Langkah Pertama Memulakan Perniagaan Internet Berjaya! Irfan Khairi







Hello awak semua, Pakcu sedang mencari idea untuk berbisnes online ni, kiranya nak mencari sumber pendapatan sampingan lah kanss, maklumklah sekarang ni ekonomi sangat mengerikan, Minyak naik lah, barang naik lah, entah apa lagi yang naik, sehingga tahap stress pun makin naik, tulah yang di namakan negara semakin meningkat maju, inflasi pulak semakin tak terkawal, kehkehkeh. 

Kembali balik pada track topik Pakcu ni, okay, kesedaran nak kena tambah pendapatan mula muncul daripada tahun 2013 lagi, tapi ni lah dinamakan hanget-hanget tahi ayam, time tengok mereka yang dah success dalam Internet Marketing tu, baru ler perasaan mula berkorbar-kobar nak start bisnes online, tapi semangat tu akan terus pudar bila perasaan malas mula mengusai diri, Ohh Tuhanku, sampai bilakah aku perlu terus konsisten dan berfokus pada Matlamat yang dirancang serta untuk sentiasa terus berada dalam semangat juang yang tinggi sehingga diri Pakcu ni digelar Jutawan Internet. Yeahhhh. Insyallah Pakcu Boleh!!!. Please Ya Allah berilah aku semangat itu. Amin

Baik lah, Pakcu nak set Vision dan Mision untuk 2018, Mesti terus fokus dan konsisten, tak kisah lah benda yang di Plan tu tak jadi-jadi tapi semangatku tak akan goyang untuk teruss dengan Plan yang dirancang. Kanss.

Entry ni cuma perkongsian diri sendiri, kiranya entri syok sendiri, upsss, nak dapat ilmu korang tonton lah Video yang dilink tu, memang awesome gila, sebab video yang berdurasi lebih kurang 1 jam lebih tu penuh dengan ilmu, memang perlu ditonton oleh mereka-mereka yang masih terkapai-kapai dalam memulakan bisnes online ni, macam Pakcu lah, tapi bukan nak kredit gila-gila kat En Irfan khairi tu, tapi memang ilmu yang diberi tu, sangat bagus, dah le, free tak payah kelur gi seminar pown, hanya duduk sambil berbaring jer dalam bilik tu, dah sarat dengan ilmu yang berharga. Yahooooo. Baik lah, Pakcu dah nak start dengan Plan-plan gila, dan nak target RM 1 Juta dalam masa 3 tahun, Yeahhhh. Jadi Sayonara, JOm kita sesama cari ilmu, ingat taw, Fokus dan terus konsisten. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.

Pakcu Bolehh yeahhhh!!
Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2017|www.keladionline.com