Sifu jadian untuk Fbads

aik, sekarang ni zaman fesbuk erk.

Kirannya kalo konon-kononnya kita nak start bisnes, nanti sifu bisnes akan kata, 

"Nak start bisnes skrang ni sangat mudah!!, korang jual jer kat Internet tu, semua boleh lelong, dari sekecil-kecil barang sampai ler sebesar-besar almari baju, semua boleh lelong kat Internet tu, tapi yang tak boleh jual, korang punya laki @ bini jer!".

Itu sifu bizonline yang kata, 

lepas tu, dia sambung balik, kalo tak tau sangat nak buat jualan tu, kena Belajo gila-gila lah.

"Nijam, punya lah ramai sifu-sifu jadian muncul, pilih jer yang mana berkenan di hati, tapi korang pilih sifu tu, mesti kena ada result, baru lah korang tak tonggang terbalik otak nanti!."

dan sambungnya lagi, setelah tak puas hati, lihat anak murid nya, terkebil-kebil mata, kononnya dengar dengan FOKUS, tapi hakikatnya semua blur, dia berkata macam ini.

"Bermula dengan "0" kos, korang boleh buat duit beribu-ribu, sekarang korang tak payah risau pasal nak tarik berjuta-juta penduduk kat dunia ni, untuk beritahu mereka yang korang ada produk..........! yessza, tolong positioning diri korang kat fesebuk, TOLONG dan Tolong erk, ni wajib tau , bukan sunah dan jugak bukan harus. Kalo tak ada orang kenal, mana mungkin korang boleh kata yang produk saya ni memang hebat. hello, kalau orang tak tau, ko tu datang dari ceruk mana, confirm, produk korang nanti PM tepi #sendu memanjang. jangan kata sifu ni tak ajor erk.

Dialog sifu-sifuku sayang.

Okay, 

Jangan kata korang tak tau apa tu Fesebuk aka Facebook, yang korang selalu tak boleh berenggeng walaupun seinchi, pantang ada benda yang menarik depan mata nak dikongsi seluruh dunia.betoi betoi betoi, kan

Tadi tu sedutan daripada bait-bait, orang yang dah berjaya buat puluhan ribu ringgat dengan medium online ni, kirannya, kata-kata semangat yang dilafazkan oleh seorang sifu yang wow, ko memang hebat.

Tapi kan Tapi kan, kat entri ini tak ler, saya nak kupas gila-gila pasal penerangan sifu tu, al maklumlah , kalo korang nak menghadam lebih panjang lebar, baik korang baca kat blog dia jer.

Klik kat sini, kalo nak follow sifufbads

Korang, ermm, kadang-kadang susah jugakkan kalo nak start sesuatu benda yang memang kita buat syok sendiri. Bukan nyer apa, saya jenis orang yang kurang FOKUS nya, jadi kadang kala, mood datang mengikut musim, bila time datang bulan nyer, mula ler, lost control aka Malas aku nak buat.

Entahlah beb, korang pun macam semangat aku ker, kalo yer say 'Hi' #macamkelasdrazizanpulak

okay, semuanya berpunca daripada DUIT kan, dulu-dulu, waktu first FB ni mucul, tak adalah demo-demo nak sibuk pasal berniaga guna FB ni, kirannya time first saya login FB ni semata-mata nak follow, member-member, U, lepas tu, tag gambar-gambar yang bajet hot tu kat mereka, then lepas dapat komen, suka sangat yang amat, padahal, mereka cuma perli jer tu, #itu kisah dulu.

dan kini, FB ni dah jadi medium untuk berniaga Online, betul tak korang.

Berlumba-lumba beb, rakan-rakan kita termasuk kita jugak ribut dan terus kencang promosi produk kat FB, kononnya boleh dapat beribu-riban daripada FB, disebabkan, peluang cari prospek kat FB ni sangat Higher dan kos nyer "0", so, kalo tak rebut uolls, memang BO$##  konon-kononnya lah, padahal main hentam taruk jer. 

Situasi yang tak boleh blah, korang jangan lupa tau add FB aku, sebab ada satu produk hot yang korang mesti pakai, dan kalo korang tak pakai, nampak sangat tua.

Hello, jangan kata aku ni tak hot okay.

ermmm, tulah kan, disebabkan FB ni mudah untuk berniaga + online, maka wujud lah banyak-banyak yang mengaku pakar dalam buat duit online menggunakan FB. betoi ker tu.

Percaya ke idak korang erk.

Cuba bayangkan, sekarang ni saya baru mengodek-godek FB tu, baru nak belajo Positioning diri kat FB, baru beljo tentang Copywriter dan baru nak terhegeh-hegeh mahir dalam Fbds, dah declare diri sebagai sifu. Boleh ker macam tu?

