Bila Dajjal Bertanya?

PENTAS HALAQAH 2017- BILA DAJJAL BERTANYA? 
🚨🚨🚨

Ambil input-input penting daripada halaqah ini. Jika kita tidak punya masa untuk menonton Pentas Halaqah, cubalah untuk tahu perkara yang dibincangkan. Kita akan RUGI jika diabaikan begitu sahaja. Kerana perkara ini melibatkan diri masing-masing.

*Siapa itu Dajjal?*-Ustaz Dr Danial Zainal Abidin
1) Dajjal itu lelaki, jasim (gemuk),  (sabda Rasulullah)
2) Dajjal itu menyerupai Ibn Kaddhan, lelaki dri bani uzaah (riwayat bukhari dan muslim)
3) Sesungghnya Al Masih Ad Dajjal itu  lelaki, qasirun (pendek), (riwayat  Abu Daud dan ulama')

*Ciri2 dajjal menurut hadith*-Ustaz Dr Danial
1) rambut kerinting
2) kulit kemerahan
3) sebelah matanya buta (kanan)

*Sumber Al-Quran* - Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali
-perkataan dajjal sendiri tidak terdapat didalam Al-Quran,
Menurut para ulama' ianya satu bentuk penghinaan terhadap dajjal yg begitu dasyat,
-tetapi ada tanda2 didalam Al Quran, surah Ghafir ayat 57, bermaksud "Demi sesungguhnya, pada penciptaan langit dan bumi, adalah lebih hebat dan besar, serta lebih menakjubkan drpd ciptaan an-nas(manusia)"
> perkataan an-nas bermaksud dikhusus kpd dajjal tetapi disebutkan secara berlawanan/umum (tafsir Baghawi)

*makhluk yg bernama dajjal tidak sabar menanti saat ia dibebaskan, pasti akan jelajah ke seluruh tempat diatas muka bumi ini, kecuali Makkah dn Madinah*

*Terdapat 4 soalan penting yg mnjadi kunci kepada situasi dimana kunci tersebut berlaku, dan dajjal pasti akan dilepaskan (riwayat Iman Muslim)* - Ustaz Dr Danial
- Tamim Ad-Dharin menceritakan kepada Rasulullah bahawa beliau bersama tiga rakan beliau bermusafir dilaut, berlayar lalu mereka berada di satu pulau, dipulau itu terdapat satu makhluk hodoh dn menggerunkan. Makhluk itu memperkenalkan namanya Jassasah, lalu memberitahu terdapat seorang lagi diatas sana teringin sangat dan rindu nk berbicara dgn mereka, lalu mereka bergegas kesana. Kemudian makhluk itu, mereka lihat dirantai tangan dn diikat di leher dn kakinya dirantai dibahagian tgh dn di bawah, lalu dia bertanya kepada Tamim Ad-Darin dn sahabat yg lain tentang 4 persoalan (sahih muslim)
1) dia bertanya tentang Nakhli Baisan(pohon kurma di Baisan) adakah masih berbuah? Sahabat berkata; Ya. Dajjal berkata "Tak lama lagi ia tidak akan berbuah lagi"
2) dia bertanya tntg Bukhaira Tiberiah(Tasik Tiberiah) seterusnya berkata air nya akan kering.
3) dia bertanya tntg satu (mata air), adakah masih digunakan utk pertanian ataupun sudah kering? Sahabat berkata; masih ada air utk bertani. Dajjal berdiam
4) dia bertanya Nabi Ummi apa yang sedang dia buat sekarang ketika itu? Sahabat berkata; Baginda dari makkah, kini berada di Yathrib(Madina). Dajjal bertanya lagi "adakah arab memerangi nya?". Sahabat berkata; Ya. Kemudian sahabat berkata, Baginda dpt mengalahkan mereka, sehingga hari ini, mereka taat kepada Baginda.
Lalu dajjal berkata "semua yg kamu ceritakan ini, sudah berlaku ke?". Mereka menjawab "Ya". Dajjal berkata, "baik sekali andaikata mereka taat kepada Nabi Ummi, maka baik sekali". Padahal Dajjal pembawa fitnah yg paling besar.

Pertanyaan itu mengusarkan dan kemudian Tamin menceritakan kepada Rasulullah.

*Kisah ini telah berlaku lebih 1400 tahun lalu, apa kena mengena dengan kita?*
-Hadis itu mengisyaratkan tentang satu perkara besar, apabila tanda2 dajjal yg sebutkan itu menjadi satu realiti, seolah2 rantai dajjal putus, dan dajjal menjenguk keluar (sahih muslim) dia akan mengelilingi dunia selama 40 malam, tiada negeri yg dia tak pergi kecuali Makkah dn Madina.

