cara memulakan bisnes online dengan 3 langkah mudah

Hai, assalamualaikum semua, yang orang-orang islam jer erk ya kena jawab,



yang non mulsim tu, salam sejahtera lah yer.



Okay, tak pelik kan tak pelik kan, kalo kita nak share tentang cara-cara nak mulakan bisnes online ni.




kiranyakan masih tak terlewat kot, kalo kita share pelbagai tip untuk orang diluar sana untuk strat bisnes melalui online, rasa tak kot. kan kan kan. maklumlah bisnes cara online ni memang giler-giler hot demand nya, mana tak, budak-budak hingusan pun dah pandai promote barang. Guna blog jer tau, yang best nyer, jualan siap boleh kencang uolls. kita ni yang ala-ala berbisnes suam-suam air suam didapur tu, bila ler nak kencangkan bisnes ni.



Ohh, ada yang mulut laaser pun mencelah, ala dia boleh ler, anak orang kaya, ada banyak network, boleh la terus pecut close sale tu, yang kita-kita ni tak berapa nak banyak duit, memang tak ler, nak lajuz terus.



"Entah ler labi, ikut suka suara kecik korang ler, kiranya kalo kita asik nak jelous jer dangan kejayaan orang, bila la lagi nak merasai kejayaan sendiri, baik tutup jer lah apa-apa usikkan manusia yang bermulut longkang, dan kita ni pulak, ambik semua-semua kejayaan tu, buat kan kita lebih pecut dan bermotivasi dalam mencapai impian jualan lajuz dan terus kencang."Betul tak kawan-kawan ku semua.



erk!!! yang belum kenal siapa diriku ini, meh kita nak perkenalkan dulu, sikit sebelum diriku ini meletop didunia online.


cara memulakan bisnes online dengan 3 langkah mudah
Impian nak jadi Internet Marketer sepenuh masa, Insyallah jika dizinkan tuhan




Okay, impian dan harapkan saya adalah nak menjadi bisnes marketer online yang berjaya, lepas dah berjaya tu, confirm ler duit berkepok-kepok kat poket nanti, aikk!!! niat tak benor tu, kan kan kan, nanti tuhan tarik nikmat rezeki tau. Upsssss, terlepas lak. okay3 i slender lah, yang sebenornya, saya ni insan biasa yang mengharapkan lebih banyak ilmu yang boleh saya pelajari, dan masih mencari apakah sebenarnya kepakaran yang ada pada diri ini, lepas dah jumpa, saya akan gunakan untuk menaikkan lagi semangat dan mengajar pulak kepada mereka-mereka yang sedang diambang blur, maklumlah saya ni pun merasai kepayahannya untuk mencapai apa yang diimpikan, nak buat macam mana selagi tak tercapai, sampai tu jugak lah usaha-dan terus usaha, maka itu lah sebabnya, korang yang ikut perkembangan saya nanti kan jumpa, macam-macam niche saya cuba jual, lepas tu yang best, kalo korang iku, penulisan saya lak kat dalam belog ni, macam-macam ler saya bantai cerita, dan kalo korang baca pulak yang lepas-lepas, penulisan saya tu, cuba tengok gaya penyampaian, macam-macam cara kot, jeng jeng jeng, dan akhirnya saya mau jadi diri saya sendiri, dan tak nak lagi terlalu formaliti dalam mengutarakan sesuatu isu, supaya orang akan tau siapa itu keladionline dan apa yang keladionline perjuangankan selama ini. huuuuuh!!!! panjang pulak peranggan ni.


Dah tau siapa diriku, maka terus ikuti aku, ini blog peribadi tau, tiada jual menjual kat sini, cuma perkongsian dari hati ke minda korang so don worri loor, uolls tetap dihati ku.



#komembaramacampewiranegara



Aiyooo, kata nak share sikit tip pasal nak start berbisnes online ni, tapi tapi tapi kenapa lak saya ni merepek dan merapu sehingga membuatkan korang-korang terlopong mulut.

Jap otak tengah blur pulak!!!!, almaklumlah banyak sangat plan nya, sebab tu lah, ada jer benda samping yang nak dibuat tengah-tengah menaip artikel ni. wahhh macam penulis jemputan ruang untuk majalah lah bunyinya kan.

Insyallah mana ler tau, ayoiiii, melalut-melalut lagi guak, okay3, nak share terus cara memulakan bisnes online dengan 3 langkah mudah.




PRODUK

Ok adik-adik ku yang nak strat berniaga online ni erk, kalo nak berniaga, pucuk pangkalnya kena ada produk, ya kena ada produk, kalo tak de produk lak, macam mana lah korang boleh menjual, sebab syarat wajib jual beli tu pun salah satunya mesti ada barang.

kalo barang pulak tak kiralah apa yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian manusia, 

okay3, ada orang tanya lak nanti, macam mana pulak orang yang buat skim cepat kaya tu, mana ada produk yang dijual nyer.

Hello, siapa suruh percaya, dah sah-sah skim tu memang tak menjanjikan sebarang faedah dalam bentuk wang atau barang, so kenapa ko join, kan dah kata syarat menjual tu mesti ada produk, dan produk tu pulak mesti memberi faedah kepada manusia tau. Jangan korang jual benda-benda yang boleh memudaratkan manusia dan alam sekelilng kerana ia hanya membawa keburukan, saya tak cakap kalo jual benda tu berdosa tau. sebab kenapa tanyalah ustaz korang.

Macam jual-menjual kat dunia offline, dunia online ni pun lebih kurang sama jer, konsepnya, menjual mesti ada produk, produk yang macam mana tu, itu pelanggan -pelanggan kita jer yang tau.

