Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus 2018

*Sesi Soal Jawab UAI Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.*

Soalan Pertama:Adakah orang kafir akan disoal didalam kubur?

Jawapan UAI:Jawabnya ya..orang beriman dan orang kafir semua akan disoal didalam kubur..dalam kitab sahih bukhari..musnad dailimi..kitab baihaqi..darul qutni..orang kafir disoal didalam kubur..bila seseorang itu masuk dalam kubur datang satu malaikat "Hei wahai mayat..telah datang seorang laki2 yang telah diutuskan kebumi ini (maksudnya nabi la)"..Nabi kata kalau dia orang beriman..dia akan berkata "Dia adalah Muahmmad namanya dia adalah Rasulullah..dia telah datang kepada manusia membawa keterangan yang nenar dari tuhannya..kami telah beriman..kami membenarkan dia sebagai rasul"..Nabi cerita akan diluaskan kuburnya seluas mata memandang..dan jika dia orang kapir..dia akan kata "Tu la laki2 orang kata Muhammad..kami pun kata Muhammad jugak..kami tidak beriman dengan dia"..lalu disempitkan kubur orang kapir tadi sehingga tulang2 mencucuk daging dada lalu terkeluar tulang..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.2:Bagaimana nak rasa terus bersabar dengan ujian yang menimpa kita dengan keadaan yang berterusan?

Jawapan UAI:Sabar x sabar..musibah tetap ada..kerana dunia ni kita duduk negeri musibah..bukan negeri yang baik..dunia itu dari perkataan daniun dana' maknanya yang tidak elok..yang bermasalah..yang nafis..yang kurang..bangkai..kalau awak sabar masalah tetap berlaku..kalau awak x sabar pun masalah tetap berlaku..sabar pun masalah boleh selesai..x de masalah dalam syurga nanti..bila berlaku nenda yang baik kata Alhamdulillah..kalau berlaku musibat kata Innalillah..Allah berkehendak apa yang DIA nak buat..berusaha keluar dari masalah..banyak kawan dengan orang2 alim dan orang2 yang baik..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.3:Jika dalam jemaah ada orang kentut..patutnya dia keluar saf..tapi dia tidak mahu kerana ada halangan dan dia berpura2 teruskan sampai salam..apakah hukumnya Ustaz?

Jawapan UAI:Siapa yang batal sembahyang..terkentut..x ingat amik wudhu..x ingat mandi hadas..wajib berhenti serta merta..siapa yang meneruskan sembahyang..haram..dosa besar..Ijma' ulama mengatakan siapa yang sengaja mengerjakan sembahyang dalam keadaan berhadas maka dia telah berdosa..jangan pura2..nabi kata kalau kentut..keluar daripada saf dan boleh lah dia letakkan tangan di hidung..seolah2 keluar darah dari dalam hidung..jadi kalau dia pegang hidung..orang tidak akan mengumpat..sebab kalau x buat macam tu orang akan ingat dia kentut..kalau nak kentut..kentut dekat luar masjid..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.4:Bini ajak adik lelakinya duduk dirumah lama2..saya x suka..apa macam ustaz?

Jawapan UAI:Mana lah aku reti..bagitaw la dekat bini mung..aku mana ada ni telifone bini mung..hahaha..tanya elok2..bini Kadang2 dia boring jugak dengan kita..dia rindu adik beradik..itu lah karenah manusia..kita belajar peramah dengan suami orang..isteri pulak jangan layan adik beradik je..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.5:Hikmah poligami apa ustaz?

Jawapan UAI:Untung la orang perempuan..yang rugi orang lelaki..yang rugi duit lah..kalau seroang bini..seorang je yang mintak..kalau 3 bini dah 1200..rase nak lari dah kite..kalau berpoligami..isteri akan banyak rehat..tapi nafkah sama je dapat dari dulu..kerja x banyak bagi isteri yang bermadu..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.6:Bagaimana nak hilangkan sihir dalam badan kita?

Jawapan UAI:Baca surah al baqarah..baca ayat qursi..baca 3 qul (surah al ikhlas surah al falaq dan surah an nas)..tiup pada air dan mandi pada tubuh badan..x hilang jugak tulis ayat qursi dekat atas pinggan kemudian letak air panas..dia akan larut dengan air panas minum air tu..jangan makan penadol pulak..hadir dalam hati sihir itu lemah..Allah Yang Maha Berkuasa..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.7:Kalau kita masuk masjid..kita nak sembahyang sunat tahiyyat masjid dulu ke atau nak terus dengar kuliah?

