Kenapa supplier produk tidak menjaga hati pelanggan dalam bisnes dropship?

Assalalmulaikum. dan salam sejahtera semua.

Okay hari cuma nak share sikit jerlah pasal dunia drosphip ni,  sekarang ni kan tengah trending giler pasal cari duit tambahan dengan dropship so rasa memang rugi kalo abang keladi tak gunakan peluang ini untuk share sesuatu kat adik-adik yang baru nak start dalam bisnes konsep ini.

aik!! bukan dah jadi trend kat blog abang keladi ni ke, cerita tentang dropship?

owahh, ya'. bukan lupa, saja nak buat pendahulu entri ini, sebab tak ada idea nak tulis pembuka bicara. rasa nak stright to the point jer, al-maklum lah, ni bab nak mendajjal orang memang kena cepat-cepat. Hello, bukan dunia gosip tau, ni cuma nak marah jer, pasal supplier aka pembekal produk yang kita join tu langsung tak menjaga kualiti dan nilai produk yang dihantar kat client kita tu.

Macam biasa lah, kita ni sebagai online seller untuk konsep bisnes dropship selalu mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk customer, bukan mudah tau nak dapatkan customer di dunia bisnes online ni, bayangkan satu barang yang mudah untuk didapatkan dan jauh lebih murah dalam dunia offline kita pula tawarkan harga yang agak tinggi, dan lepas tu customer pulak perlu di charge postage, kena tunggu pulak beberapa hari barang tu sampai depan rumah. tapi bila terima jer barang tu depan mata, jeng jeng jeng, barang yang seperti diharapkan rupaya hanya............................dotdotdotdot. kalo dah macam tu, korang rasa supplier yang bajet bagus tu nak bertanggungjawab ker!.

Itulah risiko paling besar dalam dunia Dropship. hermm, ada dikalangan anda  sampai sekarang kot rasa takut nak join bisnes konsep ini, gara-gara pengalaman senior yang dah terkono. so sendiri makan pengat sendiri lah mau ingat. itu lah realiti, tapi kalo tak join memang tak tau, jangan kerana nila setitik rosak reputasi untuk supplier yang benar-benar jaga kualiti tu.

okay lah untuk entri ini abang keladi tak mau cakap lebih-lebih, abang keladi pun tak ada jawapan bagi persoalan ini, kenapa erk, supplier aka pembekal ni tak jaga langsung hati pelanggan kita. sesuka jer hantar barang dalam keadaan yang amat mengecewakan, ni lah namanya hanya mengharapkan keuntungan jer, mereka langsung tak menghargai customer kita, herm yang kena  taruk nanti bukan mereka tapi kita lah yang akan dicop sebagai Online seller PENIPU. warduhhhhhh!!! tak mau, tak mau baru nak belajo berniaga ni pulak yang diterima.

Erk!' jadi apa yang perlu dibuat supaya kita tak terkono dalam senario gila mengila tu.?

"sediakan payung sebelum hujan Yunk'

INGAT tau kena bijik memilih dan rancang strategi jangan sampai tersalah pilih supplier tau.

Kenapa supplier produk tidak menjaga hati pelanggan  dalam bisnes dropship?
Supplier tidak berhadapan dengan karenah dan complain customer, tetapi kita lah sebagai dropshiper yang menjadi mangsa keadaan, jadi terus bangkit dan fikirkan sesuatu strategi untuk kita pecut dalam berbisnes jangan jadikan masalah ini untuk kita tidak memulakan perniagaan konsep dropship ini.


Alaasan yang menyebabkan supplier kita tu bosan nak bagi servis tiptop untuk customer kita tu.



Supplier tak cukup barang dan terlalu banyak permintaan/tempahan

Situasi ini memang selalu berlaku, kiranya kebanyakan supplier ni pown ada yang ambil daripada pemborong, kiranya supplier kita ni pun bukannya pengilang, jadi nak ke tidak dia pun bersaing dengan suplier-suplier yang lain untuk dapatkan stok daripada pemborong, so, diorang pun mugkin terpaksa menunggu stok-stok yang diborongnya tu, jadi korang kena bijak lah mengelongkar status suplier korang erk, sebab ini ada kaitan dengan produk yang korang akan jual nanti tau. daripada situasi macam tu kita dah boleh agak lah, barang yang kita jual nanti akan berlaku kelewatan dalam mendapatkan barang tersebut, lagi malang, si pembekal langsung tak hantar barang tu, aiyooo, nak menangis dek non. 

Supplier sambil lewa dan kurang dipercayai

Yupsss, hot, hot hot, statement uolls, okay abang keladi tak mau nak buruk-burukkan mana-mana suplier erk, ni cuma situasi yang terikat jer, mana tak kecewa bila dapat jer produk customer asik complain dan terus complain, kalo complain benda yang okay tak apa lah, ni tak, hermmm, yang maksud sambil lewa tu kiranya bila tag msg tu, memang slow giler nak feedback, lepas tu stok asik tak de jer. memang entah lah, nak cakap, tu yang saya kata kat point satu tadi, kebanyakkan supplier ni bukan status pemborong, dia sebenarnya bukan orang tengah, dia pown tunggu lama nak dapatkan barang.

Dalam bisnes konsep ini memang payah, bab-bab nak jaga hati customer ni, sebab barang or produk tu bukan stok kita, kita hanya ada gambar jer, keadaan fizikal produk langsung kita tak tau, hermm sedih dan sedih, menangis tepi bucu katil lah jawabnya. Kita hanya mampu untuk memohon maaf beribu kali tapi kita tak mampu untuk memberi kepuasan terhadap keadaan fizikal barang tersebut. 

Aik, tadi abang keladi nak share sikit jer, ni dah berjela pulak share nyer kan, owahhh, tulah namanya si blogger meroyan tak tentu pasal. hello abang keladi meroyan pada benda yang betul tau!". okay adik-adik yang baru bermula tu, jangan lah takut nak menceburi dunia bisnes konsep dropship yang menjanjikan pulangan keuntungan yang berganda ni. sebabnya ada jer supplier yang begitu mementingkan kualiti dan nilai produknya untuk customer, rasa macam tak adil lah kita terus menghukum kan,  bayangkan lah kalo kita dapat supplier macam tu, kan best, kirannya, nama kita pun tak tercemar daripada kes-kes yang entah apa-apa gak nyer.

Untuk menyimpulkan bebalan abang keladi ni, sikit jer nak kata, Petua supaya korang tak tertipu dan korang masih dapat selamatkan nama korang sebagai online seller adalah, tolong laburkan sikit duit untuk beli produk yang akan dijual tu. dengan ini selain korang dapat merasai keberkesanan produk tu, korang pown akan tahu, bagaimana perjalanan, penghantaran dan penerimaan produk tu nanti, dan lepas tu mudah lah nanti uolls nak explain or sharing, kiranya, prospek tu akan lebih percaya kat uolls, dan uolls pun tak lah acah-acah berbisnes nanti. memang best tau jadi dropshiper ni. kiranya tengok duit masyuk memang tersenyum lebar ler nanti.

Okay, sambung makan kuih batang buruk Dahan Rapuh uolls, abang keladi dah masuk 2 kali oder tau, jangan jelous uolls. memang sedap giler, sambil-sambil menulis sambil-sambil ngap batang buruk ni.  


~abang keladi menulis tak ingat dunia,~ 





Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com