Jap3 ada tip bonus untuk newbie vs kobies, ada adik-adik kita ni yang masih blur dan tak tau, apa yang nak jual kat medium online ni, terfikir nak jual shawl, ramai pulak dah menjual, lepas tu terasa nak jual kasut lak, mak aii, tengok kat IG, fuyooooo, punya la bersepah-sepah, and then tengok pulak pasaran yang dah tepu dengan produk kosmatik tambah ler cuak nak menjual, tambah-tambah Dato vida sayang-sayang tu, memang gerilla giler buat pemasaran, jawapannya memang tak menjual ker kesudahannnya. okat TIP yang nak khabor kat adik-adik yang virgin ni, uolls semua jangan takut pada pasaran yang nampak tepu tu, Mula jer apa yang ada kat tangan, lepas tu baru tau, apa yang kita boleh pergi, Macam saya gak, saya langgar jer, apa-apa pasaran, sebab kalo tungu-tunggu sampai bila3 pun kita akan duduk kat bawah tempurung, so strat jer dengan apa yang ada dengan kita lepas tu baru kita rasa dan perlu, rezeki tu ada dimana-mana yunk.




 PLATFORM

Alamak, terpanjang pulak point kat atas tu, korang halal kan jer lah yer, memang macam tu lah, kalo dah asyik menaip kat keyboard ni, sampai tak teringat dunia pulak, tu belum lagi masukkan formula-formula buku lali berniaga, kalo masukkan confirm, terperuk ler korang nanti kat belog ni.

Okay2 tak nak melalut sangat nak terus ke point tau, Platform, apa yang ada kat platform untuk Bisnes online ni. 

Ayoii, kau ni telah mengelirukan orang-orang diluar sana tau, nak khabo pasal platform pun payah.

upsss, tak payah la, sebabnya, semua orang tau, kita boleh menjual kat medium media sosial

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • G+
  • Blog 
  • Email
  • Minisite
  • dan lain-lain, sebab banyak sangat dah ekarang ni.
So, sebab tu dah tak usah nak pening kepala belajar jer cara nak menjual, kiranya kalo tak pandai nak menulis tu, cari lah sifu sehebat Tuan Aqif Azizan, lepas tu kalo nak ayat yang berbunga-bunga sikit tu, gi lah menuntut kat cikgu Junemohdsom, cikgu ni garang tau dan baik hati, okay3, banyak dah sifu-sifu yang tumbuh bak cendawan lepas hujan, macam-macam kepakaran yang korang boleh cari dan dan dan yang paling best, dan selalu jer saya ikut adalah sifujamal sifufbads, memaang power sangat dan giler jadi jualan-jualan ku.

alolaoalloa, lo hai, aku dah melalut lak, disebabkan otak blur sekali lagi, gara-gara aku lari sekejap buat promosi produk kat IG.

okay terus point yang ke -3, aik "kenapa lah aku ni suka sangat cakap "OK", #nampaksangat kurangnya membaca 



 PEMASARAN

Yang point ni saya suka nak terangkan, best tau best tau best tau.!!!

Teknik pemasaran ni memang jiwa ku, so tak heren ler ku nak terangkan, ni taip sambil tido tau, huuuh", acah jer, takkan ler si keladi busuk dan benyek ni ada kuasa power nak menaip sambil terlena diulik mimpi. memang tak ler.

Oriate, kembali ke dunia nyata tau. tak de nak tido, tido, ku masih bersemangat untuk menulis.

ok, kalo bab pemasaran ni kiranya meluas, korang ada yang masih blur tak pe, sekarang ni ramai je yang pakar-pakar bab viral menviral menyediakan servis untuk uolls yang tak tau nak pilih jalan yang sesuai untuk letopkan bisnes korang. so bayar jer lah yer, erkkk!!! Jangan upah membabi buta erk, kena ada sedikit pengetahuan gak, nanti tak le, lebur duit tu.

Bab pasar memasar ni banyak nampak mudah tapi hakikatnya, payah gak, kita boleh lah kata sekarang ni nak dapat nama, senang buat jer, benda-benda yang nak pelik @ kontroversi, memang akan meletopzz habis, lepas tu menangguk di air yang keruh lah si pembisnes ni.

Upss, entah ler, jangan tipu daya ketika mempromosi, ingat yer, nak letopkan bisnes kena ada teknik dan strategi, sekurang-kurangnya biar kita ada ilmu, sebab kita tau apa yang perlu dan apa yang tak perlu. lepas tu jangan sangat nak kejar-kejar nama, nanti ada pulak yang tersinggung, ayuhhh, parah tu geng, berdosa tau, 

Dah habis dah pasal topik ni, kalo seronok, kita sambung pulak yer, kalo lah saya ada kerajinan, tapi tapi tapi tetap nak menulis gak, sebabnya dengan blog ni pun boleh jadi salah satu platform untuk mempromosi tau. Kena percaya pada rezeki Allah, yang penting usaha dan usaha. 

Lepas tu kalo ada yang nak belajar bagaimana untuk menjadikan blog ini lubuk duit, boleh korang klik kat sini, kirannya memang sekarang ni trend habis, kita-kita ni nak sangat buat duit melalui internet, nak ke tidak sekurang-kurangnya kita kena ada blog tau, ok tak nak membuang masa, korang klik jer lah, Alhamdulilah ada hamba yang sudi ingin berkongsi ilmu, semoga kita memprolehi manfaat daripada nya.


Panduan Buat Duit Blog

Wasalam.



۞ PRODUK
۞PLATFORM
۞PEMASARAN



No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com