Sumpahan Sepetang Bersama Blogger 2017

Hai Korang,

Pakcu come back, setelah sekian lama berkurung tak kunjung tiba di arena blogging tetiba rasa tangan gatal-gatal nak menulis. 

owerkay, mugkin agak terkezut kan kenapa lak tetiba Pakcu dah dapat semangat Power Rangers untuk membebel dalam blog nie. Kalo nak tahu, nie semua penangan Sepetang Bersama Blogger 2017. #sbb2017

Memang agak lama gak lerr Pakcu tinggalkan berblogging nie, dekat 6 bulan lebih kot, yang post lepas-lepas tu, hanya duplicate jerr. Bukan datang daripada pengalaman sendiri, kalo dibaca hermmm pakcu pun rasa lemau macam biskut mayat dicicih air kopi kaw ala-ala san fransisco, terus lembik taw. Tapi lepas #sbb2017 semangat Pakcu nak kembali terus memuncak-muncak dek non. 

Apa yang menjadikan semnagat Pakcu ni terus memuncak nak kembali Berblogging nie?

Errkk, Pakcu dah kena santau lerr, dengan blogger-blogger otai. tue sebabnya tangan gatai asik nak menekan button keyboard nie. kehkhekhe. jangan sampai Pakcu jadi keyboard warrior sudah!!😁,

Sepetang Bersama Blogger nie telah membawa semangat yang aummmmm, terrrbaik untuk pakcu, mana tak nya, Pihak penganjur Denaihati ni telah membawa 2 orang blogger yang bukan calang blogger untuk berkongsi pengalaman mereka. fuhhhhh, memang enjoy tergiler le bila dengar perkongsian si cik lily puteh and abang kuat makan kita tue, erkkk, jangan marah!!! En Mahamahu. yorr blog kaki makan.

Perhhh, perkongsian yang cukup berhantu dengan aura-aura yang gegiler best, macam nak target dapat Award blogger terbaik pulok. sebutik-butik Pakcu tekun dengar taw. sebab mana lerr tahu boleh follow apa yang patut. ni semua gara-gara dah malas nak kerja kat ofis, teringin nak jadi blogger popular #blogsebagaikerjaya. cehwahhhh.

Dalam sesi Q and A untuk sembang-sembang tue, Pakcu tak nak lerr lepaskan peluang untuk mencapap dengan bertanyakan soalan, kehkeh, sebenornya tak de benda powan yang nak di tanya, tapi kerana hati duduk mendadak macam air sedang membuak-buak dalam cerek yang dijerang tue, Pakcu tanya lah soalan, Errk. Saya Mohd Nazir daripada Petaling Jaya, Panggil Jerr Pakcu. kikkiki. tergetar tangan dek non. Okay, saya nak tanya lah kat kak lily, seorang blogger nie dia menetapkan rate kerr kalo nak buat review produk?

Krikrikkrikikr. ( Alamak dia faham kerr soalan aku nie), Pakcu tengok dahi dia dah berkerut lerr, Ayoaii, 

Macam nie, biasa kita buat rview produk, gi event and bla-bla-bla kan, takkan pergi free jerr, so nak buat promote tue, mesti ler nak mintak token nye, so apa pandangan kak lily erk? hu'uhhhh, baru rasa jelas kot.

Jawab Cik Lily : ohhh. sebenaornya ikut gak pada kekuatan blog kita tue. Nak letak rate tu boleh jerr, tapi tengok taraf blog kita tue bagaimana kan. lepas tue dia explain, Pakcu lak blurrr. kehkehkhe.

En Denaihati lak mencelah : Untuk tetapkan rate biarkan blogkan jadi bernilai, permulaan berblogging tu perlu niat untuk share dan perkongsian sesuatu yang ingin di baca, Insyallah nanti kita tak paya susah, mereka yang akan mencari blog kita untuk di review. 

Wow. nampak kan!!!. tu belum lagi lah Pakcu nak berkongsi apa isi yang membuat semangat pakcu ni terus membuak-buak, macam nak berlepas ke angkasa dengan menaiki roket appolo gitew. hahahah.

Malas pakcu nak cerita panjang lagi, yang peting nasihat Tuan Amir Hassan aka Abang Denaihati dia suruh kita ni penulis blog picisan untuk terus menulis dan menulis, sebab jika kita ada kemahiran menulis peluang untuk kita berkembangan pada masa akan datang memang luas, sebab bidang ini tidak akan mati dengan adanya teknologi yang semakin hari semakin baru. Jangan down semangat terus berusaha untuk memberi yang terbaik dalam menulis. Inysallah jika ada rezeki dalam tajaan pada tahun hadapan Sepetang Bersama Blogger nie akan di teruskan. Fuhhhhhh tersantau pakcu mendengo nya taw. tambah-tambah waktu petang lak kan, selalu mata memang melilau nak tutup, tapi petang tue, langsung tak rasa, otak pakcu ni pulak ligat berfikir strategi.kehkehek, kononnya akan datang aku nak berada lak diatas pentas tu, nak share pengalaman beberblog, kiranya time tue, Pakcu ni dah memegang gelaran Blogger of the year. wahhhhh classs gitew.

Apa yang menarik lagi di Sepetang bersama Blogger

Owahhh. yang menarik untuk Pakcu cuma tu jelah, Informasi, jumpa rakan-rakan blogger, mereka semua sporting yang amat beb, suka Pakcu kat uolls semua taw.