Jawapan UAI:Jawabnya kalau kita ada ruang..sunat tahiyyat lebih afdhol..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.8:Boleh kah saya labur dalam saham ASB?

Jawapan UAI:ASB ni adalah tabung terbesat umat islam di Malaysia..perserta penabung tidak ada masalah..petugas ASB pun tidak ada masalah..yang masalah chairman atas tu..kadang dia labur dalam syarikat yang x patuh syariah..kadang dia labur dalam syarikat yang patuh syariah..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.9:Boleh x kita berzikir kuat sehingga mengganggu orang yang sedang solat?

Jawapan UAI:Orang tengah sembahyang..kita zikir perlahan..jangan zikir kuat..kuat perlahan..dua2 boleh..kena tengok tempat..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.10:Imam lupa rakaat..patutnya sudah tahiyyat akhir..tapi dia bangun..adakah makmum kena ikut imam atau tunggu didalam tahiyyat?

Jawapan UAI:Sembahyang subuh 2 rakaat..imam naik rakaat ketiga..makmum jangan naik..siapa2 makmum yang tahu imam silap..naik jugak..makmum batal..imam batal ke x?..imam tengok dulu..naik sengaja tambah rakaat..sebab rakaat pertama tadi dia ada buat benda yang tidak betul..maka sunat makmum tunggu dalam tahiyyat akhir..kalau nak bagi salam..niat dalam hati mufarakah terlebih dahulu..boleh salam dah..cuma kalau imam naik tegurlah subhanallah..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.11:Masa hari kiamat..Allah maafkan kita x kalau kita mencuri atau kita lawan cakap ibu bapa?

Jawapan UAI:Bila kita buat salah..ada 4 cara kesalahan kita itu terhapus..yang pertama didunia kita settel..bertaubat kepada Allah..kalau lawan ibu bapa..kita minta maaf atas dunia..settel..yang kedua bila kita mati..Allah ampunkan kita..walaupun kita banyak dosa..masa kita mati tu Allah ampunkan dengan beberapa sebab..kadang2 sebab mati syahid..cara yang ketiga diakhirat nanti..Allah ampun dipadang masyar..yang keempat bangun timbang banyak dosa..pahalanya sikit..diisytiharkan masuk neraka tapi nabi bagi syafaat..terlepas daripada hukuman..cara yang kelima ni yang ramai orang dapat..dia x dapat keampunan Allah..dia x nak bertaubat kepada Allah..x dapat syafaat..dosanya akan dicabut didalam api neraka..~

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.12:Apakah hukum buka pusat karaoke?

Jawapan UAI:Kadang2 harus..kadang2 haram..kalau pusat tu tidak ada lagu2 yang haram..tidak ada percampuran yang haram..maka x boleh kita nak kata haram..tapi tiba2 jantan betina pegang sana sini..haram lah boh..tauke makan duit haram..nyanyi pulak bersatu kita bersatu..jangan politik..mula2 memang pegang mike..last2 mike lain keluar..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.13:Apakah hukum kita sokong orang yang zalim?

Jawapan UAI:X boleh..bukan kata kerajaan yang zalim je kita x boleh sokong tapi kalau ibu bapa kita zalim pun kita x boleh sokong..Allah kata walaupun orang yang zalim itu bapa atau anak2 kamu..kalau hati menyebelahi yang zalim..akan ke neraka..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.14:Boss saya bayar gaji saya dengan duit haram..apakah hukumnya ustaz?

Jawapan UAI:Orang yang menerima berhak untuk menolak..manusia sekarang sudah tidak ada tawa lagi..bila tidak ada taqwa..macam mana kita nak patuhi garis2 syarak?

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.15:Tempat kita ada surau tapi kita sembahyang masjid lain..apakah hukumnya?

Jawapan UAI:x de masalah..jangan kita pulau memulau sudah..cuma ulama kata jangan kita tinggalkan qariah kita sehingga tidak boleh melalukan sembahyang jumaat..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.16:Adakah tidak sah muslimat sembahyang di surau yang ditutup dengan tabir?

