Assalamulaikum dan salam sejahtera, abang keladi membuka bicara,
Okay, hari ini, dan entri ini jugak, tak mau nak formal sangat, al'maklumlah, otak pown masih membeku, dan terus membeku. kiranya idea tak keluar-keluar, entah apa lah saka yang ada kat diri ini.
Upsss salahkan saka pulak erk!! ini lah orang melayu, ada jer yang nak mengarut cakap-cakap benda yang khurafat tu.
Ermm, kalo dulu-dolu boleh lah kan, kalo bisnes kita ni suram tanpa kedatangan pelanggan, kedai nampak gelap jer, dah mula lah kita fikir bukan-bukan, yup!!!, kononnya ada orang letak. dotdotdot lah, ada orang buat lah, entah macam-macam lagi lah. Tapi kini dah tak jalan lah, nak santau apa ke bendanya, sekarang ni zaman milineum lah, budak-budak dah tak pakai tangkal-tangkal pelaris dah. sistem bisnes pun dah berubah uollz, sekarang ni orang berniaga hanya perlu promosi guna online jer, tak payah nak sibuk-sibuk berkemas stok tak habis paasal kena santau tau, a'ahh, nampak kan, jadi, tangkal pelaris tu letak tepi. yang kena pakai sekarang ni pelaris pemasaran produk dalam medium online. #mediasosial. so, korang yang dah mula berjualan menggunakan media sosial ni memang tak boleh dilabelkan sebagai katak bawah tempurung okay. ayioo tongang terbalik ayat abang keladi tu.
DROPSHIP PILIHAN PERNIAGAAN UNTUK GENERASI Y
![]() |
Sistem Dropship |
Memang lah best kalo, kita boleh monitar bisnes kita hanya guna laptop dan talian internet jer, tak payah sibuk-sibuk nak ke stor untuk packing lah, simpan lah, entah apa-apa lah, memang serabut kan, tapi sekarang ni budak-budak ni dah bijak sana tau, bisnes yang tak payah nak sakit kan badan, hanya bertemakan sebuah laptop jer, dan ada talian internet, duit berkepol-kepol dalam bank. Aiyoo, kalo siapa yang tak tau istilah DROPSHIP, terjun bangunan yer nak!!.
#istilah duit berkepol-kepol masyuk tu, tak sesuai untuk mereka yang malas tau!!
Topik ni untuk sembang-sembang jer. tak mau serabut kepala.
kalo ada free nanti abang keladi nak share pasal bagaimana kita nak berjaya dalam sistem dropship ni.
Okay, si remaja purba yang sempat baca entry abang keladi ni faham ke faham sistem dropship tu macam mana.
kalo tak faham meh sini, abang keladi nak habaq mai!!.
SISTEM DROPSHIP : Tidak memerlukan anda menyimpan stok dan tidak perlu membayar dulu sebagai modal untuk barang jualan dan yang penting mempromosikan produk kepada prospek yang ingin mengetahui produk tersebut, jika prospek bersetuju untuk membeli. kita sebagai dropshiper perlu deal harga dengan pembekal, dan setelah bersetuju, urusan jual beli berlaku setelah transaksi dijalankan, iaitu diantara dropshiper dengan pembekal, pelanggan dengan dropshiper, urusan penghantaran pula adalah tanggungjawab pembekal, dropship hanya perlu tunggu tracking number pos, untuk dihantar kepada pelanggan sebagai bukti penghantaran.
Role Penting untuk game bisnes dropship
- ada barang
- ada suplier
- ada medium promosi
- ada pelanggan.
okay, anda pulak nak letak kat no berapa erk?
Dalam sistem dropship ni, anda lah yang memainkan watak dalam permainan game ni tau, hello jangan kata sistem bisnes game ni mudah tau, ada yang dah bertahun join bisnes sistem ini, tapi tak naik-naik ke tahap level ejen or stokis tau. erm, silap strategi tulah namanya.
Baik, untuk entri ni, abang keladi tak mau lah , nak cerita panjang lebor pasal bagaimana nak melangkah dengan lebih berjaya menjadi dropship ke tahap founder. wahhhh!!, tak pe nanti abang keladi akan share, tapi kini sekarang saya akan explain satu persatu, point yang saya listkan kat atas tu.