Tambahan lagi kalo tak nama #SBB ni, tak sah jika tak ada cabutan bertuah, fuhhhh, tu lah yang menjadi penyeri SBB ni, macam selalu la, Pihak pengajur telah sediakan hadiah cabutan bertuah yang terrrrbaik, Smart Phone, TV LCD, dan bla-bla-bla. 

Tapi Pakcu cuma pulang dengan maklumat dan pengalaman jerr, kalo nak cerita pasal tuah-bertuah tue memang tak lerr, bak kata orang tua-tua, tangan ko tue tak sangat bertuah lah. haikkk gitew. tak per, tuhan dah bagi kita macam-macam taw, so syukuran jazilan, Allahuakbar, Alhmadulilah.

Sambaung balik. 

Yang lagi menarik, selanjutnya tentang SBB nie, Pakcu kenal siapa figure yang hebat nie. Datuk Faridah Hanim Harun, yang lebih mesra di sapa Ibu hanim. Korang kenai tak siapa dia tue. hello semangat dia power taw, nagalahkan adiwira yang menyelamatkan dunia daripada serangan raksasa dan anasir jahat. fuhhhh, bergetar habis semangat negetif pakcu ni bila dengar perkongsian ibu hanim. Macam tak mau nak lari, nak stay jerr lama-lama bagi terbuang habis semangat negetif pakcu nie. kikkiki lelebih lak kan, tapi memang serius beb, Ibu Hanim ni Bukan calang-calang tokoh taw. tak caye, cer gi seminar beliau, pasti terangkat habis semangat korang nanti.

Errk lupa lak, sebelum menungu acara yang dinanti-nanti aka Malam Gala dinner tue, lepas asar diatas pentas tue ada perkongsian daripada En Pakar Viral. ehhh, siapa tue? 

Norman Danish daripada Misi Viral, kiranya dia ni founder lah ya. Perkongsian nya tak banyak cuma dia bawakan ilmu Personal Branding jer, tapi sungguhpun pendek fuhhhyooo memang giler best sangat. 

Lepas En Norman Danish nie membebel pendek, kikki, muncul lak si Pakar Content Mastery. wahhhh macam power berganda nie, maklum lerr bab copywriting bisnes ni Pakcu memang suka, kot ada idea nak promosi lagi baik untuk Dahan Rapuh Pakcu tu. kikki, Figure hebat tu namanya Dr Wan Yusuf Wan Jeffery.  yang memang best pengisian nya, tapi maklum lah jam di dinding terus berdetak arghhhhh. kiki dalam petang sangat so aura negetif dah kembali di dinding kulit-kulit pakcu, tu jadi macam blurrr jer, tapi nasib En Wan ni ada website dia www. wanyusuf.com, jadi apa-apa Pakcu baca jerr lah kan kat situ. sebab hati dah eksited sangat ni nak Makan kat Dewan Saloma Bistro tue, time ni lerrr Pakcu bedal habis-habissan walalwei. kehkehekhe.


Malam Gala Dinner Sepetang Bersama Blogger

Jeng-jeng tiba lah acara kemuncak Malam Gala Dinner Sepetang bersama Blogger, wahhh dengar macam gempak jer, kikiik, tapi memang gempak, temanya glitter glamms kot. sebab tengok orang semua bling-bling, tapi pakcu tak lerr nak bling bling, pakai baju siang tadi jerr, kikkiki.

Antara Award untuk blogger pada malam kemuncak tu ialah :

  1.  Most Enganging Blog 2017 - Kisah Emas Putih 
  2. Promising Blogger Group of the Year 2017 - Blogger Utara
  3. Most Enganging Social Media 2017 
  4. Best Travel Blogger 2017 
  5. Best Lifestyle Blogger - Cik lily putih
  6. Foodie Blogger - Mahamahu 
Betul ke idak tue. 👆👆👆 nanti tambah sendiri erkk, sebab malam tue Pakcu tak fokus sangat bab award tue, banyak Pakcu habis kan masa berbual dengan kawan baru jumpa, duk satu meja gitew, yang best dapat bina networking, share tentang Financial. wahhhh dapat ilmu baru.

Sebelum acara penyampaian hadiah dan makan, macam biasalah, Ucapan kata aluan daripada pihak Penganjur, dan Ucapan Aluan daripada tetamu kehormat Datuk Hussamudin Yaccub

Habis jerr ucapan, Yahoooo, serbu buffet Saloma Bistro, Perhhhhh makanan nye memang terbaikk, sedap nyerr. Macam Berada disyurge lah. kehkehekhe.

Dan Malam Gala dinner ni berakhir pada Jam 1016 Malam lebih kurang lah, Pakcu powan balik dengan mengantuk nyerr. Sayonara Insyallah JUmpa lagi pada Sepetang Bersama Blogger 2018, kalo ada rezeki dan Panjang Umur.

Paksukaya.


Tempat : Matic Kuala Lumpur, dan Saloma Bistro

Tarikh : 13 May 2017

Anjuran : Denaihati.com

Penajaan : 






Antara Gambar Kenangan di Sepetang Bersama Blogger 2017.👇👇👇👇

Sepetang Bersama Blogger 2017
Ikhsan Denaihati : Sepetang Bersama Blogger


Sepetang Bersama Blogger 2017
Ikhsan Denaihati : 

Sepetang Bersama Blogger 2017
Ikhsan Denaihati : Barisan Tetamu VVIP





Sepetang Bersama Blogger 2017
Pakcu and friends



Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com