1) Baisan ini berada di utara Israel, dan memang pohon kurma, tetapi pada tahun 2015, ada kumbang merah, telah menghancurkan semua pohon kurma di Baisan, dan sekarang masih ada, tpi tinggal sedikit kurma. Ia bermaksud sudah dekat dengan era Dajjal.
2) Tasik Tiberiah, bulan September 2016, tiba-tiba nampak seolah-olah sebuah pulau di tengah-tangah tasik itu. Rupanya itu adalah tanah yg sudah kering dan kelihatan sepertj sebuah pulau. Jerusalem pres mengatakan itu, air tasik Tiberiah telah turun 15 inci lebih rendah drpd garisan 'red line' (tahap kritikal). Penyelidikan pada 1 Oktober 2017, laporan nya ialah Yahudi memberitahu tasik Tiberiah is semakin mengering.
3) mata air itu juga berada di selatan Tasik Tiberiah, dan mata air masuk di dari bumi syria menuju ke tasik Tiberiah juga semakin mengering.
4) Rasulullah juga sudah wafat. Maka semua nya yg berlaku bermaksud bahawa era dajjal hampir dengan kita. Ini saat gawat dan apa persiapan kita.

*sumber dari ayat Al-Quran yg memberi bekal kepada kita untuk berlindung dan terselamat daripada situasi tersebut* - Ustaz Ahmad Tirmizi
-Surah Zukhruf ayat 61, bermaksud "Sesungguhnya nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kau meraguinya, serta ikutlah petunjukKu (jalan yg lurus)"
-mereka yg beritiqamah akan perintah Allah dn ajaran sunnah, mereka tidak akan bimbang dan berduka cita pada hari orang lain berduka cita. Mudah mudahan kita dijauhkan daripada menjadi pengikut Al-Masih Dajjal.

*sejauh mana kita faham tentang Dajjal dan bagaimana untuk menyiapkan iman yg sihat dan mampu bertahan seandainya dajjal benar-benar keluar* - Ustaz Dr Danial
-org yahudi juga sedang menantikan kehadiran Dajjal
-point penting: Hadis Nabi riwayat Imam Muslim, antara persiapan nya Ialah menghafaz 10 AYAT AWALAN SURAH AL Kahf, bukan hanya membaca tetapi baca dan faham (kalau hanya baca shja, Dajjal ketika itu pasti akan tersenyum), kemudian kita mesti mengamalkan nya. Jadi ketika itu kita ada perisai untuk melawan dajjal. Lantas, 4 awalan ayat tersebut ada jawapannya, menekan 3 aspek formula ilahi,
Ayat 1- kembali kepada Al Quran, manual cara kita nk operasi didunia. Perkataan 'Alhamdulillah' syukurlah kamu kepada ALLAH kerana mengurniakan kamu Al-Quran tiada bengkang bengkok. KEMBALI KEPADA AL QURAN.

Ayat 2 dan 3- Al Quran memberi khabar gembira kpd org yng beramal soleh. Ada ganjaran yg baik2 kemuncaknya syurga drpd Allah. Juga memberi amaran kepada org yg mengatakan tuhan ada anak. Penekanan adalah iman yg betul.

*1) mesti tingkatkn keyakinan dan keimanan.. Jaga IMAN, jika ada keraguan, cari ilmu, belajar, bertanya utk kuatkan keyakinan*
*2) iman sahaja tak cukup, kena ada AMALI. Amal soleh mengikut landasan syariah*
*3) kena ada ilmu yg berteraskan wahyu Allah dan Sunnah*

*makhluk ini tidak membawa khabar gembira, persoalan, adakah Allah kejam kepada kita? yang berada di luar daripada Makkah dan Madina?*

*adakah kita sendiri akan selamat? BENAR-BENAR SELAMAT APABILA BERDEPAN DENGAN DAJJAL PADA SAAT DAN KETIKA ITU?*

Ajakkan insan yg anda sayang, saudara-saudara muslim yg lain untuk membuat persiapan ini dengan cara share ilmu yang dikongsi ini. Forward kepada yang lain untuk dijadikan sebagai amaran dan persiapkan benteng untuk diri masing-masing.

😡*anda akan rugi jika anda hanya SKROLL sahaja*

😍*ambil peluang yang dihidangkan*

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com