Jawapan UAI:Jawabnya sah..kalau dalam banggunan x de masalah..yang jadi masalah bangunan yang lain..kalau x de dalam surau..rumah belakang surau..nak ikut jemaah..kalau tutup pintu x sah sembahyang..kalau dalam masjid dalam surau..tutup pintu sah lagi..ada yang kata x sah tu memang ada tapi 1 pandangan daripada ulama feqah..tapi kita berilah keluasan..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.17:Apa yang perlu dibaca ketika duduk antara dua sujud semasa sujud sahwi?

Jawapan UAI:Sujud sahwi ni tidak sebarang bacaan yang diwajibkan..ada tiga pandangan ulama..pandangan ulama muktabar yang pertama iaitu baca seperti didalam sujud biasa..pandangan yang kedua tidak membaca apa2..pandangan yang ketiga boleh membaca sebarang zikir..hukumnya tiga2 bi boleh..semua ni fatwa..tidak ada nas..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.18:Apakah hukum memakai kalung baju pengantin laki2 macam baju songket?

Jawapan UAI:Kalau kalung tu bukan rantai leher..boleh..contoh dalam budaya pakaian orang jawa, riau, madura kalau dia orang kahwin..cuma acso sahaja..yang haram rantai leher letak pada tekak macam perempuan tu..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.19:Apakah hak anak angkat dalam pembahagian harta kepada anak laki2?

Jawapan UAI:Anak angkat x de bahagian sebab tu lah sebelum mati bapak angkat kena wasiat..kalau tidak..anak angkat x dapat apa2..kena pergi mahkamah..ada cop..paling maksima harta anak angkat tu dapat 1/3..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.20:Apakah hukum makan minum keluarga bila sisuami makan rasuah?

Jawapan UAI:Allahurobbi..makan haram bini, anak2, adik beradik yang kita tanggung..bila makan haram..gelap perut anak bini kita..walaupun dia tidak berdosa..yang makan rasuah nabi kata saya yang beri rasuah makan rasuah dalam api neraka..sekarang orang peduli apa..duit punya pasal..jual arak..cahsier jual arak..gaji haram..sembahyang tidak diterima..10 golongan yang dilaknat mengenai arak..antaranya jual arak..saidina abu bakar kata tidak diterima 1 smebahyang pun kalau dalam badan kita ada benda haram..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.21:Macam mana nak jadi isteri solehah?..saya rajin solat sunat..baca quran dan sedekah..cuma satu sahaja..saya kurang layan suami saya..

Jawapan UAI:Tu bukan isteri solehah..isteri solehah ini taat pada Allah solat..taat pada rasul puasa..kemudian taat kepada suami melayani suami..nabi kata pada malam isra' mikraj lepas pada sidratun muntaha aku dibawa jibril kedalam syurga neraka..sampai di neraka majoriti ahli neraka adalah perempuan..naka kepada jibril kenapa orang perempuan ramai dalam neraka?..jibril jawab ramai perempuan masuk neraka kerana x ramai perempuan yang taat agama..x sembahyang..x mandi junub..x reti hukum haid..x ramai yang taat suami (melayani suami)..x ramai yang tutup aurat..berhias di luar rumah untuk laki2 lain..ingat nak jadi isteri solehah..kalau suami tengah cakap..jangan sampuk..dia tidak akan makan selagi suaminya x masukkan makanan dalam mulut sendiri..jangan benda yang suami x suka..

Sebab tu nabi kata isteri yang solehah seperti gagak berwarna putih bersama kawan gagaknya yang berwarna hitam..isteri solehah tu gagak warna putih..payah nak jumpa..yang ramai gagak hitam..paling2 tidak pun gagak kelabu taik anjing..

Nabi kata isteri solehah kalau kita pandang..hilang letih..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.22:Apakah itu jihad?

Jawapan UAI:Jihad bahasa arab..al jahlu..maknanya bersungguh2..jihad dalam menuntut ilmu..jihad bersungguh2..jihad menentang kemungkaran maknanya kita bersungguh2 mencegah kemungkaran..siapa yang yang bersungguh2 dipanggil mujahidin..perbuatan kita tu dipanggil mujahadah..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.23:Apakah hukum ketawa?

Jawapan UAI:Hukum ketawa yang disisi nabi ada 3..yang pertama adalah senyum..yang kedua senyum membuka mulut..yang ketiga mengeluarkan suara..tetapi kita ni jangan berlebih lebihan..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.24:Kenapa Allah tidak mencipta semua orang islam belaka?..kenapa Allah tentukan hidup kita?..kenapa Allah ciptakan kita?

