Tiga Perkara untuk Peniaga Dropship


Assalamulaikum semua.

Okay masih lagi dalam mood sembang-sembang kosong, jadi untuk entri kali ini abang keladi nak list kan 3 perkara yang wajib korang ikuti untuk berjaya dalam bisnes sistem dropship ni.


#1. Memilih Produk yang tepat

Korang perlu bijak dalam memilih produk yang mempunyai ramai permintaan dan kadar keuntungan yang menarik. abang keladi ada gak tekankan pada entri sebelum ini, PEMBEKAL or supplier tu penting sangat, sebab, jika korang terperangkap dengan pembekal si kaki penipu, silap-silap nama korang buruk. dan lebih parah,sama-sama diheret ke dalam penjara.

#2. Melakukan pemasaran secara agresif

Melakukan pemasaran dan jualan adalah perkara yang lebih utama. yang pasti key word nyer untuk korang sebagai dropshiper adalah RAJIN dan KOMITMEN dalam berperang pemasaran untuk korang dilihat sebagai penjual yang dipercayai. Korang perlu cari jalan tau, bagaimana caranya untuk menghasilkan jualan berdasarkan kebolehan dan kemampuan yang anda ada. Terus usaha dan terus cari ilmu dan bertindak, jangan putus asa tau.

#3. Berikan perkhidmatan terbaik

Jika sudah mempunyai pelanggan, jagalah mereka sebaiknya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru sangat tinggi, jadi fokus untuk membina perhubungan yang baik dengan pelanggan, buat mereka membeli berkali-kali dengan korang.

uh'uh, mood tengah down, jer kan, so, gagah kan diri untuk berkongsi, sudahnya ini lah hasil nya, apa-apa pun abang keladi semabang kosong tapi berisi tau.

~abang keladi terlajak down~ 


No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com