kita tu adalah prospek yang memang diidamkan selama ini,
Tapi, awas yer, dalam kumpul bebanyak follower, korang kena pastikan , yang follower kita tu adalah target market kita,
- Hastag dan Tagging
Okay untuk point yang ini, saya tak berapa pandai nak cerita, jadi saya copy dan paste jer lah erk, yang pasti korang akan dapat manfaat yer, bak kata sifuku, sesiapa yang dapat manfaat apa yang dipelajari, say "Hi".
Salah satu cara yang berkesan ialah menggunakan "Hastag" (#) dan "tagging". Untuk 'hastag' anda boleh mengambil peluang dengan menggunakan ' hastag' yang popular atau sedang 'trending'.
Ini secara tidak langsung, apabila seseorang klik "hash" tersebut, barangan atau produk anda akan muncul bersama. Tetapi, sila gunkan "hashtag" dengan penuh etika.
Jangan pula anda sibuk nak war-warkan bisnes anda dalam #hashtag yang tak bersesuaian, contoh anda buat posting pasal produk kecantikan, dengan gambar yang ceria dan gembira tapi gunkan #akudalamdilema, kan nampak tak sesuai "sangat".
Tip yang baik : untuk penggunaan 'tagging' pula, anda boleh meminta rakan-rakan anda 'tag' menggunakan produk atau servis yang anda sediakan ( cross tagging)
- Caption yang memukau
Kalo yang ini memang kena ada bab copywriting skill sikit erk, tak yah nak fikir power-power sangat, sebab copywriting yang menarik sebenarnya bukan nak panjang berjela macam tulis kat blog, untuk caption di IG, cuma kita nak terangkan apa sebenarnya yang pengguna akan dapat jika menggunakan produk kita tu. Biarq unik sikit noh, nanti barulah mengacam!!
Okay, kat dalam gambar tu, kena abaikan, tapi korang boleh cek kat mana-mana IG yang boleh korang jadikan contoh. lepas tu buat tau.
- Hubungkan IG dengan FB dan Twitter
Yang pasal ini kena arif sikit bab teknikal, sebabnya, mudah kalo korang ada FB, Twitter, bila time nak share tu kan, jagan lupa klik kat hubung post ke FB dan Twitter, kiranya dah jimat masa korang, nak tau macam mana, rasanya tak payah kot nak cerita panjang-panjang, korang cuba jer dulu erk. tak faham rujuk kat google.
- Masukkan Video
Lepas tu kan, kat IG ni semua sedia maklum rasanya, boleh rakam video dan 'edit', wahhh, macam mana tu erk,
Okay nak tau lebih lanjut, korang kena berguru, hihihi, tak de lah mudah jer, rasanya korang tak payah nak habiskan duit untuk benda-benda macam ni, tapi yang pasti video korang tu , memang betul-betul bercerita tentang produk korang.
Baru lah tertarik erk pelanggan nanti.
- Konsisten
Oh ya, abaikan apa yang korang lihat, tapi ini lah yang sangat penting, tolong dan tolong jadi peniaga online yang rajin dan konsisten bab mengemaskini status di media sosial tu.
( Ayat copy and paste kat bawah)
"sebagai seorang peniaga, anda mesti konsisten dalam memuat naik atau mengemaskini status anda di Instagram atau media sosial yang lain.
Sekiranya tiada barangan atau produk yang ingin dipromosikan, anda boleh memuat naik kata-kata motivasi, hadis-hadis, peringatan dan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pelanggan atau pengikut anda."
- Promosi atau free gift
"Jangan kedekut untuk menghargai pelanggan setia anda.
Apa kata sekali sekala anda melakukan ‘event’ seperti ‘contest’ dengan menawarkan hadiah yang menarik.
Pastinya ia akan mendapat sambutan dan secara tiadak langsung memperkenalkan lagi barangan anda.
Jika anda tidak berbuat demikian, mereka mungkin akan ingat yang anda sudah tidak aktif lagi."
Okay sampai disini saja penulisan saya di blog ini, kita jumpa lagi pada post yang seterusnya
No comments:
Post a Comment