Jawapan UAI:Allah ciptakan kita supaya kita beribadat kepada Allah..kita hidup..DIA beri kemudahan..Allah tentukan hidup kita kerana DIA Maha Berkehendak..yang sangat sempurna..kenapa kita buat jahat..sekali pun Allah x pernah suruh kita buat jahat..kita yang pilih semua tu..jalan kanan pergi kuliah..jalan kiri pergi minum arak..dapat dosa..ada pilihan..bukan kena paksa..kalau kena paksa pergi kuliah mung sakit..pergi buat maksiat mung sihat..tu baru kena paksa..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.25:Aadakah benar ketika nabi adam turun kebumi..tingginya sama macam lampu jalan?

Jawapan UAI:Mana ada lampu jalan masa tu..hahahaha..yang ada masa tu jin dan binatang besar..masa turun nabi adam..Allah halau jin2 ni semua duduk di laut2 dan di bukit2 kerana manusia ingin duduk dibumi..dalam kitab tafsir tobari ada sebut bila buat binatang..bila buat matahari..bila buat nabi adam..semua ada cerita dalam kitab tu atau tengok dalam kitab ibnu kathir..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.26:Kenapa nabi suka pada kucing?

Jawapan UAI:Jenis kucing ni..jenis duduk di kaki manusia..tu la hebatnya Allah..Allah buat kucing jenis manja dengan manusia..dalam kitab hawi kabir..nabi kata kucing adalah binatang yang bermain pada kaki2 manusia..dan sesuai dengan manusia..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.27:Kita dah ambil baligh..kita sentuh laki2 haram x?

Jawapan UAI:Kalau perempuan dengan laki..besar sama besar sentuh maka haram..kalau besar dengan kecil x haram..cium pun boleh..kita ni laki2..kawan kita bawa anak dia..baby..umur 4 bulan setahun..boleh..kerana nabi pun boleh..kalau kawan dia bawa anak dara umur 25..x boleh la tu..tumbuk atas muka..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.28:Sebagai suami..nak buanh sifat amarah macam mana ustaz?

Jawapan UAI:Sifat marah ni sifat Allah..jangan ambil sifat Allah..kita kena sifat lemah lembut..kalau Allah yang marah..munasabah dengan DIA..kekuasaan dia..kita ni lemah..ingat deh orang muslimat..nak pilih suami paling kurang siasat 3 bulan..masjid mana dia pergi..apa kelakuan dia sebenar..check dulu..kerja perjabat mana..tanya kedai mana dia selalu makan..nak2 pulak muslimat sekarang suka laki pakai kopiah serban..lepas kahwin berderu kena terajang..sepak bini..bini period pun nak jimak jugak..pergi rumah ustaz..selfie dengan habib dengan ustaz..selfie dengan kitab hadis..padahal alif ba ta pun x habis lagi..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.29:Calon mana yang patut kita undi nanti ustaz?

Jawapan UAI:Pilih lah calon yang dia takut sangat kepada Allah..yang kedua dia sayang sangat kepada rakyat..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.30:Saya x ingat baca asshamsi dan ad dhuha..macam mana saya nak sembahyang dhuha?

Jawapan UAI:X wajib..bacalah yang mudah bagi kamu..x de ulama kata x boleh..zaman nabi ada imam disuatu kampung..lepas baca surah fatihah..dia baca surah ikhlas..setiap hari imam ni baca surah yang sama..subuh zuhur asar maghrib isya'..sembahyang raya..sembahyang minta hujan pun dia baca macam tu..last2 jemaah jemu..datang jumpa nabi nak complaint..nabi jawab kamu balik bagitaw dekat imam itu surah al ikhlas akan pimpin dia ke syurga diakhirat nanti..balik bodoh je ramai2 tu..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.31:Apa hukum kata bless kepada orang kafir?

Jawapan UAI:Kalau untuk kebaikan boleh..kalau untuk keselamatan lepas mati x boleh..sebab tu kata rest and peace kepada orang kafir x boleh..kerana dalam quran kata mereka tidak peace..mereka kena azab..peace ni maknanya aman..mana aman untuk orang kafir..bukan jawapan saya tapi jawapan mufti jordan..mufti syria..mufti yaman..mufti mesir..haram kata macam tu..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.32:Boleh x baca Quran kaau x de wudhu?