Confirm TAK Boleh erk, nak berlagak sifu. konon!!!

Yang boleh korang follow adalah Sifu Fbads - Tuan Jamal kita tu. #bukanakpromositau.

OKay, banyak pulak saya mengelamun kat dalam entri ni, tapi sebenornya yang saya nak beritahu adalah, kenapa lah wujud banyak gila manusia-manusia yang mengaku dirinya memang sangat pakar dalam Fbads. 

Memang betoi-betoi ker, diorang tu dah ada result, 

Takkan lah, baru berjaya dan graduate dalam kolej Fesebuk, korang dah gelar diri sebagai Sifu.

Hello, saya tak kata sesiapa tau, cuma saya jadi pening jer, banyak sangat sifu Fbads Jadian yang muncul dikala, seorang newbie memang dahagakan sentuhan seorang sifu yang betoi-betoi nak beljo cari duit menggunakan FB.

Macam situasi saya lah, memang saya mengaku, yang diri ini kurang fokusnyer, impian tu cukup lah besor, bak kata orang lama, impian melangit macam mat jenin, tapi habuk pun tarak, tapi saya memang ada impian yang sangat besor, cuma akan hilang FOKUS jika tak ada sifu yang mengajar nyer.

Tulah yang jadi caca merba, kejap buat tu, kejap buat ni, sudahnya, semua hanya tinggal kenang dan angan-angan mat jenin jer.

Okay-okay, tak nak melalut lagi, belog ni bukan nak bukak pekung didada erk, tapi cuma nak positing diri jer, dan nak bagi tau, kat semua-semua orang yang pandai baca dalam bahasa melayu ni, yang saya memang ada impian nak jadi seorang Bisnes online yang berjaya, lepas tu saya gak ada impian nak jadi seorang penulis best seller yang bajet hot dan popular dengan kata-kata pujiannya. Upsss, yang impian kedua ni abaikan, masuk impian seterusnya, yang paling dekat dengan ku adalah, saya nak jadi Sifu, saya nak share ilmu-ilmu bisnes online kat korang-korang newbie yang memang tak berapa paham tu, kirannya saya nak jadi macam Sifu Jamal tu, memang kaw kaw kau, cuma sekarang jer, saya tengah kumpul duit nak join dia punya seminar.

Next impian pulak, saya nak jadi seorang copywriting yang hebat, dan dapat menghasilkan berjuta-juta jualan dengan ayat-ayat close sale yang boleh mengcengkam jiwa-jiwa prospek dan akan bertukar menjadi pelanggan setia, ko mampu!!!!.

itu sebahagian, daripada impian saya, tak done ler, nak share panjang labor kat korang semua, tapi cuma nak beritahu jer erk.

Yang pasti sebenornya, Fesebuk ni memang boleh digunakan untuk menjadi platform berjual-jualan a.k.a, bisnes online, selain kita bersosial gila-gila kat sini, cuma pengalaman sedikit ku ni telah mengajar, tentang betapa pentingnya kita berguru sebelum kita terjun kat dalam situasi ni, maklumlah, memang syok tengok orang success, dalam buat duit online dengan promosi produk kat FB tapi yang kecundang di tengah jalan tu pun ramai gak, dan tambah pulak yang hilang FOKUS macam saya ni, entah kemana-mana sesat memang sangat ramai.

Sebelum uolls, pilih sifu yang sebenor-benornya telah terbukti berjaya dengan apa yang dia kata, cuba selidik dulu erk, apakah result yang dia terima tu, lepas tu, kalo dah memang terbukti dia tu success, apalagi kita serbu dan hadam lah gila-gila ilmu dia tu, #janganegotau, pesanan dariku yang terakhir jangan sombong tau dengan sifu kita.

Nak belajar macam mana kalo nak menggunakan FBads, korang boleh pilih Sifu Jamal, Fbads, bukan promote tau, tapi, saya suka dengan cara penyampaian idea beliau, kalo baca belog dia pun, memang santai habis, tu yang saya terus jatuh cinta dalam dunia penulisan setelah membaca hasil penulisan beliau di blog dan buku-bukunya tu.

So, terus follow dan beli buku dia.

Sampai sini saja perkongsian saya di Belog ni, semoga korang yang sudi membacanya terus success dan berjaya bersama erk.

Sifu jadian untuk Fbads
Bukan nak promosi, yer, tapi ini adalah impian Keladionline, supaya suatu hari nanti, saya dapat berguru dengan Sifu Jamal, dan saya terus berjaya dalam Dunnia Biznes online.


Wasalam





Panduan Buat Duit Blog

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com