Barang
Hukum jual beli mesti lah kena ada barang, dan barang tersebut mesti memang keperluan manusia tau. yer lah, yuppp, ada yang kata macam ne pulak ada orang jual tahi ayam.!!. ohh, tu pun dikiralah keperluan untuk manusia, tahi ayam tu diorang buat baja pokok-pokok tumbuh hidup subur, kiranya orang yang mengendalikan kebun tu, bukan ker manusia. so, memang kiranyalah apa yang kita nak jual tu mesti memang diingin dan ada permintaan. uhh. konsep bisnes. dropship pulak. uolls perlu tentukan barang apa yang hot kat pasaran sekarang ni. INGAT tau, barang memang banyak, tapi perlu fikir, ada tak pembelinya, mudah kata, tengok trend sekrang ni, sebabnya kita ni akan berhubung sepenuhnya dengan prospek melalui online, so, INGAT yer, kaji dan test market dulu barang tu, jangan nak syok sendiri jer.
Suplier / Pembekal
Okay, yang ini kena berhati-hati. memang katakan barang yang banyak permintaan tu dah ada, kiranya semangat berkobar-kobar ni, lepas tu apa, nak buat erk, tak kan nak display picture jer kan, dah tu kena lah cari pembekal yang ada membekalkan stok seperti yang korang nak jual tu. waktu first abang keladi start menjual dulu, selalu gak stalker kat laman lelong tu, lepas tu buat test market lah, ambik mana-mana produk yang hot selling, lepas tu, abang keladi yang terlajak excited nak buat duit terus lah promote kat FB Group, kalo ada yang banyak bertanya, maka itu namanya ada permintaan, kemudian strat contact pembekal. tututup, sorry dik kami dah clear stok, semua jual melalui online dibekukan, aiyooo, siapa ler silap erk!!, tu lah pasal pegalaman telah membawa penganjaran, korang nak pilih pembekal pun kena berhati-hati gak tau, takut-takut gua terkono den.
Medium Promosi
Yang ni kan tak payah nak khabo ler, sebabnya, sistem dropship ni more kepada more, nop tak der ler bisnes offline, yer, kalo dulu-dulu erk, rasanya ada stail offline ni, kiranya guna katalog jer, alah takan korang tak perasan, kalo yang dulu-dulu suka tempah name card lah, tempah stiker lah, beli gelang mainan, entah macam-macam, yang guna sistem katalog, wahhh, lepas tempah, kita pulak kan dapat katalog tu. tapi kini, banyak dah guna online, jadi korang harus gunakan sepenuhhnya medium online tu.
Pelanggan/prospek
Barang yang nak dijual sudah tentu ada yang meminta tau. yer. mesti ada permintaan kalo tidak siapa yang nak jer beli barang kita tu. maka tak leh buat untung lebih-lebih. nak cari pelanggan lah ni memang susah sikit rasanya, kiranya tengok pada produk lahkan, lepas tu, nak-nak kalo produk kita tu terlalu ramai ejen dropship, uhu. memang gigit jari lah kita. sebabnya pelanggan lebih trust orang yang dia kenal menjual, so, adakah dia percaya kat kita tentang barang yang kita jual tu. Hanya peniaga yang mampu menjawabnya.
Kesimpulannya.
abang keladi nak gulung topik ni sampai kat sini jer tau, nanti kalo ada masa saya sambung, okay untuk kesimpulannya, memang best genarasi Y kini, mudah sangat nak start bisnes tau, tanpa Modal lagi tu. tapi, korang jangan lah terlalu terbuai-buai dengan angan-angan mu itu, memang sistem ni sangat mudah nak sertai tapi dalam pada keseronokkan ada jugak kekurangannya, dan kesukarannya tau. yer. bayangkan kalo satu supplier yang korang rasa boleh deal bisnes dengan korang. #hanya korang saja, memang silap tanggap tu. sebabnya, kebiasaanya si founder produk ni akan bukak seramai mana ahli dropship dibawah merekaa tau. yer. memang lagi ramai lagi untung si founder tu, tak payah nak laburkan lebih-lebih untuk promosi, hanya guna ejen jualan dropship jer jenama akan meningkat. so, korang yang baru nak merangkak ni confirm akan tenggelam jika tak ada strategi. ohh yaey!!, betul tu, kalo kita ingat bisnes dropship ni hanya goyang kaki jer, memang kita silap dan terus silap, sebabnya, perniagaan ini pun perlukan startegi dan pelaburan duit untuk kos marketing. jadi jangan anggap bisnes ni macam sekim cepat kaya dan akan membuatkan korang kaya raya hanya sekelip mata. kalo malas confirm tersontot ditengah jalan, bak kata sifu, kita dah tolong bawak kudu tu tempat yang banyak rumput, tapi kita tak boleh nak paksa kuda tu makan rumput. so sendiri makan pengat keladi, sendiri lah kenali hati.
~Sembang dengan abang keladi terlajak hot uollz.~
No comments:
Post a Comment