Kenapa Wajib Beli Rumah Di Usia Muda

KENAPA WAJIB BELI RUMAH DI USIA MUDA
====================================
anak muda lepas graduan, dapat je kerja, benda pertama yang dia nak beli adalah kereta takpun superbike! Cukup je 3 bulan kumpul payslip, tangan terus gatal nak keluarkan kereta. Dah pulak ada lebihan wang, dia pegi modified kereta Waja jadi Mitsubishi, yang Kancil terus rupa Mini Coupe! Perhhh… Bab ni saya cukup respect sebab anak muda kita memang kreatif dan inovatif, saya bangga!
Tapi….
Tahu tak apabila anda dah guna kapasiti loan anda untuk kereta/superbike, kelayakan anda untuk pinjaman yang seterusnya menjadi lebih rumit dan kalaupun layak, jumlah pinjaman anda lebih kecil.

Contoh: Jumlah ansuran bulanan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji. Jika gaji anda berjumlah RM3000 sebulan, maka jumlah maksimum ansuran bulanan mestilah tidak melebihi RM1800 sebulan. Untuk ansuran sebanyak itu, anada layak untuk membeli sebuah rumah yang berharga lebih kurang RM350,000-00 (tertakluk kepada umur anda. Kenapa? Sambung baca di bawah). Walau bagaimanapun, sekiranya anda telahpun mempunyai komitmen lain, contohnya pinjaman kereta, peluang anda untuk beli rumah yang bernilai tinggi tak mngkin kesampaian. Terpaksalah anda tunggu pinjaman kereta anda tamat terlebih dahulu. Waktu tu, umur anda pun dah meningkat!! Apatah lagi jika komitmen bayaran kereta anda tak cantik…mmmm…alamat susah la nak buat pinjaman lagi…
Di sini saya nak sampaikan kenapa anak muda perlu beli rumah dahulu walaupun belum lagi nak kawin…hihi!

KENAPA ANAK MUDA PATUT BELI RUMAH DAHULU

#1 - PINJAM WAKTU MUDA, ANSURAN JADI RENDAH. MACAMANA TU?
Kalau korang beli rumah masa masih muda, ansuran bulanan yang korang kena bayar akan jadi lebih rendah, berbanding beli rumah bila dah berumur nanti. Kenapa pulak? Sebab anda boleh panjangkan tempoh bayaran balik pinjaman tersebut.
Terkini, tempoh bayaran balik pinjaman bagi kebanyakan bank adalah sehingga umur kita 75 tahun, yang mana tempoh maksimum bagi setiap loan rumah adalah selama 35 tahun.
Kalau umur anda baru 25 tahun, anda boleh dapat tempoh pinjaman yang panjang dan dan secara automatic ansuran bulanan anda akan jadi rendah. Tapi, kalau dah umur 40 tahun baru nak beli rumah, tempoh bayaran balik pinjaman akan jadi pendek, maka dengan sengajanya ansuran bulanan anda akan jadi tinggi. Pendek kata ginilah, pinjam RM200,000-00, kena bayar balik dalam masa 35 tahun dengan tempoh 20 tahun je… beza tak bulanannya? Gitulah…

#2 - PINJAM WAKTU MUDA, ANDA MASIH MUDA…EH?
Bila waktu muda ni, komitmen anda dengan perkara-perkara lain belum banyak. Anda belum ada tanggungan yang besar. Kalau masih bujang, buat pelan rancangan secara teliti. Anda belum lagi mempunyai komitmen besar seperti isteri dan anak-anak. Jadi bolehlah anda fokus 100% untuk menyimpan tanpa sebarang masalah.
So, dapat je gaji, simpan dan cantikkan akaun. Penting untuk kita tunjuk profile yang cantik kat bank supaya mudah dapat pinjaman. Dah cukup duit? Cari rumah yang sesuai dengan pendapatan dan beli.

#3 – RUMAH ADALAH PELABURAN
Beli kereta, makin lanjut usia kereta, makin tak lakulah dia..betul? Berlainan dengan rumah, semakin lama semakin tinggi nilainya. Jadi tak rugi anda laburkan wang untuk hartanah seperti rumah. Dalam tempoh 5 tahun, anda boleh jual rumah anda dengan jumlah harga jauh lebih tinggi dari harga semasa anda membelinya. Seronok tak?
Ini berlaku kepada saya sendiri. 6 Tahun lepas saya beli rumah banglo lama berkeluasan 6000 kaki persegi dengan harga RM500,000 sahaja. Hari ini, nilai banglo saya bernilai RM1j….tengah pikir ni, nak jual ke nak simpan lagi…anda rasa?? Heheh…

#4 – HARGA RUMAH MAKIN NAIK
Semakin lama, harga hartanah kat Malaysia semakin tinggi. Makin lama, ia semakin tak selari dengan pendapatan ramai orang kat negara ni.
Tak dapat nak bayangkan harga rumah dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang.
Mungkin akan sampai satu masa nanti, bertambah ramai yang tak mampu nak beli rumah kat negara sendiri.
Tak nak perkara ni jadi kepada anda? Mula kumpul duit dan beli hartanah sekurang-kurangnya sebuah. Jangan sampai kita merempat di negara sendiri, nauzubillah!

#5 – JANA PASSIVE INCOME MELALUI RUMAH ANDA
Tadi saya cakap, rumah boleh jadi pelaburan masa depan. Tapi tahu tak, takyah tunggu masa depan, anda dah boleh dapat pulangan yang lumayan. Macam mana?
Hasil sewa! Rumah yang anda beli tu, anda sewakan. Hasil wang sewaan, anda guna untuk bayarkan ansuran bulanan anda di bank. Sekiranya hartanah anda berada di lokasi-lokasi panas, wang sewaan anda mungkin lebih besar dari wang ansuran pinjaman. Macam ni, katakan ansuran pinjaman anda di bank adalah sebanyak RM1200 sebulan. Anda berjaya sewakan rumah anda sebanyak RM1500 sebulan. Anda ada lebihan sebanyak RM300. RM300 kot! Banyak tu kalau buat shopping!

Ada macam-macam strategi yang boleh kita gunakan untuk perkara ini. Yang penting, biarlah ia sesuai dengan kapasiti kewangan kita.
Bayangkan. Muda-muda lagi dah ada rumah. Keluarga mertua pun senang hati nak bagi anda kahwin dengan puteri mereka. Gitew!

Sekarang dah tahu kan! So, jadikanlah rumah sebagai target utama anda. Jangan dah terlambat, baru nak mula bertindak!

No comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com