Selamat Menyambut Hari Guru 2017



Selamat Menyambut Hari Guru 2017
Gambar dari gugel. Selamat Menyambut Hari Guru daripada Pakcu




"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


hai korang,

Pakcu dah lama tak ucap Selamat Hari Guru taw. ye lah waktu zaman budak sekolah dulu memang kita nie lebih dekat dengan Hari cikgu. sebab time tu mesti kena ingat tanggal 16 mei, best sangat sebab tak payah masuk kelas belajo, satu hari aktiviti kat dewan perhimpunan jerr. betul ke betul?

Mana tak nye kan, Time hari guru perhhhh sibuk dengan persembahan pantun gurindam jiwa untuk cikgu, yang best pulok jadi pelakon kayu ala-ala talentime haprak kehkehekh, yang badan berisi sikit  jadi lerr cikgu beso, nampak budak yang agak skema sikit jadi lah mangsa ketua pangawas yang tak berapa nak hado. kikkiki. yang agak alim sikit, mangsa jadi Ustaz, tu belum yang muka pecah rumah, hambik ko, jadi lerr Budak kaki buli, kesudahannya semua insoffff dan berakhir dengan ucapan 

"TERIMA KASIH CIKGU ENGKAU LERR PELITA DAN PENYULUH KAMI" .

Pengalaman Manis menyambut hari guru nie memang tak boleh padam dalam ingatan Pakcu, jika diimbas semula, tergelak sesorang taw. Pakcu yakin, awak semua mesti ada pengalaman tersendiri menyambut Hari Guru ni, dan mugkin ada yang sebaya dengan Pakcu ketika ini, yang sewaktu dulo bersama mengucapkan selamat hari guru kepada Guru tersayang dan kini awak pulok menerima Ucapan itu daripada anak murid tersayang. hermmmm itu lah hidup di dunia ini kan.

Tapi macam pelik jerr, bila sebut hari guru, kenapa ramai jerr yang akan ucap pada cikgu sekolah. yang cikgu Agama, Cikgu Tuisyen, Cikgu memandu, Cikgu Marketing online, Cikgu Gubahan Bunga, Cikgu Iqra, Cikgu bla,bla,bla. yang semua tue bukan kategori cikgu kerr. 

Adakah Sambutan Hari Guru nie untuk Cikgu yang mengajar kat sekolah-sekolah jerr ker? kikiki

Kalo awak ke kelas mengaji, tak boleh ke ucap selamat hari guru, tok , semoge ilmu yang tok ajar terus melekat kat dalam diri ini. erkkkk. saja nak memporak perandakan keadaan Jangan Marah.

Okay lah what ever, asal Cikgu jerr, ucap lah selamat hari guru taw. Pakcu yang blogger ni powan ada cikgu nye, so Pakcu nak Ucap lah selamat hari guru untuk cikgu-cikgu yang banyak mengajar pakcu tentang bidang pemasaran online nie, tapi tak lupa gak kepada semua dan semua yang bergelar CIKGU. Ikhlas daripada hati Pakcu, SELAMAT HARI GURU 2017, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


#Pakcukaya

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com