Rahmat di sebalik Musibah

Tazkirah-Ebit Lew

Rahmat di sebalik musibah...

Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua.

Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau.... Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat....di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya.

Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka baik bahawa pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya katakan pada akak yang pakai sexy yang langgar tadi walaupun Dia panik dan cuba beri penerangan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang buat presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia memang tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu tentang saya..

Takdir Allah, saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. "U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah."

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang, Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah.

Ingatan Untuk diri sendiri.
Jom share dan sebarkan kebaikan..😌😌😌

Read More...

Penyesalan saat sakaratul maut

*PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT*

Al kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama _Sya’ban RA._

Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.

Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid.

Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah.

Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw,  Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah.

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan Rasulullah saw mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa.

Nabi saw pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA.

Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA.

Namun yang ditunggu belum juga datang.

Bimbang solat subuh kesiangan, Nabi saw memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.

Selesai solat subuh, Nabi saw bertanya ada sesiapa yang mengetahui khabar dari Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun yang menjawab.

Nabi saw bertanya lagi ada siapa yang mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.

Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia mengetahui  di mana rumah Sya’ban RA.

Nabi yang khawatir terjadi sesuatu kpd Sya’ban RA meminta dihantarkan ke rumahnya.

Perjalanan dengan berjalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi saw dan rombongan sebelum sampai ke rumah yang dimaksudkan.

Rombongan Nabi saw sampai ke sana ketika waktu afdhal untuk solat dhuha (kira-kira 3 jam perjalanan dari masjid Nabawi).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi saw mengucapkan salam.

Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam.

“Benarkah ini rumah Sya’ban?”
Nabi saw bertanya.

“Ya benar, saya isterinya”
jawab wanita tersebut.
“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yang tidak hadir solat subuh di masjid?”

Dengan berlinangan air mata isteri Sya’ban RA menjawab:

“Beliau telah meninggal dunia pagi tadi..."

Innalillahi wainna ilaihirojiun….

Masya Allah, satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjamaah adalah kerana ajal sudah menjemputnya.

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah saw.

“Ya Rasulullah saw ada sesuatu yang menjadi tanda tanya bagi kami semua, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dengan setiap teriakan disertai satu pertanyaan. Kami semua tidak faham apakah maksudnya."

“Apakah pertanyaan yang diucapkannya?” tanya Rasulullah saw

Setiap teriakannya dia terucap kalimat:

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

“Aduuuh kenapa tidak yang baru……. “

“Aduuuh kenapa tidak semua……”

Nabi saw pun bersabda ayat yang terdapat dalam surat Qaaf (50) ayat 22 :

_“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“_

Saat Sya’ban dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya diulang tayang oleh Allah swt.

Bukan itu saja, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah.

Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yg sakaratul maut) tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana sehariannya dia pergi berulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu.

Perjalanan sekitar 3 jam berjalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah² nya ke Masjid.

Dia dapat melihat apakah bentuk syurga ganjarannya.

Saat melihat itu dia berteriak :

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban , mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya memperolehi pahala yang lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

Berikutnya Sya’ban melihat ketika dia akan berangkat solat berjamaah di musim sejuk.

Ketika dia membuka pintu, bertiup angin sejuk yang menusuk tulang.

Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya.

Jadi dia memakai dua helai baju.

Sya’ban sengaja memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang lama di luar.

Dalam fikirannya jika terkena debu, sudah tentu yang kena hanyalah baju yang luar.

Sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan baju yang lebih baik.

Dalam perjalanan ke masjid dia bertemu seseorang yang terbaring kesejukan dalam keadaan yang sangat lemah.

Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yang paling luar dan dipakaikan kepada orang tersebut dan memapahnya untuk bersama² ke masjid melakukan solat berjamaah.

Orang itu terselamat dari mati kesejukan dan sempat menunaikan solat berjamaah.

Sya’ban pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan memakaikan baju luarnya kepada orang tersebut.

Kemudian dia berteriak lagi :

“Aduuuh kenapa tidak yang baru...“

Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban.

Jika dengan baju luar itu saja boleh mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yang baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke dalam segelas susu.

Ketika baru saja hendak memulakan sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yang meminta diberi sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak diisi makanan.

Melihat hal tersebut.

Sya’ban merasa hiba.

Ia kemudian membahagikan dua roti itu sama besar, begitu juga segelas susu itu pun dibahagi dua.

Kemudian mereka makan bersama² roti itu yang sebelumnya dicelupkan susu, dengan portion yang sama.

Allah swt  kemudian memperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dengan syurga yang indah.

Apabila melihat itu dia pun berteriak lagi:

“Aduuuh kenapa tidak semua……”

Sya’ban kembali menyesal .

Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat syurga yang lebih indah.

MashaAllah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tetapi menyesali mengapa perbuatannya tidak yang terbaik.

Sesungguhnya kita semua nanti pada saat sakaratul maut akan menyesal dengan hal yang berbeza, bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya kerana pada saat itu barulah terlihat dengan jelas hasil dari semua perbuatannya di dunia.

Mereka meminta untuk ditunda sesaat kerana ingin bersedekah.

Namun kematian akan datang tepat pada waktunya, tidak dapat dipanjangkan dan tidak dapat diundurkan lagi.

Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya kita melihat akan janji Allah swt.

Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kita pun juga akan menyesal.

Namun penyesalannya bukanlah kerana tidak menjalankan perintah Allah SWT.

Penyesalannya kerana tidak melakukan kebaikan dengan yang terbaik.

Semoga kita sentiasa boleh memberi kebaikan² yang terbaik di setiap kesempatan.

Dunia hanya sementara akhirat kekal selama-lamanya.
Akhirat yang kekal abadi, Aamiin.

Semoga bermanfaat.

Credit by Ustaz Hazuil
@muslimahcircle

Read More...

33 Niat penting ketika membaca Al-Quran

33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW .

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

Niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

Read More...
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com