Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!

Hai korang, wahhhh muafakat membawa berkat, tu lah yang berlaku kat Pejabat tadi,

Okay lah entri ni Pakcu nak share kat korang semua,ni bukan propa taw, ataupun korang kata ala saje jer nak cari tular untuk nak tarik perhatian netizen, so buat ler ala-ala sepakat membawa berkat, berkelah kat sudut hujung kebinet file. 

Bukan erkkk, Jangan berperangsangka negatif, tolong lerr berfikiran positif, ambil amalan yang baik ni dan jadikan satu trend yang baik terutamanya zaman ekonomi kita ni dah tak menantu. Jom berkongsi lunch box kita dengan rakan sepejabat. Mampu tak lakukan ini?.

A'la korang lupakan bab propa mempropakan situasi tu, kita just tengok lah apa kebaikannya daripada amalan ini. Betul ke betul.

Kita bawa makanan sikit lepas tu share kat rakan sepejabat kiranya tukar-tukar menu lah kan, so, kiranya kita bersedekah lah erkk, syukur alhamdulilah, selalunya lunch box kita ni syok sendiri jer, tembolok sendiri jer yang mencekik, jadi pahala tu sendiri jer lah yang dapat, tu pown kalo baca Bismillah lah kan.

Jadi, cuba kita ubah pulok, tengahari jerr kita duk pakat-pakat makan bersama ala-ala berkelah di tengah ofis. kikiki, makan sikit jer pun dah kenyang taw, selalu kita makan seorang belum tentu habis lauk tu, tapi kini kita share confirm habis lah erkk, jadi tak le membazir, dapat pahala bersedekah, lepas tu ikut sunnah nabi, berjemaah dalam setiap kerja yang dilakukan. Betul ke betul.

Nanti lepas ni kena invite boss lah, moga-moga lagi banyak lauk nanti dapat sponsor. ha3.

Salam.



Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!
Sebelum Makan mehh Pakcu Baca Doa erkkk.

Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!
Inilah lauk pauk yang ada, tak per kita bawa jer mana-mana yang ada,
walaupun tak semahal mana tapi pahalanya Mahal taw disisi Allah S.W.T

Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!
Boleh berkongsi-kongsi resepi erkkk, erkk Jangan mengumpat sudah

Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!
Sopan betul pakcu ni kan, tapi pelik, takkan pakcu seorang jerr lelaki, ha3

Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!
Ni  lah lauk yang ada, nampak simple jerr kan,
tapi Insyallah tuhan lihat  dan di peluaskan lagi rezeki


Berkongsi lunch box dengan rakan sepejabat, anda pernah cuba ke!
Allhamdulilah syukur, semoga tuhan memberkati rezeki kami. amin

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com