Jawapan UAI:Boleh x de masalah..yang x boleh sentuh..kalau nak pegang kitab tafsir boleh x de wudhu..cuma kalau nak keluar pada khilaf ulama..tangan jangan sentuh pada ayat quran..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.33:Tengah solat witir..azan subuh berkumandang..

Jawapan UAI:InsyaAllah diterima kalau kamu ikhlas..dengar baik2..sembahyang fardhu sembahyang sunat..tengah sembahyang masuk waktu lain..tengah sembahyang zuhur masuk waktu asar..jangan berhenti..kalau dapat 1  rakaat..maknanya dapat tunai..bangun daripada rukuk..orang azan..maka asar tadi telah ditunai..kalau x dapat rakaat namanya sembahyang qadha..sempat rukuk namanya tunai..x sempat rukuk namanya qadha..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.34:Tolong kawan yang bukan islam buka restoran..dia buka kelab malam..macam mana kita nak hapuskan?

Jawapan UAI:Dia dulu jahil..sekarang dia dah bertaubat kepada Allah..senang sahaja..bertaubat kepada Allah..menyesal melakukan pertolongan dalam benda maksiat tadi..sebab Allah kata jangan tolong buat perkara dosa..cuma kalau ada kait dengan harta orang..kena pulang balik..sebab tu hak orang..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.35:Adakah wahabi termasuk dalam kalangan ahli sunnah wal jamaah?..kerana dr syeikh wahbah zuhaily meletakkan wahabi adalah ahli sunnah wal jamaah begitu juga pendapat dr yusuf al qhardawi..

Jawapan UAI:Nak masuk ahli sunnah bukan dengan nama..nak keluar ahli sunnah pun bukan dengan nama..tapi dengan aqidah..nabi kata umat aku berpecah pada 73..72 masuk neraka dengan pegangan masing2..jadi jawapan dr wahbah zuhaily ini adalah wahabi yang mengikut muhammad bin abdul wahab yang aqidahnya mengikut ahli sunnah wal jamaah..tetapi dari segi feqah mereka tersilap..tu maksudnya ahli sunnah wal jamaah..adapun wahabi yang lain daripada aqidah ahli sunnah wal jamaah maka dia bukan ahli sunnah wal jamaah..seperti pandangan wahabi tuhan ada dua tangan belah kanan..ada wahabi lain pula kata tuhan ada tangan kanan sebelah tangan kiri..ini bukan ahli sunnah wal jamaah..ini mujassimah..kekal dalam neraka..pilik2 sekarang nieh..mengkafirkan orang sesuka hati..tu bukan ahli sunnah wal jamaah..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.36:Kalau ada sujud nampak aurat macam mana?

Jawapan UAI:Kalau daripada bawah boleh..kalau dariapada belakang x boleh..daripada belakang batal sembahyang..diukur daripada atas dan keliling bahagian aurat..kalau tutup dengan segera x batal sembahyang..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan No.37:Apakah hukum bersalam ketika tok khatib membaca khutbah?

Jawapan UAI:Jawabnya boleh..yang dilarang adalah bercakap2 dan buat benda yang tidak ada faedah..yang haram mung bersalam masa tengah sembahyang jumaat..

Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya Selangor.

Soalan Terakhir:Bolehkah guru gunakan perkataan bodoh disekolah sebab ustaz kata ulama membenarkan menggunakannya..

Jawapan UAI:Dia macam nieh..perkataan bodoh..perkataan sial..perkataan laknat..boleh digunakan dan bukan sembarangan..kena pada tempatnya..kalau cikgu kata awak nak jadi cerdik ke nak jadi bodoh..boleh x cikgu cakap macam tu?..boleh la!!!..sebab kamus dewan pustaka 2016 masih mengekalkan perkataan bodoh dalam kamus..kerana banyak nak pakai..lebih2 sekarang nak PRU..banyak nak guna..ada x perkataan kemaluan laki2 dan perempuan dalam kamus..ada..boleh x cikgu guna?..boleh untuk pelajaran..kalau ustaz2 guna boleh x?..boleh la kalau nak mengajar hukum..

Minta maaf saya susuli sekiranya ada kesilapan atau kesalahan didalam catatan pada sesi soal jawab Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang Kuala Langat dan di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya..sama2 kita doakan semoga UAI sentiasa dimuarhakan rezeki, dirahmati dan  dipermudahkan segala urusan UAI didunia dan diakhirat..Amiin Ya Rabbal Alamin..

Post a Comment
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg
COPYRIGHT 2018|www.keladionline.com